Alhamdulillahx3 ‘alaa kulli haal.. untuk segala nikmat
wa astaghfirullah ‘alaa kulli zanbin.. atas segala kesilapan, keterlanjuran atau kurangnya syukur
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan seorang suami yang sangat baik dan sungguh mulia dari sisi-Mu

Macam- macam isu boleh keluar pasal kahwin ni.. Kenapa saya tergerak hati nak tulis pasal ni.. kerana saya dikelilingi ramai mereka yang selalu sebut atau cerita pasal ni pada saya.. tentang kekhuatiran mereka, apa yang mereka suka etc.. since dah berkahwin sekarang, saya nak share sikit je apa yang bleh saya share dan moga bermanfaat insyaaAllah..
Dari dulu, sejak waktu belum kahwin lagi, saya selalu dengar orang cakap kenapalah Allah tak bagi saya kahwin- kahwin lagi.. dan kata-kata ni bukanlah hanya keluar daripada lidah mereka yang dah agak berusia.. saya tak nafikan ada waktu yang kita nak sangat kahwin, dengan pelbagai niat tersendiri.. tetapi, alhamdulillah dari sebelum berkahwin, saya selalu pegang quote “Enjoy the Moment” a.k.a ihsan dan nikmatilah setiap saat yang Allah berikan pada kita.. Jika kita terlalu asyik memikirkan masa depan yang kurang pasti, banyak peluang, insan atau segala-gala di sekeliling kita yang kita ‘take for granted’ dan hidup penuh dengan kerisauan, ketidak puasan dan resah.. That’s not happiness!
Bagi saya, waktu bujang adalah waktu kita membina diri sebaik mungkin.. kita punya sangat banyak masa untuk pembinaan diri kerana masih belum punya pasangan untuk kita fikirkan tentangnya.. belum punya banyak tanggungjawab lain.. Saya suka letak target for example by age 25, I need to be.., I need to achieve.. bla3 dan saya akan listkan.. then, saya kecilkan to do list kepada bulan dan hari supaya cita-cita saya tak hanya tinggal cita-cita.. At the end of the day, apabila berjaya habiskan to-do-list harian, rasa sangat puas dan syukur, hanya harapkan redha Allah even sejak dari permulaan nak buat sesuatu, ameen.. Then, once kita dah ada banyak sangat perkara yang kita perlu bagi attention dan kita nampak as a list, kuranglah masa untuk berangan- angan, dan terlalu berfikir apa yang tidak pasti while diri kita tak terbina dan ke mana-mana pun.. Pada masa yang sama, kita membina hubungan yang sangat rapat dengan Allah serta insan- insan di sekeliling kita.. manisnya saat itu..
Dulu, ada satu perkara selalu bermain dalam fikiran saya waktu saya terfikir tentang kahwin dan in fact pernah pun dengar kata-kata seperti, “umur baru setahun jagung dah nak fikir kahwin.. ramai lagi kot kakak2, orang2 yang lagi tua yang belum berkahwin..”.. saya tak ada jawapan sangat pasal persoalan ni tapi saya pernah terdengar kata-kata seorang kakak yang sangat2 saya segani, dari segi ruhaniahnya mahupun lahiriahnya, mashaaAllah, dan dia pun belum berkahwin.. apa katanya? “Tiada ithar dalam ibadah”.. Allahu Allah, again, my respect to her melambung tinggi.. tiada nada dengki, penuh ikhlas pada kata-katanya.. Deep.. satu reminder besar juga buat diri ini apabila memikirkan subhanallah, perkahwinan ini bukan rutin atau cycle byase2 tetapi ia adalah ibadah.. ia adalah ikatan yang sangat mulia; mithaaqan ghalizaa..
Satu perkara lagi saya nak sentuh adalah tentang menjaga diri.. reminder yang besar buat mereka yang belum berkahwin;
“Dan orang- orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian (dirinya), sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya…” (An-Nurr: 33)
Kenapa saya suka sangat dengan ayat ni; sebab saya sangat berpegang padanya sewaktu belum berkahwin lagi dan saya dapat rasakan kesannya sehingga saya dah berkahwin pun dan semoga Allah menjaga diri saya sehingga saya menemui-Nya.. Allahu Allah.. sebak rasanya memikirkan sangat powerful setiap ayat Allah ini.. saya selalu berpesan pada diri sendiri supaya setiasa menjaga pandangan kerana daripada pandanganlah yang akan menimbulkan angan-angan dalam hati.. Bermula daripada pandangan syaitan boleh menghilangkan fokus dan kekhusyukan dalam hati kita.. apabila ada angan-angan itulah hati kita mula bercita-cita untuk mendapatkannya dan kita mudah untuk tak bersyukur dengan apa yang ada pada kita.. Allau Allah.. besar perintah Allah supaya menjaga pandangan ini, buat kedua-dua; lelaki mahupun wanita yang beriman.. saya masih ingat ada orang bertanyakan lelaki macam mana yang saya suka.. dan saya selalu mendengar orang bercakap tentang lelaki yang banyak muscle, lelaki yang handsome, 6-packs etc.. saya akan jujur je saya tak tertarik dengan fizikal manusia. Fullstop! Dan saya tak nak pandang pun.. so kalau terpandang model tepi jalan pun, walaupun tak aurat pun nak tengok dada diorang, tundukkanlah pandangan andai nak menjaga hati sebaik-baiknya.. Dan alhamdulillah, jika kita tidak mempuanyai angan-angan dan cita-cita mainan dunia ni, insyaAllah, saya yakin Allah yang kerana-Nya kita menjaga diri ini akan memasukkan rasa cinta dan syukur yang besar terhadap apa yang halal tersedia buat diri kita.. saya sangat2 merasainya, alhamdulillah..
“Jika kita tinggalkan yang haram kerana-Nya, pasti Dia Maha Berkuasa memasukkan kemanisan pada sesuatu yang halal buat kita”
Itu bab pandangan.. untuk perempuan pula selalunya sangatlah sukakan perhatian berlawanan jantina (mungkin lelaki pun suka).. mungkin mata tak pandang tapi hati sangat mengharapkan ada orang pandang dan suka kita.. dalam hal ni saya selalu ingat ada satu quote; “Apabila kita terlalu crave for perhatian lelaki, bila kita akan mendapatkan seorang lelaki yang menjaga pandangan?”.. Ironi.. dah kalau kita harapkan lelaki pandang sangat kita, lelaki yang biasanya ‘suka’ pandang perempuan ni adalah lelaki yang kurang menjaga pandangan.. tak tahu makes sense ke tak but at least to me, it really does!
Bila kita aim nak kahwin ni, jangan ingat apa yang besttt je yang ada dalam fasa seterusnyaa.. Dulu waktu tak berkahwin fikir pasal diri sendiri je.. ke sana ke mari lajuuu je.. dah kahwin ada rindulah pulak.. memang orang kata sweetlah rindu2 macam tu, tapi sakitnya Allah juga yang tahu bila menahan rindu.. still, perlu ada sabar dan syukur.. even dalam setiap fasa.. kadang-kadang risau bila kita akan berpisah padahal baru bertemu.. comel bila suami sendiri sebut; “Enjoy the Moment” 🙂 (cakap kat orang memang senang, bila nak praktis lupa segala teori.. huhu).. Alhamdulillah sangat dengan adanya insan- insan yang suka bagi peringatan pada diri kita :’
Sekarang tak ada anak lagi, kurang tanggungjawab lagi.. enjoy the moment, laksanakan tanggungjawab yang ada sekarang dengan sebaiknya sebelum datang tanggungjawab-tanggungjawab lain.. Teruskan syukur dan sabar.. Moga manis dalam setiap langkah, setiap saat.. apabila adanya Allah dalam segenap ruang hidup kita..
Buat mereka yang sedang di dalam penantian, dua ayat yang saya sangat suka remindkan diri saya juga;
“Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada dalam pengawasan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika engkau bangun, dan pada sebahagian malam, bertasbihlah kepada-Nya dan pada waktu terbenamnya bintang-bintang.” (At-Tuur: 48&49)
“… dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan. Dialah hakim yang terbaik.” (Yunus: 109)
-moga lebih memberi kekuatan pada jiwa untuk bersabar apabila kita punyai bekalan hubungan yang kukuh dengan-Nya-
Terima kasih ya Allah untuk suami yang sangat dicintai..All Praises and thanks to The One who have granted this precious Present.. alhamdulillah
Buat mereka yang lain, moga Allah juga memudahkan urusan kalian.. jom kita sama-sama keep bersangka baik dengan Allah, syukur dan sabar.. moga manis di sepanjang jalan.. Enjoy the moment! 🙂
Sembang2~