Musim-musim PKP ni jadi trending semula ya bibik German. Hehe! Biaselah anak-anak 24 jam kat rumah, memanjang laparnya. Tak sempat kering baju ibu ni ha asyik kena masuk dapur memanjang. Kalau ada gajet yang memudahkan kerja ibu di dapur memang lakulah waktu-waktu begini. Tapi kalau ibu minta dengan ayah karang, maunya menggaru kepala dia tengok harganya. Huhu!
Masa PKP 1.0 lepas suami memang hadiahkan gajet dapur yang membantu jugalah walaupun tak secanggih bibik German. Suami hadiahkan Cubie masa tu sebab kebetulan oven kami dah lama rosak dan perlu diganti baru. Lama jugalah dia duk survey mencari oven dengan spec terbaik. Siap buat needs analysis lagi kat isteri dia. Hahahah! Jurutera gitulah
Untuk yang belum memiliki bajet yang cukup untuk melamar bibik German, Cubie ni insyaAllah boleh membantu. Jangan paksa diri untuk berbelanja di luar kemampuan. Tapi kalau mampu apa salahnya. Ehe! (Kalau mampu, saya pun nak!)
Ada beberapa kali dah sebelum ni saya review tentang Cubie, tapi hari ni memenuhi permintaan sahabat minta review resepi-resepi mudah yang boleh dibuat dengan Cubie untuk makan sehari-hari dengan anak-anak. Memandangkan Cubie beliau baru mendarat di rumah semalam. So, here goes!
1. Pastri
Beli saja pastry sheet di bahagian frozen pasaraya dan simpan buat stok. Ada pelbagai saiz, besar dan kecil. Saya biasa beli saiz kecil saja. Bila nak guna, defrost selama 10 minit hingga lembut dan letakkan filling yang disukai. Budak-budak di rumah ni letak sosej pun settle! Bungkus ikut kreativiti sendiri. Sapu kuning telur sebelum bakar. Yang best pasal Cubie, dia ada mode Steam Convection tau! Jadi kita boleh bakar pastry sambil mengekalkan moisture dia. Hasilnya, pastry yang lembut tapi rangup dan flakey di luar. Macam professional punya maaa! Mode: Steam Convection – 210 @ 230 C selama 15 – 20 minit
2. Roti
Pun kegemaran anak-anak. Sejak ada Cubie memang tak beli roti fancy-fancy kat luar dah semua buat sendiri saja. Nanti saya ajar satu resepi doh yang universal, boleh jadi macam-macam jenis roti dan pizza juga. Tukar topping atau fillingnya sajaaa….! Cubie ada mode Fermentation untuk naikkan doh yis. Biasa nak buat roti ni tengok cuaca juga, kalau tak berapa panas biasa roti naik tak cantik. Yang ni, dah siap uli doh masukkan saja dalam Cubie. InsyaAllah naik cantik dan cepat. Lepas tu keluarkan dan bentukkan ikut yang dikehendaki dan bakar dengan mode Convection. Gebu gebas roti macam beli kat kedai. Ye, saya uli roti guna tangan saja barulah katang
sambil doa banyak-banyak, ‘Ya Allah jadikanlah anak-anakku soleh solehah belaka dan mendengar kata.’ Hehe!Mode: Convection – 170 C, 25 minit sahaja.
3. Lauk-Pauk Kukus
Sejak PKP 1.0 sehingga sekarang alhamdulillah dah turun dalam 12 kg. Terima kasih kat Cik Cubie kerana membantu menyediakan makanan sihat. Sayur biasanya stim belaka. Sedap sebab retain the sweetness and nutrient. Dalam Auto Menus Cubie memang ada option stim Fresh Vegetables. Kita set berapa gram sayur segar yang kita nak stim, Cubie akan tentukan tempoh yang sesuai. Berlainan daripada steamer biasa, Cubie ni pantassss menghasilkan steam jadi dia tak ambil masa yang lama. Selain sayur-mayur segala perkara yang memerlukan steam saya buatlah dengan Cubie ni. Siakap stim? Pulut Kuning? Wantan? Ayam Kukus? Pau Kukus? Eh macam-macamlah. You name it!
4. Bakar Ayam/ Ikan/ Daging
Dengan mode Steam Convection, memang terbaiklah untuk bakar ayam, ikan atau daging. Bila membakar ni kita nak retain moisture dalam isi tu jadi dia kekal juicy. Tapi kita nak bahagian luarnya garing dan sedikit charred. Dengan Cubie ni tiada masalah! Dah pernah buat ayam dan ikan percik. Alhamdulillah menjadi.
5. Menggoreng
Ada yang tanya, boleh tak Cubie ni menggantikan air-fryer? Boleh! Sebab dia ada fungsi Healthy Fry sama kaedahnya dengan air-fryer. Cuma sebab saya masih ada air-fryer sedia ada dan masih elok, jarang saya guna Cubie untuk fungsi ini. Jadi tak banyak sangat tried and tested punya resepi. Cuma macam biasalah, ada menu yang sedap goreng berendam minyak, ada menu yang goreng guna air-fryer pun tetap mendatangkan hasil yang sama.6. Baking Biskut dan KekSejak ada Cubie nilah saya rajin masuk dapur eksperimen dengan pelbagai resepi biskut dan kek haha! Kalau musim raya tu memang tak rehatlah Cubie macam-macam resepi biskut saya cuba buat dengan anak-anak. Bila dah beli kapasiti besar sikit ni makin cepat dapat siapkan satu adunan biskut tu sebab boleh masuk dua tray sekaligus. Fungsi Convection dia menjamin peredaran haba yang sekata, jadi memang biskut masak sekata je atas dan bawah. Samalah bila bakar kek. Memang cantik je kejadiannya sebab elok naik dan bakar sekata. Eh memang in lovelah. Macam-macam jenis kek, muffin dan biskut dan kami cuba!
6. Sterilisation
Ha yang ni fungsi best untuk mak-mak yang masih menyusukan anak. Tak payah susah-susah beli steriliser. Sumbat je segala botol dan corong pam dalam Cubie. Dalam salah satu fungsi Auto Menus dia ialah Sterilisation. Tekan aje, jangan lupa top up air dalam tangki dia tau.
Dah siap guna untuk masak-masak apa, suruh aje dia pergi mandi. Nanti dia pergi mandi sendiri haha! Dalam fungsi Auto Menu ada Cleaning Setting. Kita boleh pilih nak bersihkan ruang kaviti, nak bersihkan kotoran guna citric acid (perahan lemon campur soda bikarbonat sajaa) atau menghilangkan bau.
Cubie ada 3 jenis kapasiti 15L, 20L dan 30L. Dulu saya beli yang 15L saja, tapi tak cukup pula untuk keluarga beranak 4 yang sedang membesar ini. Jadi tahun ni kami upgrade kepada 20L. Ada sedikit perbezaan daripada segi interface antara kapasiti 15 dan 20L ni tapi fungsinya tetap sama. Yang 30L saya belum pernah cuba. Jadi bergantung kepada keperluan keluarga masing-masinglah mana yang sesuaikan. Harga sudah tentulah berbeza-beza.
Ha, panjang lebar dah saya tulis. Dak, saya bukan ejen Cubie. hehe! Hanya membantu kut ada sesiapa yang nak beli bersesuaian dengan bajet masing-masing. Saya beli pun dari Shoppee ja. Order dan tunggu di rumah, terus sampai zup! Nah saya tolong bagi link:
Ni link yang kawan saya baru beli kapasiti 15L hanya RM999 saja masa sale 6/6 hari tu:https://shp.ee/c2tyvzw
Ni link yang saya beli beberapa bulan lepas kapasiti 20L harga RM1439https://shp.ee/pqjpb2r
Nanti dah beli boleh join support group di FB We Love Cubie!. Banyak resepi dan tips-tips berguna yang dikongsi oleh pemilik Cubie di luar sana. Semoga post membantu! Jangan lupa tag suami-suami mithali di luar sana hehe!




















Tadi terlintas lagu Ragaman nyanyian si Faizal Tahir di timeline. Baru pertama kali dengar, tergelak sorang-sorang. Terus terbayang beginilah agaknya Encik Suami rasa dengan isterinya ini… Haha! Agaknya kalau dia ada pembesar suara macam Faizal Tahir tu dia dah jerit dah, “Tolong, tolong!”