Belajar Benda Baru Hari Ini ✨

Hari ini saya cuba buat sesuatu yang baru — belajar tulis prompt dan hasilkan komik guna M365 Copilot dan ChatGPT.

Terus terang, mula-mula rasa blur juga 😄 tapi bila dah cuba satu-satu, rasa seronok pula.Rupa-rupanya ayat yang kita tulis tu sangat penting. Cara kita bagi arahan (prompt) boleh ubah jalan cerita, gaya visual dan hasil komik keseluruhan.

Dari situ saya sedar, AI ni bukan terus “pandai”, tapi dia ikut sejauh mana kita pandai bertanya.

Saya cuba eksperimen beberapa prompt dan hasilkan komik ringkas. Ada yang jadi ikut bayangan, ada juga yang di luar jangkaan — tapi itulah yang buat proses ni menarik. Banyak gelak sendiri dan banyak juga idea baru muncul.

Di bawah ni saya sertakan hasil-hasil komik yang berjaya dihasilkan hari ini. Rasa puas hati sebab daripada sekadar mencuba, akhirnya jadi sesuatu yang boleh dikongsi.

Pelan-pelan belajar, pelan-pelan explore. Tak perlu sempurna, yang penting mula dulu 🌱

Image

Selamat mencuba!!

Posted in articles, diary, motivasi | Leave a comment

Throwback 2025

1.Khatam hafazan Quran

Alhamdulillah, umi dapat habiskan hafazan pada 14 Jamadil Akhir 1447h bersamaan hari Sabtu 6 Disember 2025 di Bahau Neg Sembilan dalam tempoh hafazan 2 tahun, pada usia umi 40 tahun.

Image

2.Ahmed Morsy daftar MSRM

Syukur ya Allah, anak sulung umi dapat 2 tawarn sekolah Ulul Albab iaitu SBP TMUA Selandar dan MRSM UA Gemencheh. Abang pilih MRSM dan daftar maktab pada 13 Feb 2025.

Image

3.Bercuti dengan keluarga

Tahun 2025 kita pusing2 dalam negara, Pulau Perhentian, Forest Skywalk, main bowling, tonton pawagam, Xpark Sendayan; aktiviti go kart memanah dan paintball dan hiking.

Image

4.Pencapaian kerjaya umi

Dapat gradkan seorang pelajar MA dan seorang PhD

8 penerbitan artikel

1 tamat geran RM5,000 GIA APB

1 geran baharu RM10,000 Geran MyRA

2 pingat emas, 1 pingat perak bagi inovasi

1 pingat pembentang terbaik

Finalis AAU Ke-15 UiTM kategori Anugerah Pengajaran

5.Kejayaan suami dan anak2

Walid berjaya mendaki gunung Kinabalu

Image

Ahmed Morsy dapat anugerah Penghormatan Pengetua sem 1 dan 2 dengan CGPA masing2 3.5 dan 3.7

Angah bergraduasi Game Based Learning di Todak Academy.

Radwa dapat pingat gangsa dalam tournament dan tukar belt hijau ke biru dalam grading.

Radwa dapat anugerah matapelajaran terbaik Pendidikan Islam.

Alhamdulillah. Segala nikmat dari Allah moga menjadi asbab kami menjadi orang yang bersyukur.

Peliharalah iman kami, agar dengan nikmat2 ini kami lebih dekat padaMu ya Rab.

💚💚💚💚💚💙🩵💜🧡💛❤️🤎💚💚💚💚💚

Posted in articles, diary, Hafazan Quran | Tagged , , , , | Leave a comment

Hiking Bukit Dinding @ Wangsamaju

Hari ini awal tahun baru, 1 Jan 2026 kami sekeluarga mencabar diri mendaki Bukit Dinding, Wangsa Maju yang mempunyai ketinggian 291 meter.

Walaupun nampak mencabar, pengalaman ini sangat menyeronokkan dan penuh manfaat, terutamanya untuk anak-anak.

Kenapa Hiking Bersama Anak-Anak Bagus?

1.Kesihatan Fizikal – Hiking membantu meningkatkan stamina, kekuatan otot, dan kesihatan jantung.

2.Mengurangkan Stress – Alam semula jadi memberi ketenangan dan mengurangkan tekanan.

3.Mengeratkan Hubungan Keluarga – Aktiviti bersama menguatkan ikatan kekeluargaan.

4 Mendidik Kesabaran & Disiplin – Anak belajar untuk sabar dan berusaha sampai ke puncak.

5.Pendedahan kepada Alam – Mereka belajar menghargai keindahan alam dan pentingnya menjaga kebersihan.

Image

Tips Hiking Bersama Anak:

●Pilih laluan sesuai dengan tahap mereka.

●Bawa air secukupnya.

●Pastikan pakai kasut yang selesa.

●Jadikan aktiviti ini menyeronokkan, bukan perlumbaan.

Posted in diary, motivasi | Tagged | Leave a comment

Kesusahan Menghafal Al-Quran bagi Anak Usia 11 Tahun

Melihat angah struggle menghafal Quran membuatkan air mata saya kerap tumpah. Tapi angah sangat bersemangat. Moga Allah mudahkan angah, umi sentiasa di sisi angah.

Image

Angah memang power!!!

Menghafal Al-Quran adalah ibadah mulia, tetapi bagi angah yang berusia 11 tahun pasti menghadapi beberapa cabaran:

  • Fokus yang mudah terganggu
    Pada usia ini, anak masih suka bermain dan cepat bosan. Fokus untuk duduk lama mengulang ayat buat angah rasa berat.
  • Daya ingatan yang belum stabil
    Walaupun anak-anak punya ingatan yang kuat, mereka juga mudah lupa jika tidak sering mengulang. Hafalan baru cepat hilang bila tidak di-murajaah.
  • Kurang disiplin waktu
    Anak seusia ini biasanya belum terbiasa dengan jadual yang konsisten. Kadang2 semangat di awal, tapi sukar untuk konsisten berdisiplin untuk menjaga rutin harian.
  • Pengaruh kawan sebaya
    Teman sebaya, permainan, atau tv/gadjet akan menjadi gangguan yang membuat anak kurang berminat untuk mengulang hafalan.
  • Perasaan tertekan
    Jika dibandingkan dengan teman lain yang lebih cepat hafal, anak mudah hilang motivasi.

Cara Membantu Anak:

  • Jadikan hafalan sebagai kegiatan ringan dan menyenangkan, bukan beban.
  • Gunakan teknik pengulangan singkat tapi kerap, misalnya 5–10 minit beberapa kali sehari.
  • Berikan pujian kecil setiap kali ada kemajuan.
  • Ajak anak mendengar bacaan Al-Quran dari qari yang merdu agar lebih mudah meniru.
  • Sentiasa konsisten galakkan anak dengan penuh sabar, jangan terlalu menekan, supaya anak merasa tenang.

Semoga angah dapat peluang masuk MITS Alam Impian dan jadi hafiz 30 juzuk.Amiin.

Posted in Muhammad Israk | Tagged , | Leave a comment

Tanggungjawab seorang hafiz Al Quran

Tahniah kerana anda sudah khatam hafazan 30 juzuk.

Image

Ada beberapa perkara penting yang boleh anda lakukan untuk memelihara dan memanfaatkan hafazan: 

✅ 1. Jaga Muraja’ah (Ulang Hafazan)

Susun jadual ulang hafazan harian. Contoh:1 juzuk sehari (untuk yang sudah mantap).Atau ½ juzuk pagi, ½ juzuk petang.

Gunakan kaedah talaqqi dengan guru untuk semakan bacaan. 

✅ 2. Tingkatkan Kefahaman

Pelajari Tafsir Al-Quran supaya bukan sekadar hafal, tetapi faham maksud ayat.Mulakan dengan Tafsir Juz Amma, kemudian beransur ke seluruh Al-Quran. 

✅ 3. Amalkan dalam Kehidupan

Jadikan hafazan sebagai panduan hidup.Amalkan ayat-ayat berkaitan doa, akhlak, dan hukum dalam kehidupan seharian. 

✅ 4. Berkongsi & Mengajar

Boleh mula mengajar tajwid dan hafazan kepada orang lain.Sertai kelas tahfiz sebagai tenaga pengajar atau pembimbing.

✅ 5. Sambung Pengajian

Pertimbangkan untuk mendalami:

-Ilmu Qiraat (bacaan pelbagai riwayat).

-Ilmu Tajwid lanjutan.

-Pengajian Syariah atau Usuluddin. 

✅ 6. Sertai Aktiviti Bermanfaat

Pertandingan Tilawah atau Hafazan.Program dakwah dan pengajian Al-Quran di masjid atau komuniti.

Semoga terus istiqamah!!

Posted in diary, Hafazan Quran, motivasi | Tagged , | Leave a comment

Target 2026

Segala puji bagi Allah, yang memberi umi rezeki dapat bernafas dan terus beribadah lagi.

Posting kali ini umi ingin mencoret target yang umi ingin capai pada tahun 2026.

Mungkin masih terlalu awal bagi orang lain sebab tahun 2025 masih berbaki 21 hari.

Tapi, umi tidak tahu gerak hati umi kuat agar catatan ini dibuat. Boleh jadi salah satu sebabnya kerana umi sangat gembira dapat capai target hafazan 30 juzuk lebih awal dari jangkaan.

*Target 2025

Hafaz Quran 30juz✅

Bersenam✅

Diet

Cuma diet dan menurunkan berat kepada berat normal masih belum berjaya umi capai.

Jadi, inilah target 2026 umi.

*Target 2026

54kg ربنا يسهل🤲

Fokus kat angah-hafazan 4juz,PKSK

Simpanan Emas 10g

Cukupkan simpanan 3 bulan gaji

Murajaah hafazan 1-2 minggu :1 juzuk

Tiada apa lagi yang umi kejar melainkan dapat besarkan anak2 menjadi huffaz Alquran.Abang dah berjaya ke MRSM Ulul Albab dan Ting.1 ni abang hampir tamatkan juz 4.Syukur. Dengan izin Allah Ting 5 nanti mungkin juz 20.Oklah jika xdapat hafal semua pun…itu dah ok sangat bagi umi.

Angah dah mula menghafal sejak 5 Dis 2025 lagi.1 hari 4 baris dari surah Albaqarah.

Target hafazan angah:

4 hari 1 muka

3 bulan 1 juz

Dis – Feb Juz 1

Mac – Mei Juz 2

Jun – Ogos Juz 3

Sep – Nov Juz 4

Dis 2026: Ujian kemasukan MITS dan MRSM UA

Harap2 berbekalkan 4 juz nanti ada bonus untuk angah dapat 1st intake.Amiin.

Memang kena sabar banyak nak ajak anak menghafal. Jadi sudah pasti umi kena hafal dulu dan rajin baca Quran. Setiap anak berpotensi besar.Kita hanya usaha dan beri galakkan.Selebihnya umi serah kepada Allah.

Di zaman fitnah ini,hanya petunjuk Alquran dapat jaga iman kita dari melihat yang lagho,bercakap sia-sia dan melakukan maksiat tangan dan hati.Jika umi menghadap Allah nanti, umi hanya dapat katakan umi sudah cuba yang terbaik mentarbiyah anak2.Moga Allah ampunkan dosa umi jua…amiin.

Tahun 2026 pasti sangat mencabar dari sudut ekonomi juga.Jadi, persiapan umi adalah membuka akaun simpanan emas bagi setiap anak dan buat auto debit setiap bulan.Cukup aje 1g, umi tukar kepada gold bar.Inflasi yang berlaku menjadikan nilai ringgit susut.Semoga usaha kita yang kecil ini dengan menyimpan emas diberkati Allah.

Image
Image

Hadiah sempena anniversary ke 16 buat suami tercinta.

Image
Image

Disebabkan umi pun tiada FB,IG, TT dll akaun sosial, jadi umi dapat fokus dan lebih serius untuk capai target akan datang. Semoga usaha kita mendapat redha Allah. Amiin

Sediakan payung sebelum hujan.”

#Jika berminat buka akaun emas, jemput daftar di link ini.Free aje: https://app.kabgold.my/register?ref=KAB00052494

Posted in diary, Hafazan Quran, motivasi | Tagged , , , , | Leave a comment

Khatam hafazan 30 juzuk

Segala puji bagi Allah,menamatkan hafazan quran 30 juzuk pada 14 J.Akhir 1447h bersamaan hari Sabtu 6 Disember 2025 di rumah mak abah,Bahau Neg.Sembilan.Tkasih suamiku Ust Abd Rahman yang sudi menyemak hafazan dari surah Alburuj-Annas.

Image


2004-2008: Juz 1-8 (umur 23 tahun)
2 April 2024-6 Dis 2025: Juz 9-30 (umur 40 tahun)

Image

Maka perjalanan mengulang dan menjaga hafalan bermula. Hafizah hanya gelaran di dunia, tetapi amanah menjaga setiap ayat yang telah dihafal sangat besar,memerlukan komitmen dan istiqamah.

Image

Target asal untuk khatam pada 19/12, tapi seakan tidak tertampung surah2 akhir juz 30, gagahkan diri untuk mengulang hafazan lama Alburuj-Annas dalam 2 hari(Jumaat-Sabtu)..dengan izin Allah.

Di usia 40 tahun,tidak mustahil untuk menjadi seorang hafiz.Alhamdulillah…

Pengalaman menempuh kesukaran menghafal alQuran
1.Ujian emosi

Kadangkala malas datang, tidak bersemangat menghafal.
2.Ujian minda
Tidak dapat fokus,dan susah lekat
3.Ujian bisikan syaitan
Selalu ada bisikan cakap cukupla 20 juz aje, cukupla 28 juz aje..bukan nak kejar apa pun, tiada siapa paksa pun
4.Ujian masa
Kekangan untuk memperuntukkan waktu menghafal setiap hari kerana kesibukan dunia dengan kerjaya sebagai pensyarah, menguruskan anak2 dan rumahtangga dan pelbagai komitmen lain.
5.Ujian bahasa
Disebabkan saya bidang b.Arab,jadi apabila sampai pada ayat yang agak pelik baris atau maksudnya menyebabkan saya terganggu dan mencari jawapan iirab serta sebab susunan ayat begitu.Ini menyebabkan terpaksa ambil masa sebelum dapat menyambung hafazan 1 muka pada hari tersebut.

Apapun ujian yang dihadapi, bertabahlah.Teruskan usaha.

من جد وجد

Kesimpulannya, cita2 yang ditanam sejak dulu kini berjaya saya capai dengan izin Allah jua.Bukanlah usaha sendiri sepenuhnya.

قدر الله ما يشاء ما لم يشأ لم يكن

Terima kasih abah,mak, suami, keluarga dan sahabat2 yang selalu mendoakan.Saya hadiahkan buat arwah abah Nordin bin Ma’amor dan emak tersayang Ramlah binti Husin pahala setiap kesusahan menghafal al-Quran.Juga dititipkan pahala buat suami tercinta… dengan naskhah al-Quran yang dihadiahkan olehnya kepada saya pada 31/3/2024(21 Ramadhan 1445h) menjadi pendamping saya setiap hari.

Image

Jomla kita menghafal Quran.

Posting terdahulu bagaimana bermula mujahadah untuk menghafal alQuran link.

Posted in Hafazan Quran | Tagged | Leave a comment

Sakit

Ada kesakitan yang boleh dilihat

Ada kesakitan yang tidak kelihatan

Sakitnya di dalam

Memberkas, lukanya dalam

Meskipun parutnya tidak kelihatan

Ada hati yang bersih, tulus dan ikhlas

Tapi jika disakiti ia menjadi keras

Lebih keras dari batu

Lebih sukar memaafkan dan melupakan

Meski waktu berlalu

10 tahun sekalipun

Kadangkala sakit itu datang, luka itu kembali berdarah

Jika sakit dipukul, lebamnya muncul

Tetapi jika sakit kerana dilukai kata-kata

Tajam mengguris

Kata-kata itu akan kedengaran,

Kuat kedengarannya, masih segar di ingatan

dan sakit itu dirasai lagi

mencucuk ke pangkal hati

Rasa bungkam, terbenam tak terluah isi hati

Kerana kata-kata itu mengganggu emosi,

Dan ada insan yang terlahir kesan emosi negatif itu

Ada insan kecil yang terkesan dengan emosi ibu

Yang membentuk nalurinya, sifatnya, pemikirannya

Saat itu, sakit yang meski dirawat, tetapi sudah terlambat

Dan bila insan kecil itu memberontak

Sakit itu datang lagi, mengingatkan memori yang cuba dipadam berkali2

Hanya satu dapat mengubat hati

Andai insan kecil itu berubah atau tiada lagi

Maafkan ya Allah

Hambamu yang lemah.

Posted in diary | Tagged | Leave a comment

Panduan Kehidupan Usia 40-an

Image

1. Aktiviti Sesuai untuk Usia 40-an.

a. Aktiviti Fizikal

– Senaman ringan hingga sederhana seperti berjalan kaki, berbasikal, berenang, yoga atau tai chi.

– Sertai kelas senaman berkumpulan untuk motivasi dan sosial.

b. Aktiviti Sosial & Mental

– Sertai kelab komuniti atau aktiviti sukarelawan.

– Belajar kemahiran baru seperti memasak, menjahit, atau muzik.

– Sertai kelas pengajian agama atau usrah untuk pengisian rohani.

c. Aktiviti Keluarga

– Rancang percutian keluarga atau aktiviti hujung minggu bersama anak-anak.

– Libatkan diri dalam aktiviti anak-anak seperti sukan atau pembelajaran mereka.

2. Gaya Hidup Sihat.

a.Pemakanan

– Amalkan pemakanan seimbang: lebihkan sayur, buah, bijirin penuh, dan protein tanpa lemak.

– Kurangkan gula, garam dan makanan proses.

b. Kesihatan Mental

– Luangkan masa untuk diri sendiri

– meditasi, membaca, atau menulis jurnal.- Elakkan tekanan berlebihan, dan belajar teknik pengurusan stres.

c. Pemeriksaan Kesihatan Berkala

– Buat pemeriksaan kesihatan tahunan – tekanan darah, kolesterol, gula dalam darah, dan kesihatan wanita.

– Pastikan tidur cukup (7–8 jam sehari).

3. Perancangan Kewangan

a. Simpanan & Pelaburan

– Mulakan atau tingkatkan simpanan persaraan (contoh: KWSP, Tabung Haji, ASB).

– Pertimbangkan pelaburan jangka panjang seperti unit amanah, hartanah, atau emas.b. Perlindungan Kewangan

– Pastikan ada insurans hayat dan perubatan yang mencukupi.

– Sediakan tabung kecemasan sekurang-kurangnya 3–6 bulan gaji.

c. Perancangan Pendidikan Anak

– Jika anak masih belajar, pertimbangkan tabung pendidikan seperti SSPN atau pelaburan pendidikan.

d. Pengurusan Hutang

– Kurangkan hutang tidak perlu (kad kredit, pinjaman peribadi).

– Fokus pada pengurusan bajet bulanan yang bijak.

Posted in articles, diary, motivasi | Leave a comment

Benarkah ungkapan “life starts at 40”?

Image

Ramai orang kata “hidup bermula pada usia 40 tahun” kerana beberapa sebab yang berkait dengan perubahan emosi, mental dan gaya hidup seseorang pada tahap itu. Berikut antara sebab-sebab utama:

  1. Kematangan Emosi dan Mental

Pada usia 40, kebanyakan orang sudah melalui pelbagai pengalaman hidup — kerjaya, perkahwinan, membesarkan anak, kegagalan dan kejayaan. Ini menjadikan mereka lebih matang, tenang dan bijak dalam membuat keputusan.

  1. Lebih Yakin dan Kenal Diri

Ramai yang mula benar-benar mengenali diri sendiri pada usia ini — apa yang mereka mahu, apa yang penting dalam hidup, dan apa yang tidak perlu difikirkan sangat. Keyakinan diri meningkat kerana mereka tidak lagi terlalu terpengaruh dengan pandangan orang lain.

  1. Kestabilan Kewangan

Walaupun tidak semua, tetapi ramai yang mula mencapai tahap kestabilan kewangan pada usia ini. Hutang mungkin berkurang, pendapatan lebih stabil, dan mereka boleh mula menikmati hasil kerja keras selama ini.

  1. Fokus kepada Kualiti Hidup

Pada usia ini, ramai mula memberi tumpuan kepada kesihatan, kebahagiaan dan keseimbangan hidup. Mereka mula sedar bahawa hidup bukan sekadar bekerja, tetapi juga tentang menikmati masa bersama keluarga, menjaga kesihatan dan melakukan perkara yang disukai.

5.Fasa Baru Kehidupan

Bagi sesetengah orang, anak-anak sudah mula membesar atau berdikari, jadi mereka ada lebih masa untuk diri sendiri. Ini membuka ruang untuk meneroka minat baru, melancong, belajar sesuatu yang baru, atau memulakan perniagaan. 

Ungkapan ini bukan bermaksud hidup sebelum 40 tidak bermakna, tetapi lebih kepada penekanan bahawa pada usia ini, seseorang mula benar-benar “hidup” dengan kesedaran, kebebasan dan pilihan yang lebih jelas.

Posted in articles, diary, motivasi | Leave a comment

Perjalanan Hebat Muhammad Israk Bersama Kelas Games Based Learning Todak Academy

April 2024 hingga Mei 2025 menjadi satu tempoh yang sangat bermakna buat anak saya, Muhammad Israk.

Sepanjang lebih setahun ini, angah telah menyertai kelas Games Based Learning (GBL) anjuran Todak Academy, dan pengalaman ini bukan sahaja membuka minda angah terhadap dunia teknologi, malah membentuk keyakinan dan kemahiran yang luar biasa.

Todak Academy ialah sebuah institusi pendidikan digital di Malaysia yang fokus kepada bidang kreatif dan teknologi seperti pembangunan permainan, e-sukan, dan animasi. Kolej kemahiran ini berpusat di Putrajaya.

Pengalaman Menyertai Kelas GBL

Kelas GBL ini dijalankan seminggu sekali di sekolah, dan yang menariknya, cikgu dari Todak Academy sendiri datang membawa kelengkapan seperti laptop dan peralatan pembelajaran.

Ini sangat memudahkan pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar dalam suasana yang selesa dan dikenali.Dengan yuran sebanyak RM1040, Israk berpeluang mengikuti modul pembelajaran coding dan pembangunan permainan (game development) selama 10 bulan.

Image

Sepanjang tempoh ini, angah belajar asas pengaturcaraan, reka bentuk permainan, dan bagaimana untuk membina permainan digital sendiri. Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah sangat mendidik!

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image

Kebaikan Menyertai Kelas GBL Todak Academy

Penyertaan dalam kelas GBL ini telah memberikan pelbagai manfaat kepada Israk:-

-Kemahiran Teknologi: Israk kini lebih mahir dalam menggunakan komputer dan memahami asas pengaturcaraan.

-Pemikiran Kreatif dan Kritis: Melalui pembangunan permainan, beliau belajar menyelesaikan masalah dan berfikir secara kreatif.

– Keyakinan Diri: Berinteraksi dengan rakan-rakan dan tenaga pengajar dari industri memberi semangat dan keyakinan untuk terus belajar.

– Pendedahan Antarabangsa: Israk berjaya menyertai dua pertandingan inovasi peringkat antarabangsa dan memenangi pingat emas – satu pencapaian yang sangat hebat!

Image

Graduasi yang Membanggakan

Kemuncak kepada perjalanan ini adalah majlis graduasi pada 26 Oktober 2025 yang berlangsung di Todak Academy, Cyberjaya.

Melihat Israk menerima sijil dan penghargaan atas usaha dan pencapaiannya, hati saya sebagai ibu sangat tersentuh dan bangga.

Image

Tahniah anakku Muhammad Israk!

Semoga pengalaman ini menjadi batu loncatan untuk masa depan yang gemilang dalam dunia teknologi dan inovasi. Teruskan melangkah dengan semangat dan cita-cita yang tinggi!

Image
Image

Ini adalah pautan game yang dia berjaya hasilkan:

Posted in articles, motivasi, My baby | Tagged | Leave a comment

Anakku, rajin-rajinlah belajar.

Image

Anakku, belajarlah bersungguh-sungguh.

Kerana jika suatu hari nanti bila umi tiada, hanya ilmu yang akan menjaga dan mengangkatmu di dunia dan akhirat.

Anakku, janganlah malas, gigihlah berusaha setiap hari.

Elakkan membuang masa dengan gajet, kerana masa yang hilang tidak akan kembali. Gunakan waktumu untuk menuntut ilmu —itulah bekalanmu dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Surah Al-Mujādalah: 11)

Anakku, jauhilah maksiat,kerana maksiat itu menutup cahaya ilmu di hati.

Hati yang gelap sukar menerima kebenaran, tetapi hati yang bersih mudah mendapat petunjuk.

Hayati kata-kata Imam Syafie ini:

شَكَوْتُ إِلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي

فَأَرْشَدَنِي إِلَى تَرْكِ الْمَعَاصِي

وَأَخْبَرَنِي بِأَنَّ الْعِلْمَ نُورٌ

وَنُورُ اللَّهِ لَا يُهْدَى لِعَاصِي

Maksudnya:“Aku mengadu kepada guruku Waki‘ tentang buruknya hafalanku, lalu beliau menasihatiku supaya meninggalkan maksiat. Beliau memberitahuku bahawa ilmu itu cahaya,dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Ilmu adalah cahaya dari Allah, dan maksiat adalah kegelapan yang memadamkan cahaya itu. Oleh itu, sucikan hati, jauhkan dosa, dan teguhkan tekad dalam menuntut ilmu.

Image

Anakku,dekatkanlah dirimu dengan al-Quran, bacalah dan hafazlah ayat-ayatnya dengan penuh cinta.

Teruskan hingga khatam 30 juzuk, kerana al-Quran akan menjadi penemanmu kelak di alam barzakh dan di hari perhitungan.

Sabda Nabi ﷺ:”Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya.“(Hadis Riwayat Muslim)

Umi sayangkan kalian; Ahmed Morsy, Muhammad Israk dan Radwa.

Ya Allah, peliharalah anak-anakku.Jadikan mereka hambaMu yang solehin. Jauhilah anakku dari maksiat,dari orang yang berbuat zalim. Jagalah mereka untukku. Jagalah mereka dari ujian dunia, godaan syaitan dan musuh-musuhMu. Berikanlah mereka keselamatan di dunia dan di akhirat. Amiin.

Posted in articles, Hafazan Quran, motivasi | Tagged , , | Leave a comment