Assalamualaikum..
"Lihat apa yg kita ada, barula kita BERSYUKUR"
Sungguh mendalam ertinya.. Masha Allah..
Dalam kehidupan kita, setiap hari kita akan fikirkan apa yg kita tidak punya, betul tak?
Bila org lain ada iPhone, kita pun nak ada iPhone.
Orang ada dslr, kita pun nak memiliki dslr
Tengok org ada kereta mewah, kita pun nak ada kereta mewah juga.
Ada yg hanya mampu memasang angan2 dan ada juga yg sanggup ikat perut kerana nak bermewahan.
Saya juga tidak terlepas dr mempunyai 1001 kehendak tp tidak semua saya mampu miliki dan 90% daripadanya saya hanya berangan utk memiliki. Hehe..
Saya bersyukur kpd Allah SWT kerana semenjak saya menjadi surirumahtangga sepenuh masa saya belajar untuk bersyukur dgn apa yg saya ada.
Masa saya bekerja saya sedar saya byk membazir. Ada duit, sentiasa nak penuhi kehendak nafsu. Sentiasa fikir apa yg saya tak punya
Astaghafirrullah..
Mungkin ini hikmahnya takdir saya utk menjadi surirumah, supaya saya sentiasa bersyukur, tidak riak dan tidak sombong.
Alhamdulillah..
Sentiasa tanamkan dalam hati dan minda kita, apa yg kita hadapi, perjalanan hidup kita semuanya ketentuan Allah SWT.
Kalau sakit, jgn merungut kerana sakit adalah penghapus dosa.
Kalau ada pekerjaan, bekerja itu satu ibadah. Hadapi cabaran bekerja dgn iman. Jgn ikutkan hati. Apa kerumitan yg d hadapi ketika bekerja, itu adalah dugaan dan Allah nak uji ketabahan kita.
Berhenti merungut kerana ia adalah emosi negatif. Emosi negatif akan menghasilkan aura negatif dan akhirnya membuat keputusan negatif. Petikan kata2 Prof.Muhaya :)
Redha dgn ujian Allah.
Jgn tamak harta benda, tapi tamak pahala.
Ya zal jala liwal ikram..
Wallahu alam..