Biro Pendidikan-SIRA

Website tu dikena aku madahka aktiviti Biro Pendidikan – SIRA. Dalam web tu kitai mega ulih bekunsika chara-chara mutarka ke penaggul nembiak bansa iban remun ke benung sekula sereta mega lepas sekula.

Perambu Aktivit BIRO Pendidikan SIRA 2009

  1. Ibtroduce – BIRO PENDIDIKAN_SIRA maya Road show -Feb 2009
  2. Ceramah Parenting – Jun 2009 -DewanMasyarakat
  3. Ceramah Peluang IPTA – Ari Kampung ke kampung-Dec 2009
  4. Survey nembiak Iban remun – Feb-Dec

Overview : Sadang Program Parenting apai-indai -SIRA 2009 -Teks motivasi tu benung diterjemah ngagai Bahasa Iban. Kereban asal ceramah tu diambi ari laman web motivasi ti tebilang. SABAR DULU…

Sadang Program: Jun 2009

Endur: Dewan Masyarakat Balai Ringin (Sadang endur)

Isi Topik:

Pengenalan:

Anak-anak adalah permata hati yang menyerikan mahligai kasih bahagia. Lahirnya mereka daripada ketulusan dua hati yang berkasih dan ditaut dengan ikatan perkahwinan Detik-detik nan indah tergambar di wajah si ibu dan si ayah ketika menyambut kelahiran yang tersayang ke dunia. Terasa lengkap kehidupan ini dengan kehadiran mereka.

Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang sudah memampatkan ilmu keibubapaan demi mendidik anak-anak tersayang? Kita pasti, ramai ibubapa yang tercari-cari modul yang efektif dan sesuai untuk mendidik si permata hati. Niatnya hanya satu, agar si anak membesar dengan sempurna dari segenap sudut; fizikal dan juga spiritual.

Title: Rahsia Menjadi Ayah Yg Berkesan

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah
menyumbang terhadap
kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka.
Kajian itu disimpulkan
dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama
anaknya di lapan
minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan
di alam
persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak
menjadi ejen
`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa
berbanding kanak- kanak
yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai
oleh ayahnya serta
sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa
menjadi lebih
berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan
ayahnya ketika zaman
tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang
dewasa yang
seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih
ayah mempunyai
hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala
sosial dan prestasi
pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan
ayahnya
menunjukkan gejala seperti di bawah:

-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam
pembelajaran, terbabit
dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah
juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana
menjadi seorang ayah
cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken
Canfield, pengasas dan
juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam
penyelidikannya mengenai
`kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang
berkesan:-

1)Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab.
Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah
tangga.
Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas
dalam rumah
tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala
berikan mereka peluang
untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika
terlupa atau
terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah
melaksanakan tugas di
rumah. Bayangkan `hadiah’ atau `anugerah’ yang bakal
didapati (sama ada
di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah
cemerlang!

2)Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan
kualiti anak anda.
Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka
sukai, ketakutan,
kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba
ingatkan semua nama
kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti,
dibenci, paling
memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan
perangsang kepada mereka

3)Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan
lebih berasa yakin
serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda.
Jadi, istiqamah, tetap
pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan
perubahan mood (jangan
terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah
(selalu menghadirkan
diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang
dikata, bukan cakap
tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab
sopan; mempunyai
atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan
kegemaran baik yang boleh
dilihat dan diikuti.

4)Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan
memberikan respon
yang positif setiap kali berlaku krisis dan
permasalahan dalam rumah.
Paling penting anda memberikan saraan yang cukup
kepada mereka. Bapa
tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi
tindakan anda ketika
berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal,
sebenarnya `mengajar’
anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak
selepas solat.

5)Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak
untuk menunjukkan
satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna.
Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan
`keibubapaan’, bukan
hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk
anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang
sangat bernilai
daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati,
bekerjasama dan
berkasih sayang.

6)Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong
dalam arus dunia.
Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak
terluahkan.
Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak’ untuk
didengari dan diberi
perhatian.

7)Jadikan diri anda `pemimpin’ kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Tuhan dengan
menunjukkan `keimanan’
dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan
agama. Bersolat
bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di
rumah. Bawalah
mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di
masjid. Selalu
bercerita mengenai makhluk yang dicintai Tuhan di bumi
dan langit.

’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’’

MASALAH sosial, kerosakan akhlak dan budi pekerti semua golongan dalam masyarakat perlu dibaiki, dirawat dan disembuhkan. Satu usaha bersepadu perlu diambil terutama oleh ibu bapa sebagai golongan paling hampir dengan remaja.

Anak remaja perlu didekati, hati mereka mesti dimenangi. Mereka masih seperti kain putih. Ibu bapa dan masyarakat bertanggungjawab mencorak dan mewarnai kain putih itu.

Corak apakah yang ingin kita lukiskan, warna apakah yang ingin kita lakarkan? Sudah tentulah corak dan warna itu harus berpaksi kepada agama yang kita junjung, bergantung kepada budaya dan adat yang kita kendong.

Mungkin cara kita mempersembahkan corak yang ingin kita lukiskan tidak sesuai dengan cita rasa remaja. Mungkin warna tradisi yang ingin kita lakarkan tidak kreatif maka ia tidak serasi atau tidak kena dengan jiwa mereka.

Tambahan pula cara persembahan warna dan corak yang dihidangkan oleh budaya luar menjentik minat dan memancing minda mereka.

Kesungguhan mendidik remaja penting kerana mereka adalah pejuang agama dan penyambung budaya bangsa kita. Mereka adalah modal insan yang akan menerajui dan membina negara di masa depan.

Di Amerika, remaja masa kini disebut ‘Generasi XYZ’, generasi yang bebas dalam segala segi dan tidak mahu terikat dengan apa-apa ikatan sama ada ikatan agama, ekonomi dan etika budaya.

Mereka tidak sama dengan generasi sebelumnya yang kuat bekerja untuk majikan dan punya sasaran sehingga pencen. Golongan terdahulu mendapat inspirasi daripada suasana pasca perang, perkembangan teknologi dan intelektual.

Sebaliknya, Generasi XYZ hidup dalam satu suasana ‘fenomena dadah’ yang menonjol, mereka lemas dalam masalah kekeluargaan yang longgar dan kes perceraian yang tinggi.

Minda mereka lumpuh apabila melihat masalah sosial yang mereka warisi seperti persepsi hubungan kaum yang negatif dan perkauman melampau, konflik antara agama yang menekan, masalah Aids semakin menakutkan, keluarga berantakan dan defisit kewangan negara yang menggerunkan.

Remaja kita tidak boleh lari daripada pengaruh Generasi XYZ ini yang menular melalui ‘langit terbuka’ seperti internet, ICT dan pelbagai media berteknologi tinggi.

Maka, tanggungjawab ibu bapa semakin besar dan berat dalam mendidik anak bagi melahirkan generasi cemerlang mengikut acuan kita pada masa akan datang. Justeru, ibu bapa perlu menambah ilmu dari semasa ke semasa bagi menangani kerenah remaja yang semakin terkehadapan.

Waktu ini remaja masih tercari-cari haluan untuk meneruskan kehidupan dan pelbagai perkara baru mahu dicuba, apatah lagi perkara penuh cabaran yang kononnya memberikan satu kepuasan kepada mereka.

Sebagai ibu bapa, kita boleh membimbing anak remaja mengharungi cabaran masa kini antaranya:

l Ambil tahu – Kita perlu berusaha lebih sedikit untuk mengetahui di mana anak berada pada hari minggu dan selepas waktu sekolah. Waktu itu adalah ‘zon bahaya’. Zon ini membuka ruang (jika tidak dikawal) untuk terbabit dengan pelbagai gejala negatif.

Kita perlu sentiasa bertanya dan mengetahui di mana anak berada dan apa yang mereka lakukan. Ini tidak bermakna ibu bapa terlalu mengawal tetapi menandakan ibu bapa prihatin, penyayang, bertanggungjawab dan mengambil berat.

l Luangkan masa, beri perhatian – Luangkan masa dengan anak, makan bersama sekerap mungkin dan cari masa sesuai untuk berbual mengenai perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka untuk merapatkan diri dengan anak remaja.

Gunakan masa yang ada untuk berbual mesra, mendengar luahan hati mereka, memberi nasihat, bukannya berbalah. Lakukan aktiviti menonton televisyen, beriadah, bersiar dan babitkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan.

l Kenali siapa kawan anak anda – Rakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap satu sama lain. Oleh itu, penting bagi ibu bapa mengenali siapa kawan anak dan ibu bapa mereka.

Justeru, pastikan kawan yang didekati anak remaja adalah yang baik dan berperibadi mulia. Pada masa sama, berikan mereka panduan bagaimana menjauhkan diri daripada kawan yang negatif.

l Tahu apa yang ditonton, dibaca dan didengar – Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menapis bahan yang sampai kepada anak anda. Remaja memerlukan panduan untuk menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan.

Tontonlah televisyen atau dengar muzik bersama anak anda dan bantu mereka memahami perbezaan antara kehidupan sebenar dan apa yang digambarkan dalam media. Imbangi semula apa yang ditonton, dibaca dan didengar dengan nilai positif yang sepatutnya.

l Bantu remaja mendapatkan keyakinan diri – Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperoleh, bukannya anugerah. Terima mereka seadanya dan tanpa syarat, cuba penuhi keperluan mereka mengikut sepatutnya.

Pujilah mereka atas tugas yang selesaikan dengan baik, galakkan perkara positif dan tekankan perkara baik yang dilakukan anak anda. Jika mereka ketinggalan atau gagal, cadangkan cara untuk memperbaiki diri. Jangan mengkritik.

Kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik dan membina keyakinan diri anak remaja. Berbekalkan keyakinan diri yang tinggi, mereka berupaya menangkis pengaruh budaya negatif dalam kehidupan mereka.

l Babitkan diri dengan sekolah dan masyarakat – Ibu bapa perlu membina hubungan rapat dengan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selalu hadir program anjuran sekolah.

Lebih banyak sokongan yang diberikan terhadap perkembangan positif remaja, lebih mudah bagi kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa. Beri galakan dan sokongan kepada sekolah dan organisasi lain menjalankan aktiviti yang membina remaja.

l Jadilah model yang baik – Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan terbaik dengan menunjukkan kejujuran, disiplin seperti yang kita mahukan daripada mereka. Jika ibu bapa menunjukkan contoh tidak baik, ini akan menggagalkan proses mendidik.

Tunjukkan contoh bagaimana ibu bapa sendiri melalui kehidupan yang bersih daripada perlakuan yang tidak baik.

Petunjuk daripada Ilahi kepada hati remaja adalah faktor penting mempengaruhi pemulihan dan kemurnian akhlak mereka. Ibu bapa mesti sentiasa berdoa supaya hati anak remaja sentiasa lembut dan bersedia menerima tunjuk ajar serta nasihat.

Ibu bapa perlu kembali kepada tradisi asal dalam membentuk peribadi anak seperti yang ditunjukkan Islam dan diamalkan oleh Rasul serta Nabi. Pendidikan agama mesti dijadikan paksi proses membina kesinambungan kecemerlangan manusia.

INTI PATI
Bentuk akhlak remaja

Ibu bapa perlu tahu di mana anak berada dan ke mana selepas waktu sekolah.

Luangkan masa dengan anak, makan bersama sekerap mungkin dan cari masa sesuai untuk berbual mengenai perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Rakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap satu sama lain. Oleh itu, penting bagi ibu bapa mengenali siapa kawan anak dan ibu bapa mereka.

Ibu bapa perlu menapis bahan yang sampai kepada anak anda. Remaja memerlukan panduan untuk menjadi seorang pengguna media yang berpengetahuan.

Bantu remaja mendapatkan keyakinan diri – Keyakinan diri adalah sesuatu yang diperoleh, bukannya anugerah. Terima mereka seadanya dan tanpa syarat, cuba penuhi keperluan mereka mengikut sepatutnya. Bersahabatlah dengan mereka.

Ibu bapa perlu membina hubungan rapat dengan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selalu hadir program anjuran sekolah untuk mengetahui perkembangan anak.

Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan terbaik dengan menunjukkan kejujuran, disiplin seperti yang kita mahukan daripada mereka.

Penulis ialah Pengurus Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah, Jemaah Islah Malaysia (PAKSI). PAKSI memberikan khidmat nasihat kaunseling dan nasihat guaman kepada remaja dan wanita. Talian hotline 019-6022624 atau e-mel wanitajim0@yahoo.com

PERSONALITI IBU BAPA YANG CEMERLANG

Mempunyai matlamat yang jelas Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia kana menjadikan rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.

Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia
Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : “Paling sempurna seorang mukmin imannya adalah yang paling luhur akhlaknya.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Pepatah Melayu juga pernah menyebut :
“Bapa borek anak rintik”. Kita tidak mahu menjadi seperti “Ketam yang mengajar anaknya berjalan betul”.

Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak

Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang biasa bagi seorang manusia, maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya berada di tahap yang sederhana sahaja

Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang. Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang yang berkenaan

Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri, kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Ingat “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan mengenakan hukuman akan dapat menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap kedua-dua orang tuanya

Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik

Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka harus sentiasa bersemangat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia. Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif

Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala penyakit dalam rumah tangga
Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan

Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak

Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci

Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita. Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak akan mengikuti jejak langkah tersebut

Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat

Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa lebih berpengetahuan

Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi

Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing. Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja setiap masa dan ketika

Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan

Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat memastikan semua ahli dalam keadaan selesa

Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal. Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan
Sikap mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga

Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku

Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman

Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga. Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi dan dihormati

Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang lainnya.

Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu

TANGGUNGJAWAB BERUMAH TANGGA
Rumah tangga yang harmoni dan sejahtera memerlukan satu rasa tanggungjawab yang begitu berat yang harus dipikul oleh kedua-dua ibu bapa. Ia memerlukan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan jayanya
Tanggungjawab Ibu Bapa dalam rumah tangga
1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya.

2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.

3. berdoa dan mengikut adab semasa ‘berjimak’ supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada kehendak agama.

4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan.

5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka tidak dihina dan dicela apabila besar kelak.

6. mengakikahkan anak.

7. menyusui anak sendiri.

8. mengkhatankan anak.

9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.

10. menepati segala janji dengan anak-anak.

11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak.

12. menepati segala janji dengan anak-anak.

13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri.

14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan.

15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T., Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda.

16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya.

17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak.

18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.

19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik.

20. mengajar anak membaca al-Quran, berzikir dan cintakan ilmu.

21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.

22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar.

23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.

24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental.

25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.

26. menghiburkan keluarga.

27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

28. membimbing anak-anak bertakwa.

29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.

30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.

31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat.

32. mendidik anak tentang etika sosial.

33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya.

34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.

35. mendidik anak sayangkan binatang dan Tuhan

36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.

37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.

38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.

39. sentiasa – nemu jalai PETARA

RUMUSAN
1. Ibu bapa yang berkesan memerlukan personaliti yang profesional dan praktikal untuk dicontohi oleh anak-anak.

2. Nilai diri yang positif akan membawa kepada keyakinan diri yang mantap,

3 Comments

  1. ibanremun's avatar

    ibanremun said,

    January 31, 2009 at 5:49 am

    Currently this blog is use to publish any activities regarding our association -SIRA.

  2. ibanremun's avatar

    ibanremun said,

    May 26, 2009 at 3:37 am

    programe Biro Pendidikan bedau ulih diadu setakat tu.

  3. ibanremun's avatar

    ibanremun said,

    May 26, 2009 at 3:38 am

    Aku benung bejalai ngusung kampung-kampung menua iban remun laban ka ngiga lalu membentuk AJK Kecil Biro Pendidikan.


Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started