Sunday, January 1, 2017

Perth, West Australia

Okay kembali bersiaran... (after a good nap) hehe

DAY 1: Safely Landed

Flight aku pukul 10.10am dan dijangka sampai pukul 3.40pm (about 5.5 hours).. sepanjang perjalanan aku x dapat tido. i donno why. Mayb nerbes.huhu.. orang sebelah aku kemain sedap lena tido. siap berdengkur2 lagi. yang aku terpusing sana terpusing sini trying so hard to fall asleep but x boleh-boleh juga. aduhhh... 
Image
Airport tower
Finally touch down Perth International Airport after 5.5 jam di awan.. As i said before Kastam Australia mmg strict. My begs kena scan 2 kali kalu tak silap sbb dia tak puas hati apa yg aku bawa. Macam-macam la kastam tu tanya itu ini aku jawab je la. And one more thing jangan lupa isi borang declaration tu untuk mengelakkan sebarang masalah. Australian accent kan tak sama ngan British or American.. Terkebil-kebil juga la mata aku dengar dia bercakap. haha.. Dalam hati tawakal redha saja la kalau kastam rampas tp luckily Alhamdulillah semuanya lepas!

First thing aku buat adalah whatsap my mum ngan abang Ridzuan bagitau dah selamat mendarat..kat aiport ada free wifi. Laju pula tu hehe sempat juga la aku check in kat facebook supaya orang kampung tau aku dah selamat sampai huhu..

Next step cari uber utk ke guesthouse yg aku sewa tu. Tempat tu kat Queens Park xda la jauh sangat dari airport tp masak jugak la kalau nak jalan kaki dengan beg lagi ni huhu.. so naik uber dia charged $17.18.. Toyoya Camry
Image

Tak lama pun tunggu uber sampai. i think i waited around 5 mins je. Kat luar nampak sunny day. cerah but sebenarnya sejuk sbb windy. That time musim panas. Suhu that time around 25°C... 

Image
Blue sky...
Sepanjang perjalanan aku banyak berbual2 sama driver uber tu. Very friendly. So aku ambil kesempatan la tanya serba sedikit tentang Perth. Dia jawab setiap pertanyaan aku dengan details. Dalam hati bagus mamat ni. Actually dia migrate dari India. Nampak gaya mcm org benggali sbb kulit cerah huhu.. Dari Airport ke Queens Park aku rasa dalam 15 mins la. Jalan lancar tak banyak kereta. So, lepas dah dapat kunci rumah n letak beg aku pun kuar jap tengok-tengok kawasan kejiranan..

Image
Antara kedai makan yg ada tp non-halal

Image
Halal restaurant. sebelah rumah je tp buka waktu malam saja

Image
Lorong rumah. Wharf Street

Image
Tengah musim bunga purple ni. i like it

Image
Antara masjid yang ada kat kawasan kejiranan ni..

Image
Ada komunity muslim sini mostly african n indonesian..

Image
jalan lengang giler..

Image
Whaft Street...

Image
Tiang Letrik masih guna kayu balak

Image
Public phone..

Image
Ni no bus stop kat Wharf Street

Image
Bus stop ni betul2 depan guest house...
Malam sikit pergi pasaraya Coles beli barang-barang keperluan sikit terutama air mineral botol. Harga barang sini boleh dikatakan murah. Cuma kedai-kedai dan pasaraya kat Perth ni (and maybe all around Aussie) tutup awal. Some kedai pukul 7pm dah tutup. Beli strawberry yg besar-besar n manis (tak macam kat Cameron Highland tu) huhu baru $4 untuk dua packs! Beli 2 caps baru $3 each! and beli candy..

Image
Bayar sendiri. Pengalaman baru

Pre-Perth


Happy New Year 2017 everyone.. Apa resolution tahun ni? Rasanya xda kot.. sbb tak pernah capai pun. huhu.. yang penting kita enjoy life to the fullness! moga tahun 2017 lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

Well hari ni nak cerita sikit pengalaman bercuti kat Perth baru2 ni. It was awesome! Perth ni boleh dikatakan bandar besar juga cuma populasi dia yg kurang so aku rasa bandar ni kurang orang (compare kat kl ni every inch ada umat manusia). Perth very peaceful n calm. xda traffic jem, kereta x banyak, xda orang suka2 parking merata.huhu. aku suke giler!

Actually beli tiket flight pun last minute jugak.. 3 weeks before kalau x silap. Semuanya bermula pas kau dah tepu dengan kerja yg menimbun2 and kau dah x tahan and you really2 need a getaway. dan ditambahkan lg bila hati kecil kau mula meronta2 "AKU DAH PENATLAH BABI AKU NAK CUTIIIIIIIIIIIIII.......' haha bgtu la lebih kurang..

Image

Check tiket RM1040 returns termasuk inflight meals.. so bagi aku dah cukup murah dah. ada jugak ajak a few friends tp semua x nak join so aku ngan gamble je beli and nekad. huhu.. Ramai duk kata jangan pergi la nilai ringgit rendah la, Australian racist la, x takut ke gi sorang2, susah cari makanan halal la dll. tp aku nekad jugak.. nak tunggu ringgit naik balik ntah bila makin turun lagi ada la kan!.. hahaha masa tu aku tukar  rm1012 dapat la $300 ($1=RM3.4) tak tukar banyak sbb target bukan nak shoping. lagipun hotel dah siap2 tempah dari AirBnB..
Image

So ada la buat homework sikit pasal Perth. Study dari buku Lonely Planet West Coast Australia. Baca blog2 dan tanya my friends and students yg pernah pi Australia. Thanks to Alagendran, Ridzuan Hashim, Jasmin Ixora, Asmara dan Sabrina for the info..

Dan dan tu jugak aku apply visa online. kena charge rm20 je.. dalam 2 hari siap.. x de visa x dapat la masuk Aussie..visa boleh guna setahun. jangan pulak kau apply visa ni untuk kerja kat sana pulak. hehe boleh apply kat sini [email protected] ... 

Image

Untuk penginapan pula aku guna apps Airbnb. Thanks to abang Ridzuan sbb suggest tempat dan banyak membantu dari serba serbi hal sebab abang Ridzuan and family mmg kerap pergi ke Australia (like every year pergi dah macam rumah ke dua selepas Malaysia hehe). kat Aussie kalau sewa hotel agak mahal so better sewa guest house.. harga pun jauh lebih murah.. kau boleh masak lagi kalau nak. macam aku aritu ada juga bawa maggie, makanan dalam tin, sambal bilis mak aku n bubur segera.. but one thing kena tahu Kastam Aussie sangat strict kalau korang nak bawa apa2 dalam negara dorang and alhamdulillah x kena rampas apa yg aku bawa tu..
Image
okay la cukup dulu setakat ni. mata aku dah ngantuk.. cuaca arini pun mendung ala2 cuaca kat Perth juga. nanti aku sambung tulis lagi pengalam day 1 kat perth... chiowww

Sunday, December 18, 2016

Yeayy dah ingat password!!

Image
yeayy!!

Lama tak update blog.. sejak datangnya zaman fb dan instagram mmg dah tak post apa2 dah kat blog. lebih mudah untuk share di sana. hari ni mcm datang mood plak nak menulis kembali. setelah sekian lama hehe. 

Actually blog ni lama bersawang sbb aku lupa password!! td pagi cuba punya cuba akhirnya dapat buka. wahh terus teruja sekejap dan terus menulis entry ni dengan belom mandinya lagi haha


Well 2016 dah hampir melabuhakan tirai. For me 2016 same as tahun2 sebelum ni ada pahit ada manis. tp rasanya pahit lebih kot!!
Tp biarlah. yang berlalu biarkanlah berlalu. Pasti ada hikmahnya. Hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah Allah swt masih pinjamkan nyawa dan izinkan untuk terus bernafas di bumi yg fana ini cewah ayat x boleh blah!! hahaha
Image
tonggang langgang

so stay tuned! cuti2 ni ada banyak masa nak menulis. so wait for my next entry okay! rasanya mood menulis dah datang dan banyak cerita aku nak share! tolong jangan kecam saya!! hahaha

Arini 18 December 2016 my best friend kawen!! yeayyy... im so Happy!! and sekali lagi aku di minta jadi best man of the groom. kau rase??? kenapa balik2 jadi best man jak ni huhu

To Azza and Asraf selamat pengantin baru! semoga kekal hingga ke jannah.. selamat melayari alam rumahtangga... love youuuu!
Image
azza nampak happy...

Image
siapakah?




Thursday, February 18, 2016

Hati...

Kalau aku mahu, dah lama aku pergi tinggalkan kau. Tapi masalahnya hati aku tak nak, hati aku masih sayang. Sebab tu aku bertahan walaupun kau dah tak sayang. Kadang terasa macam bodoh bila berkait soal hati. Hmmm....

Sunday, November 3, 2013

Jam punya hal...


Image

Image

i have no idea.. aku yang ganas atau jam ni yangg memang xda kualiti? atau kedua2nya sekali?? haha.. but as far as i concern, aku seorang yang cermat dan aku sangat sayang barang2 aku. so it doesnt make any sense klu aku sengaja nak jahanamkan barang aku sendiri kan? atau mmg dah di takdirkan jodoh aku ngan jam ni x lama?? huhuhu...
actually i bought this watch last march in KK... thats mean x sampai setahun pun aku guna koyak dia punya tali sudah...and i dunno what to do now. i remember, the sales person said jam ni come up with one year warranty. the matter is, adakah tali jam termasuk dlm jaminan warranty dia? hopefully termasuklah...pleaseeeee....
i really love this watch.like it very much...it looks simple, casual, ada date indicator and most important is warna dia putih... i wore it almost everyday to school but now so sad terpaksa simpan saja...
my experience mengguna jenama yg sama selama ni mmg xda masalah langsung. im quite satisfy with its quality biarpun its not very expensive (this one around rm560)...actually i wear watches ikut occasion... so now im thinking of buying a new watch eventhough byk lagi jam yg lain.

Saturday, November 2, 2013

its been a while...

Assalamualaikum, salam 1Malaysia...

Image
nda lama jd spiderman jua aku ni...hehe

waaaa lama gila aku x jenguk2 blog aku ni. lama btol tak update entri...last entry bln march aritu..almost 7 months sudah tu..urang sabah bilang basawang sudah hehe..
okay since cuti sekolah pun dah nak start, im sure i will have plenty of time to write! byk cerita aku nak tulis n kongsi ni..inshaAllah...
so u guys wait for my comeback okay...
until then see u guys later.. nak siap2 dulu pi annual dinner smkbg 2013.kbai

Monday, March 4, 2013

unexpected sms

Assalamualaikum.. very good monday morning..
so many thing happens lately. starts with the invasion of Lahad Datu and so on... but i dont want to write or talk more about it. let the police or the army handle it and leave it to God's hand..
all i can do is...say my little prayer to God hoping that things will be like before..Amin


Image
still like old days.. caring and still friend we are

Monday, January 28, 2013

Exco 2013 Aspura

Assalamualaikum and good morning everybody...
well you must be surprised if i tell you im still one of the warden!
theres nothing i can do.. just accept it with open arms....maybe i'll be for another year..
so i would like to introduce my excos 2013 Aspura.  these are some of our pics...

Image
Dari Kiri :: Yusrynizam (Akademik), Syafiee (Displin), Kasmir (Agama), Nidzuanshah (Kebersihan), Sahri (Dewan), Norman (Petang), Asrafol (Agama)

Image
exco 2013 Aspura. Gandingan mantap

Image
semangat! bersatu memajukan asrama...

Image
Warden we are. Hamdani, me and Ketua Warden Rohana

Friday, December 28, 2012

R..A..P..U..H

Image

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Image

Thursday, December 6, 2012

Asramaku Surgaku.