• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • Syarat Masuk Pondok

  • Image
  • Yuran Madrasah

  • Image
  • Derma Kurang Cukai

  • Image
  • ekhutbah Audio MP3

     

     

  • Tetamu Online

    Image
  • Pengurusan Blog

Himpunan Khutbah Siri 15

Himpunan Khutbah Siri 14

Himpunan Khutbah Siri 13

Himpunan Khutbah Siri 12

Himpunan Khutbah Bulan Sya’aban

Kekuatan Jihad DiBina Palestin Merdeka

Berqiblatkan Sistem Islam Merawat Penyakit Umat

Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan

Berqiblatkan Islam Meraih Kebahagiaan

Berqiblatkan Islam Membina Masa Depan Gemilang

Berqiblatkan Islam Menuju Kemenangan

Pengajaran Peperangan Bani Mustaliq 6H

Sistem Islam DiLaksana Kemuliaan DiRasa

Cemburu dan malu julangkan maruah umat

117. BERSUNGGUH MEMBINA JATIDIRI MUSLIM SEJATI

14. PERUBAHAN QIBLAT

94. BERSATU BERQIBLATKAN SISTEM ISLAM

32. KEMBALIKAN SEMUA SISTEM BERQIBLATKAN ISLAM

Himpunan Khutbah Siri 11

Himpunan Khutbah Siri 10

Himpunan Khutbah Siri 9

Himpunan Khutbah Siri 8

Khutbah Jumaat : Israk Mikraj DiHayati Kemerdekaan Palestin DiRindui

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ !!  الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana kita sebagai umat beriman kepada Allah dan rasulnya wajib menerima berita  dan mengimani tentang kebenaran serta tidak menolak peristiwa Isra’ Mikraj atau mengubah berita tersebut sesuai dengan kenyataannya. Kewajiban kita adalah beriman sesuai dengan berita yang datang terhadap seluruh perkara-perkara ghaib yang Allah  khabarkan kepada kita atau dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w tanpa sebarang rasa was-was dan sangsi walau pun sedikit

Antara hikmat berlakunya peristiwa agong ini pada waktu malam adalah kerana Malam adalah waktu untuk menyepi (khalwah) dan pengkhususan diri, cocok untuk perjalanan kerohanian yang mendalam. Malam juga dikaitkan dengan peristiwa istimewa, seperti turunnya wahyu pertama (Nuzul Quran) dan Hijraturrasul s.a.w, begitulah peristiwa luar biasa seperti Isra Mi’raj.

Malah Sejarah nabi-nabi yang lalu seperti Nabi Ibrahim bermimpi tiga malam berturut-turut bahwa baginda diperintahkan untuk menyembelih puteranya, Ismail. Begitu juga hijrahnya nabi Musa a.s bersama Bani Israel berlaku pada waktu malam

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Isra’ dan Mi’raj tidak terjadi begitu saja. Sebelumnya diawali dengan pelbagai macam peristiwa untuk menguji Rasulullah SAW. Di antara ujian yang diberikan pada Rasulullah sebelum Isra’ dan Mi’raj adalah baginda diboikot sehingga kebuluran. Seterusnya kehilangan 2 orang yang sangat dicintai iaitu isterinya Khadijah dan Bapa saudaranya Abu Thalib. Khadijah merupakan sosok yang sentiasa mendukung dakwah Rasulullah. Orang yang selalu menjadi penenang dan penghibur di saat Rasulullah cemas dan gelisah. Demikian pula dengan Abu Thalib, ia termasuk orang yang berada di garis depan dalam membela perjuangan Rasulullah, khususnya membentengi Rasulullah dari serangan dan celaan kafir Mekah. Kedua insan tercinta ini meninggal dalam tahun yang sama. Sejarawan menyebut tahun ini sebagai  tahun kesedihan. Tidak cukup kehilangan kedua orang yang disayangi, Rasulullah juga diberikan ujian penolakan dakwah oleh penduduk Thaif sehingga dilontar batu hingga berdarah

Syekh Sya’rawi menjelaskan, Allah SWT menciptakan ujian ini tentu ada hikmahnya, salah satunya untuk menunjukkan kepada kita bahawa segala sesuatu itu ada prosesnya. Boleh saja Allah membantu Rasulullah secara langsung, atau menciptakan Isra’ Mi’raj tanpa ada ujian sebelumnya, ini sangat mungkin dan tidak mustahil. Akan tetapi, dengan adanya ujian seperti ini, kita dapat memahami bahawa Rasulullah sekalipun itu diuji oleh Allah SWT, apalagi kita manusia biasa. Oleh itu, ketika diuji Allah SWT, jangan membuat kita putus asa. Kita harus tetap optimis dan yakin seperti yang sudah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Semoga dengan ujian yang diberikan Allah, membuat kita semakin dekat dan tunduk pada Allah SWT.

Pendakwah dan pejuang Islam mesti memiliki kekuatan fizikal, ruhani, kecerdasan akal dan kebijaksanaan dalam bertindak

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْـمُؤْمِنُ الْقَـوِيُّ خَـيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَـى اللهِ مِنَ الْـمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ، وَفِـيْ كُـلٍّ خَـيْـرٌ ، اِحْـرِصْ عَـلَـى مَا يَـنْـفَـعُـكَ وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَـعْجَـزْ ، وَإِنْ أَصَابَكَ شَـيْءٌ فَـلَا تَقُلْ: لَوْ أَنِـّيْ فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَـذَا ، وَلَـكِنْ قُلْ: قَـدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَـفْـتَـحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Maksudnya :   Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat 13-18 surah an-Najmu:

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ ﴿١٣﴾ عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ﴿١٤﴾ عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ ﴿١٥﴾ إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ﴿١٦﴾ مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ ﴿١٧﴾ لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ ﴿١٨

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,  Di sisi “Sidratul-Muntaha”;Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”.  (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa ” Sidratul Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. (16)Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.  Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

Dalam perjalanan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diberikan peluang oleh Allah SWT untuk menyaksikan keadaan syurga dan neraka. Gambaran ini tidak hanya menunjukkan keindahan syurga sebagai balasan bagi mereka yang beriman, tetapi juga memperlihatkan kengerian azab neraka bagi mereka yang kufur dan derhaka.

Penyaksian ini menjadi peringatan penting kepada umat Islam tentang hakikat kehidupan akhirat. Syurga digambarkan sebagai tempat penuh kenikmatan, dengan sungai-sungai yang mengalir, buah-buahan yang tersedia, dan segala keindahan yang tidak pernah dilihat oleh mata atau dirasakan oleh hati manusia.

Manakala neraka, tempat azab bagi orang-orang yang kufur, derhaka, dan melanggar perintah Allah SWT. Neraka digambarkan sebagai tempat penuh penderitaan, dengan api yang menyala-nyala dan azab yang tidak terbayangkan. Setiap dosa yang dilakukan membawa azab yang sesuai, menunjukkan keadilan Allah SWT dalam membalas setiap perbuatan manusia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Bila memperingati peristiawa agong Isra Mikraj ini maka tidak lengkap tanpa menyentuh tentang kepetingan Masjid Aqsa dan bumi Palestin. Kenapa nabi Muhammad s.a.w dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha? Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam. Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah. Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya”  yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan

Al-Aqsa adalah milik umat Islam secara keseluruhannya. Ianya bukan sekadar isu bangsa Palestin atau bangsa Arab semata-mata. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi dan Zionis pada ketika ini.

Solahuddin adalah bukti dan saksi bahawa isu perdana ini adalah milik dan tanggung-jawab kita bersama. Beliau telah menghabiskan keseluruhan hayatnya berkorbat dan berkeringat sehingga pembebasan al Aqsa daripada Salib menjadi kenyataan.

Isra Mikraj mengajar kita untuk sama terlibat bagi membebaskan al-Aqsa, Apakah tindakal praktikal yang boleh kita buat?

Sebenarnya banyak perkara yang praktikal yang boleh kita sumbangkan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah Bermula dengan diri kita, kenali sejarah Palestin dan kepentingan Masjid al-Aqsa dalam aqidah umat Islam. Didiklah keluarga dan masyarakat tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam sejagat termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan wilayah di sekitarnya. Tanam dan sebarkan kesedaran tentang status sebenar Masjid al-Aqsa yang terkini kepada masyarakat dengan apa jua cara. Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan Masjid al-Aqsa. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka. Berdoa kepada Allah swt agar Masjid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpelihara. Kita juga mendoakan agar Allah swt terus memberi kekuatan dan kemenangan kepada saudara-saudara seaqidah kita di Palestin yang telah memberikan kehidupan dan segala-galanya demi mengembalikan kemuliaan agama ini dan umatnya.

Insafi pengajaran Israk Mijraj dan libatkan diri kita dalam usaha untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan Palestin. Semoga al Aqsa, Palestin dan wilayah Islam sejagat terus terbela

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan