Kad raya 2012 – kad raya elektronik & kad raya online – cepat dan pantas walaupun last minute

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya kita dapat menjalani puasa di bulan Ramadhan dan dalam beberapa hari je lagi dah nak menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tentunya di bulan puasa kita fokus menjalani ibadah puasa di siang hari manakala malam pula menjalani ibadah Terawikh pula. Dan bila tibanya bulan Syawal selalunya kita terfikir tentang aktiviti ziarah menziarahi bagi menjalin dan mengeratkan silaturrahim sesama kita yang lazimnya semasa raya inilah kesempatan yang ada dapat kita penuhi. Itupun sebenarnya masih belum dapat memenuhi kesemua keperluan almaklumlah saudara mara sahabat handai bukannya duduk di satu tempat je kan.

Jadi penting bagi kita jika tak sempat menziarahi pun kalau dapat memberikan tanda ingatan dah tentunya orang yang di kirimkad kad raya akan menerimanya dengan senyum lebar sampai ke telinga memberi makna gembira yang teramat sangat. Kalau dulu menjelang raya dah tentu sibuk mencari kad raya dan beratur panjang kat Pejabat Pos sebab nak borong setem.

Tapi sekarang ni, sedangkan orang-orang tua pun dah mahir guna internet, pakai handphone yang boleh MMS, ada kamera nak ambil gambar apalagi orang muda dah tentunya kad raya elektronik atau kad raya online menjadi pilihan.

Kelebihan kad raya elektronik:

1- Pelbagai design kad raya boleh diperolehi dengan kos yang rendah/percuma termasuk kad raya kartun, kad raya pictures dsb,

2 – Anda boleh download kad raya elektronik di rumah, dan hantar kad raya aidilfitri juga dari rumah,

3- Kad raya supplier/website/blog pun boleh cari melalui online, available 24 jam tak perlu ke kedai nak beli

4 – Tak perlu tunggu Pejabat Pos beroperasi

5 – Hari cuti Posmen tak bekerja pon boleh buat kiriman kad

6 – Esok dah nak raya, malam ni sempat lagi boleh hantar email atau MMS kad raya elektronik

7 – dan macam-macam kelebihan lagi yang tak dapat den nak nyatakan kat sini

Bagi saya pun sememangnya kad raya 2010 ni saya prefer kad raya elektronik kerana saya boleh download dengan mudah percuma kat blog kad raya supplier ni jek.

Klik sini download kad raya

atau

1. Nak tahu bagaimana caranya nak katalog kad raya

2. Dapatkan kad raya PERCUMA

sila klik di bawah

ImageKlik sini

Download kad raya percuma jek!

p.s. – pesanan tambahan:

1- Saiz yang paling sesuai untuk kegunaan H/p adalah 176 x 144.
2- Saiz ini sesuai untuk sebarang jenis H/p kecuali Blackberry (jika berkenaan)
3- Saiz 240 x 240 disediakan khas untuk penghantarkan online menggunakan email, blog, facebook, myspace etc
4- Saiz 450 x 450 disediakan khas untuk dicetak/print untuk menghantar secara fizikal/pos (jika masih nak guna pos)

Susah hamil jadikan anda rendah diri?

Saya nak cerita sedikit mengenai kisah Puan Fatina. Kisah ini adalah kisah benar. Oleh kerana kisah inilah beliau telah lebih berazam untuk membantu wanita lain yang susah hamil. Petua-petua tersebut telah beliau kumpul untuk diri beliau dan setelah berjaya hamil, dikongsikan pula untuk kebaikan semua wanita yang memerlukan pertolongan.

Kisahnya begini…

Teringat kisah 2 tahun yang lepas…

Semasa hari raya ke 3, saya bertandang ke rumah nenek saya di Melaka.

Pada masa itu nenek membuat rumah terbuka sempena hari raya seperti kebiasaanya.

Ketika itu turut ada sepupu-sepupu saya dan juga mak ngah dan mak lang.

Selepas bersalam dengan mereka semua, tiba tiba mak ngah saya bersuara “belum ada isi
lagi ke kamu Fatina”…”hampir setahun kamu nikah yer dak?”…

Seperti terkena kejutan elektrik pada jantung saya ketika itu….saya terdiam dan hanya tersenyum pahit kepada mak angah.

Saya terus ke bilik dan bersalam dengan nenek.

Kemudian nenek terus berbisik kepada saya. kata nenek “kamu jangan ambik hati sangat dengan mak angah kamu tu…memang mulut dia macam itu sikit, bukannya kamu tak tahu”..

Saya hanya mengangguk tanda faham..

Lantas saya terus ke dapur menolong mana yang patut.

Sepanjang saya berada disitu saya hanya berdiam diri. Walaupun pelbagai topik dan ‘gosip’ yang dibualkan oleh sepupu dan saudara mara saya, saya hanya mengambil sikap endah tak endah sahaja.

Selepas selesai majlis dan orang jemputan pun mula beransur pulang, saya dan suami juga turut mahu berangkat pulang.

Ketika menurun tangga untuk ke halaman rumah, nenek sempat berpesan kepada saya…”Fatina, kamu jangan sesekali berasa rendah diri…yakin pada diri kamu dan jika kamu berasa rendah diri kamu sebenarnya menyiksa diri kamu dan kamu juga yang rugi”….ucap nenek dengan panjang lebarnya..

Sepanjang perjalanan saya termenung kata-kata nenek…memang ada benarnya juga…tiada gunanya
saya menyiksa diri saya…setiap manusia pasti ada rezeki yang telah ditetapkan..cuma kita sebagai manusia hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya…

Begitulah kisahnya asam garam kehidupan bagi seorang wanita yang masih dalam pencarian. Adakah anda tergolong dalam kisah wanita yang susah hamil?

Buatlah sesuatu. Tidak ada yang masalah yang tidak boleh di ubati. Susah hamil bukannya satu penyakit yang kekal. Kuatkan azam untuk menempuhi hari mendatang.

Tapi sebenarnya anda ada dua pilihan – samada (1) terus dengan kedaan sekarang yang asyik menanggung penyiksaan mental dengan bersabar tak bertempat atau (2) anda pilih jalan keluar dan selesaikannya.

Tidak ada yang mustahil dengan ilmu yang cukup lebih-lebih lagi dengan petua dari orang yang mengalami fenomena susah hamil iaitu Puan Fatina sendiri.

Petua ubat selsema batuk kanak-kanak berpanjangan

Image

Madu Habbatus Sawda – ubat batuk dan kahak yang mujarab bagi kami sekeluarga

Panduan ini hanya boleh digunapakai sebagai rujukan sahaja. Kuasa menyembuhkan hanya di tangan Allah tetapi kita perlu berusaha. Al-maklumlah saya kira semua mungkin akan setuju kebanyakan dari kita menghantar anak ke nurseri/taska. Jadi dah jadi lumrah anak-anak pasti terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk yang paling common selsema dan batuk.

Yang utama perlu ada tindakan pencegahan:

Makanan supplement yang sesuai bagi kanak-kanak. Cadangannya adalah campuran madu+habbatus sawda+jus kurma. Banyak produk sebegini yang banyak dipasaran. Yang terbaik adalah yang ada IMP (Islamic Manufacturing Practice) kerana amalan kualiti pembuatannya ada unsur-unsur As-Syifa.

–>>UPDATE: boleh tambah suplemen Scott Emulsion yang berwarna putih je (ori) untuk mengelakkan selsema

Image
Tido malam pakai baju lengan panjang

Jangan guna kipas siling waktu tido tapi gunalah kipas meja

Elakkan aircon

Elakkan minuman sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais. Biarkan minuman tersebut hilang sejuk terlebih dahulu.

Sekiranya kanak-kanak masih mengalami selsema, jumpalah doktor untuk dapatkan nasihat. Jangan biarkan anak anda dalam keadaan tersebut berpanjangan. Jika ianya baik sendiri alhamdulillah tapi adakalanya selsema lama-lama akan menjadi batuk. Mula-mula batuk sikit, lepas tu batuk kerap, akhirnya ia akan jadi batuk non-stop dan berpanjangan. Jika dibiarkan juga, anak anda berpotensi besar untuk menghidap asma.

Oleh itu, jika berada di peringkat yang terakhir tadi perlu dapatkan rawatan pakar. Buat psioterapi untuk keluarkan kahak, suntikan antibiotik dan sedutan gas nebulizer untuk memulihkan kembali anak anda. Tanpa perhatian anda, anak anda mungkin boleh mengalami asma.

Ramai dari kita khuatir nak bawa anak jumpa pakar disebabkan bajet yang terhad. Jalan yang paling selamat anda perlu daftarkan anak dibawah insuran yang menawarkan kad perubatan/medical card. Insuran tertentu boleh cover perbelanjaan di hospital yang tertentu. Dan hanya kes-kes wad yang insuran akan cover. Walaubagaimanapun, agen insuran anda boleh menasihatkan dalam apa jua keadaan agar anda boleh menggunakan tabung insuran hingga ke tahap yang optimum agar kita boleh dapat faedah sepenuhnya dari insuran yang kita subscribe.