Keputusan Sejarah P1 kurang baik atau gagal? Tak usah khuatir. Gagal bukan peristiwa luar biasa. Terima kenyataan dan belajar dari pengalaman, dan teruskan impian Anda.
Kejayaan adalah perjalanan di mana Anda gagal, belajar dari kegagalan, belajar lagi sampai akhirnya Anda berhasil meraih kejayaan.
Cara menghadapi kegagalan adalah memilih untuk menerima kenyataan, bukan memilih untuk hanyut dan tenggelam dalam perasaan negatif yang ditimbulkan oleh kegagalan itu. Ketika Anda berani menerima kenyataan, kegagalan takkan mampu melukai Anda lebih jauh. Dengan begitu, Anda siap sedia untuk terus bangkit.
Anda pasti setuju bahawa pengalaman adalah guru terbaik. Dari pengalaman gagal itulah Anda dituntut untuk memperbaiki diri supaya lebih baik lagi. Gagal adalah petunjuk agar Anda segera mencari jalan untuk bangkit. Hanya orang malas sahaja yang tidak akan berbuat apa-apa.
Cikgu Jumali doakan Anda BERJAYA…
Filed under: Mesti Baca



Komen Anda