Assalamualaikum w.b.t.
Nurul Aishah Binti Rushidi, itulah nama anak saya tapi disebabkan marah, jadi Pengetua sekolah Aishah telah menukarnya kepada Nurul Aishah Binti Teacher Zana. Memang agak marah Teacher Zana waktu tu apabila salah seorang anak didikannya malas nak buat homework. Sebelum ni, saya pernah ditegur oleh guru kelas Aishah dengan sikap Aishah yang sering ke sekolah tanpa menyelesaikan kerja rumah. Silap saya sebab tak periksa buku anak.
Dulu Aishah, selalu buat homework tapi sejak kebelakangan ni dia tak sihat. Jadi saya tak paksa dia buat homework yang belambak tu, bukan nak ajar anak malas tapi kesian. Bayangkan kalau Aishah MC 3 hari jadi berapa banyak kerja rumah yang tertunggak. Selalu Aishah menangis kalau homework dia tak siap tapi sekarang ni tidak. Mungkin sebab dah biasa tak buat homework jadi sekarang dia mula malas, bila ditanya cikgu tak marah ke kalau tak siap homework, katanya dia tidak akan beri bukunya kepada cikgu. Saya risau juga sebab rasa macam guru tak ambil perhatian bila murid tak buat kerja rumah. Nak juga saya call tanya tapi tak berkesempatan. Sekarang saya tahu yang sebenarnya bukan gurunya tak mahu ambil kisah tapi beri Aishah peluang untuk siapkan kerja rumah.
Saya bukan tak peduli tentang persekolahan anak cuma mungkin sebab rasa tak mahu tekankan sangat sebab merasa anak tu masih kecil, ialah baru 5 tahun. Teacher Zana pernah berpesan kalau kesian sangat kat anak nanti boleh mati. Memang bunyi cam kasar, tapi cuba kita teliti apa yang cuba Guru tu sampaikan. Terlalu ikut kehendak anak dan tak tegas, maka dengan cara itu akan melalaikan anak.
Mungkin sebab dah selalu sangat Aishah tak buat kerja sekolah jadi guru kelas merujuk perkara ni pada guru besar.. Ha hambik ko, dengan haku2 kena sekali.
Alkisahnya begini, petang Rabu Guru Besar telefon saya kat office tanya kenapa Aishah selalu tak buat kerja sekolah. Saya pula tak tahu bagi alasan alih2 bagitahu jugak Aishah kat rumah susah nak suruh buat kerja sekolah bila ditanya, dia jawab takde homework, bila cek buku rupanya ada, jenuh juga ugut nak rotan tak jugak dibuatnya nanti dia menangis pun tak boleh juga buat homework, bila cakap baik2 macam2 pula alasan diberi. Tahu apa Teacher Zana cakap. Mulai hari esok Aishah tak boleh balik duk kat sekolah sampai bila-bila, esok saya kena siapkan pakaiannya bawa ke sekolah. Monday baru boleh pick-up Aishah jam 6 petang. Sekarang ni, Nurul Aishah bukan lagi binti Rushidi tapi Nurul Aishah Binti Teacher Zana. then off phone.
Tekedu saya dibuatnya. Apsal erk..cikgu tu nak bagitahu aku ni tak pandai didik anak ker. Apa lak maksud dia, tak boleh balik, Monday baru boleh pick-up jam 6.. Petang tu saya call mak mertua saya tanya Aishah dah balik ke belum.. Dah ada kat rumah maktok dah.... maknanya dia tak stay back.
Malam tu saya balik jam 10 pm, nampak Aishah sedang buat homework, bila ditanya kenapa malam baru nak buat. Katanya siang dia tidur sebab penat sangat. Kesian.. tekun dia buat homework yang tertunggak tu. Saya tanya Aishah, Teacher Zana ada cakap apa2 tak siang tadi, dia diam jer.. bila ditanya lagi, dia tanya kita balik. "Apa yang Teacher Zana cakap kat mama?" Saya saja nak gertak dia, cakap Teacher Zana marah mama sebab adik malas buat homework. Takde reaksi, Aishah cuma sambung buat homework dia.. malas nak tanya banyak just temankan saja dia buat homework.
Tekun, selagi tak siap dia tak mahu tidur..
Keesokan harinya saya tanya Aishah lagi, apa yang Teacher Zana cakap pada dia semalam. Aishah cuma jawab "Entahlah" bengang dengan jawapan Aishah saya tanya dia balik "Semalam, bila Teacher Zana nasihat adik, adik buat tak tahu jer ek, masuk telinga kanan keluar telinga kiri camtu?" Aishah pandang muka saya dan bertanya balik dengan saya apa yang Teacher Zana bualkan semalam dengan saya. Saya ulang balik cakap benda yang sama macam semalam Teacher Zana bising sebab adik tak siap homework. dan bertanya lagi "Sekarang Mama tanya Aishah, apa yang Teacher Zana cakap pada Aishah semalam?" Aishah cakap "Teacher Zana suruh Adik buat homeworklah tu jer" itu saja...
Sesampai pintu pagar Teacher Zana dah menunggu. Soalan pertama yang keluar dari mulut dia. "Homework dah siap ke belum,? Aishah angguk dan cakap sudah. Kemudian Teacher Zana tanya lagi "Nak Teacher Zana sayang ke nak Teacher Zana rotan?" Aishah jawap nak sayang. "Kalau nak Teacher Zana sayang, buat homework ok?" Sambil mengangguk Aishah cakap ok kemudian terus masuk kelas.
Teacher Zana beritahu saya yang dia dah merotan tapak tangan Aishah sebagai hukuman sebab tak siap homework. Terkejut juga sebab Aishah tak beritahu sayapun. Teacher Zana pun terkejut sebab Aishah hanya bagitahu kami bahawa dia disuruh buat homework sahaja, langsung tak mengadu yang dia dirotan, sedangkan Teacher Zana cakap kuat juga dia hayun rotan tu sampai berkesanlah tapak tangan Aishah. Sambil tangan sebelah kanan menulis dan tangan sebelah kiri dirotan. Dalam hati saya, "laa...kesian anak aku..dahlah semalam pun dia dimarah oleh saya."
So petang tu Aishah terpaksa stayback jadi jam 6 baru boleh balik. Disebabkan sekolah dia berdekatan dengan office saya, jadi saya yang ambil dia tapi kena stay lagi kat office saya pulak. Sebelum balik Aishah nak makan pizza. Oklah ingatkan nak bungkus jer tapi Aishah nak juga dok dalam restauran tu so sayapun layan jerlah.
makan sup jer kat sini, pizza makan kat rumah ngan abang k...
Suka betul si Aishah ngan belon...
Hanya hari Khamis jer, Aishah disuruh stay back hari Jumaat sekolah macam biasa. Hari ni, Aishah tengah Exam sepatutnya semalam, iaitu hari Isnin tapi Aishah semalam demam balik. Asyik demam jer Aishah ni...
All the best to Aishah harap dapat jawap soalan dengan betul, ok. ^_^
thanks for reading this entry ^_^