Facebook : Fakta Menarik


Merujuk kepada Entri Sebelum ini iaitu Laman Sesawang Yang Paling Banyak Dilawati didapati Laman Sesawang yang Facebook antara laman sesawang yang paling banyak dilawati oleh pengunjung internet iaitu nombor 2 di dunia dan pertama di Malaysia.

Berikut sedikit fakta yang mengenai Facebook yang di petik dari Berita Harian Online untuk kita kita kongsikan bersama; (klikkan pada perkataan 'Berita Harian Online' untuk membaca artikel tersebut sepenuhnya)


Pengguna Facebook seluruh dunia : 316,402,840

Top 10


1. Amerika Syarikat 94,748,820
2. United Kingdom 22,261,080
3. Turki 14,215,880
4. Perancis 13,396,760
5. Kanada 13,228,380
6. Itali 12,581,060
7. Indonesia 11,759,980
8. Sepanyol 7,313,160
9. Australia 7,176,640
10. Filipina 6,991,040 



Facebook diluncurkan pertama kali pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg sebagai media komunikasi antara mahasiswa Harvard.


Pada September 2006, Facebook membuka pendaftaran untuk orang ramai yang memiliki akaun e-mel.


Selain pernah menolak tawaran Friendster untuk membeli Facebook pada harga AS$10 juta, Zuckerberg juga menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli Facebook dengan nilai AS$750 juta dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli Facebook dengan harga AS$1 billion.


Secara purata, pengguna Facebook menghabiskan masa sekitar 19 minit sehari untuk melakukan aktiviti di laman jaringan sosial itu. 


Laman Sesawang Yang Paling Banyak Dilawati


20 Laman Sesawang yang paling banyak dikunjungi dalam tempoh sebulan berdasarkan Info dari Alexa (Semakan pada 21 Disember 2009)

Dunia
1. Google (www.google.com)
2. Facebook (www.facebook.com)
3. Yahoo! (www.yahoo.com)
4. YouTube (www.youtube.com)
5. Windows Live (www.live.com)
6. Wikipedia (www.wikipedia.org)
7. Blogger (www.blogger.com)
8. Baidu (www.baidu.com)
9. Microsoft Network (www.msn.com)
10. Yahoo Japan (www.yahoo.co.jp)
11. QQ (www.qq.com)
12. Myspace (www.myspace.com)
13. Google India (www.google.co.in)
14. Twitter (www.twitter.com)
15. Google China (www.google.cn)
16. Sina (www.sina.com.cn)
17. Google Denmark (www.google.de)
18. Amazon (www.amazon.com)
19. WordPress (www.wordpress.com)
20. Microsoft (www.microsoft.com)

Malaysia
1. Facebook (www.facebook.com)
2. Google Malaysia (www.google.com.my)
3. Yahoo! (www.yahoo.com)
4. YouTube (www.youtube.com)
5. Google (www.google.com)
6. Blogger (www.blogger.com)
7. Windows Live (www.live.com)
8. Wikipedia (www.wikipedia.org)
9. Microsoft Network (www.msn.com)
10. Myspace (www.myspace.com)
11. Friendster (www.friendster.com)
12. Maybank2u (www.maybank2u.com.my)
13. Mudah (www.mudah.my)
14. Tagged (www.tagged.com)
15. WordPress (www.wordpress.com)
16. The Star Online (www.thestar.com.my)
17. RapidShare (www.rapidshare.com)
18. Malaysiakini (www.malaysiakini.com)
19. Lowyat (www.lowyat.net)
20. Cari (www.cari.com.my)

Berdasarkan senarai yang ditunjukkan di atas didapati senarai 1 hingga 10 bagi Malaysia turut terdapat dalam senarai 1 – 20 bagi dunia. Bagi senarai 11 – 12 bagi Malaysia tidak terdapat dalam senarai 1 – 20 bagi dunia. Manakala Google menguasai 4 dari senarai 20 bagi dunia dan 2 dalam senarai 20 Malaysia.

Sebenarnya senarai yang ada adalah sebanyak 100 namun saya hanya memilih sebanyak 20 sahaja. Dari senarai 100 laman web yang paling banyak dikunjungi di Malaysia saya kelaskan lagi kepada perbankan, akhbar tempatan, laman sosial dan enjin carian sepertimana yang ditunjukkan di bawah.

Malaysia (Perbankan)
1. Maybank2u (www.maybank2u.com.my)
2. Cimbclicks (www.cimbclicks.com.my)
3. Pbebank (www.pbebank.com)

Malaysia (Akhbar Tempatan)
1. The Star Online (www.thestar.com.my)
2. Malaysiakini (www.malaysiakini.com)
3. Utusan Online (www.utusan.com.my)
4. Berita Harian (www.bharian.com.my)
5. Harian Metro (www.hmetro.com)
6. The Malaysian Insider (www.themalaysianinsider.com)
7. Kosmo! Online (www.kosmo.com.my)
8. Malaysia Today (www.malaysia-today.net)
9. ChinaPress (www.chinapress.com.my)
10. Harakahdaily (www.harakahdaily.net)

Malaysia (Laman Sosial)
1. Facebook (www.facebook.com)
2. Myspace (www.myspace.com)
3. Friendster (www.friendster.com)
4. Tagged (www.tagged.com)
5. Twitter (www.twitter.com)
6. Flicker (www.flickr.com)


Malaysia (Enjin Carian)
1. Google Malaysia (www.google.com.my)
2. Yahoo! (www.yahoo.com)
3. Google (www.google.com)
4. Cari (www.cari.com.my)
5. Go (www.go.com)
6. Baidu (www.baidu.com)

7. Ask (www.ask.com)
8. Bing (www.bing.com)
9. Amazon (www.amazon.com)

Mungkin anda tercari-cari laman sesawang yang pernah anda lawati tetapi tiada dalam senarai di atas. Jika tidak tersenarai, ini bermakna laman sesawang tersebut tidak termasuk dalam 100 laman sesawang yang paling banyak dikunjungi di Malaysia. Untuk pergi ke laman sesawang yang tersenarai, hanya klikkan pada alamat yang ada disebelah nama laman sesawang tersebut.


Penjejak Lokasi


Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam sebelum ini (Entri : Menambah Kesan Khas pada Gambar Anda) bahawa setiap laman web boleh dibuka ke bahasa yang diingini. Mungkin banyak cara dan program yang ada tapi disebabkan saya telah biasa dengan ‘GOOGLE TRANSLATE’ maka saya akan menunjukkan cara menggunakan ‘GOOGLE TRANSLATE’ tersebut.

Image


Terdapat dua cara untuk menterjemah. Cara pertama jika kita telah tahu bahasa laman sesawang asal dan cara kedua jika kita belum mengetahui bahasa asal laman sesawang yang ingin di buka.

CARA PERTAMA

Pertama : Pergi ke ‘http://translate.google.com/’ dan laman sesawang seperti di bawah akan dipaparkan.

Image


Anda akan dapati terdapat pelbagai bahasa untuk di terjemahkan. Terdapat sebanyak 51 bahasa setakat ini dan bilangan bahasa pilihan akan bertambah dari masa ke semasa. Antara bahasa yang ada adalah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab dan Jepun.

 Kedua : Taipkan laman sesawang yang anda ingin terjemahkan. Sebagai contoh, saya gunakan laman blog “http://ris-famili.blogspot.com/”.  Taipkan alamat tersebut di dalam ruangan seperti yang ditunjukkan di bawah. Kemudian pilih Bahasa Asal dan Bahasa yang ingin di terjemahkan.

 Image 
 

Ketiga : Selepas membuat pilihan bahasa, klikkan butang translate.

 Image


Keempat : Laman sesawang yang telah di terjemahkan akan dipaparkan sepertimana di bawah. Anda akan dapati bahasa asal telah bertukar ke bahasa pilihan anda.

Image


Kelima : Anda boleh memilih untuk menukar ke bahasa lain pula dengan membuat pilihan pada menu bahasa di bahagian atas laman sesawang tersebut.
   Image


Bandingkan dengan laman sesawang asal seperti di bawah (Asal : Bahasa Malaysia campuran).

 Image


CARA KEDUA
 Cara di atas hanya untuk laman sesawang yang telah kita ketahui bahasa asalnya. Jika kita tidak tahu bahasa asal kita boleh menggunakan carian google dan taip kata kunci yang ingin dicari. Sebagai contoh, untuk mencari maklumat berkenaan “ris-famili”.
Pergi ke laman sesawang “http://www.google.com.my/” dan taipkan “ris-famili” ke dalam kotak carian dan tekan ‘search’.
Hasil carian akan ditunjukkan seperti di bawah;

  Image


Hanya klikkan pada bahagian ‘translate this page’ dan laman sesawang tersebut akan secara automatik menterjemah ke dalam bahasa Inggeris (sepertimana ditunjukkan dalam langkah keempat di atas) . Untuk menterjemah ke bahasa lain, pilih bahasa yang di inginkan sepertimana langkah kelima di atas.
Kemudahan ini amat berguna jika anda ingin membuka sesuatu laman sesawang dalam bahasa yang tidak anda fahami. Namun terjemahan yang dibuat hanya untuk bahasa standard sahaja. Jika laman sesawang asal menggunakan bahasa tak standard, ringkasan, silap ejaan atau bahasa rojak maka terjemahan tidak dibuat bagi keadaan seperti itu.
Walaupun bahasa yang diterjemahkan tidak begitu tepat, namun sebagai panduan bolehlah serba sedikit kita memahaminya. Bayangkan jika anda perlukan sesuatu maklumat dan maklumat tersebut hanya terdapat dalam bahasa yang anda tidak fahami, ‘google translate’ inilah dapat membantu. Sekurang-kurangnya anda dapat memahami serba sedikit daripada langsung tak faham.
Selamat mencuba. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.