Pages

2016-04-06

Jerai Root Garden | Teaser

"Kalau nak berhenti di Gurun, kena dapatkan bas ke Alor Setar. Kalau nak berhenti di jinjang pelamin, awak kena dapatkan restu ibu bapa saya"

Gua yang tengah tunduk terus pandang muka awek kaunter bas Rengit tu. Gua pandang mata dia minta kepastian.

Dia senyum.

"Takpelah awak, saya nak beli tiket bas ke Alor Setar 8hb malam ni"

"Ok". Jawap awek kaunter bas Rengit acuh tak acuh. Mungkin kecewa dengan jawapan gua.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Doakan gua berjaya menyambung entry ni.

2015-10-25

Antarabangsa

Dengan tertulisnya review ini oleh Merry Insixiengmay dari Michigan, USA, maka dengan ini Jenoba Outdoor secara rasminya adalah melantik diri sendiri menjadi sebuah kedai outdoor yang bertaraf antabangsa.
Kihkihkih.

Jenoba Outdoor
Malaysia's Outdoor Gear Online Store
www.jenoba.com.my


Image

2015-09-30

Ice Breaker

Ada dua benda. Yang boleh digunakan secara universal oleh brotherhood of gentleman dalam sesi ice breaking.

Yang pertama, rokok.

'Pinjam lighter bro'

'Ada rokok?'

'Nak rokok?'

Ini adalah ayat pembuka bicara paling meluas digunakan.



Yang kedua, perempuan.

Yang ini, walaupun bersifat universal, tapi perlu digunakan secara berhati-hati. Biasanya digunakan untuk kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Atau sudah kenal, tapi belum rapat. Penggunaan topik wanita dalam perbualan lelaki boleh menjadikan perbualan menjadi lebih santai tanpa perasaan kekok.

Jadi pagi tadi gua sarapan di sebuah kedai mamak. Seorang diri. Tiba-tiba ada sorang brader tepuk belakang gua. Rupa-rupanya kawan kepada kawan gua. Pernah jumpa sekali dua. Itupun 2 tahun lepas.

Selepas berbasa-basi bertanya khabar, gua dah bersedia untuk menjadikan perbualan lebih santai dan tidak kekok.

'Kau beli kat mana nasi tu?' Tanya gua bila dia membuka bungkusan nasi ayam masak merak.

'Kedai tepi trafik light tu'

'Aaaa. Terbaik. Aku kadang-kadang pergi situ jugak. Anak dara dia cun. Ni kau mesti beli sebab nak usha anak dara dia ni' Gua pasang umpan.

'Aku tak usha. Sebab tu sedara aku'

Dengggggg!!!

Gua terus sakit perut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...