Aku tak mahu apa-apa daripada dunia bahkan tak mahu apa-apa untuk dunia. Semua keinginan akan tertindas dahulu. Semua kewajipan akan dilunas dahulu.
Dunia memberati kita dengan pelbagai keinginan dan kita terasa ringan saat melepaskan lantas terus berjalan. Mungkin itulah sebaik-baik maksud meninggal dunia.
Terlalu banyak ingin dan terlalu banyak angan. Aku ingin menghidupkan diriku dengan sedikit itu dan sedikit ini.
