[VIDEO] Bekas PTD Hafizuddeain Jantan didakwa terima lebih RM2.12 juta hasil aktiviti haram
Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta. Muhammad Hafizuddeain, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. "Faham pertuduhan, minta dibicarakan,” katanya selepas pertuduhan dibacakan satu persatu. Beliau merupakan PTD pertama yang didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM). Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, beliau didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM969,000, RM474,850, RM488,550 dan RM190,000 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank miliknya. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di tiga bank, melibatkan tiga lokasi berbeza iaitu di Jalan Melaka, Bukit Damansara dan pusat bandar raya di sini antara 2 Feb 2024 hingga 7 Nov 2025. Pertuduhan dikemukaka...