Jualan Lukisan-lukisan
Sila layari www.kataluhur.blogspot.com-
Kedua-dua buku diatas:
RM30 Semenanjung Malaysia
RM35 Sabah/Sarawak
(Harga termasuk pos)
Setiap naskhah ditandatangani oleh Pak Samad
E-mel: [email protected]
RM25 Pos Biasa Sem.Malaysia
RM28 Poslaju
RM30 Pos Laju Sabah/Sarawak
Email: [email protected]
171 mukasurat - Kulit Keras
Ditandatangani oleh Pak Samad.
Novel Keledang - Keledang mengisahkan mengenai pengalaman getir dan cemas - tapi penuh harapan - sekumpulan penduduk kampung yang terjebak dalam cengkaman penjajahan Jepun. -
Recent Posts
Archives
Categories
Meta
Monthly Archives: June 2011
Isra’ Mi’raj
Amat mendadak segala berlaku, setiap detak dihayati Nabi, pemandangan yang bercerita, dalam tamsil atau di luarnya, semua mempunyai makna bagi Nabi dan umatnya – semua dinikmatnya. Malam Rejab dua puluh tujuh, terpilih dan dianugerah, malam tuah kembara kilat yang amat … Continue reading
Posted in Uncategorized
4 Comments
Penyair
Kepada setiap penyair gundah daun gugur pun sentiasa indah. Benih Harapan 1973
Posted in Uncategorized
13 Comments
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara— kita laungkan juga pesan merdeka: Demokrasi sebenderang mentari sehasrat hajat semurni harga diri. Lama resah kita—demokrasi luka; lama duka kita—demokrasi lara. Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi; suara bebas yang utuh, kita idami! Dua abad lalu … Continue reading
Posted in Uncategorized
24 Comments
Teks Ucapan Penuh Pada Malam Pelancaran Bersih—19 Jun, 2011.
“Murbawan Malaysia tidak senang dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Kita menghantar pesanan yang sangat waras. Demokrasi perlu murni dan terus dimurnikan. Kenapa kita tidak boleh memperbaik situasi? Kenapa kita harus membiarkan demokrasi diperkuda oleh segelintir kuasawan yang … Continue reading
Posted in Uncategorized
73 Comments
RANDAI KERA
Setelah tumpas tujuh undi atas bukit calon bersepi memarakkan unggun kata: Bahasa kempen makin berhias janji; kerlip loket kerlap rantai kaki. Terkadang ia teka-teki amat peribadi; digoreng ikan kering terhidang ayam garing. Terkadang teka kata purba ia, terjawab pun masih … Continue reading
Posted in Uncategorized
7 Comments
Khabar Panas Dari Hang Bayan
KALI ini pertemuan mereka disertai oleh Hang Bayan yang terbang khusus dari Rajghat di India. Hampir ke semua masyarakat haiwan sedia menunggu resah sejak awal lagi—ada yang seawal tiga jam. Sat dan yang Tig sedang berbisik sesuatu meneliti sesama sendiri—resah … Continue reading
Posted in Uncategorized
Leave a comment
Dialog Agama dan Kuasa di Taman Kereta Api
HANYA sehari suntuk saya berada di Butterworth dan Alor Setar secara bergilir Ahad lalu. Naik kereta api malam pergi balik—pergi malam Sabtu, pulang malam Ahad—harga tambangnya seperti harga sewa dua malam di bilik hotel selesa. Sempatlah menghadiri sebuah majlis kahwin … Continue reading
Posted in Uncategorized
4 Comments
MEMBAKAR BAHTERA
Maaf, bangkitlah. Janganlah tidur, Dayang Fina! Bangsaku sedang terhumban dalam kawah dosa. Bubur liur muntah kata penguncup bahasa kini berterusan tercurah ke tekak bangsa. Kita dihulurkan panji bergelumang nanah, digesa agar ghairah menjulang setingginya. Di bawahnya, kita disihir menjadi angka … Continue reading
Posted in Uncategorized
3 Comments