Top.Mail.Ru
? ?

Permulaan fasa baru dalam kehidupan

Kali terakhir entry untuk blog ni, November 2009 dan tarikh hari ini, 12 November 2011. Bermakna sudah 2 tahun blog ini tidak berusik, terabai, ditinggalkan. Walhal, jika nak diikutkan kehidupan seharian sepanjang tahun lepas, banyak perkara yang boleh dikongsi dan dicoretkan. Lebih-lebih lagi pengalaman sepanjang setahun berada di perantauan, bumi Glasgow kerana menghabiskan saki-baki pengajian Master of Pharmacy. Alhamdulillah, aku dah berjaya graduate pada Julai lepas dengan ijazah Master of Pharmacy with Merit dari University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom. Dan sekarang aku telah berada di kampung halaman di Johor Bahru semenjak sekembalinya dari Glasgow seusai majlis konvokesyen pada Julai itu.

Dengan selesainya pengajian dalam bidang farmasi, maka secara automatiknya kerjaya aku akan bermula dalam bidang farmasi. Alhamdulillah, aku telah memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai farmasi setelah melapor diri pada 10/11/11. Untuk post kali ini, aku nak bercerita dan berkongsi serba sedikit pengalaman bermula dari proses temuduga hinggalah bermulanya kerjaya di hospital.

Memandangkan aku adalah pelajar tajaan JPA, maka perkara pertama yang perlu dilakukan setelah pulang ke Malaysia adalah melapor diri di JPA untuk mengesahkan bahawa aku telah tamat pengajian dan telah pulang ke tanah air. Perkara kedua yang perlu dilakukan adalah menghadiri temuduga SPA untuk membolehkan aku dilantik sebagai pegawai awam kerajaan. Kita hendaklah menghubungi SPA untuk menetapkan tarikh temuduga kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dikehendaki. Pada 16/8/2011 iaitu di pertengahan Ramadan, aku dan beberapa orang rakan telah menghadirkan diri ke SPA di Putrajaya untuk proses temuduga. Berhadapan dengan 2 orang penemuduga, seorang dari SPA dan seorang pegawai farmasi selaku wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), proses temuduga berjalan lancar. Walaupun agak berdebar kerana pengetahuan klinikal yang terhad, Alhamdulillah segala soalan dapat dijawab. Susah atau senangnya soalan bergantung kepada siapa panel penemuduga. Antara soalan popular yang sering ditanya:

Soalan wakil SPA:
1. Kenapa anda memilih bidang farmasi?
2. Apakah nasihat anda kepada adik2/junior2 yang sedang atau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi?
3. Soalan-soalan umum berkenaan Malaysia seperti konsep 1Malaysia, carta organisasi KKM, dll.
4. Jika anda dihantar ke sabah/sarawak, adakah anda akan pergi?

Soalan wakil KKM:
1. Contoh2 ubat dan kegunaannya.
2. Department di hospital yang diminati dan alasannya.
3. Demo kaunseling kepada pesakit.
4. Perkembangan terbaru berkaitan bidang farmasi/kesihatan di Malaysia, eg pos ubat melalui poslaju, sistem integrasi, dll.

Banyak lagi sebenarnya soalan yang ditanya, tapi cukuplah sekadar contoh2 saja. Selesai temuduga, aku terus ke KKM untuk mengisi borang maklumat diri (BMD). Dalam borang tu, kita perlu isikan 3 pilihan negeri di mana kita ingin berkhidmat. Namun demikian, tidak semua akan mendapat tempat pilihan, semuanya bergantung kepada keperluan dan kekosongan. Keputusan temuduga boleh diketahui sehari atau dua hari selepas temuduga melalui telefon. Kebiasaannya, semua calon temuduga berjaya, jadi tidak perlulah terlalu risau berkenaan temuduga SPA tu.

OK. urusan dengan JPA (jika ditaja) dan SPA selesai. Urusan seterusnya adalah menunggu surat lantikan dari SPA yang mengesahkan bahawa aku telah dilantik sebagai pegawai farmasi U41 di bawah KKM. Tunggu punya tunggu, surat akhirnya sampai 2 minggu selepas temuduga. Seterusnya, hantar salinan surat berkenaan beserta dokumen lain yang dinyatakan kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) untuk mendapat sijil pendaftaran sementara. Sijil ini diperlukan untuk melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan hospital kelak. Ambil masa dalam 2 minggu juga untuk terima sijil tersebut. Bila dah selesai urusan dengan JPA, SPA dan LFM, tibalah masa untuk menunggu surat dari KKM yang akan menentukan negeri mana aku perlu pergi untuk menjalani latihan PRP. Mungkinkah negeri kelahiranku Johor? atau terpaksa merantau ke Sabah? Tungguuuuuuu....

bersambung next entry...

ini hanya permulaan..

hari ini, aku dapat berita yang ...
agak tidak menggembirakan bagi sesetengah orang..
keputusan UPSR telah diumumkan..
dan adik aku syahid, dapat 4A dan 1B
B dalam kertas penulisan BM, atau bahasa lainnya, kertas karangan..
mak menangis bila dengar adik tak dapat 5A
kenapa? sebab mak letak harapan terlalu tinggi..
memang macam tu dari dulu lagi..
dari zaman aku, kalo dapat B pon, membebel macam aku fail..

"kenapa ada orang lain boleh dapat A?"
"kenapa ada orang lain boleh dapat markah 80%?"
"mak tau abang boleh buat, bukannya tak boleh. tapi kenapa tak dapat?"
"79? kalo abang baca lebih sikit mesti boleh dapat A"

camtu lah mak aku setiap kali tanya markah aku..
so kalau adik aku kena bebel macam ni ngan mak pasni, takpe.. aku faham..
aku da kena dari dulu lagi.. ko dengar jelah syahid, jangan melawan..
bagi aku, kadang2 boleh jadi tekanan.. bukannya pembakar semangat..
bile parents letak harapan menggunung..
silap sket, ibarat kekecewaan yang besar bagi diorang..
ish.. dah2 la tu.. UPSR cuma permulaan..
ade lagi PMR, SPM, matrik/A-level, degree, master, PhD..
bukan permulaan yang patut dijadikan ukuran..
tapi bagaimana kesudahannya..

back to reality...

after suffering more than 2 months of boredom,
finally it's time for my brain to wake up and starts functioning again
sem 5 has started
eventhough it started badly for me
on the very 1st day of sem 5, I came late
coming late is not that bad
what's worse is, I came late for Dean's briefing!!
when I reached LT2, I saw Wee Kiat, Cheryl and Chris, also late
we all just stayed at the back door,
too afraid to enter the LT2 while Peter Pook is in a bad mood
imagine, while he's scolding us bout how poor our results were for previous semester
and suddenly few students came in, 10 minutes LATE
I bet his vein on his forehead will explode.. haha

nothing much happened today
in fact, nothing happened..
we had 2 briefing, and that's it..
honestly, I think MPharm course (my course),
is having tooooo much free time
compared to pharmacy courses in other universities
1st of all, our overall course is already short
3.5 years only instead of 4 years
then, our semester is shorter, about 3++ months only
and finally, our timetable, is not packed at all.
I can assure you, if other pharmacy students have a look at our timetable,
they'll be very shocked!!
3rd year students, and our class is just from 10.30 to 12.45 in the afternoon..
and this semester, I just have to take 4 subjects, just like previous semesters
compared to my friend in UM, currently having her 3rd semester final exam..
she's having 9 subjects!!
that's double my subject.. and her lectures always end late afternoon..
so, what I've been wondering is, are we (MPharm student in IMU),
learning enough to be a good pharmacist?

kalo la bole maintain cmni sebulan..

baru balik joging ni..
kat mane? kat kebun bunga istana..
sape orang JB mesti tau kebun bunga tu katne..
joging 2 round ngan abah..
walaupun 2 round je, tapi jauh gak taw..
1 round tu 1km lbey rasenye..
bukan kecik2 pnye kebun bunga.. heheh
2 round pon jadi la.. banyak gak pluh kluo..
bile kat sane, aku perhatikan gak orang2 yang datang joging..
bole kate 80% yang datang joging, adalah Cina
n 80% daripada Cina yang datang adalah warga emas..
orang Melayu? ade tapi x ramai..
yang datang pon warga2 gangsa dan perak yang belum jadi emas lagi..
aku terfikir gak, kat mane agaknye warga2 emas Melayu?
aku rasa korang pon tau jawapannya

KEDAI KOPI.

g jela warung2, kedai2 makan,
mesti jumpe pakcik2, atuk2 tengah lepak
takpon tengah main dam..
tapi bukan semua orang2 tua Melayu camtu..
aku bukan bersikap skeptikal, tapi dari pemerhatian aku, camtu lah..
mungkin jugak orang2 Melayu bersenam, tapi guna mesin
ala, mesin urut yang goyang2 badan, yang gegar2 badan tu..
bukan x boleh, bagus la jugak asalkan diorang bersenam
tapi dari situ nampak perbezaan mentaliti yang ketara
bersenam atas kerusi vs bersenam dengan berlari yang sebetulnya..
sama macam orang malas vs orang rajin
sebab malas nak bergerak, duduk je atas kerusi..
senang cite, kan?
pastu orang2 yang sebangsa ngan aku yang g joging kat situ..
da bape kali aku perhatikan..
ade yang datang, pakai selipar, atau x pakai pakaian sukan..
mungkin la niat cume nak berjalan2 makan angin
tapi cuba la sesuaikan dengan tempat..
sama la macam g kenduri kawen kan..
kite nak tengok orang kawen je, bukan kite nak kawen
tapi xkan kite nak pakai pakaian sukan lak g kenduri kawen?
kena la pakai yang bersesuaian dengan majlis dan tempat..
konsep yang sama..
nak datang tempat orang berjoging/bersenam, pakai la pakaian yang sesuai..
bukan susah pon..
pastu tadi, ade sorang brader Melayu tu..
abes joging je, terus isap rokok
ape cite ni bro?
paru2 tu baru nak rasa angin segar tepi laut,
ko da masukkan asap2 beracun dalam badan ko
otak ade ke tak?
common sense la bro.. adey
pening kpale aku tengok orang camni
nak kate bodoh, kete beso, mesti kerja ok, belajar pon ok..
ntahlah.. xtau la nak cakap ape ngan orang camtu..
kesimpulannya, sikap dan attitude tu penting
kat mane sekalipon kita berada, ape pon kita buat..
sikap tu melambangkan diri kita..
atas jalan raya, kat tempat kerja, dalam rumah..
sikap kite menunjukkan sape kite sbenarnya..
k la.. da penat wey..
da cukup rest, nak mandi plak..
tadi peluh lagi, xleh mandi..

sangat tak berbaloi-baloi...

petang tadi g joging kat kebun bunga istana..
joging stengah jam, men badminton 10 minit
adik punye pasal, penat sangat 'joging' sampai da x larat maen badminton..
balik2, abah dengo bilal kat masjid announce,

'lepas isyak semua jemaah dijemput ke openhouse kat restoran faridah'

makan free.. cantek!!
so kitorang (aku, abah n adik) g la masjid untuk smayang isyak
pas smayang, g la openhouse tu
makan punye la banyak..
ade nasi minyak (kambing bako, ayam merah), soto, mi soto, laksa, mi siam goreng, rojak asma
balik umah je perot dak kebore..
adey.. penat je g joging
bape sangat la kalori dibako compare ngan kalori yang bru masuk malam ni..
sok pagi pas anto adik kna g joging lagi..
abah ajak lari kat trek stadium
ok.. so kena rehat cukup malam ni
tapi baru pas makan, mane bole tido?
hm...

Oct. 8th, 2009

I have lots to update..
hari raya events, IMU cup events.. and many more
but when this kind of thing happened, I just lost my mood to update anything..
for the third time, I've been robbed, in my own house
this time, I lost my phone and wallet..
total, it costed me 800 bucks
it's not the money that I concern
but it's the important documents inside my wallet
I/C, student ID, licence..
now I have to go through all the troublesome
to renew my license, I/C and student ID..
that's what I hate the most!!!!!!!
I swear, if one day the robber get caught..
I wont let the police the get him in clean
I'll make sure at least he broke his hands..
even the police that came to my house agreed to that
as long as the culprit didn't die, they're ok with that..
so beware u shithead
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"
RAYA!!!!

arini da ari kedua raye..
agak2 banyak x collection? haha
ade la sket.. tapi jumlah tu sangat2 la berkurangan compare ngan taon lepas..
berkali-kali ganda kurang.. haha
normal la tu.. umo pon da 22
walaupon lom keje lagi, tapi da consider dewasa kot..
sape la nak bagi duet raye lagi kan? haha
esok baru nak balik kampung
smalam ngan arini abeskan raye umah pakcik2 belah mak
memula smalam pas g kubo, g umah paklang
pastu g umah paklong..
skali ngan family paklang, pakngah, g umah paklong tu
meriah la jugak..
da nak maghrib, diorang lak datang raye umah aku
paklong, pakitam, ngan anak2 paklang..
pon meriah gak.. hehe
arini, g kota, umah pakngah
dari ulu tiram sampai simpang ke kota/mersing, jem gile babi
ujan lebat nak mampos lak tu..
elok2 bole sampai dalam stengah jam, jadi 2 jam
sampai kota, tengok2 da pnoh da umah pakngah
paklang ngan paklong da sampai dlu
ape lagi, sesak la umah pakngah tu..
makan2, balik...
ni tengah tunggu family abg taufiq datang..
p/s: abang taufiq tu tunang kakdil..

10-5=5 things I hate about you..

1. parents who smoke in front of their babies/children or whatever they're called
- how stupid can you be? it's selfish enough that you're killing urself, burning money that can be spent for greater good, yet you are paying for your child's coffin, exposing them for the hazard, and encouraging them to be a smoker (if they do live long enough)

2. parents who drive/ride without any human sense for their child's safety
- one hand on the handle, another hand holding the baby. to add insult to injury, no signs of helmet being worn, on either head. 200% intolerable.

3. parents who don't give a damn about their children whereabout at night
- where've they been, who're they meeting, what're they doing, those little mischievous kids have all their freedom from their parents. what the heck is their parents doing at home? making love? those kids wandering outside at night instead of being at home studying....

4. incompetent/ignorant drivers.
- no signals, inappropiate speed, bad parking skills, i-have-'great'-car-so-i-can-drive-like-a-'pro' driver, white lights - I hate them!!!

5. Muslim parents who think that it's not their main responsibility to teach their children religion.
- mom wears tudung (the correct way) but the daughter - free hair, tight t-shirts, skirts, and so on. it's not only weird, but awkward.
- little girl wearing bikini in swimming pool. c'mon, is it too expensive to buy a fully covered swimwear? if bikini's what they wear since their 4-5, I wonder will there be any shame left in their conscience. parents are supposed to teach their children especially daughter to respect their body, to cover their aurat since young
.




sedekad yang lepas..

pejam celik pejam celik, taon ni aku masuk 22 taon
jadi, sedekad yang lepas, umo aku 12 taon, same cam umo adik aku skang
ape yg budak 12 taon kna buat? UPSR!!
arini ari ke-2 UPSR, esok last paper..
smalam adik aku cakap math 2 snang jek
harap2 btol la snang.. n jangan la die ade cuai mane2..
10 taon yang lepas, mende yang same aku lalui
aku pon amek UPSR gak.. n Alhamdulillah dapat 5A
mase tu, cume 5 orang je dak skola aku dapat 5A
dan aku sorang je laki, lagi 4 dak pompuan.. pulak tu sume dari klas aku, 6 Bestari
abes UPSR, aku masuk SBP, sekolah menengah sains johor kat kluang
skang ni, adik aku nak isi borang mohon masuk SBP
die suro aku isi, die cakap nak SAKTI (sains kota)
pastu mak aku cakap, SAKTI x top skang ni.. amek la skola yang ok sket..
so kalo ikot ranking SPM 07/08, SBP yang top kat Johor
skola aku ngan SAMURA (sains muo) (top 10 overall)
adik aku xnak skola aku, da bosan katenye
dulu asek g skola aku je mase lawat aku.. haha
kalo ikot aku, mane2 pon x kesah.. sains muo ke sains johor ke.. bole je..
skola aku pon skang da ok, da x banyak utan cam dulu
da ade court futsal, ade dewan kuliah, orang dewan makan pun da tuko..
tapi de tambah bangunan akademik 1 blok ngn aspuri 1 blok..
so kirenye maken sempit gak la skola aku skang ni..
kalo da tambah lagi 1 blok aspuri, maknenye maken ramai la dak pompuan kat skola tu..
best la.. tapi bahaye gak.. makin banyak competition..
kna struggle lbey kalo nak jadi top..
zaman aku dlu, top student sume dak laki, mostly dari klas aku (sayangnye bukan aku)
kalo exam tu, no 1-2 dalam batch kompem dak laki.. xde pompuan leh celen..
yang no 1 tu kompem eizaz bin hasanan, spot lagi 1 tu bole tuko2.. haha
hmm.. kjap je da 5 taon aku tinggalkan skola tu..
rase cam bru je bape taon lepas aku msuk asrama
tengok2 taon depan turn adik aku lak (kalo dapat, n harap2 dapat la)
to adikku syahid, smoga dapat la 5A ye..
abang da janji nak bagi adiah kalo dapat, cume xpk lagi nak bagi ape.. heheh
so, buat jela yang terbaek.. adiah tu blakang cite k..

Allah selamatkan sultan...

kali ni, aku nak sambung cite pasal negeri Johor dan keistimewaan/keunikan Johor..
kalo nak tau tentang Johor, kena la tau sejarahnye dulu kan?
kerajaan Johor asalnye dari kerajaan Melaka..
Sultan Mahmud lari dari Melaka pas kena serang ngan portugis..
anak2 Sultan Mahmud de 2 orang, Tengku Muzaffar Syah ngan Tengku Alauddin Riayat Syah
Tengku Muzaffar jadi Sultan Perak, Tengku Alauddin Riayat Syah plak jadi Sultan Johor
dari situ la bermulanya kerajaan Johor sampai la skang ni..
lagi 1 fakta penting, Sultan Johor skang ni iaitu Sultan Iskandar, bukan lagi dari keturunan sultan, tapi keturunan Temenggung
alkisahnya camni, keturunan sultan berakhir setelah Sultan Mahmud mati dibunuh tanpa meninggalkan zuriat..
ala, sape yg xtau cite Sultan Mahmud mangkat dijulang? tu la sultannya..
pas da xde sultan, Bendahara Abdul Jalil lantik diri sndiri sebagai Sultan Abdul Jalil
dari situ mula la pemerintah Johor dari keturunan Bendahara
pastu, pemerintahan Johor diserahkan kepada Temenggung Daeng Ibrahim yang berdarah bugis..
sape orang Johor yang tak kenal Maharaja Abu Bakar = Bapa Johor Moden?
memang nak kena pelangkong, takpon nak kena jotos seribu kali..
beliau la sultan pertama dapat pangkat Sir dari British tau...
menggelarkan dirinya Maharaja Abu Bakar..
atok kepada baginda Sultan Iskandar..
bangga aku jap, sebab abah aku pon namenye abu bakar.. hehehe
hm, tu la serba sikit sejarah negeri Johor..
uniknya Johor sebab pernah diperintah oleh Sultan, Bendahara dan juga Temenggung
uniknya Johor sebab kerajaan Johor berasal dari kerajaan Melayu Melaka yang gah satu masa dulu
istimewanya Johor sebab di Johor le mulanya kebangkitan semangat nasionalisme yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu
sape tak kenal Dato' Onn? memang nak kena keroyok..
beliau ni bekas Menteri Besar Johor yang mengasakan penubuhan UMNO..
kalo xde Dato' Onn, xde orang yang menyatukan orang Melayu untuk tentang Malayan Union tau tak...
sape xtau cite asal penubuhan UMNO, gi la tengok cite 1957: Hati Malaya..
sedih, sebab cite best camtu, orang x minat.. ape punye pe'el daa orang-orang kite..
nak sambung lagi keunikan Johor..
korang pernah prasan x, kalo ade perjumpaan Raja-raja Melayu ke, mesyuarat Agong ke atau pape persidangan yang melibatkan sultan setiap negeri, mesti ade sorang Sultan yang akan pakai baju formal askar, bukan baju melayu..
kalo nak tau, tu la Sultan Johor.. baginda sorang je yang lain dari yang lain.. tengok pakaian da tau tu Sultan Johor.. unik la tu kan? hehe
abes cite pasal sejarah Johor.. kite masuk lak bab laen..
korang tau tak, Johor la satu-satunye negeri yang ade pasukan tentera sendiri yang namenye Askar Timbalan Setia..
negeri laen mane ade askar yang dibiaya oleh kerajaan negeri? Johor je ade..
papehal kalo nak perang, Johor sentiasa prepare.. hehe
antara tokoh yang pernah join ATS ni termasuklah Sultan Iskandar sendiri, Dato' Onn dan cucunya Tun Hussein Onn, dan bekas panglima ATM iaitu Jeneral (B) Ibrahim bin Ismail..
laen2.. nak cite keunikan makanan di Johor..
ape makanan yang menjadi keunikan Johor? ade banyakkk......
mi rebus haji wahid, botok2, roti jala, lontong, nasi ambeng, mi siput, tempe goreng cecah sambal kicap
kalo kat Johor, mi kuning tu kitorang panggel mi kaso atau mi gemok, bihun tu plak mi siam
mi siput tu bukanlah sejenis mi ye, tapi makanan ringan ala-ala keropok gitu.. haha
orang Johor je makan laksa gune spageti, negeri laen xde.. heheh
pastu kalo nak kenal orang Johor, cube suro die makan tempe goreng..
kalo orang tu mintak sambal kicap untuk dicecah, sah orang tu anak jati Johor
sebabnya, cume orang Johor je eyh makan tempe goreng ngan sambal kicap
bukan tempe je tau, even pisang goreng, keledek, ubi, sukun, wajib dicecah ngan sambal kicap
orang luo Johor cume makan ngan gule je, kalo nampak orang Johor makan ngan sambal kicap mesti jakun gile.. haha
lagi 1 makanan yang korang cume jumpe kat Johor, botok-botok
ade orang cakap botok-botok tu orang luo Johor panggel pais ikan
tapi sbenarnya lain..
botok-botok tu, kukusan ulam-ulaman beserta seketol ikan tenggiri berempah
pais ikan berlada kalo x silap aku, pastu ade kuah sket..
mak aku selalu wat botok-botok ni.. sebab daun banyak bole amek kat blakang umah.. hehe
daun mengkudu, buas-buas, betik, pucuk ubi, ntah hape-hape lagi.. aku x ingat sume..
kalo bukan time pose, aku suke makan botok2 ni.. tapi time pose ni kureng sket la..
sebab kering sangat kot.. susah nak telan.. haha
hmm.. ape lagi ek? haa.. pakaian plak..
baju melayu teluk belanga, satu kebanggaan orang Johor..
aku ade dengo cite, baju teluk belanga ni da jadi baju rasmi sejak pemerintahan Temenggung di Teluk Belanga..
so kirenye baju ni mule dipakai sejak zaman Sultan Ibrahim.. betul atau tak, wallahualam..
yang penting, baju melayu teluk belanga tu identiti orang Johor..
orang luo Johor, cekak musang je.. asal jangan cekik musang dah ler ekk.. sian musang tu x masal kena cekik.. haha
ape lagi? sejarah dah, sultan dah, makanan dah, pakaian dah..
lagi satu, keunikan orang Johor melalui cara kitorang cakap..
bukan perkataan yang kitorang gunakan, tapi cara kitorang cakap..
mesti ade ekk kat ujung setiap ayat, ujung pkataan -ar kitorang tuko jadi -o (seluar - seluo)
pastu orang Johor kalo cakap nak g Johor, tu maknenye Johor Bahru eyh..
so kalo korang ade kat Muo pastu ade membe ajak turun Johor, jangan lak korang plek..
sebab membe korang tu sbenonye ajak korang turun Johor Bahru.. haha
banyak gile weyh nak listkan keunikan Johor ni..
aku rase sambung part 3 la.. tunggu eyh..

Profile

Image
Imagegeniousboy
mohd syafiq bin abu bakar
my blog

Latest Month

November 2011
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   

Syndicate

RSS Atom

Comments

Powered by LiveJournal.com
Designed by Terri McAllister
Image