SaLAm SeJAhTeRa kaLiAn sEmUa

".....aku amat berterimakasih kepada kalian kerana sudi membaca dan mungkin ada sedikit ilmu atau pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama.Apa jua nukilan aku disini adalah hasil apa yang terfikir oleh aku dan apa jua perkara yang aku lalui yang mungkin kita boleh kongsikan bersama.Maaf aku pinta sekiranya ada kecacatan atau apa jua kesilapan yang bisa menyinggung kosentrasi kalian dikala meniti bait-bait bicara dalam Blog aku ini...."

Friday, December 30, 2011

Jumaat 2011M meninggalkan kita.......

......Jumaat 2012 bakal mengamit kedatangan.

Image


Masa berputar hari berganti...itulah rutin dunia yang diciptakan Nya.Begitu juga tahun berubah dari masa kemasa dan usia akan meningkat menghampiri penghujungnya.Tahun 2011M bakal melabuhkan tirai dan lembaran baharu 2012M akan muncul dengan seribu pengharapan dan kenyakinan.Segenap manusia didunia sibuk mencari dan tercari-cari apakah azam untuk tahun yang bakal tiba nanti, tetapi adakah azam lama tercapai atau sekadar semangat sementara tapi luput diingatan apabila pertengahan tahun baharu nanti..?

Pada diri aku sendiri walaupun tahun berubah tetapi aku tiada sebarang azam untuk difikirkan.Pada aku pertukaran tahun hanyalah rutin biasa dan pertukaran usia kepada apa jua yang berada didunia ini.Makin lama ditinggalkan maka makin berusialah ia dan sebagai manusia makin meningkat usianya maka makin hampirlah ia dengan kematian.Adakah kita bersedia dengan kematian atau sibuk mengumpul azam yang entah bila akan terlaksana atau sekadar dibibir tanpa ada usaha kearah memajukan diri sendiri.

Apa yang penting bersyukur kita kepada yang Maha Berkuasa kerana diberikan peluang hingga ke hari ini dan sentiasalah berdoa agar hari ini akan lebih baik dari semalam.Apa yang diraikan dihari ini adalah kejayaan hari semalam.Oleh itu janganlah kita keterlaluan mengikut pihak yang melalaikan kita untuk menjadikan kita leka dan alpa mengejar arus kemajuan sedangkan tahap diri sendiri masih tiada perubahan.

Walauapapun sempena hari Jumaat yang terakhir bagi tahun 2011M ini aku memanjatkan doa agar semua insan yang mengenali diri aku dekat mahupun jauh dan tidak dilupa juga doaku kepada seluruh umat Islam saudara seagama...,didoakan agar kalian semua beroleh kesejahteraan yang sempurna dan kehidupan diberkati yang Maha Esa.Peliharalah diri kita sendiri sebelum kita berhasrat hendak memelihara orang lain.

Wednesday, December 28, 2011

Malam Penghargaan AJK Penyelaras Tadika Perpaduan

Berakhirnya tahun 2011 ini dan tibalah tahun baharu yang dinantikan semua...2012 maka itu dengan rasminya juga berakhirlah sudah penggal aku terlibat secara menyeluruh sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan Daerah Jelebu yang telah aku sertai sejak tahun 2009.Sesungguhnya yang datang akan pergi dan yang lama akan ada yang baharu.Oleh itu aku berharap bermulanya tahun 2012 nanti akan ada lantikan untuk memilih anggota yang baharu.Maka itu diharapkan kepada sesiapa yang dilantik, segala sumbangan yang tenaga mahupun wang ringgit adalah demi anak bangsa sendiri juga.Janganlah berkira dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran.Anggaplah ianya satu amanah dan bakti kita kepada anak-anak yang akan kita wariskan dunia ini kepada mereka.Jasa kita amat diperlukan bagi melancarkan sebarang aktiviti atau majlis ilmu yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan.

Image
Aku bersama Isteri yang banyak membantu
Image
Sebagai tanda penghargaan


Image
Terima kasih dari  Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan
Image
Sijil Penghargaan buat ku....

Image
Dewan Sek.Men.Keb.Undang Jelebu yang dihias cantik

Image
Merenung hari esok...dimanakah Melayu di suatu masa nanti....
Kepada adik-adik yang masih muda,tuntutlah ilmu dan belajarlah bersungguh-sungguh kerana tanpa pelajaran kita akan tertinggal dibelakang dan tanpa ilmu kehidupan kita menjadi tanpa hala tuju.Dunia ini semakin mencabar dan apa yang dipelajari hari ini adalah bekalan untuk hari hadapan.Tiada gunanya kita menyesal apabila usia meningkat senja kerana Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tiada gunanya.

" Tuntutlah Ilmu sehingga ke negeri China dan anggaplah kita akan hidup seratus tahun lagi, tetapi harus diingat beramallah kita seolah-olah kita akan mati pada esok hari"

Sunday, December 18, 2011

Seminggu di MODUL INDUKSI UMUM SIRI 7/2011

              Pada 10-18 Disember 2011 aku bersama 9 org rakan sekerja terpilih ke Kursus Induksi Umum Siri 7/2011 dan siri akhir untuk tahun ini.Kursus ini juga adalah modul terakhir sebelum ditukar ke Kursus Tranformasi Minda pada tahun 2012.Kursus Induksi Umum ini diadakan di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan Port Dickson.Seramai 61 org peserta dari pelbagai Jabatan dan Gred Penjawatan.Hubungan kami sesama peserta amat baik dan mudah mesra.Ini dapat aku rasakan semasa dihari akhir ramai peserta gembira dan sedih kerana hendak balik kerumah dan berpisah dengan rakan sekursus.Tiada perbezaan umur dan tiada pengkelasan dalam hubungan walaupun Gred 17 bergaul dgn Gred 1.Kerjasama dalam menyelesaikan masalah dan kerja berkumpulan membuktikan kami semua Satu Team Satu Kumpulan.Disini adalah sedikit memori foto yang sempat aku rakamkan untuk dikongsi bersama.
Image
haaa lelaki idaman malaya...
Image
Kumpulan No.1  [ GEMILANG ] -Aku ber tracksuit berjalur kembar

Image
..gaya seorang penceramah..,cheewaahhhh..

Image
Tajuk pengucapan aku....
"ERTI KEMERDEKAAN PADA SESEBUAH NEGARA"
(Diakui oleh Puan Ilmiah sebagai Top Ten penyampaian Terbaik dari 61 org peserta)

Image
Aku (2 dari kiri) bersama rakan sekursus
sebelum bertolak ke  Program Aktiviti Kemasyarakatan.

Image
...bersama bapa angkat semasa program di
Rumah Seri Kenangan Seremban
Image
Kenangan mengusik jiwa - Jefri Din...he...he....
Image
...bergaya sebelum persembahan bermula...
Image
...gaya A-Go A-Go 60an...
Image
..sompek gak nak bergayo sobolum masuk klass...
Image
Tanda nama & Buku jadual 
Image
Ketenangan dibilik kuliah



Image
Antara penceramah yang dijemput...En.Hazli hamzah...sportingggg


Image
he..he...permainan pelik tapi menyeronokan...
Sepak takraw dimainkan di gelanggang dan cara bola tampar.
Image
aku...membiru di sofa blue
Image
Kerjasama dlm kumpulan menuntut kesabaran
dan keterbukaan minda
Image
...gaya seorang peserta...eemmmmm...

Image
Rambut mesti kemas sepanjang masa berkursus

Image
Bas yang disediakan untuk membawa kami
ke Rumah Sri Kenangan..Rumah org tua-tua

Image
Aktiviti kemasyarakatan semasa dirumah org tua-tua...Sri  Kenangan..
Image
...bersama rakan sekerja sekursus...RZaini

Image
...bersama bapa angkat sementara di Rumah Sri Kenangan...

Image
Kami  menghiburkan penghuni di rumah org tua-tua
Image
Menyanyikan lagu "Teman Sejati" & "Warisan"

Image
..acara joget lambak...twist a go go....panas lagi kasi membara...

Image
Antara warga Sri Kenangan
yang turut menghiburkan 

Image
Pakcik yg sporting..nyanyi lagu klasik

Image
Walaupun telah memasuki usia emas tapi makcik nie...
suara tinggi setanding Ram Ram
Image
Turut disertai warga Tiong Ha

Image
Fendi ..mengalunkan 2 buah  lagu 60an yang berjaya
mengimbau kembali kenangan warga emas disini

Image
Sambutan Hari Warga Emas di
 Rumah Sri Kenangan Seremban
Image
Aku ketika di Rumah Seri Kenangan  sejurus selepas
aktiviti gotong royong selesai.
Image
Gaya seorang peserta sedang berlatih Pengucapan Awam

Image
Alatan ni lah yang digunakan oleh Juri..Puan Ilmiah
...mengementarkan kami untuk mencapai 10 markah penuh...

Image
Aku sedang menemuramah seorg peserta...
Gaya pengucapan awam...
Image
Senaman diawal pagi....
Image
Aku gaya HAMKA

Image
...di balkoni penginapan...
berlatar belakangkan ladang sawit

Image
..he...he...heeee....

Image
..gandingan bersama persiapan
Majlis Makan Malam Peserta Induksi...

Image
Tenaga kerja peserta lelaki untuk kerja yang berat dan kasar
Image
Ketua Kump 1 Gemilang...
Mirul kepenatan tapi sempat ketawa...

Image
...biasa laa...angkat kerusi....

Image
haiiiii.....

Image
Sempat juga mencelah...nak bergambar di Taman SUK...
Image
Pelik tapi benar...Spotlight yang tak pernah aku jumpa 
Image
..eemmmm..tergoda ker....relaks ler....

Image
Gaya 60-an...

Image
Bersama rakan sebilik...ALias

Image
Majlis Penutup Malam Kebudayaan
Kursus Induksi Umum Siri 7/2011

Image
Merenung....bilo laa dapek balik nie....
Image
Hiburan di malam gala...


Image
...nyanyian duet..lagu Kartina Dahari...cuba teka lagu apa...?
Image
Persembahan Kumpulan....
Image
Sporting laa Bob....Ombak Rindu...

Image
Muka ganas tapi dl hati ada Astakona

Image
Kertas jawapan peperiksaan Umum

Image
Mendebarkan semasa menjawab peperiksaan Umum Induksi

Image
Lega dah selesai peperiksaan..buai laju-laju...sampai hujung sana...

Image
Taklimat dan pengulungan Kursus Induksi oleh Cik Salmah...touching laaa....
sebelum ni muka ganas dan susah senyum tapi hari ni...syahdunya....iskh..iskh...
Image
Nak balik dah nie...senyum melebar ke telinga.
Image
Kenangan bersama sukar dilupa bersama peserta Kursus Siri Akhir 2011
(Aku di barisan tengah no 2 dari kiri)
Image
Kerjasama....menyelesaikan kerja Buku Skrap

Image
Sepakat....dalam kumpulan
Image

Image


Image

Image

Image

Image
....terima kasih kepada semua kerana sudi mengakhiri kisah aku kali ini....berikut adalah sebahagian dari pantun aku semasa pengucapan awam....

Pembukaan;

Melayu India Serani Cina
Satu Malaysia gagasan gah
Abdlahros Mohd namanya saya
Dari Jelebu PBT daerah

Penutup;

Ucapan sudah pantun pun sudah
Hilang gementar terasalah lega
Maaf dipohon jika ada tersalah
Kesilapan dibuat bukan sengaja

Sekian Terima Kasih.