Ringgit Cost Averaging (RCA)
Posted on: January 11, 2011
- In: EPF | Unit Trust
- 2 Comments
Ringgit Cost Averaging @ Pemurataan Kos Ringgit
RCA adalah satu teknik pelaburan yang digunakan untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko pelaburan berjumlah besar. Ia dilaksanakan melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh tetap ( samada bulanan atau suku tahunan) tanpa menghiraukan harga unit ketika itu.
Contohnya, pelabur boleh memilih untuk membuat pemotongan gaji terus / Standing Instruction sebanyak RM200 atau RM300 ke dalam akaun dana unit amanah anda. Bagi para pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan mengikut jumlah kelayakan sebagai contoh RM5,000 atau RM10,000.
Jumlah dan kekerapan pelaburan walaubagaimanapun bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.
Bagaimana RCA berfungsi?
Lebih banyak unit dibeli apabila harga rendah dan kurang unit dibeli semasa harga melambung tinggi. Walaupun ia adalah satu teknik pelaburan yang efektif dan berkesan kerana pelabur megumpul unit bagi pelaburan mereka. Oleh itu, pelabur dinasihatkan untuk memilih jumlah yang dirasakan selesa untuk melabur di bawah semua keadaan pasaran.
Andaikan anda ingin menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:
Pada akhir hujung tahun, keputusannya begini:
Purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, ini bermakna pelabur membeli murah 1% dari harga seunit di sepanjang tempoh.
Dan dari RM12,000 yg dilaburkan, kini pelaburan beliau bernilai RM13,692.10 bersamaan dgn keuntungan 12%.
Contoh pengamal RCA?
- Pelabur yang melabur menggunakan wang tunai mengikut amaun yang tetap melalui potongan gaji contohnya RM200/bulan
- Pelabur yang melabur Unit Amanah menggunakan wang EPF mengikut amaun yang tetap sekali setiap 3 bulan
Teruskan pelaburan anda dengan amalam RCA!
Berpindah
Posted on: September 6, 2008
Ada kawan saya berpindah rumah baru…
Ada kawan saya berpindah ke department baru..
Suami saya pula berpindah ke syarikat baru…
Saya pon nak berpindah jugak…so BijakRinggit kini berpindah ke domain baru : http://bijakringgit.com
Laman web ini masih belum 100% lengkap..masih dalam pembikinan 😉
Terima kasih atas sokongan anda
- In: savings
- 12 Comments
Assalamualaikum
Susah ker nak buat simpanan tetap setiap bukan? Macam-macam la orang kata …..
~ Tak bolehla..bayar hutang nak bayar
~ Tak bolehla….nak beli itu dan ini
~ Nak buat apa simpan? penat-penat cari duit nak kene simpan pulak?
Alahai bukan banyak sangat nak simpan. Mungkin boleh mulakan simpanan tahun ini 10% sahaja dari pendapatan, tahun depan bila dah seronok menyimpan dan gaji dah naik, naikkan pula ke 20%.
Hari ini saya terbaca artikel “ Five ways to put $50 into savings each month” . Kredit kepada MoneyInstructor. Memang mudah saja melihat cara yang dikongsikannya.
Jadi disini, saya juga nak kongsikan 4 cara untuk kita gunakan:
1)Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi.
Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbabding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita sumai isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.
2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop
Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu.
3) Tetapkan matlamat simpanan anda!
Letakkan matlamat pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini!
4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang
Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah RMXXX dapat dijimatkan.
Selamat mencuba!
< kalau nak cuba resipi baru boleh layari farracheesecakes>
Kadar inflasi negara kita pada bulan Julai meningkat sehingga 8.5%, lebih tinggi daripada jangkaan pada 7.8% dan kadar inflasi bulan Jun pada 7.7%. Sumber: Forbes
Kepada pengguna seperti kita, pastinya ia memberi kesan dari segi perbelanjaan isirumah dan ini mungkin memaksa sesetengah individu untuk mencari wang pendapatan tambahan dan juga mengurangkan perbelanjaan.
Berdasarkan TheEdge hari ini, kadar perkembangan ekonomi kita pada suku kedua tahun ini kurang memberangsangkan daripada 7.1% kepada 5.9%. Begitulah kesan yang kita rasai dek kerana kenaikan harga minyak dan barang dan kerana hilangnya keyakinan pelabur terhadap situasi politik negara kita.
Bayangkan jika kadar inflasi kita ialah 6% setiap tahun, harga sepinggan makanan kita yang berharga RM20 tahun ini akan menjadi RM64 dalam masa 20 tahun lagi! Apa persiapan anda?
~ Apa la cerita bajet 2009 petang ini yer!
~ Emm..sejak akhir-akhir ini suka betul saya membaca ZenHabits. Sedang mencuba tips2 bergunanya.
Time : 6.30 pm – 9.00 pm
Venue: 1st Floor, Selangor Club Ballroom (beside Dataran Merdeka)
Note: Refreshment and Surau is available here.
The preview will be given by one of top Group Agency Manager in PM who has over 20 years experience in Public Mutual. This preview will be able to help you increase your knowledge as an investor, potential investor or if you are thinking to join us as Unit Trust Consultant. See you there.
Dimanakah anda menyimpan wang?
Posted on: August 8, 2008
Tahniah kerana anda suka menyimpan wang.
Kini, saya ingin bertanya dimanakah anda menyimpan wang anda? Soalan kedua pula, mengapa anda menyimpan? Sudah tentu anda sendiri mempunyai jawapannya.
Namun yang paling kurang disedari oleh orang ramai adalah akan kadar pulangan instrumen simpanan tersebut. Seperti yang Dave Ramsey katakan:
A savings without a mission is a rubbish
Saya pasti anda mempunyai misi tersendiri, samalah seperti saya. Jadi takkan anda hendak lepaskan peluang untuk menyimpan ke dalam instrumen yang memberi pulangan rendah. Bahkan, inflasi sendiri membuatkan dividen yang anda terima semakin kurang nilainya ( atau mungkin tiada nilainya) terhadap simpanan anda.
Secara perbandingannya, Dana Islam Unit Amanah mempunyai potensi keuntungan antara 10-%-15% setahun. Jadi, bayangkan jika inflasi adalah 8%, anda masih mempunyai keuntungan.
Bayangkan jika duit anda disimpan dalam Fixed Deposit yang memberi kadar pulangan terkini 3.75%, lihat anda tidak untung apa-apa pon.
Dan secara perbandingan antara instrumen simpanan lain…
ASB memberi pulangan purata 8% setahun
KWSP memberi pulangan 5.8% tahun 2007
Tabung Haji memberi pulangan 7% tahun 2007
Mengapa Dana Islam Unit Amanah menjadi pilihan saya?
Bukan sahaja kerana ia berpotensi memberi pulangan yang tinggi, pastinya kerana ia dilaburkan di tempat-tempat halal mengikut shariah islam. Sudah pasti ia tidak dilaburkan di medan perjudian, arak atau sebagainya. Dana Islam juga diuruskan oleh Pengurus Dana yang professional. Wang pelaburan para pelabur dikawal oleh Pemegang Amanah yang dilantik seperti Amanah Raya Berhad. Kini Dana Islam turut menjadi pilihan pelabur bukan Islam kerana potensi pulangannya.
Terdapat banyak Dana Islam yang ditawarkan oleh PM seperti PCIF, PIttikal, PIOGF, PAIF, PIOF dan lain-lain lagi. Jadi saya ingin mencadangkan anda membuat pelaburan di dalam Dana Islam Unit Amanah untuk simpanan masa depan. Public Mutual juga akan melancarkan 2 Dana Islam yang juga boleh dilaburkan melalui KWSP tidak lama lagi. Jadi, jangan tunggu lagi. Semak penyata anda sekarang, dan hubungi saya 013-3413040
Assalamualaikum,
Ada orang berpendapat…
1) Mustahil untuk hidup tanpa hutang
2) Some debt is good thing
3) Kalau tak berhutang susahla nak hidup
Hutang sebenarnya bukanlah semuanya evil. Ada juga yang baik sebagai contoh, membuat pinjaman untuk kursus/sijil yang boleh meningkatkan kerjaya kita atau memulakan pernigaan. Semuanya bergantung kepada niat dan keperluan individu.
Mustahilkah untuk hidup tanpa hutang? Saya rasa mungkin boleh diusahakan. Hutang rumah dikecualikan. Antara yang boleh diusahakan:
(1) Hutang Kad Kredit- Ini paling mudah. Tak payah ada KK, jadi kita takkan ada hutang KK. Jadikan tabiat untuk berbelanja kurang dari pendapatan anda. Jika ada perbelanjaan besar macam percutian, anda sudah boleh mula menyimpan lebih bulan-bulan sebelumnya. Sekarang ini KK sangat mudah diperolehi , tanpa perlu slip gaji! Bank-bank sudah tentu mempunyai alasan tersendiri mengapa dengan mudah memberi kad plastic tersebut kepada orang ramai. Apapon ada orang berpendapat ada KK Nampak cool. Iye ker?
(2) Hutang pendidikan- Boleh dielakkan dengan membuat simpanan bagi dana pendidikan sejak anak kecil atau pergi ke IPT kerajaan yang berpatutan atau pergi bekerja sambil belajar ( kalau anak saya saya tak digalakkan, atau mengikut situasi anda!) atau jika murah rezeki, insyallah boleh dapat biasiswa!
(3) Hutang kereta- Buat simpanan. ( Saya sedang berusaha mengumpulnya). Saya mengidam juga kereta baru tetapi memandangkan kereta sekarang ini masih boleh digunakan dan memikirkan kereta juga susutnilai dengan cepat, saya masih tangguhkan lagi. Setakat ini tiadalah pula orang yang komen negatif tentang kereta saya, tetapi sudah terlalu ramai menyarankan saya bertukar kereta baru! Tetapi saya gembira kerana duit yang sepatutnya dibayar untuk kereta baru saya gunakan untuk simpanan dana pendidikan dan persaraan.
(4) Hutang perumahan – Saya rasa amat sukar untuk kita elakkan. Tapi kita boleh menyimpan untuk membuat bayaran awal yang tinggi mungkin sehingga 20%. Cara lain, mungkin dengan tidak membeli rumah yang besar. Rumah besar memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan kos utiliti yang tinggi.
(5) Hutang kahwin – Eh, anda mesti tertanya, ada ker orang buat? Jangan tak percaya ada tau. Boleh elak dengan jangan keluar dating selalu terutama ke restoran hebat-hebat macam Starbucks etc ( kami dah beranak 2 pon tak pergi makan Starbucks). In fact bila keluar dating, tendency untuk bershopping juga tinggi! Lagi satu, jangan suka bergayut di talian telefon dan buat kenduri Ala Carte (ala kadar).
(6) Hutang lain-lain- Ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu untuk membeli sesuatu, jangan letakkan dalam ‘lists to buy’. Live below your means 😉
Planning, patience, and delayed gratification can help us to live debt free. Add long term investment and I believe we can have a formula for getting rich slowly
Inflasi bulan Jun meningkat 7.7%
Posted on: July 27, 2008
Statistics Department baru sahaja mengumumkan kadar inflasi pada bulan lepas meningkat sebanyak 7.7% berbanding Jun tahun lepas, dan ianya adalah 3.9% lebih tinggi daripada bulan Mei 2008.
Tidak hairanlah harga barang-barang umumnya sudah naik. Tak kiralah harga roti, kek, perabot, besi dan lain-lain lagi. Oleh kerana inflasi ini tidak dapat dikawal (kalaulah kerajaan boleh kawal!), marilah kita sendiri yang mengubah cara hidup supaya hidup kita tidak tertekan dek kerana inflasi.
2 hari lepas saya terjumpa satu artikel yang menarik yang dikongsi oleh penulisnya. Saya kongsikan beberapa strategi yang disyorkan oleh Brewer dalam menghadapi kedaan inflasi ialah:
- Melabur dalam ‘barang’ daripada wang sebagai contoh emas.
- Berhati-hati memegang tunai. Wang tunai yang anda ada sebaiknya di simpan/dilaburkan kedalam mekanisme pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi daripada inflasi. Sebagai contoh, jika wang disimpan di dalam akaun simpanan biasa memberi pulangan 5% tetapi ianya sebenarnya kurang 5% selepas ditolak dengan kadar inflasi tahunan.
- Jangan buat pinjaman kadar tetap untuk jangkamasa panjang dan jangan beli bon kerana kadar inflasi yang tinggi menghancurkan nilai jangkamasa panjang bon. Kemungkinan 7% atau 8% kadar pinjaman tetap akan meningkat sehingga 14% atau lebih kepada 30 tahun pelan pinjaman rumah.
- Melabur ke dalam long term capital gain. Unit Amanah adalah mekanisme pelaburan sangat produktif dalam membantu anda melawan kadar inflasi.
Mungkin ada strategi yang boleh digunapakai dengan situasi di Malaysia. Ianya pilihan anda. Yang pasti anda tidak boleh berdiam diri kerana dengan tidak melakukan sesuatu, nilai wang yang anda ada akan susutnilai disebabkan inflasi. Bertindak sekarang!
P/s- sedang mendalami subjek ‘Perfecting the enoughness & Learning the simplicity‘. Mmg sesuai dengan situasi ekonomi sekarang.
Zimbabwe~Inflasi tertinggi di dunia
Posted on: July 21, 2008
Tahukah anda? Inflasi tertinggi di dunia sekarang adalah di Zimbabwe. Kadar inflasi di negara itu meningkat sehingga 2.2juta peratus. Antara baranag pengguna yang mengalami kenaikan harga mendadak ialahminyak masak sebanyak 60 juta peratus dan gula sebanyak 36 juta peratus.
HARARE, Zimbabwe (AP) — Official inflation soared to 2.2 million percent in Zimbabwe — by far the highest in the world — and has shot as high as 70 million percent in the past year for some basic goods sold on the black market, the state central bank said Thursday.
Sumber: CNN
Syukur, di Malaysia kadar inflasi saya kira masih boleh diterima. Jadi, banyakkan simpanan dan kurang perbelanjaan 😉
Pelan pendidikan anak
Posted on: July 13, 2008
- In: Why invest
- 5 Comments
Assalamualaikum,
Telah lama hendak saya ingin kongsikan pelan pendidikan anak-anak saya yang saya bangunkan menggunakan sebuah perisian ‘ financial advisor’. Disini saya kongsikan pelan pendidikan anak pertama saya sahaja secara ringkas.
Anak pertama: Muhammad Mus’ab
Tarikh lahir: 4 Jun 2004
Tahun ke universiti:14 tahun lagi
Program: Finance, Australia (3+1)
Jumlah pengajian dan kos sara hidup: RM 233,427 ( assumption: Kadar inflasi tempatan 2.5% dan antarabangsa 3%)
Simpanan sedia ada:
a) EPF akaun 1nilai dalam masa 14 tahun:RM16.5K
b) Unit Amanah (Ittikal): RM35.3K ( lump sum RM5K pada tahun 2006) (assumption: kadar pulangan tahunan :13%)
Baki dana pendidikan yang diperlukan =RM181.5K ( RM233.4K – RM16.5 K-RM35.3K)
Untuk mencapai jumlah RM181.5K, saya memerlukan RM615 disimpan secara bulanan. Dana yang ingin dipilih akan berdasarkan profail risiko pelabur.
Huh, tak percaya? Emailkan alamat email anda dan saya akan kongsikan pelan pendidikan lengkap kedua-dua permata hati saya ini dengan anda yang terpilih. Laporan lengkap ini mengandungi 7 muka surat.
Sample muka surat pertama
Nota: Dana pendidikan anak akan berubah mengikut jenis pengajian seperti negara, program dan faktor lain iaitu kadar inflasi dan purata pulangan tahunan unit amanah.
Selain pelan pendidikan, saya juga menyediakan khidmat pelan persaraan, pelan pembelian rumah, dan pelan mencapai impian kewangan anda yang lain. Hubungi saya 013-3413040.
Wassalam












