Jan 2019.
Cukup sebulan officially permanent kerja kat tempat baru. Suasana baru. Gaji baru 💃. Officemate baru. Tanggungjawab baru. Alhamdulillah.
Feb 2019.
Semua ok.
March 6, 2019.
Diuji. Kene langgar dengan Nissan XTrail. Sebelum kene langgar, sempat tengok dekat cermin, kereta belakang ni laju semacam, confim dia tak sempat brek. Dalam sekelip mata ja. BOOOMMMM! Hanyut. Tetiba kereta dah kedepan.
Hasil kene langgar dari belakang.
Dan hasil terlanggar kereta sebelah kanan lepas terbabas.
Cermin belakang tanggal terus. Kereta ni lah punca (Nissan XTrail). Dekat 5 biji kereta kot yang berlanggar. Kereta Axia i paling power. Dari depan Nissan XTrail tu terus meluncur maju kedepan, potong kereta lain 💅
Sejujurnya lepas kene langgar, dalam hati cuma ingat mati je. Dalam hati fikir aku dah jadi roh ke? Tengok pulak pintu belah kanan tu dah tersiat. Kalaulah, nauzubillah. Tapi, Alhamdulillah Allah masih bagi pinjam nyawa.
Alhamdulillah masih boleh bernafas.
Alhamdulillah tak ada setitik pon darah walau kereta ofkos total lost.
Alhamdulillah ya Allah.
Kesan dari eksiden tu dalam 1-2minggu jugak la badan sakit² ya amat. Sampai tak boleh nak gerak. Balik je rumah terus makin lama makin terasa sakit tu. Lenguh ngan sakit macam baru lepas maraton. Hari kedua makin sakit. Hari ketiga, bertambah sakit, sakit gila dan gila.
Dan bermulalah hidup kemana sahaja dengan scooter chomel sebab kereta dah tak ada.
Tapii..Hikmah dia. Yeayyy dapat kereta Myvi baru time bulan puasa, so boleh balik Raya kampung💃💃💃
April 2019.
Weolls bertapa di KL. Jalan² weekend naik skooter, naik MRT. Kurus lah sekejap
May 2019.
Ramadhan. Puasa is going really well sambil menanti kereta ready.
Iftar with them at Bangi Golf Resort,Cyberjaya. How i wish, the next year i can bring my babies too ❤
June 2019.
Raya semua berkumpul di Kelantan. Hooray!!!
Sambung raya ke Pulau Pinang. And here we go! Bukit Bendera & misi mencari nasik kandaq power !
AND This is the best things happen in mid of 2019! ALHAMDULILLAH. Unexpected ❤
All is going well. Until Dec,2019.
Nov 2019.
Mak & Aboh pergi umrah. Alhamdulillah Rezeki.
Dec 2019.
Dec 23, 2019 - Dec 26, 2019
Checkup dekat Hospital Melaka, Klinik Nephro.
Malangnya BP Tersangat la high. 160 over berapa dah lupa. Kaki sembab, bengkak gila. Dan kerana pregnant, terpaksalah kene tahan dekat wad untuk pantau BP dan urine. Rosak plan nak bercuti berehat dekat rumah. Rugi je amik annual leave. Last² berkampunglah dekat situ dari Isnin sampailah Khamis. Sebab special case punya pasal, terus dapat katil betul² depan dokter. So, takdela takut ke ape ke. Sebab sentiasa ada org yang teman. 😊
Hari khamis, Dec 26 dah discharged. Tapi, malam tu terus kene demam gigil. Badan panas + batuk. Nasib baik MIL tolong jagakan. Tolong basahkan badan dengan ais nak bagi suhu turun. Time ni risau gila. Fikir yang dalam perut je 😢
Esoknya, Dec 27 husband hensem sampai dari KL terus baik dari demam ❤
Ahad, balik KL sebab isnin dah kene kerja kan. Tapi tak kerja pon sebab still tak larat. So, MC lagi! Dokter terus bagi MC 2 hari 30 Dec + 31 Dec 💃
Dec 31, 2019
Ada appoinment KK belah petang.
The only 1 gambar yang nampak perut. Ada Izz Haziq Naufal kat dalam tu🤰🏻
Dan drama petang berlaku, lagi skali BP tinggi. Dokter terus decide call ambulans nak bawak pergi Hospital Sg.Buloh 😩 STRESS!!! Kene duduk hospital lagi.
---Dan bermulalah beberapa episod di Hospital Sg.Buloh.
Episod 1 : Check-In di HIGH RISK di ambang tahun baru 2020 Dec 31, 2019
Yang ni paling tak suka.
1) Kene pakai tiub kencing. Reason sebab takut kalau pergi toilet, pengsan dalam toilet. 😥
2) Dokter cari urat tangan untuk masuk ubat & masuk air tak jumpa. Dicucuk berkali². This is very sad. Dan hari² kene bagi sampel darah. Double sad.
3) Kene masuk air. Confirm badan macam dipam-pam
Tapi nurse kat sini tersangatlah baik yang amat.
Episod 2 : Emergency Czer Jan 3, 2020
Tak boleh ingat apa yang jadi, waktu kejadian. Sebab bila tau kene emergency czer terus pejam mata. TAKOT!!!
Harini Izz Haziq Naufal dilahirkan 👪
Izz : Kekuatan
Haziq : Cerdik,Pandai
Naufal : Pemurah,Dermawan
Mulanya nama yang dicari sejak tahu kewujudan dia dalam perut is Haziq Naufal. Tapi last minit, tambah Izz untuk nama dia sebab he is my Izz. (Kekuatanku)
Episod 3 : ICU
Tak sedar pape, mamai dengan ubat bius
Episod 4 : Wad 6B
+ Terbaring tak boleh gerak
+ Kencing pakai tiub
+ Berak dalam pampers
+ Makan bersuap
+ Sentiasa pakai oxygen
+ Cucuk amik darah sampai tangan lebam kiri kanan
+ HARI² OKAY kene amik darah - Sampailah satu. tahap, sakit sangat² dua² tangan dah takde tempat yg boleh cucuk amik darah masuk ubat, terus bagitau dokter : SAYA DAH TAK NAK CUCUK. TAKPELAH KALAU SAYA MATI PON. (masalahnya dokter cucuk sampai 3-4 kali still tak dapat. Sakit lenguh tahu. Itupon dah rasa macam separuh mati dah)
+ Hari² ada scene air mata. Last² dokter pakar refer ke psy (psychiatrist) 😁 im not GILA ok. Stress sebab sakit. Tangan kiri kanan bercucuk jarum. Kencing pulak pakai tiub. Nak gerak mana² pon tak boleh. Oxygen pulak on yang macam mask tu. Kalau nangis, dah berkumpul hingus dalam tu.
+ CT Scan
+ Echo (Scan Jantung)
+ paling sedih, tengok orang lain semua ada baby dekat sebelah. But not me. 😊
Episod 5 : NICU
Visiting my hero. Izz Haziq Naufal
Setiap hari ibu datang bawak susu & tengok awak. Ibu sayang awak. The best gift that Allah give me after almost 7Years menunggu keajaiban. Amanah yang paling berharga. Harta yang tak ternilai. Takkan dapat dibeli dengan wang ringgit.
TBC

































