Wednesday, November 28, 2012

Rasa...

Assalamualaikum...

Alahai.. bersawang blog kasih... lama betul x apdet.. :P
Banyak sangat yang jadik.. x lalu plak nak tulis satu2..

Antaranya..

Dah setahun kasih buat operation endometriosis & 5 lagi procedures (D & C, Tubal apa
ntah.. etc..) x sangka betapa berani nya aku nak buat operation tu.. it considered a major operation.. mula2 plan nak buat laparoskopy.. pastu Doc cakap better buat laparotomy.. so, ada la parut kat bawah perut tu.. macam kan org beranak operation.. huhu.. :P

findings masa operation tu, tiub kanan tersumbat, tiub kiri slightly..chances to get pregnant is very2 slim.. unless thru IVF which cost aroun RM10k-15k.. itupun x dijamin.. :(

6 minggu terlantar sorang2 kat rumah. sakit perih nak bangun dr tempat tido, side effect ubat bius & hormon.. aku taknak sesapa pun rasa apa yg aku rasa ni.... :( Pagi2 incik hubby akan buatkan breakfast, tengahari aku makan la roti ke kuih pagi tadi ke, dan hanya tunggu incik hubby balik utk masakkan apa2 yg boleh dimakan.. Mandikan aku.. Jaga aku betul2.. terharu sangat2.. Dear, thank u so much! Dalam 6 minggu tu jugak aku agak terkilan sebab tak sekali pun parents aku dtg menjenguk.. walaupun jarak umah tak sampai 30 minit.. :( ibu cakap time tu sibuk dgn catering.. :( sedehnya saya.. tapi apa boleh buat, sebagai anak, tak wajar kita berkecil hati dgn parents. kan? kan?

5 hari selepas operation, aku dipanggil interview kenaikan pangkat...
5 hari beb!!! tapi aku gagah jugak pegi & drive sendiri walaupun sakitnya, Allah jer yang tahu.. nak bongkok kan badan ke depan pun rasa sakit.. sbb luka tu jadi berlipat.. :(
tapi Alhamdulillah..aku berjaya interview tu.. :) Thank u Allah.. semua ada hikmahnya...
kenaikan pangkat tu jugak hadir bersama tanggungjawab yang lebih besar..
aku akan lebih kerap oustation... :( hmm

secara tak langsung memberi kesan terhadap planning untuk ada baby.. (dah la chances very2 slim).. :( apapun aku bagi diri aku masa sehingga akhir 2013 untuk hamil secara natural sebelum aku plan nak buat IVF.. dan jika tak berjaya, langkah seterusnya adalah dengan mengambil anak angkat.. sekurang2nya aku da mencuba semua cara yang ada untuk mendapatkan zuriat sendiri.. selebihnya aku berserah jelah rezeki yang Allah nak bagi.. dalam masa yang sama, aku akan mohon bertukar ke unit yang kurangkan kerja luar.. insya Allah...

bila org tau keje aku camne (slalu outstation), org akan kata "wahhh! seronok la dapat jalan2".. mmg seronok dapat pegi tempat yang jarang kita nak pegi kalo setakat suke2.. explore kawasan2 baru, jumpa macam2 org.. tapi sekiranya aku masih single,keseronokan tu mmg terasa sangat2.. sekarang dah kawen, hati tu asik fikirkan incik hubby & rumah jer.. sedangkan pegi keje hari2 pun, leh rindu incik hubby & tak sabar2 nak balik umah, inikan pulak kalo outstation berhari-hari.. :( hanya yg mengalami jer tau.. rasanya dah cukup aku 'berjalan2' seorang diri ke tempat org.. sekarang, pegi mana2 pun kalo boleh nak dgn incik hubby.. manja kan? muahahha!

dah2 malas nak menaip. fullstop.

Monday, October 10, 2011

:: almost....::

Image


yeah.. almost... late period 2 weeks.. dalam masa 2 minggu tu jugak, aku n encik suami check try wat upt..still faint line... low HCG i guess.. huhu.. all the symptom is there... but.. :(
tepat lepas 2 minggu, genap setahun kami kawen.. (celebrate di luar KL..)
and selari dengan itu, ia pun 'gugur' dengan sendiri.... huhu..
beberapa jam sebelum tu, aku didatangi rasa sakit pinggang yang teramat sangat..
sampaikan tak larat nak jalan.. lepas ok sket, baru aku ble jalan2..
itupun gagahkan diri gak sebab kesian encik suami, da sampai jauh2 ni, takkan nak memerap dalam hotel jer,kan?
so......... conslusionnya.. anggap jelah early miscarriage @ takde rezeki.. huhu...



in mean,aku da pergi berurut di beberapa tempat dan wat rawatan tradisional...
and now aku berulang alik ke HUKM untuk check up..



  • blood test

  • pap smear

  • scan

next will be blood test (again) and HSG..
adehh.. y la hospital kerajaan lambat sangat nak proceed ngan operation?
too many procedures.... :(


b4 this encik suami suggest untuk proceed ke hospital swasta.. tapi.. yeah.. kekangan duit..
insya-Allah, kami da nampak jalan agar dpt proceed operation endo aku di hospital swasta..
alhamdulillah....... moga semuanya dipermudahkan... Aminn...
(aku akan bitau bile aku da leh wat operation k..)


hmm....baru nak masuk setahun 3 bulan kawen..
and yet aku lom dikurniakan rezeki untuk ada zuriat sendiri..
wonder how orang lain yang da kawen lama dari aku, tapi still berdua..
sure da tak larat nak tepis segala cakap2 orang..


aku teringat dialog masa buat survey baru-baru ni..


penoreh 1 : adek da kawen?
aku : dah..
penoreh 1 : da brapa orang anak? umur brapa?
aku : blum ada rezeki lagi.. umur 31..
penoreh 1 : laa... apasal yg takde lagi? rugi tau.. (dengan nada sinis hokeyy)
aku : (senyum kambing...)
tauke Cina : kita aaa.. sulah hantar 'application'.. tapi samada Tuhan mau approve atau tidak, itu bukan kuasa kita... kita tunggu saja laa.. ada rezeki, ada la.. kalau takde, apa bulih buat.. (sambil senyum pandang aku..mungkin dia faham yg aku x senang dengan kata2 penoreh 1 tadi)

dan penoreh tadi diam jer coz mcm termalu ckp camtu kat aku..


see... aku pun pelik... orang bangsa lain ble faham akan ketentuan Tuhan..
kenapa kita berbangsa Melayu yg kaya ngan sopan santun (kunun), dan beragama Islam, tidak dpt terima hal ini dan tak peka akan sensitiviti org lain...?

entahlah.aku xde jawapan tu...


next.. aku akan ceritakan sesuatu yg lebih membuatkan aku rasa 'jauh hati'.. hmm.. tunggu!! :P


Monday, June 13, 2011

:: renungan ::

Image



Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)

Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "…dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Nota Kaki Kasih : ujian demi ujian datang kepada saya..sementara saya & hubby trying to conceive, saya disahkan ada endometriosis (betul ntah eja).. which can cause difficulty to get pregnant... :( still trying to accept semua-semua ni.. doakan saya & hubby tabah yer.. :(

Friday, May 20, 2011

:: Holiday ::

huhu.. da kawen2 ni pun still kena outstation lagi.. ingatkan ble excuse ke... sob..sob.. kalo time bujang2 dulu, disuruh gi outstation, 'on' ajer...ligat! sekarang ni, adeh.. nak tinggalkan Encik Suami satu malam pun da rasa tak sampai ati..inikan pulak kalo aku ditugaskan untuk kerja jauh2 sampai ke Sabah Sarawak sampai 2 minggu...masa baru sebulan lebih kawen, aku kena gi Sibu selama 8 hari..alahai... seksanya rasa... (pengantin baru la katakan!) cian kat Encik Suami... huhu... :( tapi nak wat cane, da nama pun kerja....


sekarang ni kat Unit aku da kurang sorang staff untuk keje-keje outstation... sebab kawan aku yg kawen bln 11 thn lps da pregnent 3 bulan... twins lagi u..beruntung nya! ;-) da rezeki dia,kan? hmmm...so, dia dikecualikan dari buat kerja luar.. huhu...bestnyer!


tak lama lagi aku akan keje di Sabah lagi (macam tahun2 lepas).. selama 2 minggu... ngah pikir2, ble ke aku mengelak? :P nak bagi alasan apa ek? hehe..mayb excuse yang aku akan bagi adalah, maximum kerja luar pun hanya seminggu.. hehe.. bleh ke gitu? (mintak2 boleh.. fuhhhh!)



Taun ni, selain buat Survey (yang every year aku involve), aku gak terlibat dalam kerja2 Costing Projek Bukit Kuantan, Tapping System kat Kota Tinggi, dan Kajian Koperasi.. Semua nya melibatkan kerja luar n required aku untuk betul2 turun padang.. :( adehhh....



Image



~ni la tempat2 yang aku slalu keje selain keje opis~







hoho! ni nak citer plak trip gi Langkawi baru2 ni...sib baik ada Airasia, tak le penat driving.. hihihi..
Parking keta kat Tune Hotel (RM20/day) and naik shuttle bus ke LCCT (RM1/pax).. senang citer kan? sejam je da sampai Langkawi..Kat sana da ada keta sewa tunggu coz awal2 da amik pakej kat MATTA Fair..Walaupun keta kitorang x cun (Iswara Auto.. RM60/day.. dpt free 1 hari) tapi aircond dia power.. tu yg penting coz panas dan hangat di tengah2 pulau tu..:P yang kelakarnya, kat sini tak kisah pun kalo kita tinggalkan kereta tak berkunci.. diorg kata takde orang nak curik la... hihihi... mcm kat Amerika plak aku rasa.. :P



kali terakhir aku gi Langkawi masa umo 5 taun.. perghh!! dah lama giler sehh..Dah check in sumer, gi la jalan kaki utk carik makan.. =) Fortunately hotel kat area Pantai Cenang.. sgt2 cenang cari makan wooo!!!


Image



~grill squid yang cedap RM15~



Image

~Artisan Pizza RM18.. byk cheese... ;) ~



matlamat nak gi Langkawi ni bukan la nak melawat sangat tempat-tempat yang disyorkan..
i.e: Beras Terbakar, Makan Mahsuri... tapi just nak jalan2 tengok Langkawi.. and.... beli coklat.. :P
masuk kedai jual coklat, rasa mcm nak penuhkan je bakul kat tangan ni.. hihih...
Toblerone yang aku wat souvenier masa kawen dulu reganya RM1.66/piece.. adehh!! murah giler!
antara coklat yang aku suke sangat2... dan agak murah di Langkawi.. selain tu aku beli coklat Bounty.. hehe..mostly aku mmg ske coklat yang ada kelapa..
Bak kata Encik Suami, taste aku mcm orang2 tua, ske yang ada kelapa.. :P chiss...
Encik Suami hanya gile membeli coklat Ritter Sport.. kat cini rega dalam 7-8 ringgit lebih bagi size kecik.. tapi kat sana, 4 kali ganda saiz kecil hanya berharga RM9.90.. makkk aiii! :P
tapi aku tak ler berhabis duit beli coklat.. hanya beli untuk family, kengkawan, pastu order diorang sikit2 n bekalan utk kat umah.. hihihi...






Image



~peberet coklat aku~

dah gi Langkawi, MESTI naik cable car kat Gunung Machincang (ikut ejaan diorang ler).. budak chomel gayat cam aku, kompom pucat... puas dah aku kena gelak dek Encik Suami..hihih.. walaupun kena bayar RM30/pax but sangat2 berbaloi dengan pemandangan yang menarik.. sorry xde gambor, dalam handycam aku.. next time aku upload k... and plz naik jambatan gantung kat sana... sangat2 gayat!!!! :P

Image



~kanak2 Ribena sesat kat Oriental Village~



kalo malam2, saya ske lepak tepi pantai sambil dengar live band n minum kopi.. sangat2 layan.. ;-)
jenjalan tepi pantai dibawah bulan penuh dengan Encik Suami juge terasa romantik! ngehs..ngehs..
kesimpulannya..sangat2 happy dengan vacation kali ni.. saya tanya Encik Suami,next time nak gi mana plak? dia kata nak gi Perhentian... saya? layankan jer....sebab saya mmg suke berjalan.. ;-)



Oh! lupa nak cerita.. antara trip yang menarik kami pernah pergi adalah ke Sabah.. worth every single RM that we payed... kira tu our honeymoon (yang ntah keberapa ntah..hihi)
nice hotel with nice view (kundasang+KK), private coach (hanya saya & encik suami jer), makan yang SANGAT-SANGAT SEDAP (breakfast+lunch & dinner), tempat2 yang menarik...



Image



~masa tunggu bot untuk snorkeling~



kitorang snorkeling kat Pulau Sapi jer.. tapi.. yang menariknya, once kita sampai sana,akan ada byk meja2 kat bawah pokok.. so kita ble pilih nak duduk kat meja mana and letak all our belogings.. org lain takkan duduk kat situ..and our tour guide akan jaga tempat tu.. once aku da penat snorkeling, naik2 ke darat jer da ada satu small BBQ buffet tersedia atas meja... portion jangan ckp la.. byk giler utk 2 orang.. best sangat! ;) dengan suasana redup & tak panas (walaupun tepi pantai), angin sepoi2 bahasa... nice music.. layan jer lepak.. ;)



Image




~Kundasang..very2 nice view of Mount Kinabalu~



Image

~Kg.Luanti~



nampak tak gambar aku kat Luanti tu? kat dlm sungai tu ada ikan kelah besar2 yang manja2 gitu..
the biggest fish spa i guess... :P The good thing about our trip ni, part meal yang disediakan tak pernah menghampakan... Sangat2 sedap dan puas hati... ;-)



Kitorang harap dapat datang lagi ke Sabah for our 10th anniversary.. :P
so, sesapa yang nak ke sana n nak mintak pendapat, sila lah tnya kat aku.. ;)
nak mintak tolong arrange pun boleh...

Sekian, jumpa lagi.. ;-)


Monday, March 28, 2011

:: da 8 bulan tawen ::



Fuhh!! Da lama tak update nih.. bersawang blog nih.. ekeke... :P

1st.. MALAS…

2nd...malas…

3rd.. takde masa…

hihih.. Alasan kan?


I know… :P Oledi bulan 3.. sikit jer lagi nak masuk bulan 4..

And i have been married for 8 months..

tak lama lagi da setaun.. skejap jer masa berlalu.. tak rasa pun....

Sekarang ada 2-3 orang kawan opis tengah menghitung hari nak bergelar raja sehari..

I’m happy for them... :) aku tolong la bagi nasihat n pandangan apa yg patut n tak patut..

Semua tgh dok mencari2 pakej kad kawen la...

Tengok barang-barang untuk goodie bag...

Pilih kaler tema la... design baju la... etc...

Memang best… fuhh!! Teringat tima aku and encik hubby dulu..

Bertungkus lumus kitorang prepare dalam masa 2 bulan..

yeah! Kerja giler itu.. hihih...Tapi sangat2 seronok..

Sib baik aku ni mmg jenis x cerewet sangat.. ;) (puji diri sendiri laks.. hihi)

time tu la ble tgk cane kita n bakal suami try utk bekerjasama for something yg besar dlm hidup... :)


Kat opis ni...bleh dikatakan aku la yg tukang ’pecah telur’...

Dulu-dulu, termasuk aku ada 7-8 orang anak-anak dara...

Sekarang yang da kawen, hanya aku dan sorang member aku, Ana..

dia pun da pregnant sebulan lebih ni.. bestnyer... huhu..

Aku? Lom ada rezeki lagi la.. sob..sob..sob.. :(

Bila aku cakap kat encik hubby, dia akan kata...

“Sabar k.. i’m sure Allah tengah plan something yg special utk kita..”

Yeah.. ayat2 untuk menyedapkan ati aku (yg duka nestapa ni)..

Tapi betul juga apa yang encik hubby cakap…Semua ada hikmah disebaliknya…. :)

Da duduk umah sendiri ni, kena la wat semua nya sendiri..

Budget barang dapur, utilities, kemas umah, masak, lipat baju..

Kalo dulu2 duk ngan parent, kalo aku x sempat masak, balik2 keje je da ada lauk bawah tudung saji..

Skrg, sib baik encik hubby byk tolong aku ngan keje-keje rumah.. alhamdulillah... =)

Yeah..i'm so lucky to have him in my life...


the end... hihihi...


Image