Weblog Cikgu Jumali

Image

Khusus Untuk Pelajar yang Mengambil Mata Pelajaran Sejarah STPM (940)…

Terkini : Sistem Modular STPM Bermula Sesi 2012/2013


Image

Bermula pengambilan PPU Tahun 1 sesi 2012/2013; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4 Januari 2012.

Pelajar PPU Tahun 1 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan PPU pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah.

Silibus baru Subjek Sejarah STPM, 940 SP Sejarah ( Sila download)

Filed under: Mesti Baca

Sedikit Renungan Pada Hari Lahir Rasul S.A.W.


Image

Umat Islam sedang bersedia menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W. ke sekian kalinya. Dan di akhir zaman ini berbagai bentuk sambutan diadakan bagi meraikan Maulidur Rasul. Majlis yang biasa kita adakan iala seperti jamuan, tahlil, selawat, berzanji, majlis amal, perarakan dan sebagainya yang munasabah kita lakukan. Okeylah… semua majlis ini baik dan kita bersangka baik juga meminta petunjuk dari Allah agar segala apa yang kita kerjakan menjadi satu kebajikan belaka.

Sebenarnya pengertian Maulidur Rasul ini tidak hanya setakat itu. Bukan dek kerana semua majlis itu, boleh menunjukkan kecintaan kita pada Rasul S.A.W. yang kita imani. Pengertian yang sebenar dan lebih berbentuk realiti bukan sekadar majlis Maulidur Rasul bersifat pesta dan terpesong serta kosong. Bahkan ia mestilah selari dengan apa yang menjadi budaya dalam kehidupan seharian. Contohnya begini; saban hari umat kita tidak mengingati Nabi dalam kehidupannya. Solat tidak, puasa ponteng, hati dengki, tangan dan mulut melukakan orang, hati yang dengki, sombong, mengejar kemewahan secara negatif, pakaian yang tidak menepati ciri sebagai orang Islam dan sebagainya. Tiba-tiba muncul hari sambutan kelahiran Nabi diadakan perarakan dan majlis-majlis seolah-olah mengingati Nabi S.A.W. dan Ajarannya secara bermusim. Itupun Alhamdulillah kalau dibuat atau ambil bahagian. Lebih malang lagi kalau musim ini pun kita tidak mengingati Nabi S.A.W.

Tidak salah mengingati Nabi S.A.W. bahkan kita mendapat pahala kerana membuat peringatan tentang Nabi S.A.W. Namun sambutan dan pesta memperingati Rasul S.A.W. biarlah hanya suatu sampingan kepada ingatan kuat dan kecintaan sungguh kita padanya di seluruh musim, tidak kira apa musim pun. Musim bola ke, musim tengah orang duk sibuk puja artis ke, musim orang tengah gila memberontak ke, apa musim sekalipun kita tetap ingat dengan ingatan tulus ikhlas pada Nabi S.A.W. Yang ini baru boleh kita iktiraf sebagai sambutan yang bagus. Sambutan yang lahir dari hati dan perasaan yang mendalam dan bukan hanya sekadar kulit luar semata-mata.

Kita sebagai umat Nabi S.A.W. disyariatkan untuk mencintai Nabi lebih dari mencintai diri sendiri. Sabdanya, “tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia lebih mengasihi aku dari dirinya sendiri”. Ukuran kita mencintai Rasul S.A.W. ialah dengan ukuran pada kepentingan diri sendiri. Betapa kita mementingkan diri sendiri sekalipun, adalah mementingkan Rasul S.A.W. lebih baik dan dikira beriman. Mementingkan Rasul S.A.W. di sini ialah dalam erti kata mentaatinya dan mengerjakan segala syariatnya. “sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka padaku nescaaya dia menderhakai Allah,” sabda Rasul S.A.W.

Maka, di mana kita sekarang, yang sedang dalam gelombang arus yang mencabar akidah dan pegangan… masih mampukah kita bergantungan dengan role model yang telah digarapkan? Atau telah hanyut ditelan badai berbisa arus kehambaran moral dan etika. Usah bicara tentang agama, cukup hanya moral dan etika yang kita ungkitkan. Di manakah moral dan etika orang kita? Adakah moral dan etika orang kita baik? Baik dalam maksud baik untuk semua-diri sendiri, masyarakat, agama, bangsa, Negara… atau moral kita sekarang sudah lari dari bentuk yang kita inginkan??? Sehingga timbul banyak masalah dan gejala seperti yang terangnya kini; bunuh, rompak, rogol, samun, zina, masalah sosial yang berbagai dan tidak kesudahan. Adakah semua ini relevan jika dikaitkan dengan pesta menyambut kelahiran Nabi S.A.W. yang kita cintai dan imani. Seolah-olah pesta dan majlis yang diadakan itu tidak mungkin dan tiada ruang lagi dalam hidup kita mengingkari syariatnya yang tegasnya menyatakan bahawa membunuh itu haram, merompak itu haram, zina itu haram… sekali gus segera berbuat kebajikan dengan penuh ikhlas.

Apakah kita terlepas pandang akan punca segala itu? Atau kita hanya sekadar senyum si bisu. Tahu akan hakikat punca dan masalahnya namun bisu berbicara. Hanya sekadar senyum membantah atau membantah dalam senyum. Apa makna ini? Inilah hakikat sebuah kehidupan kita yang hidup segan nak ikut Nabi, mati tak mahu dalam kafir.

Sumber : Blog

Filed under: Mesti Baca

Kisah Derita Rakyat Malaysia…


Cikgu Jumali ingin berkongsi kisah derita ini yang Cikgu Jumali dapat ketika cikgu melayari dunia maya……

Jalan-Jalan Masuk Kampung : Walaupun Semiskin Mana Rakyat Malaysia..Yakinlah…Tuhan Itu Ada

Alhamdulillah, expedisi amal JJMK (Jalan-Jalan Masuk Kampung) NGO Warga Kilang di Pantai Timur selamat berjalan lancar pada hari sebelum cuti Raya Cina 22 Jan 2012. Kesemua sekali ada 25 keluarga yg kami kunjungi. Terima kasih diucapkan kepada mereka ini yang rata-ratanya tidak kami kenali, yang turut serta setelah membaca artikel mengenai kemiskinan di Kemaman yang tersiar di berbagai website, mailing list, blog dan juga facebook. Terima kasih diucapkan kepada para admin/webmaster yg berkenaan, insyaallah tempias pahala daripada kerja amal ini sampai jua kepada kalian semua. Terima kasih juga kpd kawan-kawan dari Utara dan juga KL yang turun membawa barang-barang sumbangan masing-masing, dan jutaan terima kasih kpd rakan-rakan dari Pantai Timur khususnya bekas pelajar lama SMC (Sek Men Chukai) dan juga SIS (Sek Men Sultan Ismail) di atas kerjasama yang diberikan.

Image

(STORM sarat dengan barang-barang makanan sumbangan seorang individu dari Utara)

Image

(TRITON mampat tayar dengan beras 10kg disusun rapat-rapat)

Image

(Longgokan barang-barang sumbangan orang ramai yang hadir di Masjid Geliga, Chukai diagihkan kepada 25 bahagian)

Image

( Antara rumah Nelayan yang disinggahi – 11 orang mendiami rumah sesempit ini)

Image

Bro ini bersama isteri dan anak2nya tinggal di rumah atas air. Ikut katanya, beliau adalah NELAYAN TULEN, dibesar dan dilahirkan di sini, Nelayan sedari kecil. Tanpa tanah dan tanpa rumah sendiri, hanya menumpang rumah pelantar ini dengan ehsan Tauke Cina.

Apabila melihat sahabat ini, saya teringatkan Prof Ungku Aziz – waktu Pak Ungku datang buat survey mengenai kemiskinan di Kemaman tahun 1960an dulu, saya rasa brother ini tak ada lagi. Makna kata, beliau adalah generasi terkemudian kpd generasi yg pernah dibuat kajian oleh Pak Ungku dulu; sama sahaja seperti hasil kajian Pak Ungku itu, sehingga ke hari ini makan minum mereka sehari2 terus bergantung kpd laut. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Bila saya tanya apa jadi bila tiada, dia cakap terpaksalah pinjam kat SAING-SAING (bahasa Tganu: kwn2), bila ada hasil nanti bayar semula.

Begitulah kehidupan mereka, terus-terusan hidup dalam orbit kemiskinan yang terus berputar segar di bumi Kemaman yg bertuah ini. Teringat saya kpd kata-kata Nik Mardihah (pelajar terbaik SPM 2008) dlm radio IKIM malam tadi, satu-satu cara untuk keluar dari orbit ini ialah melalui PENDIDIKAN. Kami merasakan kata-kata adik Nik Mardihah itu ada benarnya juga; jika tidak dilemma kemiskinan ini akan terus menghantui generasi yg akan datang seperti dalam gambar di bawah ini.

Image

Pakcik Tua ini sudah rabun matanya, tidak mampu lagi turun ke laut. Anaknya pula, kerana kemiskinan hanya mampu belajar setakat darjah-6, kalau bersekolah sepatutnya sekarang sudah di form 4 atau pun form 5. Tanpa pendidikan yg sempurna, anaknya ini akan terus hanyut berada di orbit kemiskinan yg sama untuk sekurang-kurangnya satu lagi generasi yg mendatang.

Image

Ini pula adalah wajah keluarga Nelayan yang dalam tulisan saya sebelum ini (Kemiskinan di Kemaman) ada saya ceritakan kisah sahabat kami disergah bila datang buat survey, Abang dlm gambar inilah yang cakap kat dia kata kalau setakat nak datang survey tak payahlah, sebelum ini pun sudah berpuluh orang datang survey minta maklumat macam-macam tapi apa pun tak ada. Alhamdulillah, kami memang betul datang dan tidak memberikan harapan kosong buat mereka. Moga sedikit sumbangan barang-barang keperluan harian ini mampu membantu mereka menempuh saki baki hari yg ada sementara musim tengkujuh akan reda.

Ini pula lain kisahnya.

Image

Kakak ini rumahnya betul2 mengadap laut, singgah sebentar di pelantar rumahnya ini bagaikan tak ingin nak pulang. Belaian angin laut memang tangkap syahdu habis. Kalau buat resort, harga untuk bermalam di lokasi yg sebegini mau mencecah RM250 semalam, tapi untuk keluarga ini, hidup mereka derita sekali.

Dengan suami yg tak mampu kerja kerana prolong illness (sakit lelah berpanjangan) dan anak2 yg bersekolah yg perlu disara, apalah sangat yg mampu dilakukan oleh kakak ini, yang pendapatan hariannya cuma mengambil upah membakar kuih bahulu – RM13 sehari. Itu pun kalau ada bahulu yg perlu dibakar, kalau stok masih banyak (bahulu kurang laku) maka tak adalah kerja dan tak ada upahlah untuk hari itu. Kalau putus bekalan terpaksalah pinjam dari kawan-kawan. Peritnya hidup mereka.

Sebetulnya, saya tak tau nak tulih apa dah mengenai expedisi amal kali ini, sebab jari jemari saya seolah-olah sudah jadi kaku; saya sungguh terkedu bila melihat suasana kemiskinan yg agak parah di sini. Bila ada sahabat sms/call, saya tak tau nak kata apa, saya jawab:

“Aku dah masuk merata kampung dah, merata negeri dah pi bantu org miskin ini, hari itu muka aku pun ada keluar BERSAMAmu bawa krew TV3 pi rumah org miskin kat Kedah, tapi di Kemaman ini kemiskinannya lain sikit, aku rasa miskin depa ni memang betul-betul melayakkan depa untuk dapat beras FIDYAH”

Seperti yg saya tulis sebelum ini, bagi kebanyakan keluarga ini, BERAS adalah bernilai EMAS buat mereka.

Apa tidaknya, ada sorang kakak itu (Ibu Tunggal) bila dapat sumbangan beberapa kampit beras 10kg yg kami bawa itu, terus dia cakap:

“ALHAMDULILLAH, HARI INI DAPAT LAH MAKAN NASI!!”

Image

Bila kami longgokkan brg2 lain sampai bertimbun-timbun kat pelantar rumah dia, kakak ini tak habis-habis mengucapkan TERIMA KASIH TERIMA KASIH berulang-ulang kali; dia tak tau nak kata apa sampai merah mata dia bergenang dgn air mata, menangis tanda berterima kasih bersyukur tak terkira.

Image

Tanpa ditanya, kakak ini terus mengadu kat kami, dia kata dia ada 5 orang anak-anak yg masih bersekolah yg perlu disara. Tiap-tiap pagi bila bangun tidur, dia kena fikir macam mana nak dapatkan RM15 untuk hari itu supaya anak-anaknya ada makanan untuk dimakan. Kadang2 dia amik upah siang ikan keropok (60 sen sekilo isi ikan), kdg2 ambik upah kemas rumah orang dan apa saja pekerjaan halal untuk dapat RM15 itu.

Dia juga cerita, tahun ini rasa lega sikit sebab anak bongsu dia dah mencecah usia 4 tahun, sudah boleh dihantar ke TADIKA – bukan dgn tujuan nak belajar sangat, tapi beberapa jam tatkala anaknya di TADIKA itu mampu memberi sedikit ruang untuk beliau keluar jauh sikit untuk mencari seringgit dua untuk makan minum anak-anaknya, kerana sebelum ini agak terhad disebabkan beliau terpaksa menjaga anak bongsunya ini. Begitulah peritnya beliau mencari rezeki.

Expedisi amal kami ini secara rasminya berakhir lebih kurang jam 2 petang.

Lebih kurang jam 4, sorang sahabat rasa tak puas hati dan ajak saya kembali ke rumah kakak ini; dia rasa tersentuh sangat dgn nasib keluarga ini dan bagi sumbangan tambahan.

Petang itu kami ke rumah ini lagi; waktu tu jiran-jiran sekeliling penuh mengerumuni rumah beliau, depa pun terkejut tak pernah tengok gamaknya org pi bagi sumbangan barangan makanan berlonggok banyak macam tu sekali – jadi macam kedai runcitlah pulak.

Bila saya habag kat kakak ini kata kami nak bagi sumbangan tambahan, dia lagi terkejut, dia kata tak payahlah tak payahlah, yang dok ada ini pun dah banyak sangat dah.

Terus saya tanya dia, saya kata dah banyak kali dah kami masuk bagi bantuan ke kampung-kampung tapi belum pernah terjadi ada orang minta saya pi bagi bantuan ke rumah yg sama untuk kali ke-2 pada hari yg sama, saya kata ini mesti ada benda yg kakak minta dan berdoa kat Tuhan, dan di atas berkat DOA dan SABAR kakak tu, hari ini Tuhan makbulkan.

Dengan nada merendah diri kakak ini cakap:

“Hmm,nok ghoyyat pun malu (nak cakap pun segan), memang betul pun, dalam seminggu ini, 3 empat hari kebelakangan ini boleh dikatakan tiap-tiap malam saya menangis mengadu nasib kat Tuhan”

Kerana itu barangkali beliau terus jadi tergamam, terkedu dan rasa sebak terharu; mungkin dia sendiri tak sangka di atas tangisan ikhlas beliau itu, hari ini entah dari mana-mana tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba berbungkus-bungkus brg-brg makanan dan bertimbun-timbun beras “jatuh mai dari langit” berlonggok kat pelantar rumah dia tu.

Bila beliau dok ulang sebut terima kasih terima kasih yg tak terhingga itu, saya kata kat dia:

“Kak, ini menunjukkan satu benda ja – ini membuktikan bahawa TUHAN itu ADA!!”

Sekian, moga sedikit catatan kisah-kisah JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) kami ini ada faedah dan mampu menjadi iktibar untuk kita semua.

Ada masa, jomlah join kami di expedisi JJMK yang akan datang.

[email protected]

Cikgu Jumali mengucapkan syabas kepada mereka semua !!!

Filed under: Mesti Baca

Selamat Tahun Baru 2012


Image

Assalamualaikum… rasanya belum terlambat CikguJumali mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pengunjung Weblog CkguJumali. Tekatkan azam untuk menghadapi STPM 2012…

Filed under: Mesti Baca

Selamat Pengantin Baru…


Image

Pasangan Nurul Fazlina dan Faizal ( 19/11/2011) 

Cikgu Jumali mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan yang melangsungkan Majlis Pernikahan pada Bulan November dan Disember ini… Harapan Cikgu Jumali, mereka dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan kekal sehingga ke anak cucu…. Barakallah Lakuma!…

Filed under: Mesti Baca

Jangan Kata Tugas Guru Itu Mudah…


Image
Gambar Hiasan 
  • Isu beban tugas guru ni telah lama diperkatakan. Cuma massa sahaja yang membezakan tentang apa yang cuba dibangkitkan. Justeru, jika dibangkitkan oleh warga pendidik maka ia merupakan suara yang meminta untuk diberi perhatian, iaitu suara hati warga pendidik yang kian tertekan dengan pelbagai tugas selain mengajar di sekolah. Daripada tugas menanda kehadiran sehinggalah menggaris padang sempena hari sukan merupakan tugas rutin setiap tahun. Bukan itu sahaja, kerana setiap sekolah ada beberapa perayaan yang perlu diurus. Maka, guru-guru akan bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan lancar. Sedangkan core business guru lebih kepada pengajaran dan pembelajaran.
  • Tetapi jika pandangan itu daripada masyarakat luar, sudah tentu ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti… sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siapa yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.
  •  Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan.
  • Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat.
  • Justeru, jika mahu mengkritik profesion keguruan, ia harus direncana secara adil. Hanya jauhari mengenal manikam. JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG!…

Sumber : Blog

Filed under: Mesti Baca

Hebatnya Lalat…


Image

  • Dalam riwayat lain: “Sungguh pada salah satu sayap lalat ada racun dan pada sayap lainnya ubat, maka apabila ia mengenai makananmu maka perhatikanlah lalat itu ketika hinggap di makananmu, sebab ia mendahulukan racunnya dan mengakhirkan ubatnya” (HR. Ahmad, Ibn Majah)
  • Nabi Bersabda, “Apabila seekor lalat masuk ke dalam minuman salah seorang kalian, maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buanglah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya (HR. Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad)
  • Di antara mu’jizat kenabian Rasulullah dari aspek kedoktoran yang harus ditulis dengan tinta emas oleh sejarah kedoktoran adalah alat pembuat sakit dan alat pembuat ubat pada kedua sayap lalat yang sudah beliau ungkapkan 14 abad sebelum dunia kedoktoran berbicara.
  • Dan penyebutan lalat pada hadits itu adalah bahawa air tetap suci dan bersih jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab sakit, kemudian kita celupkan lalat tersebut agar sayap pembawa ubat (penawarnya) pun tercelup ke air.
  • Dan kajian ilmiah terkini pun sudah dilakukan untuk mengungkapkan rahasia di balik hadits ini. Bahawasanya ada kekhususan pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap lainnya.
  • Oleh kerana itu, apabila seekor lalat dicelupkan ke dalam air keseluruhan badannya, maka bakteria yang ada padanya akan mati, dan hal ini cukup untuk menggagalkan “usaha lalat” dalam meracuni manusia, sebagaimana hal ini pun telah juga ditegaskan secara ilmiah.
  • Iaitu bahawa lalat memproduksi zat sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan Bakter Yofaj, iaitu tempat wujudnya bakteria. Dan tempat ini menjadi tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20:25 mili mikron.
  • Maka jika seekor lalat mengenai makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteria tersebut.
  • Maka pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dengan gambaran yang menakjubkan bagi siapapun yang menolak hadits tentang lalat tersebut.
  • Dan Dr. Amin Ridha, Pakar Penyakit Tulang di Jurusan Kedoktoran Univ. Iskandariyah, telah melakukan penyelidikan tentang “hadits lalat ini” dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan kedoktoran masa silam ada penjelasan tentang berbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat.
  • Dan di zaman sekarang, para pakar penyakit yang telah mengkaji selama berpuluh-puluh tahun, baru boleh mengungkap rahsia ini, padahal sudah dibongkar informasinya sejak dahulu, iaitu kurang lebih 30-an tahun yang lalu ketika mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri bahawa ubat berbagai penyakit yang sudah kronik dan pembusukan yang sudah bertahun adalah dengan LALAT.

Sumber : Blog

 

Filed under: Mesti Baca

Rahsia Waktu Solat


Image
  • Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
  • Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh
  • Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
  • Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (serentak ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
  • Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
  • Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman
  • Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
  • Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren,iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
  • Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
  • Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
  • Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dahulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
  • Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
  • Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebenarnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
  • Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
  • Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
  • Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan tubuh manusia. Manusia kini memang telah menyedari akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor penyebab munculnya bermacam-macam meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
  • Dan Kita sebagai umat Islam patut bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini lewat berbagai macam teknik yang mulai tumbuh tadi
  • Hakikat ini seharusnya menyedarkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
  • Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat lalai dalam menjaga solatnya. Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluknya.

Filed under: Mesti Baca

Cerita Tentang Salah Tafsir…


Image

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.

“Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.”

Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK…

Filed under: Mesti Baca

Siapakah Dajjal…


 Image
Gambar hiasan
Asal-Usul Keluarganya :
  • Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.
  • Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.
  • Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
  • Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.
  • Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.
Sifat Badannya :
  • Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka” (Hadis Sahih Muslim)
  • Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua :
  • Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
  • Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang :
  • Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.
  • Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya :
  • Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari selanjutnya sama seperti hari-hari biasa.
  • Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.
  • Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
  • Maksud Sabda Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.
  • Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar.
  • Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal :
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.

  • Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
  • Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersukutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.
  • Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
  • Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
  • Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
  • Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”…
  • Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
  • Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam itu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya :
  • Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

 

Sumber : Weblog Tulahan

 

Filed under: Mesti Baca

Nota Sejarah Penggal 1,2 dan 3 :

Hits Sejak Sept. 2008

  • 7,043,486 pengunjung

Kalendar 2016

February 2026
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  
Design a site like this with WordPress.com
Get started