Monday, 2 February 2026

Kerabu Sardin ala Kak Nab

Ada lebihan daun selom lepas buat laksa kelmarin. Daun selom ni antara ulam yang boleh kata wajiblah dimakan bersama laksa di tempat Ummi. Beli seikat je tapi banyak juga daunnya. Nak buat ulam mentah tak berapa laku di rumah ni. Kalau kerabu, In Sha Allah licin pinggan :) 

Kerabu Sardin Daun Selom

Idea ni Ummi ambil dari TT Kak Nab. Kak Nab guna daun ulam raja, Ummi ganti dengan daun selom. Apa yang ada lah kan. Kita buat dia :D 

Nak buat kerabu sardin ni senang saja...

1. Keluarkan isi ikan sardin dari tin dan hancurkan guna garfu. Ketepikan. 
2. Hiris halus daun selom, serai, bawang merah, cili padi dan sayur² pilihan. Ummi letak timun (ada baki suku batang). 
3. Dalam bekas, satukan sardin dan sayuran/ulaman tadi dan gaul rata. Perasaan dengan garam dan jus limau kasturi. Gaul sebati, sesuaikan rasa. Siap! 

Selamat mencuba 🤗 

#Malam ni malam Nisfu Syaaban, sama² Kita hidupkan dengan istighfar, zikir dan selawat ke atas Baginda Rasullullah SAW. 


Sunday, 1 February 2026

Ayam Korea by Kakak

Malam tadi Kakak beraksi di dapur... Masak Ayam Korea kegemaran dia. Dan seisi rumah pun suka airtangan Kakak ni. 


Kepak ayam tu dia salut dengan tepung serbaguna kemudian goreng sampai golden brown. Lagi sedap rupanya guna chicken wings segar dari yang dah siap disalut tepung tu. Saiznya lebih besar dan fresh

Untuk sos, dia guna Sos Korea Adabi yang dimasak bersama madu, sos tomato dll. Dia ada keeper recipe, rasa pernah share dalam blog sebelum ni. 

Alhamdulillah.

#Maaf, tak sempat blog walking 🙏🏻


Al Fatihah ~ Uncle Hasnul

Salam takziah buat Cik Ana sekeluarga atas pemergian suaminya Uncle Hasnul kira² jam 9.00 pg tadi. 

Jumaat lepas arwah dikejarkan ke Hospital Selayang kerana tak sedarkan diri. Keadaannya dikhabarkan kritikal. Cadangnya hari ni kami nak ziarah, tapi Allah lebih menyayanginya. 

Jenazah dibawa dari HS terus ke Masjid Al Khairiyyah untuk dimandikan dan disolatkan. Selesai solat Zohor, dilaksanakan solat jenazah untuk arwah. Walid dan Angah ikut ke kubur manakala Ummi dan gegirls tumpang kereta Cik Aya balik ke rumah. 


Didoakan agar arwah ditempatkan bersama para solihin hendaknya 🤲🏻 
Semoga Cik Ana sekeluarga tabah dan kuat menghadapi ujian berat ini. 

Al fatihah.




Saturday, 31 January 2026

Masak², Makan²

Anak⁴ semua, ada, rajinlah Umminya ke dapur... Pagi² turun ke dapur masak nasi lemak untuk sarapan ... 

Nasi lemak sambal sotong kembang, ayam goreng perap by Ramly dan condiments nasi lemak yang lain; telur rebus, ikan bilis dan timun. 

Lepas sarapan, Ummi Walid ke market. Ada ikan sardin gemuk, terus terfikir nak buat laksa 😋 
Alang² dah ada di pasar, teruslah cari bahan² yang lain. Alhamdulillah semua ada. 

Nak masak kuahnya sekejap je tapi nak menyediakan bahan tu yang renyah. Nak kena rebus ikan, asingkan tulang, kisar isinya dll... 

Tapi bila dah siap semua tu, berbaloi rasanya :) 


Dinner pula Ummi cuma bakar ayam dalam air fryer dan panaskan lauk² leftover

Alhamdulillah. 



Friday, 30 January 2026

Janji Melayu 🤭

Permohonan UPU online dah dibuka. Bermula Rabu 28/1 tu dah boleh beli no pin di BSN. 

Kawan Abang, A bagitau Abang dia nak datang rumah. Nak buat permohonan untuk UPU dan Matrikulasi, tapi nak discuss dengan Abang. Maknya kerja katanya. 

Lepas Subuh Ummi suruh Abang bersihkan beranda. Duduk kat luar senang, tak ganggu urusan Ummi nak ke dapur dsbnya. Abang suruh datang pukul 9 pg. Ummi pun suruh Abang pergi beli nasi lemak siap² untuk jamu A. Ummi puasa, malas nak masak². 

Pukul 9 Abang dah standby... 
Tunggu punya tunggu, punya tunggu pukul 12 lebih baru A muncul. Rupanya member tertidur 🙆🏻 
Nasib baik kawan Abang, kalau kawan Ummi kena sound dah haha... 

Ummi pun tak ambil port la apa depa bincang, tapi katanya  Matrikulasi pun A belum apply . Kena cepat tu, cepat permohonan Matrik tutup 10 Feb ni. Nak kena buat pengesahan borang lagi, nak kena dapatkan tandatangan Pengetua lagi utk perakuan tahfiz tu... Semoga dipermudahkan ye 🤲🏻


Thursday, 29 January 2026

Cucur Ubi

Kami panggil cucur ubi, bahasa bakunya keledek goreng :) Makanan favorite Ummi ni, nak² yang arwah Tok buatkan. Dulu kalau tak cucur pisang, cucur ubilah yang paling kerap Tok sajikan. Makan time panas² pun Ummi suka, kalau dah sejuk pun Ummi suka. Kadang bila Tok keluar menoreh, lapar² angkat tudung saji jumpa cucur ubi ni gembira bukan kepalang 😄

Cucur ubi ni antara makanan yang kerap juga muncul dalam menu berbuka puasa kami selain agar² merah. Arwah Tok Wan wajib ada kuih buah Melaka time berbuka. Ummi pula kalau ada cucur ubi ni, tak pandang dah buah Melaka tu. 

Semalam Kakak puasa perdana (puasa ramai² di asrama). Ummi di rumah pun gorenglah cucur ubi ni, tumpang vibe puasa :) 
Sambil makan, sambil imbau kenangan berpuasa dengan ayah bonda dulu². Rindu 🥹 


Terima Hadiah Teka Negara dari Kak Amie

Baru²ni pemilik blog Amie's Little Kitchen iaitu Kak Amie bermusafir ke beberapa buah negara di Timur Tengah. Seperti biasa, Kak Amie buka gelanggang untuk kawan² blogger meneka destinasinya. Bayangan yang diberi negara Timur Tengah dan tempat suci. 

Jadi, ini tekaan Ummi 👇🏻

Dari 5 tekaan, hanya 1 mengena iaitu negara Jordan. Tempat suci yang Kak Amie pergi ziarah rupanya bumi barokah Palestine. Allahu Akbar,  sebak! 

Walaupun hanya 1 tekaan yang mengena, Kak Amie tetap kirimkan hadiah...

Berbaur perasaan, dalam gembira ada rasa sedih dan sebak. Besar sangat rasanya pemberian ni kerana ianya dari bumi anbiyak yang penuh berkat.

Selain topi, ada juga fridge magnet

... dan keychain. Ummi terus pasang dekat kunci kereta Ummi. Suka dan sayang dengan pemberian ni jadi nak terus guna. Juga sebagai simbol solidariti 🖤🤍💚❤️

Pashmina dari Jordan yang cantik ni pastinya jadi kesayangan Ummi. Warna hijaunya sangat memikat hati, lurvvv sangat!

Tidak ketinggalan sebuku mineral soap

Kulit muka Ummi agak kering dan mengelupas lately, bolehlah Ummi guna sabun ni.

Alhamdulillah terima kasih banyak Kak Amie atas kiriman hadiah yang sangat berharga ni. DOA saya agar Kak Amie sekeluarga sentiasa dimewahkan rezeki, dalam lindungan-Nya selalu dan diberi kesihatan yg baik utk seluruh keluarga 🤲🏻