لايلزم أن تكون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik
ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana ingin menjadi seorang yang disukai
ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia
يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuat Tuhanmu redha dan sayang kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia
لو أصبت تسعة وتسعون وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi berbuat khilaf sekali,
لعاتبوك بالواحدة وتركوا ذلك تسعة وتسعون
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain
هؤلاء هم البشر
Itulah manusia
و لو أخطأت تسعة وتسعون مرة وأصبت مرة
Tetapi andaikan kau lakukan 99 kekhilafan dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan,
لـغفر الله ذلك تسعة وتسعون وقبل الواحدة
Allah akan AMPUNKAN semua 99 kekhilafanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu
ذاك هو ربنا
Itulah Dia, Tuhan Kita.
ﺍﻟﻠﻬﻢ إنا نعوﺫ ﺑﻚ ﺍﻥ نكوﻥ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻣﻠﻴﺤﺎ ﻭ ﻋﻨﺪﻙ ﻗﺒﻴﺤﺎ
Ya Allah kami berlindung kepadamu, supaya kami tidak menjadi orang mulia di mata manusia, tapi hina dalam pandanganmu.
.
-Guru Mulia Al Allamah Al Musnid Habibana Umar bin Hafidz-








