Salam wbt,
Rasa macam nak menulis hari ini, sebenarnya tengah lecture paeds sekarang, tapi itu lah, rasa macam membuak-buak nak menulis.. :)
alhamdulilah, dah masuk cycle terakhir untuk semester pertama tahun ke-5, cycle paling susah pulak tue.. hehe
paediatric and psychiatry.
hehe, bengong la jugak bila hari2 jumpa patiet psychiatry. dengan schizo, depression, mania.. perghh..
hahhaa
well, bila dah masuk 5th year ini, topik yang paling kurang dibincangkan adalah topik kahwin,,
sumpah xtipu,
compare to 4 years back, bila topik ini, menjadi makanan ruji harian.. hehe
tapi semua orang aware jek bahawa topik ini adalah yang paling banyak difikirkan, paling banyak dicari penyelesaiannya DAN paling kurang diluahkan..
tidak tahulah kenapa tetiba jek nak tulis pasal ini, random kot,, hehe..
**(sebenarnya terdengar orang berborak, alhamdulilah beliau dah ada gadis pilihan sendiri, tunggu habis belajar jek.. :))**
kadang-kadang bila dah masuk 5th year ini, terasa sangat transisi pertukaran ke dewasa, dari cara berfikir, pergaulan,perbelanjaan dan macam2 lagi,
dan mula berfikir dengan lebih jauh, lebih matang, lebih terbuka,
(serius sikit dalam belajar.. haha!)
semua orang pun cukup mengimani ayat quran bahawa lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik, manakala lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
dan juga semua orang memahami sendiri hadis 4 dalam hadis 40 imam nawawi, bahawa rezeki, ajal,amalan dan pengakhiran adalah ketentuan Allah semata-mata.
tapi..
itu tidak menghalang daripada kita berperasaan risau, tertanya-tanya dan terfikir-fikir.
kenapa urusan orang lain dipermudahkan?
ada ke orang yang sudi?
bila sebenarnya ia akan terjadi?
dan macam2 lagi soalan yang xmampu di'list'kan di sini..
saya rasa tipikal untuk orang akan cakap, kenalah berusaha.
tapi berusaha yang macam mana?
berusaha dari sudut mana?
sampai tahap mana?
dah berusaha sehabis boleh,
tapi xde lagi yang jatuh dari langit..haha
berusahalah sehabis mampu,selagi ada ruang untuk perbaiki diri,sila baiki,
bukan sekadar dari sudut teknikal ( masak, kemas),
lagi penting dari sudut spiritual (akhlak, pergaulan, pengetahuan)
jangan pernah letih untuk perbaiki diri,kerana diri kita tidak pernah sempurna,
yang sempurna itu cuma Allah S.W.T
sentiasa tanamkan dalam kepala otak, minda bahawa kita hendak berkahwin untuk membina ummah,
bukan sekadar kepuasan nafsu/dunia/ rusuk kiri kanan.
**entry lama, cuma publishkan balik,,
xingt nak sambung ape.. =)
till next tyme,
may Allah bless.