Apa mimpi anak bujang aku nih kul 5 pagi dia pun sibuk bangun jugak…Siap duk high chair okey makan nasi bagai…..anak..anak…
Monthly Archives: Ogos 2009
Weekend Nan Indah
Since penyakit babi tak surut2 lagi, aku pun seram sejuk nak bawak nabil keluar rayau shopping sangat…Paling2 terror punh g carik groceries area BBB tu pun aku duk tak sedap ati nak bawak cikenit tu kuar in public…So, today, dukla umah petang2, masyaallah, melasak sungguh Nabil sekarang..turun naik panjat cabinet tv(adale alasan mummy nak tukor cabinet tinggi sikit hehe), turun naik sofa, sohihla takdan 2 tahun, naik kuning n kepam a sofa tuh, lari sana lari sini, macamla ada orang kejor dia…sikit2 gelak, sikit2 nak nangis…tapi alhamdulillah, sekarang dia dah sangat2 selera makan, terutamanya fav diala, nasi with sup, any kind of soup will do..dah bagi susu botol, bf pulak, sebelum tu padahalnya dah sendawa besor lepas mkn nasi tu…alhamdulillah, mummy harap sentiasala dia macam tu…amin
Menu Harini
Harini mummy masak simple2 aje, tengok kewujudan lauk dalam refrigerator la…ada ayam, ikan kering..oooo, jumpa gak longan kering yg ntah bila terperap kat tempat sayur tu…hehe
So, harini menu adalah ayam kari, ke kari ayam??? Bayam masak air campur bilis, tu je..dan semangkuk kecik sambal kicap yang pada tekakku dah tak berapa sedap tp sebab nak menambah rase, buatla jugak
Selamat Berbuka Puasa kepada semua..
Nabil n new babycot
Since next week nabil start duk taska, makanya harini rayaula sekejap cari babycot since taska prefer a wood babycot than a playpen..huhu…jadi tukunla jawabnya playpen di rumah tu…so, siap2 je beli babycot tu terus shoot ke taska so that abah nabil boleh pasang menda tu siap2 kat taska…
Sementara abah nabil sibuk mengkerastangan pasang babycot, nabil duk busy meround satu taska..nampak cam ok, adala beberapa budak lain kat situ, tokeh taska n her kids pun ada sama duk tengah siapkan flag nak sambut merdeka…
So, nabil, harap2 nabil ok la kat situ, kalau tak, mummy pening la lagi sekali nak cari new place or u…huhu




TASKA vs BABYSITTER
Taska
– RAMAI KAWAN (‘ramaila jugak penyakit bejangkit…nauzubillah)
– minda lebih berkembang since ada program dan aktiviti berjadual(harap tidakla indah khabar dr rupa)
– operates as early as 7 am til 7 pm (in case hubby flies abroad dan aku yang kena antar nabil)
– food taska sedia dan ada menu( harap menu memang sohih la)
-NO CLOTH DIAPER , maybe sebab renyah kot dorang nak handle cd plus, tak penah ada lg kot yg pakai kat situ ( maybe aku leh try tanya dan suggest, atau kalau tak leh, kenala pakaikan dd plus fleece layer in between pampers dgn bonbon nabil)
-toys yang banyak , nabil sukala main kot
– TERIMA EBM..dan staff dah belajo how nak handle ebm(I LIKKKKEEE!!!!)
-pakai babycot(which is GOOD) tapi ada gak baby yg tido atas tilam jek(siannye)
Babysitter
– nabil dimanjakan, tu yang kadang ngade terlebih
– makan minum mummy kena masak dan bekalkan
-tak ramai budak so kurangla tendency nak jangkit2 ni
-since dimanjakan sangat, kadang naik lemak a nabil sampai nak kasik tido pun payah, sibuk nak main je
-makan minum lebih sikitla kot sebab nabil depan mata dan fokus kat dia je
Pendek kata, both ada PRO and CONT nya….macamanapun mummy harap, nabil duk mana sekalipun, nabil dapat sesuaikan diri dan belajar berdikari juga ya sayang…sekejap je, pagi abah hantar, tengahari mummy ambikla…cuma sehari dua je terlajak sampai 5 petang…tu pun mummy dah tak senang duduk dah tingat nabil kat sana….luv u



