Hari Hari Sibuk

Seluar baru beli,tapi sebab jahitan tak berapa kemas di bahagian bawah,benang terus tertanggal,habis terbuka,sibuk punya pasal sampai takde masa nak pergi cari tailor,kalau dulu,semua arwah mak yang jahitkan,sanggup tunggu balik penang semata-mata nak minta tolong mak jahitkan,sekarang nie,nak cari kedai jahit pun susah,dulu bergantung dekat mak.

Jadi,solutionnya adalah...jeng jeng..letak je pin sekeliling,hahahahah


Image


p/s : Sibuk ke Malas?Macam lebih ke arah kemalasan..hahaha

Another New Year

Salam

Wohaa,lama sudah tak menulis,bukan sebab sibuk bekerja,tapi malas untuk menaip,idea melimpah-limpah semuanya di curahkan ke dalam longkang.

Esok dah tahun baru,tahun 2012 yang penuh dengan joke kiamat dari orang kafir akan ditinggalkan,2013,apa azam 2013?Perkataan azam tu dah macam satu benda yang hidup di dunia fantasi,kah kah kah kah,hanya wujud dalam impian tapi tak pernah tercapai,tapi kali ini insyaAllah,kena lah bagi tercapai,kalau tak naya la aku tak kahwin T_T,yes,my azam is nak simpan duit dan kahwin,koh koh koh.

Baru-baru kerja nie memang sangat mencabar bab nak simpan duit,aku pun pelik zaman belajar dulu sebulan  MARA bagi RM700,selamber je boleh hidup,tapi bila dah kerja,gaji ribu-ribu pun kadang rasa tak cukup,adakah sebab tak bersyukur atau kurang berkat?Nauzubillah..Allah,hari-hari solat minta agar di berkatkan dan di percukupkan rezeki.

Ok,aku dah malas nak tulis lagi panjang-panjang,krohh krohhh..

Aku Terima Nikahnya


Image


-Ini maksud di sisi Allah..perjanjian suami dengan Allah bersaksikan malaikat yang turun berkumpul dalam masjid bersama -sama manusia lain..

"Aku tanggung dosa-dosa isteriku dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku”....

Ilmu

Mereka yang menentang Hudud,Majlis-Majlis Ilmu dan Ceramah bukanlah dari golongan yahudi,zionis,ataupun kafir yang di import dari Israel,tapi dari golongan Islam itu sendiri..Bila tidak faham akan agama , dia yang mengaku islam ,dia  lah yang akan lawan agama Allah dan jika dia faham pada agama,dia akan bantu Islam dan sayang pada Allah.

Carilah Ilmu dan terus belajar kerana Ilmu Allah itu tidak terhad.

Between the need and the needed

Here's the situation

Dalam surau, baru lepas solat Zohor berjemaah,at the back of surau ada 2 people yang duduk meminta sedekah,sorang nie muallaf,katanya nak buat pembedahan kaki siap dengan sijil-sijil dan IC Muallaf, last week pun dia ada,this week pun dia ada lagi.Tak kisah lah,kalau itu betul than memang itu rezeki dia.

So today, I went to surau,ada sebuah kerusi roda,i expected that kerusi roda milik peminta sedekah yang satu lagi (ada dua orang hari nie).After performing a prayer,habis doa semua orang berpusu-pusu keluar dan memberi sedekah apa yang patut dekat dua orang tu, Aku diluar nak pakai stokin and suddenly aku perasan,rupanya ada seorang hamba Allah dalam surau tu yang tidak berkaki,badan dia half sampai pinggang,Allah..menggesot-ngesot hamba Allah nie ke tempat peminta sedekah dan memberi sedekah pada  si peminta sedekah, tanpa rasa bersalah dia pun menerima duit ,hampir nak menitis air mata aku tengok situasi tu,si peminta sedekah nie masih lagi mampu berjalan dan mencari rezeki..

Hanya Allah yang mampu membalasnya..

Takde Bakat

Dalam kepala otak,aku malas nak menulis blog tapi aku nak melukis,dah banyak benda dan isu yang aku rasa boleh dilukis ,tapi..tapi aku tak reti nak melukis sekalipun makhluk orang lidi,jadi aku abaikan je la dan biarkan dalam otak aku..sekian.

p/s : Alamak,aku tak perasan shoutbox aku dah mati berkurun-kurun..kesian fan fan aku *owhh pengsan*..kah kah kah

Convocation

Image


Bismillah..


Alhamdulillah selesai sudah majlis convocation yang berlangsung sabtu lepas,walaupun agak sedih sebab tak dapat beri anugerah ini kepada kedua orang ibu bapa ku tapi aku bersyukur akak,adik,abang ipar dan Iman masih ada di hari convocation aku.

Kejap sangat masa berlalu,tup tap dah 4 tahun aku habiskan pengajian yang sepatutnya hanyalah 2 tahun!arghhhh,sekali masuk ke Unikl rupanya tak dapat nak transfer banyak credit hour,tension,tapi apa pun,Alhamdulillah tetap habis belajar.

Masih teringat lagi,yang menghantar aku ke U waktu pendaftaran,arwah ayah dan abang ipar,sedihnya ayah pergi lepas 1st year aku di Universiti,mak pulak masa final year,bebanan memang terasa waktu tu,tambah pulak final exam last year last semester aku dimasukkan ke wad di General Hospital Penang atas sebab dijangkiti wabak denggi berdarah,waktu tu lagi lah tekanan,final paper pulak tu,bayangkan time pening,tak sihat,kena minum air berbotol-botol dan doktor yang tiap-tiap 3 jam datang cucuk ubat,time tu lah nak kena study baca nota,seksanya.

Walaupun banyak dugaan,Allah ada disisi,Alhamdulillah,dapat habiskan belajar dan bekerja sebelum convocation.

Terima kasih kak,adik,abg mie dan iman,sory tak boleh nak belanja makan,duit banyak habis untuk convo dan service kereta,hehehe.

Last but not least..Terima kasih mak dan ayah,tanpa mereka,aku tak akan sampai disini,mak yang bersusah payah menjahit baju setiap hari,ayah yang dah pencen pun terpaksa bekerja sebab nak tampung pelajaran aku,diorang tak sempat nak rasa jasa aku,tapi insyaAllah,hari-hari doa dan sedekah ayat Al-Quran untuk mereka,moga terang kubur dan diberkati Allah selalu.Amin.


p/s : Hampir nak berderai air mata bila tengok kawan-kawan dengan mak bapak depa,terpaksa ukir senyuman palsu,cepat-cepat pulangkan jubah dan pulang ke hotel,tak sanggup lagi duduk lama-lama di sana.

Geli Geli

Lokasi : Alamanda Putrajaya


Aku : Bro,nak tanya,kain baju jenis macamnie nak cari dekat mana?*sambil tunjukkan baju yg aku pakai*

Mamat salesman :Owh kain baju nie ada dekat seksyen John Master *sambil dia pegang2,picit2 lengan aku *

Demmmmmmmmmmmmmm geli!Arghhh


Dua Hati...

Image




Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu ,Allah akan menggerakkan kedua-duanya sekali,tidak hanya salah satu

Pertunangan Yang Belum Pasti

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan,boleh juga tamat dengan kesudahan yang tidak diharapkan.Namun ulama menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.

Tapi sekarang bertunang pun dah macam mendapat lesen perkahwinan, "Ini hak aku!", padahal waktu itu adalah waktu yang paling kritikal, waktu di mana syaitan akan cuba untuk menggagalkan usaha untuk menjadi pasangan yang halal,sebaik-baiknya jagalah diri dan iman sewaktu bertunang kerana penghujungnya belum pasti.

Dosa Semalam,Hari Ini ,Esok dan Selamanya

Bagi mereka yang tidak segan untuk menguruskan cinta dan perkahwinan mereka mengikut kemahuan hawa nafsu dengan membelakangkan wahyu,biarlah mereka belajar tentang akibat yang bakal ditanggung.

Bercouple dan 'ringan-ringan' sebelum berumah tangga akan menghadapi kesan pada masa hadapan.Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina,Selepas berumah tangga,si suami akan terfikir, "Jika dengan aku dia berani berzina,apa yang boleh menghalangnya daripada berzina dengan orang lain?" Kercurigaan ini menyebabkan jiwanya gelisah setiap kali meninggalkan isteri dirumah,vice versa pada si isteri.Akhirnya rumah tangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit,pasti akan berbalas tuduhan.

Inilah yang dimaksukan dengan 'dosa semalam menjadi kecurigaan hari ini ,esok dan selamanya"

Nauzibillah..


Too Cute Too Handle

Cumilll!!hahahaha,muka tak rela kena air

Time Fly by

Image


Bismillah..

Cepat sungguh masa berlalu,pejam celik pejam celik pejam mungkin tak akan celik dah suatu hari nanti.Masih teringat lagi waktu kecil dahulu,bila kena kejar dengan mak sebab pergi ke cyber cafe instead of pergi sekolah fardhu ain,masih teringat dulu terasa kejantanan bila dapat balik ke rumah dari sekolah dengan sendiri,waktu tu darjah 3,walaupun nangis-nangis takut sesat jalan,tapi akhirnya sekerat jalan tersenyum bila lihat dari jauh ayah datang naik motor suzuki model motor yang macam dalam gila-gila remaja.

Dulu kalau tanya,cakap tak nak kahwin,sebab geli tengok perempuan,dululah,masa darjah 5,6..tapi sekarang,padan muka,umur 25 masih tiada siapa.

Bila dapat banyak jemputan kahwin dari kawan-kawan sebaya,terasa diri semakin tua semakin dimamah lemak di perut,dulu diri seperti wira,hensem,kalau pergi sekolah fardhu ain,songkok mesti kena naik atas sikit,bagi nampak jambul,baru hensem,awek semua terpikat,ye lah,dah ada pangkat,Ketua Pengawas,lepas tu choir nasyid lagi tiap-tiap Isnin,ntah sekarang ingat-ingat lupa Asma Al-Husna yang dulunya dihafal,99 nama Allah.

Dulu tugas ayah mencari rezeki,sekarang tugas aku mencari rezeki,walaupun arwah mak dan ayah tak dapat merasa duit gaji aku,tapi insyaAllah,setiap malam aku sedekahkan 10 ayat Al-Quran untuk mereka,setiap kali baca,teringat mak cerita betapa cerahnya kubur ibu bapa yang dibacakan ayat Al-Quran oleh anak lelakinya,walaupun aku bukan di kalangan mereka yang soleh,hanya ini yang mampu aku berikan untuk mereka agar terang bercahaya kubur mereka,bukan dipinta pahala sedikit pun untuk ku,biar lah 100% untuk mak ayahku,insyaAllah,aku yakin biarlah pahala itu datangnya dari bakal anakku sendiri yang akan membaca Al-Quran untuk ku nanti.

Sedar tak sedar,mungkin esok lusa kita akan pergi,masa berlalu terlalu pantas..Time fly by..

p/s: baru lepas makan,dah lapar balik..pantasnya lemak diperutku memamah makanan.

To the Anonymous

Image

P/s : Sebenarnya,aku geli nak post nie..terasa jatuh kejantanan aku...hahaha

Beritahu kepadanya..

Image


Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap 
sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. 

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.



p/s : pesanan kepada diri sendiri bila nanti memegang tanggungjawab sebagai suami dan orang islam 

InsyaAllah

Image

I miss this moment..teaching Quran to someone who willing to learn eventhough through the phone.Thank to my late mom yang ajar aku membaca Al-Quran dan bacaan dengan mengikut tajwid,now aku boleh mengajar orang lain,especially my future family,setiap malam amalkan membaca atleast 10 ayat dari Al-Quran supaya tak lupa tajwid dan boleh baca dengan lancar.This is the family that i dream for,insyaAllah i will lead and guide whoever that need the guidance,i'm not perfect but together we perfected it.

Rindu Kek Lapis Sarawak

Image



Dulu ada orang tolong buatkan,free lagi,sekarang bila teringin,terpaksa import beli dari Sarawak.Selalunya aku yang makan sorang-sorang bagi habis,bukan sebab tak nak bagi dekat kawan,tapi sayang,sedap dan penah lelah orang yang buat tu.

Dapat sepotong RM25 pun jadilah,janji boleh lepaskan rindu..

Bai Fang Li : Sebuah Cinta yang Istimewa Untuk Seseorang Yang Luar Biasa

Image



Namanya BAI FANG LI. Pekerjaannya adalah seorang penarik beca. Seluruh hidupnya dihabiskan di atas  becanya, mengayuh dan mengayuh untuk memberi jasanya kepada orang yang naik becanya. Menghantarkan kemana saja pelanggannya menginginkannya, dengan upah  wang yang kecil. Tubuhnya tidaklah perkasa. Perawakannya malah tergolong kecil untuk ukuran becanya atau orang-orang yang menggunakan jasanya. Tetapi semangatnya luar biasa untuk bekerja. Mulai jam enam pagi setelah melakukan rutinitasnya untuk beribadah. Dia melalang dijalanan, di atas becanya untuk mengantar para pelanggannya. Dan ia akan mengakhiri kerja kerasnya setelah jam lapan malam.

Para pelanggannya sangat menyukai Bai Fang Li, kerana peribadi yang ramah dan senyum tak pernah lekang dari wajahnya. Namun kerana kebaikan hatinya itu, banyak orang yang menggunakan jasanya membayar lebih. Mungkin kerana kesian, melihat bagaimana tubuh yang kecil malah itu dengan nafas yang turun naik (apalagi kalau jalan berbukit) dan peluh yang bercucuran berusaha mengayuh beca tuanya.

Bai Fang Li tinggal disebuah bilik reput yang usang, bersama dengan banyak penarik beca. Pondok itupun bukan miliknya, kerana ia menyewanya secara harian. Kelengkapan di bilik itu sangat sederhana. Hanya ada sebuah tikar tua yang telah robek, tempat dimana dia merebahkan tubuh penatnya setelah sepanjang hari mengayuh beca. Bilik itu hanya merupakan satu ruang kecil dimana ia biasa merebahkan tubuhnya beristirahat, di ruang itu juga ia menerima tetamu yang memerlukan bantuannya, di ruang itu juga ada sebuah kotak yang berisi beberapa baju tua miliknya dan sebuah selimut tipis tua yang telah bertambal-tambal. Ada sebuah piring comel dan ada sebuah tempat minum. Dihujung ruangan tergantung sebuah lampu minyak tanah, lampu yang dinyalakan untuk menerangi kegelapan di bilik tua itu bila malam telah menjelang.

ImageBai Fang Li tinggal sendirian dipondoknya. Dan orang hanya tahu bahwa ia seorang pendatang. Tak ada yang tahu apakah ia mempunyai sanak saudara sedarah. Tapi nampaknya ia tak pernah merasa sendirian, banyak orang yang suka padanya, kerana sifatnya yang murah hati dan suka menolong. Tangannya sangat ringan menolong orang yang membutuhkan bantuannya, dan itu dilakukannya dengan sukacita tanpa mengharapkan pujian atau balasan.

Dari penghasilan yang diperolehnya selama seharian mengayuh becanya, sebenarnya ia mampu untuk mendapatkan makanan dan minuman yang layak untuk dirinya dan membeli pakaian yang cukup bagus untuk menggantikan baju tuanya yang hanya sepasang dan sepatu tuanya yang sudah tak layak dipakai karena telah robek. Namun dia tidak melakukannya, kerana semua wang hasil penghasilannya disumbangkannya kepada sebuah Yayasan sederhana yang biasa mengurusi dan menyantuni sekitar 300 anak-anak yatim piatu miskin di Tianjin. Yayasan yang juga mendidik anak-anak yatim piatu melalui sekolah yang ada.

ImageCeritanya dimulai saat hatinya sangat tersentuh ketika suatu ketika ia baru beristirahat setelah menghantar seorang pelanggannya. Ia menyaksikan seorang anak lelaki kurus berusia sekitar 6 tahun yang yang tengah menawarkan jasa untuk mengangkat barang seorang ibu yang baru berbelanja. Tubuh kecil itu nampak sempoyongan menggendong beban berat dipundaknya, namun terus dengan semangat melakukan tugasnya. Dan dengan kegembiraan yang sangat jelas terpancar dimukanya, ia menyambut upah beberapa wang yang diberikan oleh ibu itu, dan dengan wajah menengadah ke langit, mungkin ia mengucapkan syukur pada Tuhan untuk rezeki yang diperolehnya hari itu. Beberapa kali ia perhatikan anak lelaki kecil itu menolong ibu-ibu yang berbelanja, dan menerima upah wang kecil. Kemudian ia lihat anak itu beranjak ketempat sampah, mengais-ngais sampah, dan waktu menemukan sepotong roti kecil yang kotor, ia bersihkan kotoran itu, dan memasukkan roti itu kemulutnya, menikmatinya dengan nikmat seolah itu makanan dari syurga. Hati Bai Fang Li tersentuh melihat itu, ia hampiri anak lelaki itu, dan berbagi makanannya dengan anak lelaki itu. Ia heran, mengapa anak itu tak membeli makanan untuk dirinya, padahal wang yang diperolehnya cukup banyak, dan tak akan habis bila hanya untuk sekedar membeli makanan sederhana.

Image
“Wang yang saya dapat untuk makan adik-adik saya” jawab anak itu. “Orang tuamu di mana?” tanya Bai Fang Li. “Saya tidak tahu, ayah ibu saya, mereka tidak pernah pulang lagi. Saya harus bekerja untuk mencari makan untuk saya dan dua adik saya yang masih kecil” sahut anak itu. Bai Fang Li minta anak itu mengantarnya melihat ke dua adik anak lelaki bernama Wang Ming itu. Hati Bai Fang Li semakin merintih melihat kedua adik Wang Fing, dua anak perempuan kurus berumur 5 tahun dan 4 tahun. Kedua anak perempuan itu nampak menyedihkan sekali, kurus, kotor dengan pakaian yang compang camping. Bai Fang Li tidak menyalahkan kalau tetangga ketiga anak itu yang tidak terlalu peduli dengan situasi dan keadaan ketiga anak kecil yang tidak berdaya itu, karena memang mereka juga terbelit dalam kemiskinan yang sangat parah, jangankan untuk mengurus orang lain, mengurus diri mereka sendiri dan keluarga mereka saja mereka kesulitan.

ImageBai Fang Li kemudian membawa ke tiga anak itu ke Yayasan yang biasa menampung anak yatim piatu miskin di Tianjin. Pada pengurus yayasan itu Bai Fang Li mengatakan bahwa ia setiap hari akan mengantarkan semua penghasilannya untuk membantu anak-anak miskin itu agar mereka mendapatkan makanan dan minuman yang layak dan mendapatkan perawatan dan pendidikan yang layak. Sejak saat itulah Bai Fang Li menghabiskan waktunya dengan mengayuh becanya mulai jam 6 pagi sampai jam delapan malam dengan penuh semangat untuk mendapatkan wang. Dan seluruh wang penghasilannya setelah dipotong sewa bilik dan pembeli dua potong roti kismis untuk makan siangnya dan sepotong kecil daging dan sebutir telur untuk makan malamnya, seluruhnya ia sumbangkan ke Yayasan yatim piatu itu. Untuk sahabat-sahabat kecilnya yang kekurangan.

Ia merasa sangat bahagia sekali melakukan semua itu, ditengah kesederhanaan dan keterbatasan dirinya. Merupakan kemewahan luar biasa bila ia beruntung mendapatkan pakaian rosak yang masih cukup layak untuk dikenakan di tempat pembuangan sampah. Hanya perlu menjahit sedikit yang tergoyak dengan kain yang berbeza warna. Bai Fang Li mengayuh beca tuanya selama 365 hari setahun, tanpa peduli dengan cuaca yang silih berganti, ditengah cuaca dingin atau dalam panas matahari yang sangat menyengat tubuh kurusnya.

“Tidak apa-apa saya menderita, yang penting biarlah anak-anak yang miskin itu dapat makanan yang layak dan dapat bersekolah. Dan saya bahagia melakukan semua ini…,” katanya bila orang-orang menanyakan mengapa ia mau berkorban demikian besar untuk orang lain tanpa peduli dengan dirinya sendiri. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, sehingga hampir 20 tahun Bai Fang Li menggayuh becanya demi memperoleh wang untuk menambah dermanya pada yayasan yatim piatu di Tianjin itu. Saat berusia 90 tahun, dia mengantarkan tabungan terakhirnya sebesar RMB 500 (RM247) yang disimpannya dengan rapi ddalam suatu kotak dan menyerahkannnya ke sekolah Yao Hua.

Bai Fang Li berkata “Saya sudah tidak dapat mengayuh beca lagi. Saya tidak dapat menyumbang lagi. Ini mungkin wang terakhir yang dapat saya sumbangkan” katanya dengan sendu. Semua guru di sekolah itu menangis.

Image

Bai Fang Li meinggal dunia pada usia 93 tahun, ia meninggal dalam kemiskinan. Sekalipun begitu, dia telah menyumbangkan disepanjang hidupnya wang sebesar RMB 350.000 (RM 173,429.36) yang dia berikan kepada Yayasan yatim piatu dan sekolah-sekolah di Tianjin untuk menolong kurang lebih 300 anak-anak miskin. Foto terakhir yang orang punya mengenai dirinya adalah sebuah foto dirinya yang bertuliskan ” Sebuah Cinta yang istimewa untuk seseorang yang luar biasa”.
http://english.dizigui.com.my/content/virtuous-mr-bai-fang-li


p/s : aku pulak sibuk-sibuk dok fikir kerja tak cukup duit,padahal orang lain mampu tolong insan yang memerlukan walaupun dia sendiri hidup dalam kesusahan..

Sultan Johor Dengan Veyronnya

Image


One word..sangat awesome dan sangat tak munasabah untuk harga sebuah kereta.Veyron DYMM Sultan Johor berharga lebih kurang RM10juta,dah boleh buat banglo 5 tingkat,Baginda beli menggunakan duit baginda sendiri dari hasil perniagaan.

Kereta ni sangat exotic dan hanya terdapat 2 bijik di Malaysia,bagi yang tak taw Veyron tu apa dan ingat kereta Veyron nie kereta cabuk dan habuk,Veyron is the one of the most expensive car ever made and the fastest cars on the road dengan kelajuan memcecah lebih 360KM/J ,bayangkan kalau balik Penang dari KL,full speed,dalam masa 4 jam bole ulang alik dekat 4 kali,hahaha,setahun hanya berapa bijik Veyron yang dikeluarkan..


Gotye Somebody by 2 Kids

Rajin pulak yang mengambil video nie,but its awesome,masuk dengan lagu tu,hehe..


Interview


Image
Hafiya!Macam aku kecik dulu..haha wek! :P

Alhamdulillah

Interview di YTL as Network Support Engineer,ini memang kejanya travel,satu hari di Johor,petangnya dah balik KL, kalau ada rezeki,adalah..

Satu lagi interview di HeiTech Padu as Security System Engineer, ini memang lari dari bidang aku,bila intervieweer tanya pasal security,semua aku hentam jawab pasal Networking,nasib boleh jawab soalan dan tak banyak ditanya tentang technical,yang masuk 3 orang,2 orang tanya,sorang bahagian technical tak tanya pun,nasib baik lah,kalau dia tanya,maw nak terkucil aku menjawab,dah memang bukan bidang aku,tapi takpe dia bagi setahun untuk belajar dulu.Soalan killer..

"Bila nak kawin?dah ada gf?"

=.=,aku jawab,

"lagi 3 tahun,takde gf"

..and interviewer tu cakap 

"bagus,bole station kan dekat sarawak setahun.." 

hahahaha..hantar gi sana memang tak kawin la aku jawabnya nanti,mana nak cari calon bini!T___T..

HR tanya gaji nak letak berapa,aku minta RM2400,

pastu dia main physiology sikit, 

"Betul ke awak nak RM2400?awak takde pengalaman kerja lagi,lagipun nie bukan bidang awak",

terus aku setuju..

" Xpe la,RM2300 pun bole"..

Dia pun tulis RM2300 pastu dia cakap.

"Sebenarnya RM2400 pun takpe,tapi dah awak cakap RM2300 pun tak kisah,sy letak RM2300"

Omak terkena T_T

p/s : Baru interview,keja belum tentu dapat lagi,pas nie balik Penang rehat jap after abis kelas CCNP,bole jumpa Iman Hafiya,yuhoooo!!

Image

Sangat rindu sama ini budak

Image
Dahi luas macam Song Ji Hyo tak?hahah

Renungan Si Pendosa

Image
Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Merakah tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuat resiko pahit dan kejamnya kehidupan ini, bercucurkan darah dan tetes air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setetes air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. "Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi : "Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : "Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda : "Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair : "Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita

Nabi pernah bersabda : "Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: "Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : "Kenapa engkau menangis?" "Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : "Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata : "Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : "Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana..

Just Smile..

Image


Perkara yg terbaik dari lelaki bila dapat membimbing kekasihnya ke jalan Allah. itu sudah cukup untuk membuktikan yg sebenarnya, keikhlasan bagi seorang lelaki yg mencintai kekasihnya.

:)

LeeSSang - The girl who can't breakup and the guy who can't leave



Layan pulak..:)

Bahtera Cinta


Image



CONTOHI RASULULLAH DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA...

suami isteri adalah 2 insan yg berlainan karektor dan pemahaman..pepatah bijakn pandai pernah mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki,ada insan yang bernama wanita di belakangnya.kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan rasulullah telah mencontohkan kemesaan tersebut dengan isteri-isteri baginda....


1).TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
(dari atha' bin yasar)
"Sesungguhnya Rasulullah dan Aishah biasa mandi bersama dalam satu bejana.ketika bahginda sedang dalam satu selimut dgn Aishah,tiba2 Aishah bangkit.Baginda kemudian bertanya,"mengapa engkau bangkit?"jawab Aishah,"Kerana saya haid,wahai rasulullah."sabda rasulullah ,"kalau begitu,pergilah,lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku."Aku pun masuk,lalu berselimut bersama baginda." (hadis riwayat sa'id bin manshur)


2).MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT
Aishah berkata,"sesungguhnya Nabi s.a.w apabila meminyaki badannya,bahginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah(sejenis serbuk pewangi)dan isteri bahginda meminyaki bahgian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (hadis riwayat Ibnu majah)


3).MEMBELAI ISTERI
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua(isterinya)seorang demi seorang.baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama,sehinga baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran baginda,lalu baginda bermalam di tempatnya". (hadis riwayat Ahmad)


4).MANDI BERSAMA ISTERI
Dari Aishah r.a,beliau berkata,"Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.mengunakan 1 bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami(ke dalam bejana tersebut)." hadis riwayat abdurrazaq)


5).DISIKATKAN OLEH ISTERI
Dari Aishah r.a,beliau berkata,"Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w,ketika itu saya haid." (hadis riwayat ahmad)


6).MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADAN
dari Aishah r.a,beliau berkata "saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd raya 'aidil adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (hadis riwayat ibnu 'Asakir)


7).MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA
drpd Aishah r.a,dia bekata "saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid.Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut,lalu baginda minum,kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya.kemudian baginda mengambilnya dari saya,lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya,lalu baginda pun menghirupnya". (hadis riwayat abdurrazaq dan said mansur)


8).MENCIUM ISTERI
dari Aishah r.a,bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk,kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (hadis riwayat abdurrazaq)

dari Hafshah,putri umar r.a,"sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa," (hadis riwayat ahmad).


9).BERBARING DI PANGKUAN ISTERI
dari Aishah r.a,beliau berkata ."Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid,kemudian beliau membaca Al-quraan." (hadis riwayat abdurrazaq) 


10).MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aishah dgn beberapa nama panggilan yg disukainya seperti Aish dan Humaira(pipi merah delima)


11).MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aiahah jika dia marah dan baginda berkata,"wahai Tuhanku,Tuhan Muhammad,ampunilah dosa dosaku,hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (hadis riwayat ibnu sunni)


12).MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERI
dari Aishah r.a dia berkata,"Aku pernah tidur bersama rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid,apabila darahku menitis di atas tikar itu,baginda mencucinya pada bahagian yg terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu,kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula,lalu baginda bebaring kembali di sisiku.apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu,baginda mencuci pada bahagian yg terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu,kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." (hadis riwayat nasai)


13).SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA
dari jabir,sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita,lalu bahginda masuk ke tempat kediaman Zainab,untuk melepasakan keinginan baginda kepadanya,lalu keluar dan bersabda,"wanita kalau menghadap dalam rupa syaitan...apabila seseorang di antara kamu melihat wanita menarik,hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pada wanita itu..
(hadis riwayat tarmizi)



KEWAJIBAN SEORANG SUAMI

1).Pertama ialah membayar mahar dengan sempurna.

2).memberi nafkah zahir dan batin,rasulullah bersabda:

"takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita,kerana kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik."

3).suami wajib memberi pelindungan kepada isterinya.bermaksud dia haruslah memberi tempat berlindung yg selesa mengikut kemampuan diri.

4).mempergauli isteri dengan baik. 

Allah berfirman,"dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik".(an-nisa:19)

Rasulullah s.a.w bersabda,"orang mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya:dan sebaik-baik kalian adalah yg paling baik terhadap isterinya."Riwayat (tarmizai).



KEWAJIBAN SEORANG ISTERI

1).mentaati suami.namun dalam mentaati suami dan juga batasannya.batasan itu adalah seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w,."Tidak ada ketaatan terhadap makhluk yg melakukan maksiat kepada Allah dan melakukan apa yg dilarangnya".

2).seorang isteri harus menjaga kehormatan diri,suami,dan harta keluarga.(contoh:meminta keizinan suami ketika keluar dari rumah dan memberitahu arah dan tujuan anda keluar.jangan sesekali anggap perkara ini remeh kerana ia merupakan tanggungjawab seorang isteri).

3).mengatur dan menguruskan hal berkaitan rumah tangga seperti memasak untuk suami dan anak-anak kerana air tangan seorang isteri adalah pengubat segala kepenatan suami dan dapat mengelak dari suami keluar berpoya-poya diluar.

4).melahirkan dan mendidik anak-anak.dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan meslim.Rasulullah bersabda,"wanita adalah pengasuh dan pendidik di rumah dan bertanggungjawab atas asuhannya."

5).isteri harus berbuat baik dan melayani keluarga suaminya dengan penuh rasa kasih dan ikhlas.Tip ambil hati mentua dan ipar duai seperti memberi hadiah,memasak ketika sesekali pulang ke kampung,dan bercakap dengan sopan.

Tazkirah

Never ever believe a person when they say they 'like' you when they hardly know you, and never put your trust on another human being. Mortal love doesn't last forever, and a man would always always look past the personalities of a woman and will always question their ability to beautify themselves.

Always put your religion before you, no matter how kind or awesome that person is. And love is not everything in a relationship, faith to God is. And also the simplest and the easiest things are the best to be enjoyed if you don't look too much in the details.

Goal Celebration Goes to Hollywood


Bila goal pun nak dibuat effect macam filem hollywood,haha,sangat kreatif.tip top!





Hanya 5 Website Sehari


Image



Hari-hari 5 website nie yang aku bukak,rasa macam dah tak berkembang (walaupun badan masih berkembang)

1.Facebook



Hahahahah jangan tanya kenapa aku bukak blog gossip.

p/s: petang nie dah start keja,cari wang!

Lelaki Soleh Itu..

Image



"Rugilah seorang wanita kerana sanggup meninggalkan seorang lelaki yang baik perwatakannya dan beramal soleh semata-mata ingin mendampingi seorang lelaki yang hanya elok wajah luarannya sahaja.."



p/s : semoga menjadi lelaki yang soleh itu

p/s/s : not yet recover from denggi berdarah..rasa lemah letih,*alasan untuk malas memasak,bole beli makanan,yay!*


Kan Dah Kena

Aku malas nak komen pasal isu semasa yang hangat nie,tapi aku nak komen pasal video nie,mat saleh itu sangat win,tergamam perempuan yang dok memekak tanpa ada budi bahasa nak halau orang lain keluar dari negara,hahahaha.

The Avenger 1978 Promo



Image



Aku suka cerita fantasy,anime yang cute dan cerita yang ada super power,macam cerita avenger yang akan datang di pawagam 27/4/2012 nie,setakat nie aku belum terlepas lagi cerita-cerita yang genre macamnie,ala dulu masa zaman budak-budak selalu naik basikal bayangkan yang aku ada kuasa macam cerita dragon ball,bole keluarkan bebola api,kalau rasa tak suka dekat cikgu sekolah,pretend that aku bagi kame hame ha dari jauh.

Rasanya sampai sekarang perangai tu tak berubah lagi,sampai bila agaknya nak hidup dalam dunia fantasy.Tapi tu la,without imagination tak kan wujud telefon,komputer,kapal terbang dan segalanya,of course imagination yang dipenuhi dengan usaha,not just berangan macam mat jenin.Imagination is more powerful than knowledge.

Ok berbalik dengan tajuk,ni aku jumpa promo The Avenger 1978,we can see how determine otak orang yahudi dan amerika,they try to improve by using the old stuff as a guideline,berbanding dengan kita.

Kejutan promo nie dekat ironman,nak jadi ironman tak payah jadi jutawan pun bole dapat suit ironman,apa pun tak boleh,sila tengok dan muntah..sekian



p/s : lepas nie aku nak update list manusia yang aku tak suka berada di jalan raya

Padan Muka

Hahaha,dulu orang cakap jgn beli domain,nak beli jugak,nak berlagak cool,tapi bila sampai waktu kena bayar,nyioohhhh!dari rm33 setahun ke rm55..selamat tinggal la,memang aku tak bayar la,ok now back to izat.blogspot.com.

Jangan cakap aku malas nak update blog,hari-hari aku bukak tengok,tapi no idea to write anything,maybe i'll just put some update about me,if..if ada orang nak baca lah,ok now im in last semester,FYP(Final Year Project) pun dah settle last sem,tq kepada yang membantu dari segi rohani,jasmani dan wang ringgit,tq moga Allah saja yang dapat membalasnya.

Now tinggal lagi  sebulan lebih untuk aku tamatkan degree di usia yang senja nie,tua tapi tak abis-abis lagi belajar..sedih.T__T,lepas ni sibuk la pulak nak mencari kerja,risau,kawan gaji cecah RM4k,aku?T_T,moga-moga ada rezeki.

Last week try mintak part time,Alhamdulillah dah approve,jadi part timer dekat Media Prima bahagian Broadcast,terkejut tak terkejut tak?aku yang hodoh nie dapat masuk tv?hahaha..not!just working as a sub company untuk buat networking disitu,upgrading the old one to new network equipment.InsyaAllah kalau ada rezeki diorang akan serap terus kerja disitu..Camera ready,kot2 jumpa artis nanti,kawan cerita dah bertembung banyak artis,hahahah,ok,tak minat pun diorang.

Hopefully everything will go well ,insyaAllah..sibuk-sibuk nak isi borang CCNP,kerajaan tanggung one student rm8000..Alhamdulillah,hopefully dapat,ada cert nie murah sikit rejeki.

That's all..ayaq tak dak,aku menulis dengan keadaan busuk,sekian.

Aku suka lagu nie,nak letak jugak,lantak lah...



Kuala Lumpur Banjir

Asal hujan lebat,banjir,asal banjir,mesti hujan lebat,kata bandaraya maju,tempat tinggal menteri-menteri besar,tapi masalah banjir tak selesai walaupun dengan terowong kurang bijak yang menelan belanja berjuta-juta,ke memang sengaja banjikan area-area Kampung Baru dengan alasan nak ambil alih nanti senang untuk majukan tanah disitu?just my speculation.

Balik semalam lepas makan dekat Kampung Baru around 7pm after gym,masa tu hujan renyai tak,balik lepas isyak terus aku tidur,esok paginya dengar cerita KL dah banjir,area Kampung Baru dah naik air pukul 8 malam semalam,aik sejam lepas aku balik,tidak berkanu jugaklah jawabnya aku.Area yang naik air,setakat yang aku dapat tahu,Keramat,Ampang,Kampung Baru.

Alhamdulillah area Bukit Kerinchi tak naik air.Apa pun Kuala Lumpur patut tukar nama bagi komersial sikit,Kuala Banjir,and one more,Kuala Jem,hari-hari jem,tambah time hujan,naik moto pun boleh sangkut,haha.




Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
p/s : nasib baik semalam hujan pun aku redah jugak balik naik motor,tak tunggu,kalau tak mesti dah sangkut dalam hujan.U dont ride if u dont ride in the rain,haha


kredit gambar to : amazingnara dan video myMetro.

Yang Dulunya Artis.

Image


1.Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer
- antara lagu2 yg terkenal- Isabella (search),
taman rasyidah utama, hukum karma (wings)

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan skinhead (A.C.A.B)

4. Azmil Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'
terkenal dgn lagu 'cinta utk nabila'
skrg ditukar lirik kpd 'cinta untuk nabi...lah' smile.gif

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

Sekarang sudah berubah,Alhamdulillah,mungkin benda nie cerita lama,tapi tak salah kalau nak dijadikan pengajaran,manusia boleh berubah dengan kehendak dan hidayah Allah,yang terkejutnya kalau dari baik yang amat berubah perangai jadi seperti syaitan,Nauzubillah,memang ramai manusia yang macam itu.

Mungkin kita pun kadang kala pernah 'tersesat' sementara kerana keseronokan dunia tapi jalan Allah sentiasa terbuka untuk kita kembali,tiada masa dan waktu yang diberikan untuk kita bertaubat,setiap masa dan setiap detik pintu taubat terbuka melainkan mati dan tibanya kiamat,Kullunafsin Zaiqotul Maut,setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati.Moga hidayah sentiasa milik kita.
 
p/s : lagi takut orang yang munafik penuh dengan kepura-puraan..

Image

Lamborghini Accident at Guthrie Highway

Lebuhraya Guthrie,dekat area Bukit Raja,Lamborghini Gallardo "melambong" ke tepi jalan,adoi rasa sedih bila tengok kereta juta-juta jadi penyek macam nie,dari gambar yang diambil oleh member facebook aku,memang nampak sangat kereta ni dibawa dengan kelajuan tinggi,biasa la,lebuhraya guthrie kan tak banyak kenderaan,aku naik kereta iswara cabuk pun bawak laju-laju,hahaha.Mengikut kata member,si pemandu hanya cedera ringan,yang cedera parah adalah syarikat insurans mampus nak membayar.

Image
 Sila tengok dengan penuh kesedihan
Image
 Sampai tayar tercabut rim terkeluar,bapak laju.
Image
 Masih tak pasti lagi macamana boleh accident
Image
Kereta kemek,pemandu hanya luka ringan

They saw me rolling they hattin..awwww


Gambar Kredit to :Aizat Ismadi (Padi) facebook.

Halal dan Haram

Image



Sekarang sibuk dengan kes logo Halal Jakim,banyak yang guna logo fake ataupun logo lama,semua sibuk pasal logo halal,baguslah,tapi jangan sebab gajah diseberang kita nampak,kuman yang dekat tak nampak,takut kena saman RM5 Juta,tapi tak takut nak tutup aurat,jaga solat,tak takut sebab tak dapat saman on the spot.

Orang kita selalu melatah,sedangkan bila tengok logo halal dari negara singapore,dari negara lain,ini tak boleh makan!haram nie!bukan logo jakim,habistu dekat singapore semua makan makanan haram?habistu budak-budak melayu kita yang ke oversea tu terpaksa makan makanan yang ada logo Jakim?Kalau dah tahu asalnya halal,sumbernya diyakini halal,Bismillah dan makan tanpa was-was,was-was itu sifat syaiton.Kalau tak yakin,tak payah makan,tak mati pun. 
  
Sambil-sambil tu mulut masih menjamah jajan/cekedis yang entah mana datang pun tak tahu,pernah korang tengok logo halal makanan ringan korang?

Orang melayu yang tonggang air arak,cuba bagi makan babi tengok,"eh ini tak boleh makan!babi haram!"
Image

Kadang-kadang nak tergelak tengok gelagat orang melayu kita.Tengok orang share online ramai-ramai,terus kita pun share ikut sekali tapi sumber dari mana pun tak taw,tup tup dah jadi fitnah,bila korang nak minta maaf dekat orang yang kena fitnah tu? :)

p/s :Yahudi lagi menjaga pemakanan diorang,cara sembelihan semua,sebab diorang tahu,apa yang kita makan,akan mempengaruhi kita..just saying.laknat tetap  yahudi laknatullah.

p/s/s: Nasib aku tak minat dan tak suka makan keropok dan cekedis.

Disclaimer

Segala isi dan kandungan adalah copyright© www.izat.blogspot.com/www,theizat.com,tidak boleh mencuri,mencetak atau menyalin tanpa kebenaran dari Izat Tarmizi.Sebarang artikel yang disalin atau dicetak di dalam blog ini telah mendapat kebenaran dari tuan asal ataupun telah di'kredit' kan kepada tuan punya artikel@blog@laman web(tanpa diberitahu/ataupun diberitahu),sebarang salinan artikel atau bahan dari blog ini mestilah dikreditkan kepada www.izat.blogspot.com/www.theizat.com dan kepada penulis asal,pesanan ganas ini daripada Izat Tarmizi.

Terima Kasih

Selamat Membaca,baca perlahan-lahan,ingat orang tersayang.

©www.izat.blogspot.com

©www.theizat.com