Entry One:
Ingat lagi gambar gambar di bawah?

Kenduri tu dulu bukan saja saja nak makan kambing. Tapi diadakan sempena kedatangan rombongan meminang anjang amiir dan juga sempena aqiqah muadz. Tapi taklehlah nak disclose lagilah masa tu sebab tunang kan..tiba masa kahwin baru lah boleh announce satu dunia pun...
Jadi dengan rasminya anda semua dijemputlah untuk menghadiri majlis walimah tersebut.


Entry Two:
Ditangguh atas sebab sebab tertentu...
Entry Three:
Anda nampak apa yang saya nampak? hehe
Rasa kagum pun ada dengan keberanian beliau, ralat pun ada dedua kasut baling "seekor" pun tak kena... gigil kot masa baling tu..
In the middle of the news conference with Mr Maliki, Iraqi television journalist Muntadar al-Zaidi stood up and shouted "this is a goodbye kiss from the Iraqi people, dog," before hurling a shoe at Mr Bush which narrowly missed him.
Showing the soles of shoes to someone is a sign of contempt in Arab culture.
Sekarang tak tahu apa nasib beliau yang pasti mesti dah kena timbuk dengan Secret Service tu..Jangan hantar pergi Guantanamao Bay sudah...

"Parti-parti politik yang ada sekarang telah bercampur-aduk dan semuanya macam komunis,"
Dulu pun alasan lebih kurang sama masa bertanding PRU dulu. Apa alasannya
“Kerana Tok bertanding supaya Tok boleh bersuara di dalam dewan mengenai apa yang berlaku di dalam negeri kita (Terengganu).Tok tengok orang buat salah belaka. Berdosa juga kalau kita tidak bersuara. Kalau bersuara tepi-tepi jalan tak jadi apa.Orang nak jual negeri kita kepada orang luar tetapi Tok tak mahu mereka jual,” katanya ketika ditemui hari ini.
Untuk menguatkan hujahnya, Maimun berkata, PAS mahu menjual negeri Terengganu kepada Jepun kerana lambang PAS hampir sama dengan bendera negeri matahari terbit itu.Menurutnya, beliau tidak mahu Terengganu menjadi seperti Singapura dan Pulau Pinang yang menjadi “negeri orang Cina.”
“BN pula mahu menjual negeri ini kepada orang luar dan kerana itu mereka buat bangunan tinggi supaya orang luar datang,”Agak agak tuan tuanlah.....


Entry Two:
Shah Rukh was awarded the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) which carries the title “Datuk”.
Speaking in an exclusive phone interview with mStar Online yesterday from his palatial mansion Mannat in Bandra, Mumbai, Shah Rukh could not contain his excitement when talking about the award.
“After I heard about the award, I have not stopped telling everyone around the world – in the United States, Britain and South Africa – that I have been knighted,” he said.
He said he only came to know about the award when he arrived in Singapore during the first week of November for the Zee Carnival.
“I saw it in the papers at the airport and was so surprised. I asked my friend who picked me up and he told me it’s a prestigious award, akin to the British knighthood.
Pergh..sama tahap lah ni Gabenor Melaka dengan Queen ek...
Siapa lagi yang pernah dapat anugerah ni?
DARJAH MULIA SERI MELAKA(D.M.S.M) 2007
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) 2003
Azimi Daim(Bendahari UMNO), Mohamed Nazim Abdul Razak, Mohd Zaid Ibrahim (Yang tengah Glamer sekarang), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Tajuddin Abdul Rahman(Yang sebut bloody bastard dalam parlimen kot)
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) 2002:
Ir Ahmad Zaini Mohd Amin DSM; Datuk Haji Mohd Shafie Hj Apdal JP,YB Senator Rosli Mat Hassan AMT, PJK,JMN; Haji Zein Isma Haji Ismail DSM;
Tokoh politik yang menerima DMSM ialah anggota Parlimen kawasan Jasin, Mohd Said Yusof( Yang Glamer dengan One Closed eye issue)
Adun kawasan Bera (Pahang) Ismail Sabri Yaakob (Menteri Belia dan Sukan); Bendahari Umno kawasan Kepala Batas (Pulau Pinang) Md Kamal Bilal; anggota Exco kerajaan negeri Terengganu yang juga Adun kawasan Permaisuri Mohd Jidin Shapee;Ketua Pergerakan Wanita bahagian Kota Melaka Rabiyah Ali,; anggota Parlimen kawasan Gombak (Selangor) Dr Raman Ismail.
Penerima DMSM lain ialah Presiden Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Prof Dr Ghauth Jasmon(Sekarang dan kat UM), pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Faisal Othman; Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Prof Dr Hassan Mohd Said; penulis Khalid Jafri Bakar Shah, Pengarah Kolej Stanford Datuk Halim Abdul Samad,
Entry Three:
Kelebihan Sepuluh Hari Awal Bulan Zulhijjah
Risalah asal bertajuk
( Fadl Ayyam Asyr Zul-Hijjah),
Terbitan Dar Al-Watan, Riyadh dan telah disemak oleh:
Sheikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin.
Alih bahasa oleh:
Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit Abd Rahman)
KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZUL-HIJJAH.
الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيد المرسلين ..... وبعد:
Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah:
Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zul-Hijjah.
Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
Firman Allah I:
} وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ {[سورة الفجر: 1-2]
:: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).
2. Dari Ibnu Abbas t, Rasulullah r telah bersabda:
( ما من أيام, العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر). قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال : (ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء ).
[رواه البخاري 969، وأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).
3. Firman Allah I:
}وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ{ [سورة الحج: 28]
Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas t: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.
4. Dari Ibnu Umar t, Rasulullah r bersabda:
(ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد)
[رواه أحمد 5446-صحيح]
Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah I dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir t (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar :: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zul-Hijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban t berkata: Aku mendengar Rasulullah r bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” (H.R Muslim.) Ini umum untuk semua waktu.
2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: ‘Rasulullah r berpuasa pada hari sembilan Zul-Hijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari :: ‘Ibnu Umar dan Abu Hurairah y menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’
Katanya lagi: ‘Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.’
Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah t.
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:
الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.
4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zul-Hijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah r. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.
(أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده)
[رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (H.R Muslim).
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah r tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.
5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZUL-HIJJAH.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah. Kata Ibnu Al-Qayyim :: ‘Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah r yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zul-Hijjah).
Setengah ulama' lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai dari hari Arafah dan pada hari itu juga Allah I turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah I. Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} (Al-Ankabut: 69).
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Kepada para jamaah haji semoga mendapat Haji yang mabrur, Amin.
Sekian, wassalam.
Entry Four:
Tahun ni tak ada isu macam sebelum nilah kut bila tarikh 9 Zulhijjah kita mengikut Hari Wukuf yang telah di tetapkan oleh Pihak Saudi iaitu 7 haribulan.
Jom Puasa....
Kat bawah ni entry tahun lepas berkenaan puasa hari arafah
1. "Tetapi jika kebanyakkan negeri berada dibawah satu pemerintah/kerajaan, dan pemerintah memberi arahan untuk mula atau menamatkan puasa, maka perintah ini hendaklah di ikut, kerana ini merupakan masalah khilaf, akan tetapi arahan pemeritah melepasi khilaf.
Berdasarkan ini, kamu hendaklah berpuasa dan berbuka bersama rakyat negara tersebut dimana anda tinggal, samada ini bersamaan dengan negara asal (Saudi) ataupun tidak. Begitu jugalah hari Arafah, kami hendaklah ikut negara tempat anda tinggal" [Majmu' Fataawa Ibn Utsaimin - 19. Tarikh 28/8/1420H
http://www.nuun.blogspot.com/2007_12_01_archive.html
http://nuun.blogspot.com/2006_12_01_archive.html
Mount ‘Arafah
Pilgrims arrive at 'Arafat on the 9th of Dhil-Hijja
Pilgrims standing on the plain of 'Arafa next to al-Namira mosque
Pilgrims praying the shortened version of dhuhr and 'asr at 'Arafa
Aerial picture of al-Namira mosque at 'Arafa
Aerial view of 'Arafat showing the tents and crowds movement.
Gambar Credit to
1990
" Sapo Ustaz Nik Aziz tu?" tanya saya

( Dalam ingat ingat lupa .. )
Nenek saya menjawab
"Tok Guru tu Tuhan jago, mulo (dulu) ada oghe nak tembok(tembak) dia tak jadik"
(Maaflah ye dialog 18 tahun lepas saya pun masa tu tak ambil kisah sangat sebab baru darjah 5 tapi itu laksana perkenalan awal dengan orang yang menerajui Kerajaan Kelantan sekarang.)
"Kalu dio ngajar (bagi kuliah) ghama (ramai) oghe gi. Dio ngajar masjid Pula Melaka nuh kat ghumah dio" tambah nenek saya lagi.
Masa tu seingat saya sebelum pilihanraya umum ke yang mana sentimen anti UMNO dan BN begitu memuncak di Kelantan ditambah dengan apa kata orang faktor istana yang tidakbersama UMNO?. Saya sendiri pun masih baru belajar nak mengenali siapa Nik Aziz ni dan saya mungkin belajar mengenali PAS secara serius 2 tahun kemudian. Jadi tak dapatlah nak bercerita secara lanjut mengenai sejarah PAS bertapak mendapat kuasa di Kelantan 18 tahun yang lalu kecuali melalui keratan akhbar di bawah
Terima Kasih kepada Almarhum ayah saya yang saya kira tidak ketinggalan membeli akhbar tersebut semenjak dari keluaran awalnya dulu menyebabkan saya boleh berkongsi dengan anda semua detik detik bersejarah 18 tahun yang lalu. Ada sesetengah keluaran lama lama mungkin masih tersimpan di rumah di Kelantan. Paling lama yang ada dalam simpanan saya sekarang (di KL) adalah keluaran pada tahun 1988 menceritakan insiden keluar dewan oleh TG Nik Aziz dan ADUN PAS Kelantan yang lain.
Kalau anda nak tengok bagaimana rupa Harakah pada keluaran pertama mungkin boleh berkunjung ke pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat ataupun anda boleh berhubung dengan Ust Suhaimi. Beliau ada koleksi lengkap kecuali 1988,89.
Seperti yang dijanjikan, saya sediakan keratan al Harakah bertarikh 29 Oktober 1990 iaitu seminggu selepas kemenangan besar PAS dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) di Kelantan. Ingat kata kata TG MB, sesiapa yang undi PAS pada tahun 1990 menyebabkan PAS boleh laksanakan Islam dapat pahala.
Bayangkan kalau kebaikan yang dilaksanakan di Kelantan dilaksanakan di 5 negeri Pakatan yang lain?
Perubahan suasana di bilik yang sama 18 tahun kemudian

9 Mac 2008, lokasinya masih sama Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan.Credit to http://www.daylife.com
18 tahun kemudian..dah tentu banyak insiden pahit maung dengan Al Sultan heheLink Berkaitan
http://www.nuun.blogspot.com/2008_01_01_archive.html
Ni nak jawab soklan anak legendary Arwah Cikgu Kamsan, isteri kepada Dollah Salleh (no, not that famous x-football player)..
sebenarnya bukannya taknak tukar cerita dakpun asyik cerita kambing je.. hajat di hati banyak yang nak dikongsi antaranya yang saya cadang nak load keratan akhbar khas sempena pemerintahan PAS 18 tahun di Kelantan ( 20 Oktober 2008) special edition yang saya pasti hampir kebanyakkan daripada anda semua (batch sayalah) belum pernah melihat keratan akhbar tersebut. Bila nak upload? Insya Allah, kemudian cerita pasal penerbangan pertama jamaah haji, cerita mengenai 4 Zulqaedah, Obama blabla dan lain lain (harapnya ianya tak jadi janji 'wakil rakyatlah' kebanyakkannya janji kosong hehe.

berbalik kepada cerita tukar cerita tadi sebenarnya lepas dari tarikh terakhir posting saya tu, minggu berikutnya seminggu saya berMC di rumah ( takde kena mengena dengan makan kambing ek tapi ada kena mengena dengan binatanglah jugak), minggu selepasnya pula kenalah cover balik mana yang tertinggal seminggu dicampur pula dengan trip ke Taiping
.jpg)
.jpg)

Ni gambar sewaktu trip ke Taiping

Ular sawa dalam gambar tersebut ditangkap bukan kerana ianya membaham kambing sesiapa tapi untuk tujuan penggambaran sahaja. Mula mula ular tu dah berlingkar kat Ummu Muhammad tapi dia plak tak nak diambil gambar (spoil betul) last last saya jadi mangsa terpaksa pegang...
( Ni cadangan posting saya minggu lepas, tapi dah sebab pakai henpon masa nak load dia fail so takdelah cerita yang patutnya keluar minggu lepas)
Entry Two:
Sekitar acara Sabtu lepas berlangsung beberapa acara serentak yang saya ngan ummu muhammad kena split untuk hadir iaitu majlis konvokesyen muhammad di MPOB yang mana Muhammad terlibat menyampaikan nasyid, Ihtifal Amiir di Dewan Anuar Mahmud UKM, amiir dipilih untuk menyampaikan ucap utama opss.. syarahan dalam bahasa arab dan acara yang saya sendiri pula iaitu terlibat dalam mengucap utama opss..menjemput pengucap utama iaitu Munaqashah Ucapan Dasar Presiden

Ucap utama opsss.. Syarahan Bahasa Arab bertajuk Birrul Waalidain... oklah sebagai permulaan berdiri depan ratusan orang.. tapi tak sempat nak record semua memory henpon tak cukup lak....jpg)
.jpg)
Ni plak hadiah untuk ujian dan keseluruhan. tu dekat UKM, dekat MPOB plak hari tu khabarnya 'havoc' sekejap bila ali lari naik ke pentas peluk Muhammad masa tengah bernasyid ( ingatkan nak bagi bunga ka apa.. suspen jer..)
Lepas ketiga tiga acara tu ( walaupun program munaqashah saya sampai lepas 'kedai tutup') pergi pula ke majlis aqiqah sempatlah juga dua tiga ketul dot dot dot ( tak sebut kambing ek...)
Entry Three:
Antara Dua Cerita
Menilai sikap seorang MB
danJURUFOTO DAN WAKIL SYARIKAT GUAMAN
anda nilailah sendiri.....
Esok ada program kat tingkat 50, jamuan ( saya takde campur tangan dalam hal ni) seperti program sebelum ni dot dot dot...(takde sebut kambing ek...)
Jadi harapnya dah menjawab kemuyskilan orang taman sutera ek... sekian terima kasih...
.jpg)

.jpg)
