Stories by hanis ☆ on Medium
KEADAAN di Bukku Cafe saat aku sampai di situ sedikit riuh dengan suara pelanggan yakni ahli kelab membaca Bukku Cafe, anjuran Abdul Abbas. Ramai yang sudah sampai mengambil tempat masing-masing, meninggalkan aku sebuah kerusi yang kosong. Meja ini saja yang hanya kosong, yang lain sudah penuh. Mereka semua rancak berbual mengenai diri masing-masing dan buku kegemaran.
Jadi, hanya aku saja yang duduk berseorangan. Mereka semua ni memang dah saling kenal gamaknya. Rancak berbual. Setahu aku, orang yang suka membaca ni jaranglah suka bergaul. Pada pandangan aku, orang yang ulat buku rata-ratanya introvert. Aku? Aku ambivert sejati. Terpaksa sebab perlu berdepan dengan ramai client.
Aku mengeluarkan buku daripada tote bag yang dibawa dari rumah. Buku yang bertajuk Yang Tertinggal di Jogja karya penulis baru, Haniswrite, sudah lama peram di dalam senarai to-be-read. Tapi, tetaplah belum dibaca. Aku menyelak halaman pertama selepas membaca prolog. Watak utamanya iaitu Inas Dariyah, menyambung pelajaran di Indonesia. Menarik.
Tak lama selepas itu, barulah aku nampak kelibat Abdul Abbas dengan seorang lelaki yang menatang dulang dengan berhati-hati. Abbas turut membantu. Ada dimaklumkan dalam kumpulan di aplikasi Whatsapp, ada makan dan minum percuma untuk hari itu.
Sebab itulah, aku gagahkan juga kaki ke sini. Lol.
Ketika Abbas berdeham, semua mata memandang ke arahnya. Lelaki itu sempat membetulkan kaca mata dan tersenyum manis. Dia nampak nervous. Abbas memang sebegitu orangnya. Dia nervous tetapi tetap perform.
“Assalamualaikum and a very good morning semua. I am Abbas, founder of Ipoh Reading Club. Thank you for joining this club and make your time to come here. Also, I want to thanks my best friend, Rafaie Imtiyaz, the owner of this cafe for providing me this space. For today, as I already mentioned in the group, we will doing the book swapping session today with anyone who wanna swap. Kau orang boleh kenalkan diri dan cerita sikit fasal buku kau orang dan kalau ada yang nak pinjam, just mention it. Okay?” Abbas berucap panjang.
Dia juga menerangkan aktiviti mereka pada hari itu.
“Can I sit here, Reeya?” pinta Abbas sambil tersengih. Mataku tanpa sengaja terpaku pada hidungnya yang mancung. Gila mancung! Kalau terkena tu, boleh terluka tahu?
“Oh, sure. Duduklah.” Aku senyum. Abbas ini tipikal lelaki nerd yang seksi sebab dia suka membaca. Aku percaya, ramai yang crush dekat Abbas. Oh God, who doesn’t?
Maybe just you, Reeya. Maybe.
“Hai semua, saya Atikah. This book is called The Fake Marriage. I can’t count how many times I already read this book to the point I always mention this book to my friends who shares the same hobby as me. Buku ini fasal seorang perempuan yang sorokkan identiti dia sebagai seorang polis untuk berkahwin dengan hero atas dasar dendam…
“… But, the hero wasn’t actually at the fault. He is the ba ba black sheep! So, what happened after that? Its a secret! Anyone who intrigued can just approach me to swap.” Atikah hanya tersenyum apabila yang lain ketawa kecil. Dia kembali ke tempat duduknya.
“Menarik. Awak suka buku macam tu, Reeya?” Abbas menyoal.
Aku mengangkat kening. Aku lihat Atikah didekati oleh seorang perempuan yang ingin menukar buku mereka. Ala, baru je nak bangun! Tak apalah, buku tadi pun belum selesai. Yang di rumah pun banyak lagi.
“Suka! Trope marriage of convenience, best apa? Kalau hero tersakiti, lagi saya suka.” Aku menjawab, teruja.
Abbas tergelak. “Saya pun suka. Oh, so awak suka buku yang ada heavy conflict la?”
“Sometimes. Ikut mood juga. Kadang, baca buku tu untuk release tension. So I just pick romcom. Kalau mood nak benda berat, just pick buku yang ada konflik berat.” Aku menjawab lagi. Kan dah kata, kalau pasal buku rajin aje nak bercerita.
Pasal kerja? Tak lalulah!
“Yeah, we’re the same.” Abbas membalas, tersengih lagi, hilang anak mata. Sebiji macam mamat Kpop yang pernah aku minat tu.
Apa namanya? DK? Ha, dialah.
Diam antara kami, mula fokus kepada setiap seorang yang suka rela present buku kegemaran mereka kepada ahli kelab. Aktiviti itu diteruskan sehinggalah menjengah jam 11 pagi, Abbas memberi peluang berbual sesama sendiri sebelum makan tengah hari nanti walaupun ada yang ingin tapau dan sebagainya.
Orang yang suka berkawan dan ingin bina networking, memang digalakkanlah join Reading Club Abbas ini.
“Esok busy?” Abbas menyoal ketika kami makan tengah hari bersama-sama. Nasi Hujan Panas, hidangan istimewa dan unik daripada Bukku Kafe. Semestinya permintaan khas oleh Abbas.
“Busy jugak. Nak buat kerja sikit, memandangkan majlis retreat company awak tu pun tak lama dah kan? Meeting kita pun hari Isnin ini kan?” Terlanjur pula bercakap soal kerja. Huh!
“Ya, jadi awak ada la kan?”
“Ya saya ada, kenapa?” Aku mengangkat kening, memandang wajah Abbas yang licin tanpa cacat cela.
“Senang sikit berurusan dengan kenalan saya.” Abbas tarik sengih. Lagi. Pinggan sudah licin. Hati banyak senang!
AWAL-AWAL pagi lagi, aku sudah memasakkan sarapan buat daddy. Bukan selalu daddy nak merasa masakan aku, julung kalinya bak kata orang. Sarapan yang boleh tahan berat jugalah, mi goreng ala ala mamak penuh kasih sayang.
Alang-alang pagi ini nak ke Bukku Kafe dek kerana mendaftar kelab membaca secara paksa rela dengan si encik myvi pink tu. Memandangkan sekarang memang aku kekurangan masa untuk membaca, daftar ajelah. Itu sajalah masa untuk membaca sebab masa yang lain, aku sibuk bercinta dengan katil.
Ha, lepas tu bising jodoh tak muncul-muncul!
“Anak daddy masak apa tu? Pagi-pagi dah bertukang kat dapur, dengar sampai ke luar bunyi sudip berlaga dengan periuk tu.” Daddy bercekak pinggang, berbaju Melayu kuning dan berkain pelikat.
Baru pulang dari surau, dengan Vespa kelabu kesayangan dia.
“Mi goreng, Daddy. Teringin bebenor tekak ni. Tu Seri dah hidang bawah tudung untuk daddy.” Aku tersengih.
“Wah, terima kasih la Seri. Bolehlah bagi dekat si bujang depan rumah kita tu. Nanti Seri hantar dekat dia sikit ya? Balasan nasi lemak sedap hari tu.” Daddy sudah memberi arahan sebelum duduk di meja makan, menuang air kopi suam.
“Okey, daddy. Seri chat dia dululah, takut dia dah beli breakfast.” Aku mencapai telefon dan menghantar pesanan.
Tak sampai beberapa saat, notifikasi berbunyi. Awal juga mamat ni bangun, morning person gamaknya. Coih!
“Dia balas?”
“Balas dah. Seri suruh tunggu depan pintu pagar.” Aku menghayun langkah ke dapur dan mencapai Tupperware lalu dimasukkan ke dalam bekas itu.
Aku mencapai tudung sarung, tak perlu susah-susah sarungkan kardigan memandangkan aku sudah siap memakai blaus untuk ke Bukku Kafe sebentar lagi.
“Assalamualaikum, selamat pagi!” Abbas mengangkat tangan, santai dengan kurta hitam dan juga kain pelikat. Automatik nampak seperti duda anak dua.
“Waalaikumussalam, morning.” Aku tersenyum nipis. Abbas nampak seperti lelaki melayu terakhir betul pagi ini. Selalunya, berpisah tiada dengan baju kemeja berjalur putihnya itu. Oh dan pagi ini, Abbas berkaca mata.
Kacak… Ceh, Seri! Dah tangkap leleh ke apa dengan encik myvi pink tu? Tapi, Abbas memang kategori lelaki sedap dipandang pun. Kalau tanya 10 orang di tepi jalan, semua akan memberi jawapan yang sama.
“Terima kasih, bau pun dah sedap! Kejap lagi, nak pergi sekali tak?” Abbas mempelawa.
Aku geleng kepala. “Terima kasih tapi tak apalah, saya nak singgah ke pejabat dulu, ada tertinggal fail.” Ada fail yang perlu disemak segera tapi aku terlupalah pula. Rasanya berkaitan dengan majlis untuk syarikat Abbas juga.
“Saya boleh hantarkan ke sana dahulu, Reeya.” Abbas masih tidak berputus asa.
“Tak apalah, awak kan host hari ni? Banyak benda nak kena set up kan? Malaslah saya nak susahkan awak.” Aku menjawab dengan laju. Terlebih rajin pula Abbas hari ni!
“Yalah, kalau awak dah cakap macam tu. Terima kasih tau, Reeya. Tak sabar saya nak makan.” Abbas tersengih-sengih, hilang sedikit matanya. Suka bebenor orang Perak kata!
“Sama-sama. Makan jangan sampai tercekik pula!” Aku ketawa kecil.
“Oh, caring juga Reeya dekat saya. Malu saya! Segan!” Abbas mula membuat perangai.
“Malaslah layan awak ni. Jumpa sana nanti!” Aku membalas sebelum mula berjalan ke pagar rumah daddy.
“Okay, Reeya. Saya tunggu!” Abbas melaung sedikit kuat.
HARI yang tidak dinanti-nantikan telah pun tiba. Sudah berjam-jam dari lepas Zuhur lagi aku sibuk bersiap-siap untuk ke majlis bersama dengan Tuan Nik Razman. Majlis pula bukan majlis biasa tapi majlis yang penuh dengan orang-orang kenamaan. Tuan Nik Razman pula seorang yang sangat menjaga imej. Mahunya ditinggal aku di tepi jalan kalau aku memakai ala kadar sahaja.
Wajah disolek dengan clean make up look setelah beberapa kali percubaan. Jarang make-up beginilah. Bukanlah wajah dibiarkan kusam tetapi cuma bibir cuma dioles dengan lip gloss sahaja dan wajah pula ditutup dengan tone up sunscreen.
Patutlah cicak pun tak nak pandang kau, Seri! Nama aje seri, mukanya tak berseri langsung. Haha! Ada la sikit, serinya. Nanti tabarruj pula.
Hari ini punya solekan pun puas control supaya tak berlebihan. Aku memakai gaun kuning potongan A yang kembang di bahagian lengan, ada renda putih di bahagian bawah skirt. Gaun ini dijahit oleh ibu saudaraku beberapa tahun yang lalu yang mempunyai butik di sini.
Tudung shawl pula dibelit mengikut gaya Sofea Shra dengan warna yang senada. Berpusing-pusing aku dihadapan cermin. Bukan selalu nak melaram sebegini cantik. Gembira rasanya apabila warna yang dikenakan sesuai dengan warna kulitku.
Orang sekarang lebih aware dengan undertone dan color theory masing-masing.
“Amboi, cantiknya anak daddy! Ni kamu nak pergi majlis makan-makan ke kamu nak berjumpa dengan bakal mertua?” soal daddy sambil mencekik pinggangnya.
Aku menampar bahu daddy perlahan. Aih, daddy ni! Mintak jauh la. “
Ha, cantik kan? Cantik kan? Jarang tau Seri nak berlawo cenggini.” Aku tersengih-sengih. Daddy mengusap kepalaku.
“Cantik sangat, anak daddy. Masya Allah. Seghupe la dengan arwah mummy kamu.” Mata daddy sudah berair dan aku dengan laju memeluk tubuh hangat daddy dengan erat.
“Ala, daddy. Jangan sedih-sedih okay? Seri yang berseri-seri kan ada?” Aku mengedipkan mata beberapa kali membuatkan daddy mencubit lenganku.
Daddy tak berani nak cubit pipi sebabnya wajahku dah penuh dengan warna-warna kehidupan.
“Iya la, daddy sedih sikit saja. Pergilah baik-baik, hati-hati. Balik sebelum Maghrib ya? Kalau lambat sikit pun, sampai jam berapa aje daddy kata?” soal daddy pula. “9 daddy!” Aku jawab dengan semangat.
“Bagus!”
Aku memeluk daddy sekali lagi sebelum melangkah keluar dari rumah dan menghidupkan enjin. Setelah memasang lagu-lagu kegemaranku, aku mula memandu menuju ke dewan yang menjadi tempat majlis berlangsung.
Setibanya di sana, aku laju saja meluncur masuk ke dalam kotak parkir yang masih kosong. Majlis akan bermula lagi 40 minit. Aku bukan apa, risau Tuan Nik Razman tu marah pula jikalau aku lambat. Sebelum mematikan enjin, aku memeriksa telefon pintar kalau ada mesej daripada Tuan Razman. Tiada. Mungkin lelaki itu sedang dalam perjalanan.
Tiba-tiba saja lagu Pretty Boy dendangan P1Harmony bergema kuat. Panjang umur Tuan Razman! Aku laju saja mematikan enjin dan menutup pintu kereta. Panggilan tadi diangkat sambil jari menekan punat remote kereta, kereta dikunci.
“Assalamualaikum, Cik Reeya.” Suara garau itu menyapa membuatkan aku menelan liur. Mak ai, takutnya! Macam suara cikgu matematik aku dahulu.
“Waalaikumussalam. Saya dah sampai ni kat dewan. Tuan kat mana ya?” soalku sambil menyandar pada bonet keretaku.
“Pukul 9. You with the yellow dress, right?” soalnya membuatkan aku memandang kiri dan kanan. Dan aku melihatnya dari arah kiri, sedang berjalan ke arahku.
Panggilan ditamatkan. Aku tersenyum kekok.
Tuan Nik Razman kacak membunuh seperti biasa. Dia mengenakan tuksedo berwarna kelabu jenis slim fit dan turut mengenakan kaca mata hitam. Kemeja putih dan tali leher berwarna kelabu juga dipakai dari dalam.
Dia menanggalkan kaca mata dan memandangku dengan wajah yang serius. “Beautiful. Jom, masuk.” Tuan Razman berjalan di hadapanku.
Aku ternganga. Dia baru saja memuji aku ke? Tapi dengan muka yang langsung tak berperasaan tu. Cis!
Kedatangan kami disambut dengan karpet merah dengan alunan bunyi muzik piano yang menenangkan halwa telinga. Ada seorang lelaki yang sedang bermain piano di atas pentas sana.
“Jom cari meja kita. It will be a table full with other important person so make yourself comfortable.” Tuan Razman memberi pesanan dan aku hanya menganggukkan kepala tanda mengerti.
Nervous! Kenapalah Tuan Razman tak pilih untuk membawa yang sekufu dengannya? Majlis sebegini mewah, tak kena dengan jiwa aku! Aku sesuai pergi kenduri yang tetamu boleh berkaraoke saja.
Sampai sahaja di meja yang beribu batu punya jauh, tertera nama Tuan Nik Razman di situ dan sebelahnya pula namaku, Ms Seri Nareeya. Di atas meja lengkap dengan hidangan full course, tinggal nak dipusing saja nanti.
“If you want anything, just raise up your hand. Waiter akan datang kat you nanti.” Tuan Razman berbisik di telingaku.
“Okay, tuan.” Kepala diangguk lagi.
“Don’t be nervous. Mereka semua baik. And I am right here to send you back up.” Tuan Nik Razman memujuk pula.
Entah aku mahu menangis ataupun terharu, pun tidak tahu. Yang aku tahu, ketar kaki nak balik rumah!
Tak lama kemudian, seorang lelaki muda yang tak kalah kacaknya dengan Tuan Razman menyapa Tuan Razman dengan ramah.
“Bro! Glad to see you here, Nik. How are you? And, siapa tu? Cantik!” Lelaki itu menyelitkan pujian buatku pula.
Aku hanya memberi courtesy smile yang diajarkan oleh Tuan Razman tadi.
“Great, this is Miss Seri Nareeya, the monthly best worker in my office and Miss Reeya, this is Haffaz Nuqman from YZ Constructor.”
Tuan Razman memperkenalkan kami. Encik Haffaz itu sudah tersenyum melebar.
“Haffaz Nuqman.” Dia menghulurkan tangannya.
Aku cuma tersenyum, meletakkan tangan di dada. “Seri Nareeya.”
“Ffaz, have some respect for her.” Tuan Razman menolak tangan Haffaz kasar membuatkan aku hampir tertawa namun ditahan.
Haffaz tersengih. Tengok gaya pun dah tahu, ini mat player satu Ipoh! Silap, mat. Ini Ipoh dan bukannya Kuala Lumpur sana nun.
“Sorry, Miss Beauty and Not the Beast. Old habits die hard.” Haffaz membalas dan aku terlongo.
Beauty and Not The Beast pula. Kalau aku Beauty, yang sebelah ni Not The Beast la kan? Yalah, sebabnya dia dashingly handsome!
“It’s okay, Mr. Haffaz. Encik kalau ada nak buat majlis apa-apa, boleh contact saya.” Aku membalas sebelum memberikan kad milikku.
Lelaki itu mengangguk kepalanya dan mengangkat ibu jarinya.
“This is first time in my life seeing our one and only Nik Razman, bringing another girl and not his sister or his great mother.” Encik Haffaz menegur sesuatu yang di luar kebiasaannya.
“So? Mana plus one kau? Your fiancee. Raja Zawyah.” soal Tuan Razman pula.
Aku sudah terlopong. Tunang tak ada, patutlah buat perangai. Beginilah lelaki! Mungkin tadinya dianggap pujian biasa tetapi boleh mendatangkan salah faham seribu tahun tahu? Gila!
“Can’t make it. Dia ada misi kemanusiaan di Lubnan. You know her, right? Petite but has a big heart. Her heart can fit all these people in this hall.” Encik Haffaz menjawab, kedengaran pilu.
Aku menganggukkan kepala. Ah, tunangnya punyalah baik! Encik Haffaz ni pula buaya bukan main. Apalah nasib?
Majlis akhirnya bermula setelah dua lagi pasangan suami isteri bertaraf Puan Sri dan Tan Sri yang duduk bersebelahan denganku. Benar kata Tuan Razman tadi, mereka humble dan peramah orangnya membuatkan aku langsung tidak segan. Majlis berjalan sehinggalah waktu yang paling ditunggu akhirnya tiba, waktu makan!
“ADA apa encik nak jumpa saya?” Itu soalan pertama yang terpacul daripada bibirku sebaik saja aku dipersilakan duduk di atas kerusi empak di dalam pejabat Tuan Nik Razman, pewaris syarikat Skye Agency ini.
Tuan Nik Razman, 30 tahun, pelajar lepasan Manchester University di England, United Kingdom dalam MBA, antara pelajar terbaik antarabangsa, dahulunya aktif bermain basketball, dan status terkini adalah single. Tapi, tak tahulah kut-kut mempunyai kekasih cerah mahupun gelap.
Wajahnya kuning langsat tetapi lebih cerah daripada itu, orangnya tinggi lampai, tipikal pemain basketball, anak matanya hitam pekat membawa maksud dia bukanlah melayu tulen, hidungnya mancung dan bibirnya merah bagaikan delima kalah aku yang wanita ini. Pakej cukup lengkap, kacak membunuh!
Kalau ditangkap pasti kesalahannya adalah mencuri hati orang dalam masa satu saat! Cis, apa bendalah kau ni Seri Nareeya? Cringe!
“You free malam esok?” soal Tuan Nik Razman sambil menopang dagu dan matanya menatap ke arahku.
Serba tak kena aku jadinya, tak tahu nak pandang ke arahnya ataupun pura-pura mengira cicak di dinding.
“Err… Ayah saya tak bagi keluar malam-malam jadi saya tak free.” Aku geleng kepala. Yeah, 24 year and still have curfew!
Tuan Nik Razman tertawa kecil sebelum wajahnya kembali serius serta merta. Ceh, baru saja otot di muka tu nak bahagia tetapi tiba-tiba perlu bekerja keras kembali.
“Esok petang, boleh? Lepas Asar, dalam pukul lima.” Tuan Nik Razman bertanya lagi.
Aku anggukan kepala. “Tapi, kenapa dan untuk apa, tuan?” soalku, ingin tahu. Tak senang duduk dibuatnya. Aku dengan lelaki kacak ini ada alergik sikit kecuali dengan lelaki yang nama Abbas tu.
Itu bukan alergik tapi latergik!
“Armada Properties nak launch mereka punya projek yang baharu. Mereka buat event dinner dan jemput I. This is the invitation letter.” Dia hulurkan sampul berisi kad itu kepadaku.
Armada Properties is inviting you to our celebration incoming Persada Impian Project. Dress code, classy and elegant. Requirement to bring plus one.
Aku tarik sengih dan memandang Tuan Nik Razman yang matanya bagaikan helang. Kenapa dalam banyak-banyak orang, dia pilih aku? Selalunya, melalui teman sepejabat yang lain, Tuan Razman ni selalu membawa kakaknya ke mana-mana walaupun dia dah bertunang masa tu.
Aku ni ada main character syndrome tau! Tak, gurau aje!
“Jadi, esok pukul 5, I ambil you di rumah boleh? Nanti you mesej PA i alamat rumah you.” Ha, itu bukan persoalan lagi tapi sebuah arahan.
“Tak apa, tuan. Saya boleh pergi sendiri aje.” Aku senyum terkulat-kulat. Seganlah, tak mahulah aku satu kereta dengannya. Nanti tak cukup oksigen nak bernafas!
“Okay, kalau macam tu, jangan lambat. Ada apa-apa soalan?” soal Tuan Razman pula. Dia memandangku sebelum membelek buku notanya sebelum sibuk dengan komputer di hadapan mata.
“Saya ada soalan.”
“Silakan.”
Ewah, dah macam forum perdana Tanyalah Ustaz! Ustaz apa? Ustaz Nik Razman!
“Kenapa tuan minta saya jadi plus one? Kenapa tuan tak bawa Puan Razmira atau Puan Eliza?” soalku dengan berhati-hati. Takut kena hempuk dengan file atas mejanya pula sebab menyibuk!
Puan Razmira merupakan kakaknya manakala Puan Eliza pula PA sejatinya sejak awal-awal dilantik sebagai CEO.
“Sebab you pekerja terbaik bulan ni kan? Jadinya, i nak perkenalkan you dengan orang-orang penting kat event tu. So that, apa-apa majlis, dia orang boleh hire kita dan you boleh handle. Clear? Ada apa-apa lagi?” Dia mengangkat keningnya sekali.
Aku menanggukkan kepala tanda faham. Dalam hati, bukan main kembang lagi! Tak sangka Tuan Nik Razman ambil tahu tentang pekerja terbaik bulanan tu. Ingatkan, dia pandang sebelah mata aje!
“Oh, baik tuan. Faham, tuan.” Aku tersenyum lega. Ingatkan apalah tadi, rupanya nak ajak pergi dinner aje.
“You can go now, thanks.”
“Welcome, tuan.” Aku akhirnya melangkah keluar. Buat kecut perut aku ajelah Tuan Nik Razman ni!
Di dalam pejabat itu, seorang Nik Razman masih tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sekali.
(Woodz as Tuan Nik Razman)
TENTANG ISI BUMI YANG NAMANYA LEE SEOKMIN
live on Weverse
lee seokmin on Weverse
dalam banyak hal yang diketahui semua umat bumi, satu-satunya tentang DK, penyanyi kumpulan Seventeen atau nama aslinya, Lee Seokmin, adalah hatinya yang sangat tulus, ikhlas dan baik sekali.
jika ditanya apa bezanya dia dan matahari, jawapanku beri sentiasa satu ini. tiada beza, kedua-duanya saling menyinari hidupku ini.
antara sebabku jatuh cinta sama lelaki ini adalah hal yang paling ketara iaitu hatinya yang indah sekali. aku tidak pernah menemui hati yang sebaik dia. dari caranya peduli tentang orang lain, ambil berat, tersenyum, bahkan cara dia bercakap dengan orang lain, semuanya ikhlas sekali.
dia suka mendahulukan orang lain dalam banyak hal, kata katanya tidak pernah menyakitkan hati orang lain dan dia yang paling ikhlas menyayangi orang lain. bahkan Hoshi pernah berkata DK paling baik setelah Tuhan.
matanya yang redup, terang bagaikan bercahaya setiap kali dia tersenyum. dan bahkan setiap kali dia melorekkan senyuman, seluruh isi bumi turut sama tersenyum.
hal yang paling hebat menurutku tentang dia adalah; keikhlasan hatinya. he is a very kind and genuine person.
sebuah doa yang aku pohon pada Tuhan dengan seikhlasnya untuk dia adalah semoga kebaikannya takkan pernah dikhianati dan dibalas dengan perkara yang baik-baik sahaja.
aku tidak pernah mengagumi orang lain seperti mana aku mengagumi dia. bahagian isi bumi yang menurutku istimewa dan terbaik, adalah dia.
POV : SERI NAREEYA
SELEPAS menemani daddy ke pasar pagi Sabtu, aku berniat untuk berjoging ke taman. Minggu ni, dah berapa kalori entah yang aku dapat. Bukan main cheat day! Dah berapa minggu tertangguh mahu berdiet kerana setiap minggu pasti ada aje makanan yang dibawa oleh rakan sekerjaku di ofis. Kek batik la, pasta carbonara la, nasi khao mok la. Macam-macam!
Aku mula berjoging sambil dalam hati berdoa agar tidak bertemu dengan makhluk Tuhan yang bernama anjing. Risau betul kalau dikejar! Mulalah aku teringat topik tentang adrenaline dalam subjek Biologi dulu. Fight or flight? Semestinya flight, aku lari tak cukup tanah!
Lambat lagi nak fight!
Aku berjoging keliling tasik itu. Cukup tiga pusingan nanti, aku berhenti kejap untuk duduk dan meneguk air.
Namun, langit tak selalunya cerah, hujan tak selalunya turun, bintang tak selamanya bersinar, anjing salah seorang pengunjung terlepas daripada pegangan tuannya. Anjing itu berjalan ke arahku.
Aku tarik nafas, buat-buat biasa lagi. Selagi dia tak berlari, aku pun takkan trigger dia. Sangkaanku meleset apabila anjing tersebut berlari dengan teruja apabila seekor kucing sibuk melintas di belakangku.
Aku apa lagi? Mulalah lari tak cukup tanah! Kalau begini larianku, pasti sekejap saja cukup 10 pusingan tasik ini.
“Shuh, shuh.” Seseorang menghalau anjing tadi apabila aku sudah terduduk sambil mencuri nafas.
Topi yang menutupi kepala dan tudung dibuka lalu aku gunakan untuk mengibas wajahku. Panas! Aku meneguk air di dalam botol yang sempat dibawa sekali tadi. Fuh! Aku rasa Usain Bolt pun akan tergugat dengan aku tadi.
Aku menoleh, melihat orang yang menghalau anjing tadi. Anjing tadi pula sudah dibawa pulang oleh tuannya. Agaknya tuan dia pun nampak aku yang macam lipas kudung tu gamaknya? Haish, memalukan sungguh!
Abbas rupa-rupanya. Betullah kata aku yang lelaki lain dah pupus di Ipoh ini. Macam mana nak cari jodoh kalau macam ni? Dekat universiti dulu tak ada, semua orang punya, dekat ofis pun samalah, semua orang punya juga. Tunang orang pun bersepah.
Dan yang single cumalah anak kepada big boss syarikat yang aku kerja, Tuan Nik Razman. Itu pun gosip-gosip ajelah yang menyatakan dia baru lepas putus tunang. Takkan nak mengurat yang itu kut? Huh, minta jauhlah!
“Anjing tu punyalah comel, kenapa awak takut? Dia tak gigit la, jinak aje.” Abbas menyoal, dia duduk di hadapanku.
Lah, ingat romantik ke duduk sama-sama atas rumput, depan tasik ni?
“Biarlah.” Aku trauma tahu? Hanya yang pernah kena saja tahu bagaimana rasanya. Aku menjelingnya membuatkan Abbas tergelak.
“Eh, terima kasih tahu pasal semalam.” Abbas memecahkan kesunyian. Lelaki ini ada cakap yang dia cuma nak minta lilin sebab nak cari kunci rumah dan kunci kereta untuk tidur di hotel. Mata rabun malam katanya.
“Ya, sama-sama. Tu dah ada eletrik belum?” Aku menyoal, ala-ala jiran yang prihatin.
“Dah ada, alhamdulilah.” Abbas tersenyum sambil mengelap peluhnya dengan kain tuala yang tersangkut di lehernya.
Aku anggukan kepala. Baguslah.
“Adik saya tu ha yang tak bagitahu berapa kali bil dah tertunggak. Tahu-tahu aje tiba-tiba blackout. Dah la saya tengah mandi.” Abbas dengan overshare memang tak boleh dipisahkan.
Aku hanya tersenyum sambil gelengkan kepala. Nak gelak tak sampai hati.
“By the way, Reeya…”
“Why?”
“Awak minat membaca tak?” Abbas menyoal, matanya bulat memandangku. Masih dengan senyuman.
“Oh, minat! Saya memang suka membaca, hobi.” Aku menjawab laju. Dalam bilik aku tu rasanya dah boleh buat perpustakaan. Itu pun aku dah wakafkan separuh kepada perpustakaan awam.
“Great! Saya ada buat kelab membaca, dekat bukku cafe. Awak berminat tak nak jadi ahli? Tak perlu bayar apa apa pun. FOC seumur hidup.” Abbas mula mempromosi.
“Wow, iya ke? Jarang saya tengok ada orang buat reading club dekat Ipoh ni. Dekat Bukku Cafe tu eh? Saya selalu juga makan sambil baca buku dekat situ.” Aku membalas. Kalau topik tentang buku, automatik ramah la aku.
“Oh ya? Itu kafe kawan baik saya, Raf. Kalau awak berminat, nanti saya bagi link untuk awak daftar. Setiap hari Ahad, dalam pukul 9 pagi saya akan buat sharing sessions, book swap, storytelling, poem reading and banyak lagilah. Untuk few weeks ni saya akan sediakan lunch sekali.” Abbas bercerita dengan teruja.
Kalau di KL dahulu selalunya program berbentuk sebegitulah yang dia akan lakukan setiap hari Ahad tetapi di Ipoh ni akan bermula minggu hadapan.
“Wow, menarik. Dah lama ke awak buat reading club ni?” soalku ingin tahu. Jaranglah anak muda nak produktif macam Abbas ni.
Contoh paling dekat, akulah. Hujung minggu tahunya nak melekat dengan katil!
“Kalau dekat KL dulu hampir 3 tahun jugalah. Saya buat kelab ni untuk kukuhkan komuniti membaca dekat negara kita. Yalah kalau dekat negara lain macam Finland, Japan, Norway sana mereka sangat suka membaca dari kecil lagi. Kita di sini kena contohi dia orang di sana supaya rakyat kita ni jadi lebih bijak, berilmu dan bermanfaat. Tak adalah masa dihabiskan dengan gosip yang sia sia aje.” Abbas berhujah panjang.
Aku terkedu, kagum dan menepuk tangan. Abbas dah boleh jadi ahli politik. Mungkin boleh ganti Menteri Pendidikan yang sekarang.
“Bagus, bagus. Kalau semua anak muda dekat Malaysia ni fikir macam awak, maju la negara kita.” Aku tersengih.
Abbas tergelak. Melebih pula dia berhujah! Biasalah dulu budak debat.
“Jadi, awak nak join tak?”
“Ada makan free kan, mestilah nak.” Aku anggukan kepala dan Abbas menepuk dahinya sebelum tertawa. Penat aje dia berhujah tadi!
POV : SERI NAREEYA
Aku kembali sibuk di pejabat. Buat masa ini, tiada kerja di luar seperti minggu lepas sehinggakan pintu ofis pun aku tak nampak. Hari ini, aku menerima maklum balas daripada pihak Encik Tahir dan Abbas tentang event tempoh hari. Alhamdulilah, meningkat la prestasi aku.
Mujurlah dapat anak buah yang sangat mudah bekerjasama. Kalau tak ada aral melintang, aku akan belanja mereka makan tengah hari bersama-sama.
Tiba-tiba, partition aku diketuk seseorang perlahan. Aku angkat wajah, ada Adira iaitu pembantuku atau dalam bahasa penjajah, assistant event manager. Hari ini dia segak memakai baju kurung berwarna kuning lembut dengan selendang berwarna senada.
Adira tersengih.
“Kak Lili ada mesej Reeya tak?” Adira menyoalku.
“Hari ni saya tak sempat bukak telefon lagi, kejap saya cek.” Aku laju saja mencapai telefon di dalam laci dan membaca Whatsapp.
Ternyata Kak Lili, ketua department bahagian event management, ada menghantar mesej kepadaku.
+ Salam Nareeya, boleh ke awak ganti akak jumpa dengan klien kejap lagi waktu lunch, pukul 12:30 dekat Bambu Restaurant. That client will be wearing a blue shirt, white slacks and he have a dimple. Anak akak tak sihat jadi akak tak dapat masuk ofis. Sorry and thank you Nareeya.
“Oh ya, ada. Dia minta saya ganti tempat dia untuk jumpa klien. Dia ada maklum pada Dira ke?” Aku menyoal Adira pula dan gadis itu mengangguk.
“Oh, okay terima kasih. Kejap lagi saya gerak.” Aku memandang jam di pergelangan tangan, pukul dua belas tepat.
“Okay, sama-sama Reeya.” Adira berlalu ke tempatnya.
Selesai mengemas apa yang patut, aku mencapai kunci kereta di dalam beg tangan dan terus bergegas ke parking bawah tanah dengan menaiki lif. Aku terus mencari Swift kesayanganku sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Bak kata orang Jepun, if you’re on time, you are late jadinya agak gelabah juga aku. Mujurlah restoran itu berhampiran dengan pejabat ini sahaja.
Swift aku meluncur laju meninggalkan perkarangan pejabat dan mengahala ke arah barat.
Setibanya di Bambu Restaurant, aku mencari kelibat lelaki yang memakai kemeja biru, seluar slack putih dan mempunyai lesung pipit. Hmm, tak ada pun! Cari punya cari, rupanya klien itu tersorok di belakang tiang dek kerana meja yang lain telah penuh.
Aku menilik jam, 12 suku baru! Alhamdulilah, tak lambat.
Aku mengukir senyuman manis namun senyuman itu hampir mati tatkala melihat wajah lelaki yang merupakan klien Kak Lili itu. Aduh, dia ni lagi! Lelaki lain dah pupus ke apa kat Ipoh ni?
Abbas tersenyum girang, siap melambai tangan.
“Pucuk dicita ulam mendatang, assalamualaikum dan selamat datang!” Bukan main Abbas berpantun!
Lelaki itu siap menarikkan kerusi buatku. Aku tetap berterima kasih dan memberi senyuman palsu. Ceh!
“Encik dah oder ke?” soalku sambil memandang ke arahnya yang masih tersenyum.
Abbas ni seperti budak nerd pula hari ini dengan kaca matanya. Lengan baju pula dilipat hingga ke siku.
“Belum, saya tunggu awak.” Abbas menggaru belakang leher yang tidak gatal.
Dia memanggil seorang pelayan lelaki dan pelayan lelaki itu laju bergegas ke sini.
“Cik Reeya nak makan apa?” soalnya kepadaku.
Aku pura-pura membelek menu yang diberi oleh pelayan tadi. Dah ada idea sebenarnya dalam kepala tetapi sengajalah. Aku memang pelanggan tetap di sini.
“Nasi ayam spesial satu, sirap limau ais.” Aku membuat pesanan.
“Nasi ayam spesial tu tambah lagi satu, air nak teh ais satu. Tu je ke, Reeya?” soal Abbas lagi kepadaku.
Aku angguk kepala. Nanti mengantuk pula kalau terlampau kenyang. Dah satu hal pula tak boleh buat kerja nanti.
“Okay, tu aje dik.” Pelayan lelaki tadi mengambil kembali menu sebelum berlalu.
Abbas mengeluarkan dokumen dari dalam beg miliknya sebelum diletakkan di atas meja.
“Memandangkan proposal ni adalah untuk majlis retreat syarikat kami maka saya sendiri yang turun padang untuk jumpa dengan awak. Jadi, awak boleh baca dulu proposal ni. Mengikut planning, insya Allah, hujung tahun ini majlis tu akan dijalankan.” Abbas menjelaskan tujuannya.
Aku mencapai dokumen tersebut lalu dibuka. Segala detail dimasukkan dengan kemas, spesifik dan teratur mengikut format biasa yang perlu dimasukkan tarikh, tempat, bajet dan rangka aturcara majlis.
“Baik, saya ambil maklum. Saya akan berbincang dengan bos saya. Nanti bos saya akan maklumkan pada encik semula. Mungkin kita akan arrange meeting di waktu yang sesuai nanti.” Aku membalas dengan tenang.
“Okay, baiklah.” Abbas menjawab sambil menganggukan kepalanya, matanya tidak lepas memandang aku membuatkan aku mula merinding.
“Kenapa encik tengok saya macam tu?”
“Sekarang kan waktu lunch, bukan waktu kerja jadi janganlah formal sangat dengan saya. Lagipun, kita kan jiran. Susah awak saya tolong, susah saya awak tolong, tak gitu?” Abbas mengangkat keningnya berkali-kali.
“Tapi kan kita tengah bincang soal kerja, tak gitu?” Aku pula mengangkat kening.
“Awak ni, degil la Reeya.” Abbas gelengkan kepala.
Aku larikan pandangan apabila Abbas masih memandangku. Dia ni kan, dah kenapa? Seram la, mak!
“Selepas ni, saya akan berurusan dengan awak lagi ke?” soal Abbas pula.
Aku gelengkan kepala. “Tak, encik akan berurusan dengan Puan Lili, bos saya. Tapi saya pelik, bukan ke sepatutnya dalam urusan majlis macam ni, bahagian marketing atau PR ke yang uruskan? Kenapa encik sebagai ketua bahagian unit kewangan yang uruskan?” soalku ingin tahu. Atau sebab ia berkaitan dengan kewangan?
Takkanlah dalam syarikat yang sederhana besar itu, Abbas tak percayakan sesiapa? Nehi, nehi!
“Sebab saya sendiri yang offer nak turun padang.” Abbas menjawab dengan ringkas.
Aku mati kata. Kalau dah macam tu, apa aku boleh katakan lagi?
“Kenapa? Awak tak suka ya kerap jumpa dengan saya?” soal Abbas pula seakan berjauh hati.
Aku tersengih. Dia ni sengaja ke nak buat aku serba salah?
“Eh, saya tak kata macam tu pun. Encik yang cakap.” Aku memeluk tubuh dan Abbas tergelak.
Perbualan kami tamat selepas makanan yang dipesan tadi tiba. Dua pinggan nasi ayam, air sirap limau dan juga teh ais. Abbas mengetuai bacaan doa makan sebelum kami menikmati makan tengah hari sambil aku bertanya soal Adline, adik Abbas.
SETIBANYA di dewan, aku mencari Faisal yang mengurus bahagian teknikal. Sebentar sahaja lagi, rehearsal akan bermula untuk majlis perancangan kewangan strategik oleh sebuah syarikat perniagaan yang agak terkemuka juga.
“Macam mana, Sal? Semuanya okay?” Aku menyoal Faisal sambil mengisi beberapa helai borang untuk dibuat report pula nanti.
“Alhamdulilah, semuanya okay, Cik Reeya. Tadi kami semua dah test banyak kali. Audio, projector, lighting, semuanya okay.” Faisal menjawab dengan laju.
Faisal ni dah selalu berurusan dengan aku memandangkan Ipoh ni bukannya besar mana pun. Jadi, pergi ke mana pun akan terserempak dengan orang yang sama sahaja.
“Okay, bagus, bagus. Kejap lagi rehearsal kan?” soal aku, meminta kepastian.
“Ya, betul cik. Lagi beberapa minit. Tapi, last minute company ni tukar orang lain untuk Encik Tahir.” Faisal memberitahu pula.
Beberapa hari ini, aku sibuk berurusan juga dengan Encik Tahir untuk bahagian kewangan. Yalah, pihak mereka yang tentukan bahagian itu, bahagian aku hanya akan uruskan majlis dengan kewangan yang diperuntukkan sahaja.
“Oh ya? Orang lainlah yang akan present kejap lagi?” soalku pula. Itu tak menjadi masalah pun memandangkan urusan lain sudah pun selesai. Tugas aku adalah untuk assist orang tersebut bagi flow acara hari ini dan serahkan salinan skrip.
“Ya, cik. Encik Abbas namanya. Tu dia dah sampai, yang pakai kot warna krim tu.” Faisal menunjuk ke arah belakangku.
Aku menoleh sekilas. Seorang lelaki berketinggian 180 cm barangkali, memakai kot berwarna krim, memakai sepatu formal dan sedang membelakangi aku. Amboi, dari belakang pun dah tahu orangnya kacak!
Mataku sedikit bersinar dan apabila lelaki itu menoleh ke arahku, sinaran tadi bertukar kelam. Oh, no! Kenapa dia dalam banyak-banyak orang dekat Ipoh ni? Kan dah masin mulut kau, Seri!
Lelaki itu mendekati aku dan aku memeluk tubuh. Faisal dan beberapa orang lagi bahagian teknikal sudah sibuk melakukan kerja mereka memandangkan sebentar lagi sesi rehearsal.
Heh, encik myvi pink! Agaknya dia naik kereta itu lagi ke untuk ke sini?
“Encik Abbas?” Aku menyoal dan dalam hati seratus kali berdoa agar dia bukanlah Encik Abbas yang merupakan Chief Financial Officer itu. Siapa Encik Tahir pula? Lelaki itu pula timbalan ketua.
“Ya saya, Abdul Abbas bin Shaari.” Lelaki itu tersenyum manis dan tahi lalat di bawah matanya menjadi pemanis wajah.
“Oh, ya? Saya, Seri Nareeya. Boleh panggil Cik Nareeya atau Cik Reeya. Saya event organizer untuk majlis ni.” Aku memperkenalkan diri pula. Kita kena kekal profesional!
Walaupun aku sedikit anti dengan lelaki di hadapanku ini. Ceh, entah kenapalah anti sangat dengan mamat ni? Walhal kejadian hari itu hanyalah sepele sahaja.
Entahlah, mari kita salahkan hormon!
“Seri Nareeya? You sure? Atau, isteri saya? Dekat-dekat pula sebutannya.” Lelaki itu ketawa kecil, sampai tak nampak matanya!
Aku hanya senyum segaris. Jangan melenting, Seri! Walaupun aku rasa nak kakikan saja mamat ni. Kalau tak kerana dia ni orang penting, aku main langgar aje profesional tu!
“Saya minta encik jangan mengarut lebih-lebih ya? Kita tengah bekerja sekarang ni. Baiklah, ini skrip encik untuk sekejap lagi. Dalam lima minit lagi, kita ada rehearsal. Majlis dimulakan dengan ketibaan VIP dan tetamu kehormat…”
“… Selepas tu, bacaan doa dan kemudian, ucapan dari lembaga pengarah dan kemudiannya barulah giliran Encik Abbas untuk bentang. Selesai yang tu, ucapan dari timbalan pengarah atau komen daripadanya dan barulah acara jamuan makan untuk semua staf dan VIP.” Aku menerangkan serba sedikit pergerakan majlis hari ini.
“Minta maaflah, Cik Reeya. Saya teruja sikit jumpa orang yang saya kenal. Maklumlah, saya baru pindah ke sini. Okay, saya faham. Wish me luck, nervous pula nak present depan orang ramai.” Encik Abbas membalas pula sambil tersengih.
Aku cuma tersenyum segaris sekali lagi walaupun dah malas hendak melayan sebenarnya. Aku meminta diri untuk duduk setelah pengacara majlis memulakan majlis.
Untung badan gamaknya hari ini untuk seorang Seri Nareeya apabila kompeni yang adakan majlis hari ini dengan murah hatinya sediakan makanan. Bukan biasa biasa pulak tu, buffet taraf lima bintang jugalah. Pening kepala aku nak memilih mana yang nak diletak ke dalam pinggan. Pening macam gaya fikir soal jodoh lagi!
Huh, bukan main kau, Seri!
Usai meletakkan nasi hujan panas ke dalam pinggan beserta lauk ayam masak merah, aku melihat-lihat meja yang menyediakan pencuci mulut pula. Banyak betul pilihan! Dah macam kenduri kendara.
Majlis tadi akhirnya berakhir dengan lancar, lega aku jadinya. Selesai satu beban walaupun balik ke pejabat nanti tetap ada kerja baharu lagi. Macam itulah, kerja tak pernah habis sebenarnya.
Abbas itu pun berjaya lakukan presentation dengan lancar dan yakin. Sikit pun tak nampak nervous. Konon-konon betul mamat tu!
“Hai, tak tahu nak pilih apa? Ambillah kuih tart ni, sedap!” Dengan peramahnya, Abbas menegurku. Mamat ni memang terlebih gula ke? Dia siap letakkan lagi ke dalam pinggan aku.
“Terima kasih.” Aku membalas. Pendek.
“Sama-sama, tahniah sebab majlis hari ni berjalan lancar, tak ada masalah pun.” Abbas membalas. Panjang. Siap bagi ucapan lagi! Entahlah kenapa mamat ni baik hati sangat.
“Alhamdulilah, terima kasih. Kalau tak ada kerjasama dari pihak syarikat dan pihak saya, memang takkan berjalan lancar jadi terima kasih untuk pihak syarikat juga.” Aku merangka ayat yang sesuai, membalas. Tak mahulah digelar sombong pula. Mana tahu dapat untung lebih? Rezeki, ada bonus tahun ni.
“Right, you are welcome, again. Jemputlah makan. Saya tak kacau lagi dah.” Lelaki itu tersengih, siap melambai sebelum berlalu.
Aku hanya mengangkat bahu dan berlalu ke meja. Masa untuk makan!
and finally i found the one,
who love me like a poem,
and turn me into a fantasy,
even though i am not an ecstasy,
and you hold me when im broke,
you laugh at all my silly joke,
this feel like so dreamy,
im stuck between this and reality,
cause i never feel this much loved,
feels like tug in your warm cloth,
cause i never want someone around,
until i meet you in the midst of dawn,
and you said i am so sweet,
when i feel like i wanna quit,
and suddenly i only see you,
in the oceans that never blue.
you turn me from a pathetic melody,
to a rhythm that runs smoothly .
“Assalamualaikum, pakcik!” Aku menegur seorang lelaki separuh abad yang merupakan jiran kepada Adline, adik perempuanku. Sudah lama berniat di hati ingin menegur tetapi tak tercapai dek kerana kerja hakiki.
Pakcik yang masih berbaju Melayu, memarkir motorsikalnya sebelum mendekati aku. Nampaknya, kami sama-sama baru pulang dari masjid setelah kuliah Subuh.
“Eh, waalaikumussalam, anak ni yang bawak kereta pink tu ya?” soal pakcik itu pula kepadaku.
Aku mengangguk. Ini adik punya fasallah, gadis itu menyambung pelajaran ke luar negara, jadinya dia meminta aku menjaga rumah dan keretanya sekali. Aku pula malaslah hendak membawa Jaguar kesayanganku dari Kuala Lumpur ke Ipoh ini.
“Oh, kamulah yang anak pakcik cerita tu ya? Maaflah, dia tu memang kepala angin sikit tapi hati baik.” Pak cik aka jiranku ini tersengih.
“Eh, saya yang salah pakcik. Maaflah sebab baru bertegur dengan pak cik hari ni. Ini asalnya rumah adik saya, dia minta saya jagakan sekejap sebab dia tengah sambung belajar di UK.” Aku menerangkan serba sedikit untuk mengelakkan sebarang salah faham. Memandangkan aku pun dihantar ke Ipoh bagi menjaga cawangan baru, jadi apa salahnya aku menolong adikku itu.
Lagipula, aku baru saja menubuhkan kelab membaca di sebuah kafe buku yang berdekatan dengan kawasan perumahan ini juga. Setiap hari Rabu aku akan ke sana untuk sharing session, reading session dan banyak lagilah aktiviti bersama ahli kelab yang seramai 20 orang itu.
Aku menubuhkan kelab itu bersama Rafaie Imtiyaz, pemilik kafe buku itu yang merupakan seorang penulis travelog juga.
“Oh, ya? Patutlah pakcik dah lama tak nampak kelibat Adline tu. Adik kamu ghupenye, ada iras jugak pakcik nengok.” Pakcik itu memberi komen pula. Aku tertawa kecil.
“Ni saya ada belikan nasi lemak lebih, bolehlah pakcik buat sarapan.” Aku menghulurkan plastik berisi tiga bungkus nasi lemak sambal ayam.
“Wah, terima kasihlah, nak ya? Pakcik pun tak ada rasa nak memasak pagi ni. Kalau tak ada hal, pakcik masuk dulu ya? Nanti berborak la kita lagi.” Pakcik tersebut menepuk bahuku sebelum berlalu dengan senyuman.
“Selamat pagi, daddy. Lama berborak kat depan tu? Dengan jiran depan ke?” Aku menyoal daddy yang sibuk menukar baju melayu kepada baju hariannya, baju Pagoda putih dengan poket di hadapan.
“Haah, rupanya dia tu abang kepada si Adline. Segak orangnya, macam artis! Adline tu dekat UK, sambung belajor katanya. Ate, dia la yang menjaga rumah.” Daddy bercerita sambil duduk dan membuka bungkusan nasi lemak.
“Ini, dia yang bagi?” soalku pula sambil duduk di hadapan daddy. Bolehlah buat alas perut sebelum ke tempat kerja sebentar lagi. Hari ini pula perlu ke dewan untuk sesi seliaan.
“Haah, makanlah Seri. Kejap lagi nak pergi kerja kan?” Daddy membalas pula.
Aku angguk kepala, membaca doa dan menjamu selera. Sedap!
“Ya, daddy. Hari ni ada event sikit yang dia orang jemput Seri dan Seri kena get ready untuk pastikan tak ada masalah dekat situ.” Aku menerangkan serba sedikit.
Daddy memang sejenis easygoing, bukan tipikal orang tua yang mahu anaknya bekerja sebagai peguam, doktor ataupun guru sahaja. Daddy tak pernah tentukan masa depan aku pun, dia serahkan sepenuhnya kepadaku.
Yang penting, jaga maruah diri dan keluarga.
“Oh ya? Goodluck anak daddy.” ucap daddy dengan ikhlas sebelum ke dapur untuk membasuh tangan.
Aku turut sama mengelap bibir dengan tisu sebelum membetulkan tudung bawal di atas kepala. Aku bersalaman dengan daddy sebelum mencapai beg tangan dan kunci kereta.
“Bye daddy!”
“Take care, Seri!”