Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 3

Anakku

Assalamualaikum,

Lama benar dah tak update apa-apa. tapi setiap hari tak miss BW my favourite blog. Kebetulan adik bongsu add gambar anak bujang ku yang baru sorang ni kat FB dia. So why not i'm sharing it with you all kan?.

Gambar diambil semasa Ejul tengah 'sibuk' mengemas dan berkebun. So cute tengok keletah budak kecik ni.

Image

rajin anak mami ni. sejuk perut melihatnya.

Image

menyapu dengan bersungguh-sungguh. caiyok!

Image

memang sesuai my mom belikan kasut getah untuk ejul buat aktiviti lasak begini.. hahaha..

Insyallah tak lama lagi Ejul akan ada adik.. *winks*

Will update bout that sikit-sikit lepas ni. Insyallah.

Sampai berjumpa lagi! Bye!

Assalamualaikum

Thursday, August 9

Tutuplah Aurat Dengan Sempurna

Assalamualaikum,

Untuk kesedaran kita bersama sebagai hamba-NYA. Bersamalah kita menuju ke jalan yang diredhaiNYA. Insyallah.

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini? Jawabnya seperti berikut:-

KESALAHAN KE-1 : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KE-2 : Bertudung tetapi ber'T-shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KE-3 : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KE-4 : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KE-5 : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KE-6 : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KE-7 : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KE-8 : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

* * * * * * * *

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT. Ertinya:

Image

Wednesday, May 23

Assalamualaikum,

Terkejut dan terdiam seketika lepas baca blog Mira tentang perginya Norma. Wanita yang berjuang untuk meneruskan hidup akibat barah otak. Mengalir air mata ini seolah-olah kehilangan keluarga terdekat sedangkan kami tidak pernah mengenali satu sama lain.

Terima kasih kepada kak Moon kerana sudi berkongsi suka duka yang dialami keluarganya demi membantu Norma, adik iparnya. Kerana blog beliau lah aku tahu siapa Norma dan mengikuti perkembangan kesihatannya. Setahun lebih sudah berlalu akhirnya dia pergi menemui penciptanya.

Innalillahi wainnalilla hirrajiun. Takziah buat suami Norma dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan ini..

Sedih :'(

Tuesday, April 17

Hari Kebangkitan. Like It or Not, The Day Will Come

Assalamualaikum,

Untuk perkongsian sesama kita umat islam. Ambil entry ni dari blog Ika Abdullah. Makseh Ika for sharing! ^_-

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Rujukan:Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.② Doa anak²nya yang soleh.③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, March 28

Setompok Darah

Assalamualaikum,

Image
source google

Selepas kejadian tempoh hari, pagi isnin aku terkejut bila lihat ada tompok besar darah kat seluar kecik masa nak buang air kecil. Terus dalam fikiran kata Adakah aku keguguran?

Jauh dalam hati aku lega. Selepas memikirkan rawatan yang diberi semasa berada dalam emergency, terutama sekali X-ray 3 kali, scan atas bawah (mean dalam faraj). Ada kemungkinannya. Biar semua keluar sebab tak nak benda yang tak diingini berlaku. Tapi dalam fikiran pulak berkata Mungkinkah aku period awal???

2 hari dan berlalu. Aku tak period. hmmm.. Memang hanya setompok darah keluar hari isnin lepas.

Kesimpulannya, try again hubby!! ^O^

Image
source google

sekarang aku dan hubby nak tambah baby lagi. Kalau boleh nak baby girl. Dan kalau boleh nak kembar 2. (angan-angan tinggi melangit ^_- ) Doakan kami yer.

bye

Sunday, March 25

Dikejarkan ke Emergency T_T

Assalamualaikum,

Image
source: google

Hari sabtu jam 2 pagi aku bangun dalam keadaan perut yang amat sakit sekali. Seperti memulas-mulas nak pecah. Tapi bila nak membuang tak nak pulak sampai termuntah-muntah jadinya.

Aku syak kena gastrik tapi tak pulak aku skip makan. Kebetulan masa tuh mak mertua dah bangun awal tengah kemas dapur. Lepas makan ubat gastrik trus sambung tido. Tetap tak dapat tido. Mengaduh tak habis-habis sebab terlampau sakit sangat. Tak pernah mengalami sakit yang teruk begitu.

Image
source: google 

Last2 mak mertua call mak aku suruh bawak ke emergency. Boleh dia tengokkan ejul semasa aku takde. Akhirnya pukul 3 pagi sampai emergency terus jumpa doctor.

Jam 3.00 - 4.20 pagi - Masih di emergency. Kena cucuk tangan untuk masuk air drip. sakitttt.. T_T

Jam 4.20 - 6.30 pagi - Kena refer di Unit O&G (sakit puan). Selepas tunggu lebih sejam sampai tertido baru doktor datang. Selepas scan atas bawah, doktor beritahu hanya jumpa 1cm cyst dalam rahim tapi tidak mungkin menyebabkan kesakitan yang terok. (hmmm.. assumption can be wrong kan?) Doktor cakap dia akan refer kepada Unit Surgical untuk investigate masalah aku.

Jam 6.30 - 12 tghari - Masuk emergency balik. Doktor emergency pun dah pening selepas baca komen unit O&G. Kebetulan kat situ ada doktor bedah unit surgical terus suruh ambil X-ray dan sekali lagi tak jumpa apa2. hmmmm.. masa tuh perut masih sakit lagi.. Menggigil satu tubuh menahan sakit yang teramat. T_T

Jam 8.00 pagi jururawat pelatih datang nak ambil darah dan tak lama selepas tuh doktor wanita datang nak ambil darah lagi.. aku hairan sebab baru jer lepas ambil tadi dan tanyalah doktor kena ambil 2 kali ker? Ntah apa yang dia sebut aku pun tak tahu. tengah dia cucuk datang sorang nurse tanya doktor tuh kenapa ambil darah lagi sedangkan mereka dah ambil sebentar tadi. Selamba jer doktor cakap 'eh yer ke? aku tak tahu' cehhh! gara-gara tak tanya dengan nurse percuma jer aku kena cucuk. dua2 belah pulak tuh. Akhirnya jam 10 pagi aku diberi ubat tahan sakit dan ubat tido untuk kurangkan sakit sampai lah pukul 12 tengahari baru aku dibolehkan balik. Walaupun sakit perut masih terasa tapi kurang sikit daripada yang mula2. T_T

Sampai sekarang aku masih bingung memikirkan apa sebenarnya punca sakit perut.

p/s: semasa dalam emergency, hanya ejul jer bermain dalam fikiran. Bingung memikirkan apa yang sedang dia buat.

Saturday, February 11

Happy birthday to me!!

Assalamualaikum,

Lama dah tak publish apa2 kat sini. Bukan apa tak ada idea dan mood nak blogging kurang. Tapi blogwalking wajib buat hehehehe. Salute lah kat blogger2 yang rajin update. Seronok baca. 

2 9

Ok cerita sebenarnya nak beritahu yang semalam is my birthday yang ke 29. :) tepat tanggal 10 februari 2012. Semakin meningkat tua sudah hehehe. Tapi yang sedihnya my hubby tak dapat balik. Huhu.. Takper hujung bulan nih jumpa. 

 Aku rasa itu jer yang mampu aku taip. Bila ada mood baik punya baru ada entry baru k. Oh ya malam nanti kakak ipar aku nak celebrate my bday sekali dengan anak buah yang bday bulan februari gak. Kalau ada ambik gambar aku akan post dalam ni insyallah. ;) 

 Ok bye