Saturday, May 3, 2014

Langkawi pulok boh!

ImageImage
Image
Trip Langkawi berlangsung pada awal bulan Februari 2014 memang menyeronokkan dan memenatkan! Ikutkan trip ni lagi gila, habis-habis mancing 1 hari tu terus nak ke jeti feri. Konon nak balik hari, tapi kami bermalam 1 malam di sana.
Hasil kami di Langkawi macam biasa la, Ikan Kerapu paling banyak kat sana. Satu tong penuh kerapu abis yang besar ada yang anak pun ada. Yang paling dasyat aku boleh pulak dapat punyu. Hadoi.... hebat betul melawan. Habis lupa mabuk laut. Tapi akhir skali perambut putus di bahagian pin penyambung antara mainline dgn perambut. Rezeki penyu dapat anting-anting baru. Kesian juga kat penyu tu. Macam mana dia nak cabut anting-anting tu.

Aruan Tasik Pulau Redang

Image


Thursday, May 3, 2012

Wednesday, February 22, 2012

Senohong Sg. Besar !!!.....

Image

Syukur Alhamdulillah kerana trip baru-baru ini pada 19 Feb 2012 ke Sg. Besar telah berjaya terlaksana. 2 bot fiber kami gunakan untuk trip kali ini yang berlabuh dari jeti pada jam 8:00 pagi. Keadaan laut sedikit beralun dengan angin yang agak kuat dan awan nano menutupi cahaya mentari pagi. Pada awalnya kami risau jugak, takut-takut hujan akan turun. Cuaca akhirnya mula cerah dan panas waktu tghari hingga ke petang.

Image
Bergambar sebelum turun memancing dari kiri, Nasrul, Ayei, Lee & Daus.


Image
Membeli bekalan makanan nasi bungkus untuk jamuan tengahari hingga ke petang di atas bot. "Ini nak mancing ker atau nak buat jamuan di tgh laut." Masing-masing tapau 2 bungkus nasi berlauk sambal ikan sembilang. Fuh!... memang terbaek.

Image

Image
Lesen pertama daus Kerapu seberat 1kg berjaya di daratkan. Tersenyum sampai ke telinga...

Image
Ikan yang sangat popular di Sg. Besar, Ikan Semilang. Besar jugak lah ikan nie.... dimasak asam pedas campur bendi... PEH! gila beh.

Image
oit! ini petanda baik nie... Terbaek dari adli cap orang kampung. hehehehe.....

Image
Rating terbaek Ayei dengan Senohong 6kg berjaya ditewaskan dengan set pancing ringan. Ini jugalah hasil yang terbesar pada hari tersebut. Terbaek.


Image

Saturday, February 4, 2012