
Selamat harijadi buat adik kesayangan saya, Abdul Mu’min. Genaplah usianya kini 21 tahun. Bertambahlah nampaknya seorang lagi pengundi yang layak untuk menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya tidak lama lagi..hehe..maaf agak berbaur politik.
Mu’min apa kabar?sehat?macam mana dengan sem baru di UTP?seronok?Mesti dah start meeting untuk ETP kan?Well buat pengetahuan semua,Mu’min ini kini sudahpun tahun 3 di UTP. Beliau ialah salah seorang penuntut di fakulti kejuruteraan kimia.Sama macam saya juga.Saya pun di fakulti yang sama juga. Cuma saya telahpun grad. yahu!!
Siapakah Mu’min ini?
Mu’min adalah ahli usrah saya waktu dia masuk UTP dulu. Waktu tu saya tahun 2. Saya berganding dengan senior iaitu Abang Syakir Zaini yang baru balik intern untuk jadi fasilitator smartgroup Mu’min. Ahli ahli kami antaranya Syed Haq,Zulhilmi,Amin Jailani,Faisal dan lain lain.
Alhamdulillah berkat usrah tersebut,hubungan kami sangat rapat hinggalah kini.
Mu’min ini asal KL. Duduk di Taman Melewar. Maknya seorang pemimpin popular. Mu’min ada 10 orang adik beradik. 5 laki dan 5 perempuan.Ibunya sangat beruntung kerana dapat anak yang hafal Quran macam Mu’min.Pernah tak saudara pembaca berimamkan Mu’min di Masjid An-Nur? Bestkan dia baca ayat Al-Quran??
Saya tak ingat Mu’min sekolah mana dulu.Rasanya sekolah Maahad kat Kelantan kot. Yang saya tahu Mu’min ini pernah belajar di Afrika Selatan suatu ketika dahulu. Belajar kat pondok kot. tiba tiba teringat lagu Syakira waka waka eh eh plak…cause this is africa!
Apa lagi pasal Mu’min yang saya tahu ek?
Mu’min ni orangnya ceria. Dia sibuk dengan program program Islam. Kadang kadang sampai pening kepala lah. Selalu jugak dia luahkan kepenatannya dan keserabutannya pada saya. Yela saya ni kan rapat dengan dia.
Mu’min kalau kemana mana mesti suka pakai beg ataupun bawak file. Dia rapat dengan ustaz ustaz dekat masjid An-Nur.Dia selalu jadi imam di masjid.Bila Mu’min jadi imam,mesti dia baca ayat yang agak panjang. betul tak?
Mu’min ni bukan setakat hafal Quran jer. Dia bijak orangnya. Dia bagus hal hal komputer.Tang ni saya respek dia. Pastu Mu’min ni bagus hal hal management dan pengurusan organisasi. Mungkin sebab didikan RM kot dia jadi macam tu. Jadi buat adik adik di UTP,masuklah RM…dapat belajar banyak benda.
Saya pernah pergi rumah Mu’min suatu ketika dahulu.Masa tu saya datang dengan Hidhir,Ang,dan Nik Akmal. Kami tido rumah dia. Keesokan harinya kami mandi manda di Ulu Yam kot tak silap,dekat dengan Hulu Selangor?tahukan Hulu Selangor kat mana? Ala yang PKR tewas dengan BN dalam pilihanraya aritu. Dato Zaid kalah dengan Kamalanathan. Harap tau la..huhu
Sem depan Mu’min dah nak intern. Nak intern mana Mu’min? Internlah kat tempat yang best.Kat Paka ke..

Saya doakan agar adik saya ni berjaya dunia dan akhirat. Doakan abang ye Mu’min.Semoga kita dapat jumpa lagi diluar UTP. Ada masa dan ketika,jum lah jumpa jumpa kat KL ni. dekat je pun..
Ok, Happy Birthday again. See you.
Assalamualaikum..