Tuesday, October 20, 2020

Oktober yang indah

 Assalamualaikum...


20.10.20 

Cantik tarikh hari ni. 

Oktober seperi tahun-tahun lalu.. adalah bulan istimewa... dan semenjak 10 tahun lalu menjadi bertambah istimewa..

4 Oktober 1959 - Lahirnya sosok seorang lelaki . Lelaki yang menjadi tempat aku berpaut sejak aku lahir ke dunia. Dialah bapak.. yang telah membesarkan aku dengan sejuta peluh keringat dan kasih sayang. Jasamu tidak terbalas. Semoga Allah membalas segala dengan syurga terindah.

7 Oktober 1960 - Lahirnya rusuk kiri bapak. Mak yang telah bertarung nyawa melahirkan aku ke dunia. Tiada yang dapat menandingi hebatnya pengorbanan mak. Tegas dalam sayang. Budimu tidak terbalas. Allah jua lah yang mampu membalasnya dengan syurga nan indah.

Ya Allah. Kau rahmtilah kedua ibubapa ku. Kurnikanlah kehidupan yang bahagia buat kedua-duanya di dunia dan di akhirat. Ya Allah, jadikanlah aku anak yang berbakti kepada mereka sehingga ke akhir usia mereka Ya Allah. 

9 Oktober 2010 - Terlafazlah akad antara kita. Janji untuk hidup bersama berkongsi segala suka dan duka. Ya Allah, rahmatilah kami, berkahilah kehidupan kami, murahkanlah rezeki kami, peliharalah ikatan akad kami sehingga ke syurga-Mu. 

9 Oktober 2013 - Lahirnya permata hatiku... tiada kata yang dapat menggambarkan sayangnya aku pada dia. Semoga Allah sentiasa melindungi dia di mana saja dia berada. Membesarlah anakku. Jadilah anak yang mentaati Allah dan Rasul. 

 Semoga bertemu lagi dengan Oktober akan datang. InsyaAllah.

Tuesday, August 18, 2020

TAHUN DUA PULUH DUA PULUH

 Bismillahirrahmanirrahim...

 

Rindu telah membawa aku kembali ke sini. 

Asalnya hanya mahu melihat lihat sahaja..

Hujungnya... aku terasa mahu menulis lagi.. dengan kata lain, aku mahu meluah rasa lagi di sini.. 

Sejak tidak lagi menulis atau lebih tepat lagi menaip di sini, aku jarang menyalurkan rasa aku keluar dari hati aku...

Segala-galanya aku simpan.. sehingga hati menjadi terlalu berat...

Walaupun dulu aku tidak juga berkongsi yang berat-berat di sini, tapi sekurang-kurang nya yang ringan - ringan itu aku lepaskan bebas untuk memberi ruang sedikit kepada hati aku untuk merasa nyaman...

 

 Muncul lagi di tahun dua puluh dua puluh ini.... segalanya di luar jangkaan... menjadi sebahagian daripada sejarah bila berlakunya pandemik Covid-19.. banyak yang berubah.. norma baharu.. kemana-mana sahaja semuanya perlu mengikut SOP yang telah di tetapkan...  Aktiviti seharian sedikit terbatas tetapi agak terkawal.. Aku suka.. kurang sedikit aktiviti kurang berfaedah di luar rumah atau di luar pejabat. 

Semoga Allah terus menjaga kita semua sehingga sang Covid-19 ini berlalu pergi...

InsyaAllah...

Sampai bertemu lagi... 

Image



 

Saturday, September 30, 2017

Hello Again... Tentang Fahri..

Fahri dah nak 4 Tahun dah ... 

Yeay... Anak mommy dah besar... nak dapat adik dah tak lama lagi... selepas 2 kali keguguran.. semoga adik Fahri yg ketiga ni mampu bertahan sampai ke akhirnya.. 

Cerita tentang Fahri, macam-macam rasa yang ada...

Gembira, sedih, rasa bersalah... 

Fahri membesar dengan pelbagai warna... Mommy cuba sedaya upaya mencorak Fahri menjadi warna pelangi... Namun sebagai manusia, mommy kadang-kadang tersasar.. seperti kanak-kanak normal, Fahri punya pelbagai karenah yang kadang kala buat mommy geram dan cubit-cubit dan pukul Fahri. Bertahan untuk tak marah Fahri adalah sesuatu yang mencabar. 

Fahri.. sedikit agresif.. energy Fahri macam mercun meletup - letup... tapi manjaaaaa sangat... 

Dua tahun di Kuching, macam-macam jadi kat Fahri.. 

Pecahkan TV, jatuh luka dagu terkoyak, melecur kena periuk nasi (tahan sakit sendiri, sebulan jugak nak baik huhu).. etc

Paling tak boleh lupa bila Fahri jatuh dalam kolam...

Saat paling ..hmm.. tak tergambar perasaan masa tu.. Sampai sekarang masih fobia walaupun dh setahun berlalu. 

Allah Maha Pengasih.. bila teringat peristiwa hitam tu, setiap kali marah / geram dengan Fahri, mommy akan cuba ingat balik dan bersyukur sebab Allah masih pinjamkan Fahri untuk mommy peluk cium setiap hari.

Kepada Fahri, maafkan mommy andai mommy terlepas marahkan Fahri... walaupun Fahri akan ada adik sorang dua di masa akan datang, Fahri tetap akan menjadi buah hati mommy selamanya.


Image