Friday, April 20, 2012

Tepung Magik

Monday, August 29, 2011

Jamuan Hari Raya


Image
Kami menyedia khidmat katering untuk cendawan goreng kepada warga sekitar Lembah Klang.
Hanya RM2.00 seorang sahaja
Mini Order 250 orang

Image
Kalau ada yang ingin goreng sendiri boleh dapatkan Tepung Goreng Cendawan atau lebih dikenali sebagai "Tepung Magic" harga baru Rm 6.00 sebungkus.

Fan Page Kami Di FaceBook.. Sila like

Takbir Hari Raya

Selamat Hari Raya

Image Cendawan Blues mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua rakan-rakan seperjuangan dan juga sesiapa yang melawati blog ini.
Image

Tuesday, August 16, 2011

Kursus Industri Cendawan DI Klang



Image

    1. Image
    Image
Image


Image
Image
Image
Image
Image


Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa kursus.
Menikmati sarapan pagi iaitu nasi lemak cendawan, menikmati air cendawan, memetik cendawan, membungkus cendawan, mempelajari penanaman specis-specis cendawan yang berlainan.


Saturday, June 11, 2011

Cendawan Sebagai 1Hobi/Sampingan/Kerjaya

1 Program Khidmat Masyarakat
Cendawan Sebagai 1Hobi/1Sampingan/1Kerjaya
Yuran : RM20.00 sahaja (Pengurusan Admin)
Lokasi : Ladang Cendawan Klang
Peserta :15-20 orang setiap sessi
Tempoh : 2 Hari

Hubungi Akmal : 017.637.2810 untuk keterangan lanjut

Wednesday, June 8, 2011

Cendawan Blues

Thursday, May 26, 2011

Jalan-Jalan Cari Cendawan

Image









Konsep "Mushroom Farm Day" ini diwujudkan kerana kami ingin berkongsi ilmu dan juga rahsia penanaman cendawan dengan orang ramai. Ramai yang meminati cendawan sebenarnya tetapi tidak tahu dimana ingin mendalami ilmu tersebut. Dengan adanya konsep ini kami boleh menyumbang ilmu-ilmu mengenai cendawan kepada masyarakat. Selain itu, cendawan adalah tanaman organik yang tiada lemak tetapi mengandungiprotein yang tinggi. Ianya adalah makanan yang berkhasiat dan boleh digunakan menghindari pelbagai jenis penyakit. Cendawan baik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Dalam program agrotourism cendawan ini kami akan menumpukan kepada beberapa aspek keilmuan dan riadah. Diantaranya adalah seperti berikut:-

1. Lawatan ke Ladang Cendawan

2. “ Hands On” Dalam Proses Penanaman Cendawan

3. Jenis-Jenis Cendawan Yang Boleh Dimakan

4. Khasiat-Khasiat Cendawan

5. Penerangan Mengenai Penanaman Cendawan Dari Awal Hingga Akhir

6. Rahsia Mengoreng Cendawan yang Rangup

7. Berkongsi Resepi Cendawan

8 . Menikmati Produk Hiliran Cendawan

9. Cendawan Sebagai 1Kerjaya

10. Konsep Menanam Cendawan Di rumah (Bumi Hijau)

11 . Cenderahati seperti Beg Media Cendawan

Berikut adalah maklumat yang anda akan perolehi semasa berkunjung ke ladang cendawan kami. Diharap maklumat ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Terdapat pelbagai specis cendawan diladang kami. Seperti:-

1. Cendawan Jerami Padi

2. Cendawan Tiram Kelabu

3. Cendawan Seri Pagi

4. Cendawan Black Jelly

5. Cendawan Mutiara

6. Cendawan Tiram Biru

7 Cendawan Berangan

Wednesday, March 30, 2011

Cendawan Goreng Seri Pagi

Image

Monday, July 19, 2010

Kiosk Cendawan Blues

Image
Kiosk Cendawan Blues

Sesiapa yang berminat untuk menjual

  • Cendawan Goreng
  • Tepung Goreng Cendawan
  • Air Cendawan
  • Cendawan Segar
Latihan akan diberikan,
Hanya 5 kiosk sahaja akan dibuka buat masa ini.


Jika berminat boleh hubungi akmal 017-637-2810

Syarikat yang berminat untuk memegang Master Kiosk untuk setiap negeri dialau-alukan

Monday, May 24, 2010

BEG MEDIA CENDAWAN

BMC sekarang dijual dengan harga Rm 1.00 sahaja ..untuk pembelian 3000 BMC keatas.. Beg ini miselium dah penuh dan telah diperam 4 ke 5 minggu..mungkin hanya perlu tunggu 1 ke 2 minggu sahaja.

Friday, April 2, 2010

BISTRO CENDAWAN

Image





Lokasi : Meru Klang, Selangor
Waktu Operasi : 6.00petang-12.00 malam
Cuti : Khamis
Pengusaha : Puan Tosiah & Encik Akmal
Tel :017-637-2810

Bistro Cendawan telah mula beroperasi pada 15 Disember 2009. Pelanggan yang datang ke Bistro Cendawan kami amat gembira kerana dapat menikmati juadah-juadah eksotik yang berasaskan cendawan. Menunya agak unik dan sukar didapati ditempat lain.

Antara menu-menu yang disajikan

  • Lai Chi Kang Cendawan
  • Nasi Lemak Cendawan
  • Cendawan Goreng Eksotika
  • Cendawan Goreng Itali
  • Crispy Cheezy Mushroom
  • Cendawan Panggang
  • Sup Cendawan Bistro
  • Murtabak Raja Cendawan
  • Pau Cendawan
  • Sos Cili Cendawan
  • Grill Chicken Chop
Nasi Lemak Cendawan

Image

Cendawan Panggang
(Mozarella Cheese ditabur diatas cendawan, bersama olive oil dan juga Thyme)
Image

lai Chi Kang Cendawan
(Menggunakan Cendawan Black Jelly)

Image


Cendawan Goreng Itali

Image

Murtabak Raja Cendawan


Image
Kami menggunakan pelbagai jenis cendawan iaitu white oyster, grey oyster, enoki, shitake, button, dan black jelly.

Pelanggan yang hadir juga diberitahu apakah khasiat-khasiat yang ada di setiap jenis cendawan yang dihidangkan.

Friday, June 26, 2009

Sipnosis Kursus Usahawan Cendawan Lanjutan-Penyakit & Perosak



Satu kursus cendawan mengenai bab penyakit & perosak telah diadakan buat pertama kalinya di Taman Pertanian Malaysia Shah Alam. Tujuan kami mengadakan kursus ini kerana terdapat ramai pengusaha yang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat kurangnya ilmu mengenai penyakit & perosak. Malah ramai juga yang telah bungkus projek mereka kerana gagal mengawal masalah penyakit dan perosak. Malah ada juga pengusaha yang telah mengeluarkan modal sebanyak 2 juta tetapi akhirnya tutup projek cendawan mereka. Oleh itu kursus ini adalah sangat penting untuk usahawan cendawan baru meskipun yang lama.

Puan Normah yang berpengalaman selama 30 tahun didalam industri cendawan telah berkongsi pengalaman beliau bersama 20 orang peserta kursus. Ada yang datang dari Perak, Pahang, Melaka dan juga Johor. Mula-mula Puan Normah berkenalan dengan peserta dan menyungkil masalah-masalah terkini yang dihadapi oleh pengusaha.

“Good Hygine Practice” adalah penting untuk susun atur kerja dan susun atur ruang diprojek cendawan. Kerana disitulah mulanya penyakit membiak. Walaupun tidak nampak pada mata kasar tetapi beribu-ribu kulat perosak dan penyakit mampu berterbangan. Puan Normah telah berkongsi dengan terperinci mengenai semua masalah penyakit iaitu dari kulat, bacteria dan juga virus. Ada yang boleh diatasi dan ada juga ada yang tidak boleh diatasi. Selepas itu masuk pula masalah serangga dan juga haiwan perosak. Kalau ada sarang labah-labah dirumah cendawan kita…biarkan. Kerana ia dapat membantu mengatasi masalah serangga lain.

Simple sahaja untuk mengatasi masalah cendawan ini. Jaga kebersihan. Dengar macam mudah tetapi kita kena memahami konsep kebersihan “microbiologi”. Itu yang susahnya. Kalau ada degree mikrobiologi senang ler faham. Maka kursus ini diterangkan secara panjang lebar mengenai konsep kebersihan. Jika ada pengusaha yang ada masalah penyakit perosak, insyaallah kami cuba membantu berbekalkan pengalaman dan juga maklumat daripada kursus ini.

Mushroom Killer istilah kulat hijau. Paling merbahaya. Disini kami mempelajari byk maklumat untuk mengatasi mushroom killer ini.

Bilik suntik pun perlu dijaga. Ruang yang negative dan juga ruang yang positif. Angin, pergerakan udara, cara basmi kuman sebelum masuk dan juga etika didalam bilik suntik.

Oleh itu jikalau ada sesiapa yang terlepas kursus ini bolehlah berdaftar segera untuk bulan Ogos akan datang. Seperti yang tertera di takwin diatas.

BTW..jom ramai-ramai pergi keKedah…tengok pengusaha cendawan lain. Kalau berminat nak pergi boleh hubungi cendawan blues. Jumpa anda dikedah.

Akmal Kharis

Cendawan Blues

Image

Peserta Kursus...dari Pahang, Perak, Melaka, Johor,Selangor,

1 Malaysia..ada melayu, India dan juga Cina

Image

Mesin Bagging 2 in 1. Dah siap padat. tak perlu hentak bagi padat. 2000 BMC sehari

Image

Melihat Produk-Produk cendawan

Friday, June 5, 2009

Latest update on Kursus Penyakit dan Perosak

Image**sila click gambar untuk tumbesaran

Perkampungan Budaya
Taman Pertanian Malaysia
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
21 Jun 2009 Ahad
8.30 pagi-Pendaftaran
RM 250.00

*Analisa Masalah Usahawan
Cendawan
*Lokasi & Susun Atur Ruang
*Ciri-Ciri Ruang Bangunan
*Kenali Kulat Pencemar
* Kenali Bakteria Pencemar
* Kenali Serangan Virus
*Kenali Serangga & Lain-Lain
Perosak
*Konsep ‘Good Hygiene Practice’
*Penggunaan Substrate Lain-Jerami
Padi & Tandan Kelapa Sawit
*Membuat BMC Yang Ideal
*Teknik Pengukusan Yang Ideal
*Demonstrasi Mesin Bagging 2 In 1
*Demonstrasi Steamer
*Memilih Benih Yang Baik
*Cara Inokulasi Yang Betul
*Teknologi Jepun-Menambah
Hasil Pengeluaran
*Mengatasi Masalah Secara Organik
*Rahsia Tuaian Lebih Dari 8 Kali
Jadilah Usahawan Cendawan

Taklimat oleh:-

Puan Normah Ibrahim-
Penceramah Jemputan
Persatuan Cendawan Malaysia

Mohd Fadhli Azman -
Pengurus
Agro Consult & Services

Encik Vicky Tan-
Pegurus
Tanali Esteem

Ms. Tan Keat Lan-
Pegurus Pembangunan Perniagaan
Life Lite

Khairul Akmal Kharis-
Pengurus
Cendawan Blues


Image**sila click gambar untuk tumbesaran




Image
**sila click gambar untuk tumbesaran

Image

Thursday, June 4, 2009

KURSUS PENYAKIT & PEROSAK

Perkampungan Budaya
Taman Pertanian Malaysia
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
21 Jun 2009 Ahad

8.30 pagi-Pendaftaran

RM 250.00



Jadilah Usahawan Cendawan
Yang Berjaya & Berilmu


*Perbincangan masalah usahawan
cendawan
*Kenali jenis jenis kulat perosak
*Kenali Virus Cendawan
*Kenali Bakteria Cendawan
*Kenali Serangga Perosak
*Konsep Good Hygine Practice
*Penjagaan Habuk Kayu
*Penggunaan substrate lain-Jerami
& EFB
*Membuat BMC yang ideal
*Teknik pengukusan yang ideal
*Demonstrasi mesin bagging 2 in 1
*Demonstrasi steamer
*Memilih benih yang baik
*Cara inokulasi yang betul
*Ciri-ciri bilik suntik benih
*Teknologi Jepun-menambah
hasil pengeluaran
*Rahsia tuaian lebih dari 8 kali
*Mengatasi fungus hijau



Taklimat oleh:-

Puan Normah Ibrahim-Pengurus
Agro Consult & Services
Encik Vicky Tan- Pegurus
Tanali Esteem
Ms. Tan Keat Lan- Pegurus Pembangunan Perniagaan
Life Lite
Khairul Akmal Kharis- Pengurus Cendawan Blues



KLIK UNTUK PEMBESARAN

Image

Monday, June 1, 2009

30~31 May-->>Minggu Cendawan

Syukur ALhamdulillah dgn limpah kurnianya segala perjalanan sempena Minggu cendawan berakhir. Kami dari Salam Makmur mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yg sudi Hadir. Terima Kasih kepada yang sudi mempromosikan Minggu Cendawan ini, Kunjngan usahawan dr Kelantan, Pahang, Melaka iaitu di luar negeri Selangor adalah di luar jangkaan...


Seperti yang anda sedia maklum, bertempat di Taman Pertanian Cahaya Malaysia Seri Alam dengan usahasama Jabatan Pertanian dan dan badan² berkaitan, Minggu Cendawan telah diadakan. Selain Jualan produk berasaskan cendawan, terdapat juga penerangan berkenaan cendawan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Image
Puan Zainon menerangkan fungsi Persatuan Cendawan Malaysia kepada pengunjung.



Image
Tayangan Agro Jurnal mengenai cendawan



Image
pameran oleh TANALI (Vicky Tan)



Image
Jualan Produk Cendawan



Image
Penerangan oleh Jabtan Pertanian Malaysia (Pn. Normah)




Image
Jualan Makanan berasaskan cendawan



Image
Penerangan Nutrisi Cendawan oleh En. Akmal Kharis kepada pengunjung




ImageEncik Vicky Tan menerangkan tentang produk nye kepada pengunjung


Image
Encik Akmal menerangkan kepentingan cendawan kepada Murid Sekolah dari Gombak



Image
Penerangan mengenai cendawan oleh Ms tan tentang cendawan kepada kanak² dr skolah tadika

Thursday, May 28, 2009

Reminder: To Minggu Industri Cendawan

Click for larger view

Image
Map




Image
Map to Taman Pertania Malaysia, Bukit Cahaya Sri Alam
(google map)


Image

anda semua di jemput hadir...kepada para usahawan, pengunjung dan semua lapisan masyarakat.

Tuesday, May 26, 2009

JUALAN MINGGU CENDAWAN

Kepada sesiapa yang ingin membuka gerai cendawan, pada minggu cendawan (30~31 May 2009) di Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Sri ALam, sila hubungi Cik Fazliatun Ismail (017-8840900) untuk pertanyaan dan tempahan.

Tuesday, May 19, 2009

Minggu Cendawan

Perkampungan Budaya
Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

30hb & 31hb Mei 2009
Sabtu & Ahad

Masuk RM 3.00 sahaja

Aktiviti menarik:-

*Kursus Cendawan-2hari 1malam
*Pendaftaran Kursus Cendawan lanjutan-
Penyertaan untuk usahawan yang telah
mulakan projek cendawan sahaja
*Memulakan projek tanaman cendawan
skala kecil, sederhana & komersial
*Membuat beg media cendawan
*Peluang usahawan ladang kontrak cendawan
*Mengutip cendawan liar dihutan simpan
*Pembiayaan projek cendawan
*Sessi perjumpaan dengan usahawan
cendawan
*Peluang membuka kiosk cendawan
*Mewarna batik cendawan
*Buku koleksi resipi cendawan
*T-shirt cendawan
*Cenderahati cendawan
*Jualan beg media cendawan
*Jualan peralatan tanaman cendawan
*Jualan mesin-mesin cendawan
*Jualan rumah cendawan pasang siap
*Jualan cendawan segar
*Cendawan goreng eksotika
*Cendawan goreng black pepper
*Frioriti Friti - goreng ala itali
*Nasi lemak cendawan
*Nasi cendawan
*Rendang Cendawan
*Serunding cendawan
*Nugget cendawan
*French Fries cendawan
*Pop Corn Cendawan
*Air sarbat cendawan
*Air cendawan
*Chips cendawan
*Sos cili cendawan
*Sate cendawan
*Sate goreng cendawan
*Murtabak cendawan
*Kebab cendawan
*Jelly cendawan
*Burger cendawan
*Tepung goreng cendawan
*Cendawan goreng frozen

Daftar Kursus & Pertanyaan
Cik Fazliatun
Tel :017.88.40.900
Fax :03.3392.1066
Email:[email protected]