
Tengok elok-elok
Baca elok-elok khat ini. Ianya keratan dari Bible — Gospel of Matthew.
Inilah masalah yang ditimbulkan segelintir penganut ugama ini yang tidak henti-henti suka mensubversikan ugama Islam. Seni khat yang diketahui seluruh dunia dan berzaman-zaman sebagai seni Islam pun hendak diambilnya. Masalah ini perlu ditanganii.
Perkara sebeginilah yang menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di Malaysia apabila kalimah “Allah” dan perkara-perkara yang dikaitkan dengan ugama Islam “dipinjam” untuk menyebarkan ugama lain yang mungkin mahu meningkatkan kegiatannya di rantau ini memandangkan bilangan penganutnya semakin merosot di negara-negara tradisinya di benua Eropah.
Imej didapati dari laman SatD yang memberikan sedikit “write-up” mengenai metode mubaligh kristian.
Den tak syak lagi kemelut mengenai kalimah “Allah” akhir-akhir ini berkaitan dengan usaha “Contextualisation of the Gospel Among Muslims.” Ikut pautan ke laman SatD untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Rakan aden apocryphalist pun ada menurunkan sebuah esei yang menarik di sana.
Dan oh ya, jangan lupa bawa kitab suci al-Quran sebagai rujukan apabila anda mahu membeli hasil penulisan khat terutama dari pasar malam atau pasar raya.
Selamat.
[Deklarasi lanun: Nasib baik aden ada masuk kelas dewasa bahasa Arab, jadi tahulah sikit-sikit selok belok bahasa tersebut]
Tomorrow is the start of the new school year and the whole blessed country will reverberate with an irruption of parental joy as the kids troop back into the classroom and out of their parents’ hair.
