Umat Islam sekarang sedang menyambut Syawal selepas berjaya merentasi segala cabaran pada Ramadan al-Mubarak. Mudah-mudahan didikan Ramadan tahun ini dapat membentuk keperibadian kita sebagai umat Islam mulia yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam cemerlang.
Cerita Raya Siapa Paling Best?
Mestilah cerita raya diri sendiri. Bukan perasan tetapi WAJIB 'perasan' agar sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah.
1) Dapat berkumpul satu keluarga dan mengunjungi sanak-saudara.
1 Syawal tahun ini kami sekeluarga berkumpul di rumah kami sendiri iaitu rumah Mrs.Boan. Hari raya kedua baru kami pulang ke kampung mertua masing-masing. Beraya dirumah sendiri? Kenapa...dah takde kampung ke?
Sebenarnya Emak buat keputusan tak balik kampung [balik kampung..o o o blk kampung..*nyanyi*] kami di Perak. Sebabnya menjaga Iqa adikku yang ke-5 yang baru dikurniakan cahaya mata puteri ke-2 bernama Faiqah Safiyah. [erm..macam tu ke ejaannya?...hehe]...best ke raya dirumah sendiri?...yeahhhhh...best jugak...sebab teringat dulu-dulu masa kami beraya diperantauan iaitu Muar Johor...hanya kami tanpa sanak saudara.Tapi pada 1 Syawal tu kami sempat juga mengunjungi Mak Ndak (adik Emakku) yang tinggal di Sabak Bernam.
Dan cerita raya ke-2 hingga ke-6 dipenuhi dengan aktiviti kunjung-mengunjung saudara-mara En.Suami di Muar.
2) Dapat pakai baju raya.
 |
| Butang Cantik yang dijahit pada baju melayu. |
Aduhai kisah baju melayu dan
Butang Cantik [klik here] ni membuat Mrs.Boan kekalutan dipagi raya. Gambar atas tu baju si adik. Alkisah dipagi raya si adik taknak '
kereta' merah dan hijau itu tapi nak
'helikopter' dan '
kereta polis' yang ada pada baju si abang. Maka gigihlah Mrs.Boan dipagi raya itu
'menukarnya'.[
huhu...kalau magic je macam 'i dream of jeannie' tu takpela jugak]
3) Memberi duit raya dan menerima duit raya anak-anak.
Tentulah budak-budaknya paling gembira. Berebut-rebut bersalaman sebab duit raya. Selalunya nak bersalaman kena disuruh. Rekod setakat hari ini. Iffah RM249, Yusuff dan Luqman RM229. Kakak Iffah extra RM20 sebab dapat upah puasa 17 hari pada Ramadan yang lalu daripada Opah. [Note: Umur Iffah 6 tahun]
4) Dapat makan makanan istimewa seperti ketupat, rendang, ayam masak merah/kari dan teristimewa Sambal Goreng
 |
| Sambal Goreng resepi turun temurun keluarga KHM |
Menu pilihan kami dipagi raya yang lalu. Ketupat Nasi, Kari Ayam En.Suami, Sambal Kacang Along, Sambal Goreng Opah dan Nasi Minyak En.Suami, Sirap Bandung En.Suami. Apakah menu Mrs.Boan? Jawapan tiada. Tapi tuan rumah tak duduk diam tau. Tapi ada kurangnya sambal goreng kali ini. Tiada petai. Terliur dah ni. Rasa nak suruh Emak buat lagi.
Apa itu keluarga KHM?...ada sesiapa pembaca blog ini keluarga KHM. Saya NRP 6263. Awak? Takpe la...pasal keluarga KHM ni nanti lain kali cerita lanjut ye.
4) Dapat kad raya!
Barulah namanya kad raya sebab dapat dibulan raya. Tak gitu
Ain ? Ini adalah kad raya ke-3 pada tahun ini. Kad raya pertama kat
SINI. Gambar di atas adalah kad raya yang dipos dan diterima dari USA tetapi buatan Malaysia. TQ ye Ain...TQ juga sebab bagi 'setem'...kuikuikui...
5) Kawan-kawan dan jiran-jiran datang rumah. Semestinya sungguh best. Adalah masak barang 7 kilo nasi minyak.hehehe...dan juga Mee Bandung!
6)Memenuhi jemputan Open House rumah kawan-kawan.
TQ kerana menjemput. Yang mana kami tak berkesempatan nak pergi tu...minta maaf banyak-banyak ye.
7) Sambut birthday Luqman Yang Ke-3
Harijadi Luqman yang ke-3 adalah pada hari ini 20 September. Dah besar dah luqman. Dah boleh adik lagi. Potong keknya petang semalam.
8) Puasa ganti tidak dilupa
Baca dari
SINI. Ringkasannya.....
Nabi Muhammad bersabda, "Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan kerana kedatangan haid, Syawal ini memberi peluang terbaik untuk membayar puasa qada lebih afdal tidak digabung dengan puasa sunat enam hari Syawal walaupun ada pendapat menyatakan boleh.
Yang penting niat yang puasa qada dulu ye. Itu yang wajib.
Ok begitulah kisah raya paling best. Tutup la kisah raya ye...