Sunday, February 10, 2013

Zerek Live Shrimp( Udang Zerek)

Tahun ni, nak cuba udang zerek pulak...tengok diwebsite punyalah power dorang angkat  ikan..so untuk edisi tahun ini beberapa ekor zerek telah berada dalam tangan..

Mengikut tinjaun GJB ,keyakinan kepada udang zerek ni berpunca daripada kemenangan dalam kategori tarikan lembut pada anugerah  AFTA di Australia.Tangkapan  dengan Udang  baru Zerek, yang digambarkan sebagai 'mengumpan secara versatil samada  serangan menggoda  di siang hari atau malam'. Ia mengalahkan beberapa jenama lain dari beberapa jenama antarabangsa yang terkenal menarik untuk memenangi anugerah tertinggi di Show AFTA.

Udang Zerek ni khas untuk air masin dibina menggunakan bahan getah khas. Kaki lembut direka untuk mengipas pada penurunan dan tindakan meniru pergerakan udang sungai, menghantar getaran halus untuk menarik pemangsa. Tengok dulu video ni...bagaiman si udang bergerak dalam air..

Image
Image
Size pula dari 3.5(g) , 5(g), 7(g) dan 15.5(g) setakat hari ni ada dalam stok 15.5(g) dan 7(g).. nak cari kat area sandakan memang susah barang ni..rare..so untuk rakan2 pemancing yang berminat untuk mendapatkan udang zerek ini boleh hubungi GJB ...kami cuba bantu anda..barang terhad sapa cepat dia dapat..




Wednesday, January 30, 2013

Aktiviti Pemanas Badan 2013

Setiap awal tahun tidak sesuai untuk turun ke laut, cuaca yang tidak menentu disamping musim banjir dikawasan ulu. Kuala pintasan menjadi kawasan yang bercampur antara air masin dan air banjir..keruh dan sejuk memang tak ngam untuk mencari jenahak..jadi sebagai xtvt pemanas badan GJB hanya mencuba teknik casting di lubuk-lubuk haruan yang banyak di sini.

Nasiblah masyarakat disini tidak berapa suka dengan ikan haruan ini..so bolehlah kami menguji teknik casting ini di lubuk-lubuk snakehead ni.. jom layan gambar yang sempat di snap

Image
 Mr Caster Beta with pink colour

Image
 snap sendiri..tanpa kawan
Image
 Caster Beta menganas terus
Image
 Masih lagi menganas Caster Beta
Image
Caster Aki Yama
Image
Jump Frog..

Kira ok lah dari tiada xtvt baik uji kecekapan dengan snakehead...bertambah skill