Wednesday, September 7, 2016

A.

Assalamualaikum.

Kembali semula setelah sekian lama tidak bersiaran. Nak buat camne. Kehidupan sedikit terumbang-ambing kebelakangan ini (fizikal, mental dan emosi… sigh).

Di mana harus saya mulakan. Hmm.. sebenarnya, saya rindukan zaman ketika belajar dahulu (lebih tepat : ketika di universiti dahulu) Zaman kanak-kanak riang… belajar… shopping atau bermain kayak. Terus saja saya terkenangkan seorang teman yang seringkali menemani saya ketika itu. Sebenarnya, kami 3 sekawan. Belajar di kuliah yang sama sedari tahun pertama pengajian. Ke mana saja kami pergi mesti bertiga. Coursemate kami semua sudah sedia maklum akan hal ini. Andaikata seorang tiada, pasti ada emergency berlaku.. eg demam, balik kampung etc. Walaupun kami bukan dari negeri yang sama, tapi itu bukanlah alasan atau musbab mengapa kami tidak boleh berkawan baik… saya sendiri dari Johor, A dari KL dan F dari Perlis. Malah, ibu bapa masing-masing pun dah aware dengan keakraban kami.

Persabahabatan berlanjutan sehingga selepas tamat pengajian. Ketika masing-masing mula nak membina kerjaya, saling bertukar tips untuk membuat resume, berkongsi info tentang market pekerjaan masa kini. A dan F bertuah kerana mereka berjaya diterima masuk oleh well known company di Malaysia. Saya?? Oleh kerana, masa belajar main-main, saya dapat kerja pun company biasa-biasa je hihiii tapi.. saya OK. *senyum

Tahun berganti tahun, kami bertiga masih lagi berkawan. Walaupun, ada sukar untuk bertemu bersama seperti waktu belajar dahulu. Saya kira saya lebih rapat dengan A berbanding F kerana F ketika itu jauh di Perak sedangkan A dan saya bekerja di KL. Tambahan pula A dan F sudah pun berkeluarga, takkan nak kacau mereka dan keluarga mereka kan? Heheh Namun begitu, tak bermakna kami tak berhubung sesama sendiri tau!!

Tapi entah bagaimana, pada satu ketika saya berselisih faham dengan A. Puncanya A terasa saya seperti meminggirkan dia dari hidup saya. Berlakulah sedikit perbalahan (saya percaya perkara itu berlaku di fb) kerana masing-masing ingin menegakkan pendirian dan pendapat masing-masing. Saya menidakkan tuduhannya dan A pula berterusan membuat tuduhan terdapat saya. Sehinggakan A (saya percaya tanpa dia sedari) telah mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati ini. Ye, sangat pedih untuk saya kenang dan sehingga ke saat ini, air mata mesti bergenang *sedih… Pada F lah tempat saya mengadu kesedihan saya, menyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap semua kata-kata dan tuduhan A ke atas saya. F hanya mampu memujuk saya bersabar… kerana kata F, A mungkin tidak sengaja meluahkan semua itu.

*bila amarah menguasai, tindakan melulu berlaku*

Akhirnya, saya nekad. Saya tidak ingin berhubungan lagi dengan A. Saya tak ingin bertemu dengan A. Saya tak ingin nak pandang wajah A. Saya tak ingin untuk menegur A. Semuanya saya tak ingin… dek kerana perasaan marah saya padanya.

Percaya atau tidak, perkara ini sebenarnya sudah berlanjutan hingga 5 tahun lamanya. Ye, sudah almost 5 tahun saya dan A tidak bertegur sapa. Pernah juga A mencuba untuk menegur saya (tidak secara direct… hanya membalas comment dalam fb dan respon terhadap kata-kata saya dalam whatsapp group)… but you know, once truly a friend, you will definitely understand what she tries to tell you – directly or indirect way, right???  Akan tetapi hanya dipandang sepi sahaja oleh saya. Terasa diri ini sangat kejam pula huhu. Dan F pula, tak putus-putus nasihatnya kepada saya agar memaafkan A…. kerana katanya A pasti tidak sedar dan tidak sengaja ketika itu. Lagipun, tidak rugi apa pun jika kita memaafkan seseorang.

There’s a quote says ‘Take it slowly and let the time heals everything’. Tapi saya kira 5 tahun itu sudah agak lama tempoh masa untuk sembuh. Lalu saya cuba untuk buka hati ini untuk move on dan terima A seperti sediakala. Dan pada hari ini pula merupakan hari lahir A. Mungkin inilah masa yang tepat untuk saya memulakan langkah perdamaian. Tapi saya takut… I just scared with the rejections. Huhuuu

Jauh di sudut hati, saya masih meletakkan harapan agar hubungan saya dengan A kembali pulih. Dan saya berharap agar A juga begitu.

A, awak mungkin tidak membaca blog saya. Malah tidak ambil tahu pun tentang blog saya. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya masih rindukan suasana kita bertiga (saya, awak dan F) bersama-sama. Lepak bersama, ketawa, makan, bergosip bersama-sama. Maka dengan rendah diri, saya ingin mohon maaf atas segala kesalahan yang telah saya lakukan. Mungkin benar, tanpa saya sedari, saya telah mengetepikan dan tidak mengendahkan awak. Saya tidak bersama awak di saat awak bergelumang dengan masalah yang besar. Saya tidak datang menghulurkan bantuan yang awak perlukan dari seorang kawan. Saya tidak ada ketika awak perlukan seseorang untuk mendengar kisah awak. Walhal sebelum ini, itulah yang kita selalu lakukan… sakit sama sakit, suka sama-sama suka. Saya bukanlah kawan yang baik kerana saya terlalu angkuh terlalu mengikut hati dan perasaan marah saya selama ini. So today is your birthday. All I want to do is to wish you Happy Birthday. Moga panjang umur, murah rezeki, dikuatkan iman, mendapat keberkatan, terus jadi wanita yang kuat untuk anak-anak dan keluarga, moga ceria walau apa jua keadaan. I wish that one day we can meet again and we can smile to each other… again… just.. like.. old.. time. And I pray, that one day will come… soon. Insya Allah. Happy Birthday Dear A.


Friday, May 6, 2016

Trip To New Zealand : Land of the Long White Cloud (NZ Day 4)

Sudah semakin malas nampaknya…  Wahai tinta, janganlah begitu ye… hehehe

Hari ini awal-awal pagi lagi kami sudah bangun. Orang lain masih lagi dibuai mimpi kami dah saling kejut mengejutkan sesame sendiri hehe….  Kena bersiap dengan segera untuk aktiviti hari ini. Aduh… sejuknyeeeeee….

Ok, before that, let me tell you a lil’ bit about our hostel, Bob & Maxine Backpackers. The hostel belongs to these lovely elderly couple Bob, the hubby and Maxine, the wifey. Super duper peramah mereka nih. Maxine approached us once we reached the hostel. Siap bergosip bagai dengan kami, dok bebel kan si Bob yang pada ketika itu sedang asyik mem’pomen’ kereta beliau kihkih. But not for long, as Bob (well, I should call him Uncle Bob hehe) quickly finish his job, greet and help us to check in. Macam-macam ditanyanye pakcik nih kat kitorang. Even kenapa kitorang pakai tudung pun  ditanya jugak. Adoooiiii… kami menjawab sehemah yang boleh..moga-moga dia memahami JJJ


Image
Interior dari hall hostel.

Image
Ada heater kalo sejuk.

Image
Awesome kan view dia?

Hostel nih sangat cantik. The view is absolutely awesome. The hostel is designed like a country farm kinda style… dengan kayu-kayu api yang bersusun di tepi dinding bangsal. Ada beberapa ekor llama  yang berkeliaran di tepi hostel..tak pasti samada llama tuh semua dibela sendiri atau tidak…  service basikal percuma wah!!! Umpama berada di kampong halaman pulak… naik basikal sambil tengok-tengok llama di kampung surrounded with mountain…. Sounds like heaven kan?? Tapi saying sekali,  semuuuaaaa tuh kami tak sempat buat! Huhuuuu

Image
Best gile kalau kampung camnih...

Image
Nih laa hostel kitorang... hehe

Image
Aisyah did her selfie task hehe

Image
Posh terbekenan ngan seekor llama

Image
Perkenalkan nih namanya Mamat (i guess haha) llama idaman Posh hehe

So, at around 6.45am we are all well dress up… already packed up all our stuffs into a car… and our lunch pack as well… Good bye Bob & Maxine dearie..we don’t have enough time to get along with you both and your lovely place. But we do wish you all the best and hopefully we could come to your place again. So, where are we heading to??

TeAnau – Milford Sound – Queenstown (10 November 2015)


Image
Journey for today

Wah!! Hari berpatah-patah balik nampaknye kami. Dari Te Anau kami bergerak ke Milford Sound, one of the main attraction in South Island. Tapi, ape kebendenye Milford Sound nih?

Milford Sound atau nama glamournya ialah Piopiotahi adalah salah satu daya tarikan utama pelancong jika berada di South Island nih. It’s one kind of fiord or fjord. Bak kata Wikipedia…. It is a long, narrow inlet with steep sides or cliffs, created by glacial erosion. Di sana nanti, kami akan menaiki cruise untuk menyaksikan view yang super duper tip top tersangat paling indah… (nak cakap betapa cantiknya tempat tuhkan haha)

Saya dan Aisyah dok pulun tidur saja sepanjang perjalanan. Posh  dengan tabahnye memandu seorang diri. Hehe… Tapi tak lama manapun kami berdua ketiduran sebab pemandangan yang super duper cantik kat luar. Takkan tak nak tengokkan… rugi laaaa hehe..


Image
Perjalanan bermula dengan view ini...

Image
Matahari mula terbit

Image
Nampak tak salji tuh...

Image
Macam dalam movie Twilight

Untuk ke Milford Sound nih kami kena melepasi sebuah terowong, Homer Tunnel. Uniknya terowong nih dia Cuma ada satu lane sahaja dan masih mengekalkan natural wall (which is the stone itself). Menarikkan!!! So, since it only has one lane only, we need to take turn to pass through this tunnel. Don’t worry yek… there’s counter traffic light to tell you how long you need to wait before you enter the tunnel. Kebetulan pula, ketika kami tiba di sini, lampu baru je merah. Apalagas, masa yang ada kami penuhkan dengan upacara bergambar-gambar…. Hehe Molek saja sedang berlepak-lepak sambil bergambar ada pula beberapa ekor burung Kea datang mampir ewah ewah... bagai diminta-minta untuk diambil gambar gayanya.... tapi  yang geramnye, makin kita dekat makin jauh pula burung nih pergi. Bila kami buat dunno, datang dekat pula... isyhh... tampar nak??? Hehe

Image
Lampu masih merah... jom keluar kereta ngehngehngeh

Image
Burung Kea

Once the traffic light turns to green, we continue heading to our destination. The view after the Homer Tunnel was absolutely stunning. Rasa nak menangis je tengok. Tak lama jugak nak tiba ke destinasi kitorg. Walaupun masih awal pagi tapi ternyata sudah ramai yang dah berkumpul di Milford Sound nih.

*Welcome to Milford Sound


Image
Kia Ora to Milford Sound!!

Image
The monkeys are so excited hehe

Untuk menaiki tour Milford Sound nih, kami menggunakan servis dari Jucy. Ahaaa… kenapa Jucy lagi ek? Untuk sesiapa yang menggunakan kereta sewa dari Jucy Rental, korang semua akan mendapat diskaun untuk menaiki cruise Milford Sound. Caranya mudah gile.Tunjukkan saja kunci kereta sewa (yang ada logo Jucy of coz!) ke kaunter pembayaran dan pemandu akan mendapat FREE TICKET!!! Yes, you read me… F.R.E.E!!!! Untungkan?? Hehe Thanks to Posh (again) who always keep querying and asking for discount!! So, here’s the tips. Jangan malu atau segan untuk bertanya... email saja dan untung-untung dapat diskaun hehe


Image
Jucy Cruise counter

Image
Dah ada tickets yeeehaaaa!!!

Image
Kapal kami

So, ticket sudah beli... kapal sudah ready... jom berlayar chewah!!!!

Image
Hakak Posh dengan Hakak Lucy

Image
Name of our cruise.

Image
Berkabus!!

Image
Where are you Mr Sun??

I would say that at almost 1 and a half hour, we’ve witnessed the most incredibly stunning scenary of Milford Sound. It was misty at the beginning. Mungkin kerana masih awal pagi dan matahari pula bagaikan segan nak keluar. Tapi itupun kami dah melompat-lompat keriangan biarpun berkabus. Suasana berkabus tuh sekejap je... once the sun appreared, everything became so clear... ternganga habaq ang!!! Ahhah... We were so lucky to meet a blue whale ketika itu. Sebenarnya, teringin nak jumpa dolphin yang orang dok sebut-sebut. But this blue whale was absolutely miracle. 


Image
Sejuk gile.. tapi masih mampu tersenyum...

Image
Pose kat side lain plak..

Image
Posh nak buat cover album haha

Image
Pembunuh bersiri kat belakang waaaaa!!!

Image
Blue whale in action...

Image
In position untuk melibas ekor...

Image
Nampak sipi-sipi plak

Image
Terowong..

Image
Oh ya!!! Ada dayang senandung sedang berjemur haha

Image
Montok-montok kan dayang-dayang nih hahah

Image
Waterfall

Image
Mai rapat lagi..

Image
Suasana mula cerah!!!

Image
Yay!!! Kabus dah hilang!!

Image
Pemandangan mula clear

Image
Wajah Milford

Image
Cantik!!!

Image
Kami pun nak bergambar dengan Hakak Lucy hehe

Thanks Milford Sound. You definitely gave us a great experience. And off course, you will be missed. Lepak sekejap di cafe berdekatan untuk mengalas perut dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.


Image
Aisyah dah macam orang paleolitik dah haha

Image
Haaa... itu lah jejaka idaman Posh haha

Image
Gumbira selepas menikmati pemandangan yang best hehe


Image
Merenung Kejauhan

Image
Give way please... Raksasa merah nak lalu ahahah

Image
We will miss you Milford Sound

Kami masih melalui jalan yang sama untuk keluar. Oleh kerana masa konon-kononnya masih panjang, maka banyak lah pitstop kami. Nampak lawa je berhenti. Nampak lawa je turun kereta. So, let’s enjoy the pictures!!!

Image
Singgah sebentar di Mt Tutoko River

Image
Nice Bridge

Image
Interesting connection

Image
The river

Image
Kagum betul dengan connection bridge nih.. Kompem moment connection nih.. beam kecik bolt besar haha

Image
The bridge (err from side view) 

Image
The support

Image
Jom bergambar dulu

Image
Sekeping lagi


Travelog kami di sini hihi

Oh!!! Kami berhenti di pintu Homer Tunnel lagi sekali. Kali nih lebih lama. Konon-konon balas dendam pagi tadi tak dapat gambar banyak-banyak heheh.


Image
Dalam Homer Tunnel

Image
Bergambar kat tengah jalan pun jadik...

Image
That!!! Homer Tunnel!!!

Image
Lagi sekali!!

Image
Waktu bergambar nih, sempat kena usik brader drebar yang kebetulan lalu masa tuh haha

Image
Ayuh kita teruskan perjalanan


And next pitstop pulak...


Image
Beautiful river at the side road... berhenti sebab cantik sangat!!!

Image
air yang tenang....

Image
Jangan sangka tak ada air yang deras.... 

Image
Selfie time!!!

Image
Gambar di batu-batuan

Image
Merenung kejauhan

Image
Feeling ala-ala Siti Nurhaliza ecececce

Image
Mencari kambing hilang kehkehkeh

Image
Gotcha!!! Agagagaggagaga


Mirror Lake

This place was actually listed in my selfie task. Jauh tak jauh tempatnye... we need to drive at almost 1 hour from Milford Sound. So what’s so special with Mirror Lake nih? Let’s the pictures tell the story...

Image
Mirror Lake

Image
Zoom in..

Image
Zoom in lagi

Image
Nice tree across the platform

Image
Selfie task accomplish

Image
Model covergirl katanya haha

Image
Kami di sini!!!

Tak lama mana pun di Mirror Lake nih. Tasiknye pun agak tidak bercermin sangat sebab hari sudah mula gerimis... Ok, hari sudah menganjak petang. Harus bergerak ke destinasi seterusnya.


Ke manakah kami seterusnya?? QUEENSTOWN!!!!!!!

Image
Rasa sayang nak tinggalkan view nih

Image
Makin jauh

Image
Still tak move on.. amik gambar lagi 

Image
Ada kincir angin

Image
Belok kiri!! Belok kiri!!!


Selfie task :-

1. Milford Sound - checked
2. Homer Tunnel - checked
3. Mirror Lake - checked

Yahoooooooo!!!!

~tintaku menari laju...
untuk mengimbau kenangan lalu....~