Saturday, February 16, 2013

Sujud SAJADAH

Entri ini aku tulis untuk diri aku sendiri, bagi menjadi rujukan buat diri ini setiap kali terlupa cara sujud sajadah.

Sepuluh ayat yang disepakati sebagai ayat sajadah
  1. QS. Al A’rof ayat 206
  2. QS. Ar Ro’du ayat 15
  3. QS. An Nahl ayat 49-50
  4. QS. Al Isro’ ayat 107-109
  5. QS. Maryam ayat 58
  6. QS. Al Hajj ayat 18
  7. QS. Al Furqon ayat 60
  8. QS. An Naml ayat 25-26
  9. QS. As Sajdah ayat 15
  10. QS. Fushilat ayat 38 (menurut mayoritas ulama), QS. Fushilat ayat 37 (menurut Malikiyah)
Empat ayat yang termasuk ayat sajadah namun diperselisihkan, akan tetapi ada dalil shahih yang menjelaskannya
  1. QS. Shaad ayat 24
  2. QS. An Najm ayat 62 (ayat terakhir)
  3. QS. Al Insyiqaq ayat 20-21
  4. QS. Al ‘Alaq ayat 19 (ayat terakhir)
* selalunya di dalam Al-Quran disebelah ayat sajadah ada ditulis 'as-sajadah', teruslah sujud selepas habis ayat. Jika di dalam solat (biasanya solat jemaah pada waktu subuh hari jumaat) sujud lah bersama imam.


Rukun sujud sajadah di luar solat ialah:
1. Niat - iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala"
2. Takbiratul-ihram
3. Sujud
4. Salam.

Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah, dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

Syarat sah sujud sajadah di luar solat adalah sama seperti syarat solat (suci dari hadas besar dan kecil, mengadap kiblat, menutup aurat, dan sebagainya), dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud.

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat, namun berwuduk itu adalah lebih afdal.

Cara-cara sujud sajadah

1.   Sujud sejadah dilakukan selepas membaca ayat sejadah
2.   Sujud sekali sahaja.
3.   Jika  membaca Al-Quran semasa duduk, letak Al-Quran kat tepi dan terus sujud. Seelok-eloknye menghadap kiblat. Tak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
4.   Kalau baca ayat sajadah ni masa sembahyang, selepas baca, terus sujud tanpa perlu rukuq terlebih dahulu. Selepas sujud, terus berdiri semula dan teruskan bacaan surah. Sebelum sujud, tidak perlu angkat tangan macam takbiratul ihram.
5.   Bacaan semasa sujud seperti di bawah.
Image

Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."



Image
 

Saturday, December 22, 2012

Aku, Muar dan......Johor

Image


Teringat suatu ketika dulu, waktu training di Kuala Lumpur, semasa sessi memperkenalkan diri:

Aku; "saya berasal dari Muar"
Trainer; " ooo Muar...... bukan dari Johor?"
Aku, " bukan.... dari Muar...." kemudian baru aku sedari, yang aku dari Muar, Johor.....

Tak tahu lah kenapa agaknya, bagi orang Muar (atau Muo), Johor adalah merujuk kepada Johor Baharu. Jika mereka bertanya " kau tak pergi Johor?".... sebenarnya mereka merujuk kepada " tak pergi JB?"

Aku tidaklah pakar sangat mengenai seluruh daerah Muar, tapi aku cukup arif mengenai Bandar Maharani...kerana aku dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di sini, sehinggalah aku menyambung pelajaran di Sungai Petani,Kedah.

Dulu semasa kecil, aku akan ke Bandar Maharani menaiki bus Peladang dari Sg Abong, rumah aku. Bas kecil tapi orang yang naik mashaAllah gila ramai...macam nak terbalik bus dibuatnya. Kemudian apabila telah besar sikit, aku akan ke Bandar Maharani menaiki basikal dari Sg Abong - tak la jauh sangat pun. Ada ketikanya pagi-pagi subuh, aku akan menaiki basikal dari rumah hingga ke Tanjung Emas- beriadah kononnya......aman.......suasana sangat indah dan aman. Udara yang bersih, pemandangan yang cukup indah di tebing sungai Muar. Duduk berehat sebentar di atas gelongsor sebentar sambil membaca sebelum aku mengayuh basikal pulang- seebelum hari semakin panas......

Dari kecil aku melihat perubahan Bandar Maharani, dari sebuah bandar yang ada beberapa supermarket yang namanya mungkin tidak didengari lagi masa ini. Antaranya Supermarket Rich, Upwell, Senyum, Hock Hai. Dari kedai buku seperti Toko Buku Manaf, Pustaka Hussien, Sri Tanjung dan banyak lagi. Dulu takda The Store, Popular ni.... Teringat plak dulu ada panggung wayang Rex dan Cathay kalau tak silap. Di situlah kali pertama aku menonton wayang cerita Azura.

Walaupun Muar bukan Kuala Lumpur, tapi pengalaman tinggal di bandar pencen ini amat berharga bagi aku.

Tanggal 10 Muharam 1434H bersamaan 25 November 2012, Bandar Maharani secara rasmi diisytiharkan sebagai Bandar DiRaja. Ini membuatkan aku dan beribu warga Muar tanpa mengira bangsa merasa amat gembira. Aku yang berbangga dengan Muar, tidak melepaskan peluang meraikan peristiwa bersejarah ini.

Banyak acara diadakan antaranya pertunjukan bot dan kereta berhias. Sewaktu kecil dulu (tak ingat tahun berapa), aku pernah menyaksikan perarakan kereta berhias pertama dalam hidup aku di Muar. Kalau tak silap semasa sambutan hari kemerdekaan.

Bandar Maharani dihias indah berseri. Warga Muar berpusu-pusu keluar meraikan setiap acara.

Image
Image

Image
Image

Image
Image

Image
Acara kemuncak ialah pertunjukan bunga apa yang cukup cantik.
Semoga Bandar Maharani dan Muar akan kekal cantik dan bersih agar semua warganya dapat tiggal dengan selesa, aman dan terpelihara.......

Image

Sunday, November 4, 2012

Aidiladha 2012- hingar tapi sepi


Seperti biasa pagi raya, aku ke masjid untuk solat raya. Bezanya cuma tahun ini aku pergi solat raya tanpa abah. Selalunya aku mesti pergi dengan abah. Bersolat raya di Masjid Jamek Muar. Parking betul2 depan pintu masuk coz arwah kan sakit kaki- tak boleh jalan jauh sangat. Nasib baik tahun ini, fadhilah, abang ain & ikmal pergi sekali dengan aku- satu kereta. Takdalah terasa sangat.
Image
 

Alhamdulillah, adik beradik dapat berkumpul bersama aidiladha tahun ini. Takdalah terlalu sunyi sangat. Walaupun abah sudah tiada, tapi rumah ini ialah tempat kami adik beradik berkumpul. Bila lagi nak dapat peluang berkumpul bersama kalau bukan hari raya.

Macam biasa makan, berbual- kecoh gak la rumah. Ditambah plak dengan kehadiran 2 ahlli keluarga baru –

Image
Erin Natasya
 

Image
Zawani
 

Namun, dalam keriuhan beraya, tapi aku tahu hati kami sebak mengingati abah. Terutama apabila mendengar takbir raya. Menitis air mata. Bila teringatkan abah, aku akan tengok video ni. Sempat record aidilfitri lepas. Ada gak la kenangan.
 
Aidiladha tahun ini, hingar tapi sepi tanpa abah……
(Semoga ALLAH mencucuri rahmat-NYA ke atas roh abah...amiin.....)

Image

Sunday, July 22, 2012

surat buat PM

Image
Below were my comments posted on PM, Dato Sri Najib Tun Razak's facebook (all my personal views, could be right, could be wrong.... for us to think and improve.)





1) Salam, DS Najib, this is just my opinion- it could be correct, it could be not. Apa yang saya lihat ialah media massa terlalu menggembar-gemburkan berita2 baik yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti KR1M, Kedai ikan 1M, etc. Terutamanya buletin utama TV3. Semua yang dipaparkan dalam Aduan Rakyat adalah masalah masyarakat di negeri-negeri pembangkang. Ini mungkin taktik kerajaan untuk pancing undi dan menjatuhkan pembangkang. Tetapi berita yang keterlaluan boleh menyebabkan rakyat seperti saya bosan dan muak. We prefer to be updated on ETP progress and its' achievement with concrete data rather than berita syok sendiri. For you to consider...TQ

2) Dato Seri, saya mencadangkan agar Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelidik/merancang cara untuk melaksanakan HUDUD di Malaysia. Jemputlah ulama, pengamal undang-undang dari Malaysia dan Arab Saudi atau negara OIC bagi tujuan ini. Sesungguhnya Islam itu relevan hingga akhir zaman, tetapi bagaimana mempraktikkannya memerlukan perancangan rapi bersesuaian dengan peredaran zaman. Janganlah kita hanya menolak mentah-mentah tanpa penyelidikkan.

3) Dato Sri Najib memang bekerja keras, but it seems like a one man show only. What about the others? Rakyat kurang melihat ahli-ahli UMNO/BN yang lain bekerja keras.....maybe they are working hard, but if rakyat could not see it, rakyat won't vote for them.....

4) Anwar & the gang nak buat apa demonstrasi kat mana pun , biarkan saja. Kita tak payah nak bagi promosi percuma kat depa. Dalam paper ka, berita tv ka, youtube ka, tak payah nak tolong promosi mengulas about that. Just pantau sahaja.....


5) 4soalan: Kenapa peminjam PTPTN dikenakan interest (4%- if not mistaken)? Kenapa pinjaman JPA, MARA pada zaman dahulu boleh diberikan tanpa dikenakan interest? Government bukan bank yg perlu mendapatkan keuntungan. Rakyat bayar tax, then kongsikan part of it dgn memberi pinjaman without interest....is it possible? why can't government absorb whatever service charge from the PTPTN.....? (13/4/2012)

6) Winable candidate: Dato perlu calonkankan wajah baru - muda dalam PRU13. Rakyat dah bosan dengan orang2 veteran dalam UMNO yang tiada idea bernas, fikiran lama, tidak bekerja keras dan mungkin korup.... it's about time for young generation to rule and guided by the old.... (18/4/2012)

7) Change or to be changed : BN/UMNO wajib membuat perubahan besar dalam mengemukakan calon2 PRU13..... sekiranya mereka yang telah tidak berupaya memimpin, tiada idea baru, dan mungkin korup dicalonkan...rakyat tidak akan teragak2 untuk mengubah kerajaan.... (19/4/2012)

8) dato sri kena brain wash semua pemimpin umno utk ikhlas dlm parti, berjuang demi memartabatkan bangsa, negara dan agama...bukannya join umno sebab nak kaya cepat....ikhlas (22/4/12)

9) Nak kaya, join UMNO - inilah pemikiran orang melayu sewaktu saya kecil dulu. Malangnya, hari ini kita boleh lihat hasilnya. Ramai pemimpin yang korup. Dato Sri perlu re-instill tujuan UMNO ditubuhkan- untuk memartabatkan bangsa.... bukan untuk kepentingan diri... setiap ahli terutama pemimpin perlu ikhlas demi negara, bangsa dan agama..... (22/4/12)

10) ketandusan pelapis? - Isa Samad-pengerusi felcra, Sabaruddin chik- pengerusi Bank Rakyat.... mana wajah baru? kenapa tak lantik sahaja pegawai kanan bank negara etc...... nampaknya golongan muda memang takda harapan la nak tunjuk  kebolehan dan berkhidmat untuk negara....*mode: kecewa* (23/4/12)

11) iklan BR1M kat tv tu nampak macam exaggerate sgt.... bagi rm500 sekali je tp cerita mcm bg tiap bulan..... (27/5/12)

12) i think u should reduce ur wife popularity, less of her photo on any poster of urs, better keep her low profile.... malaysians will vote u bcoz of ur performance, but malaysians might not vote u bcoz of her...sorry (16/6/12)

13) Calon UMNO dalam PRU13 is the biggest challenge.... golongan atas pagar akan melihat how serious u r in ur transformation. Sekiranya, nama yang sama dicalonkan- veteran yang tidak mampu memberi idea baru, malas bekerja,sembang kuat, rasuah....that's the end(nauzubillah). We want LEADERS not politicians...
p/s: somehow i feel, UMNO is lack of leaders... (17/6/12)

14) You always give cash to people- BR1M, bonus untuk peneroka, their wives, replace tyre coupon for taxi operators, bantuan rm100 for students, and many more.... i am afraid you're creating a "masyarakat subsidi" escpecially the malays.... u can always give bantuan but not cash, think the other ways to reduce people burdens - masyarakat subsidi is not good. { "somebody needs to say the unsayable"- Margaret Thatcher} (22/7/12)


15) Janji Ditepati atau Amanah Ditunaikan....?
Adakah ia janji kerajaan kepada rakyat....atau.... kerajaan sememangnya patut melaksanakan amanah/mandat yang diberikan oleh rakyat...untuk kita fikirkan bersama....wallahuallam (11/8/12)


16) Why not being humble by saying "Amanah Ditunaikan" instead of Janji Ditepati.....? Jangan biarkan rakyat tolak BN-UMNO hanya kerana perasaan marah dan benci...... "Hatred does not develop nations- Tun M" (21/10/21)

* will update each time I posted new comment on his wall

Image

Saturday, June 9, 2012

sayangku, JOHOR

Image
 
sifat orang Johor katanya :
kurang ajarnya tetap santun,
lembutnya cukup jantan,
dajalnya masih selamba,
nakalnya bersulam jenaka,
... menikam dengan pantun,
menyanggah dengan senyum,
marahnya dalam tertawa,
merendah bukan menyembah,
meninggi bukan melonjak.

(Allahyarham Usman Awang, 1921-2001)
 
Image
 
Image
 

Thursday, June 7, 2012

aku nak makan buah....

seminggu sudah, aku rasa nak makan buah...tak...tak...mungkin dah lebih dari seminggu, dua minggu maybe.... tapi aku tak dapat makan juga until today. buah apa nak makan? tak kisah la, epal ke, durian ke, anggur ke...tapi satu pun aku tak makan lagi.... kesian kat aku.

aku tak berkesempatan nak singgah kedai buah, tiap hari aku keluar pergi kerja seawal subuh, kedai tak buka lagi... aku balik keje kadang2 dah lewat malam, kedai dah tutup. Kalau tak pun, aku balik awal, tapi terlalu letih untuk singgah ke kedai buah...atau mungkin juga malas. Weekend plak, ada je aktiviti yang aku buat, tapi still pergi kedai buah not in the list.

pelik kan, kedai buah bukannya jauh pun... dekat je dengan rumah aku, in fact there are many shops near my place.... tapi still tak berkesempatan. Busy sangat ke aku ni? Dulu mak kata, "sibuk sangat ke mengalahkan perdana menteri?"....hihi

bila aku fikirkan semula... memang takda la sibuk sangat tapi terkadang mungkin leka, alpa atau lalai.... ni baru soal nak makan buah. Belum lagi soal nak call abah kat kampung, atau bertanya khabar kat adik beradik, menziarah kawan-kawan atau saudara-mara.... semuanya tak sempat. Hubungan sesama manusia pun menjadi rengang, ada yang aku jumpa setahun sekali je.... hari raya.. padahal rumah tak jauh pun.

Tu hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah, pun sama...kadang-kadang tak sempat..... masyaAllah...

A001
A002
Demi Masa,
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

Image

Thursday, May 24, 2012

Kejadian Kepala Air

Teringat aku peristiwa kepala air semasa percutian aku dan ahli-ahli Alesco Explorer Club (AEC) ke Lata Berembun.

Kita orang dirikan khemah berhampiran dengan kawasan air terjun. Pada mulanya petang tu, kita orang pun seronok la main air, ya lah air terjun Lata Berembun memang cantik dan sejuk. Kat bawah air terjun tu tak boleh berenang coz kawasan air pusar, abunai (bahaya)....

Cuaca yang mulanya tadi cerah kemudian bertukar menjadi gelap, kami pun naik ke atas, takut sekiranya di puncak hujan sudah turun. Rupanya betul, tak lama selepas itu, air terjun yang tadi tenang kini mulai deras. Semakin lama semakin deras.... akhirnya aku nampak dah macam kuda berlari plak...masyaAllah...

Alhamdulillah semuanya selamat.



Pertama kali aku tengok kepala air.....

Image