
Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya Yang lain, kecuali orang-orang Yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh). – Az-Zukhruf;67
Manusia adalah jenis makhluk yang hidup secara berkumpulan atau bermasyarakat.Manusia perlu berkawan, berkenalan dan berinteraksi. Betapa syumulnya Islam itu, maka ia sentiasa memenuhi tatacara setiap skop kehidupan. Sebagai Muslim yang beriman, berkawan atau berkenalan itu haruslah ada pedomannya supaya kita saling berinteraksi dengan etika dan adab yang betul berlandaskan Islam.

Kemajuan teknologi yang seiring dengan zaman sedikit sebanyak telah mengubah cara berinteraksi. Munculnya pelbagai laman social di internet memberikan impak besar terhadap perhubungan sesama manusia dan ukhuwwah sesamaMuslim. Tak perlu untuk diperkenalkan lagi laman seperti Facebook, Myspace, Friendster, Hi5, Tagged dan macam-macam lagi. Hukum ber’facebook’ sama saja hukumnya ber ‘friendster’ dan sebagainya. Tak perlu aku jelaskan disini kerana ianya mudah didapati dengan hanya bertanya pada Mr.Google sudah mencukupi. Bahkan pelbagai artikel tentang baik-buruknya facebook telah ditulis baik oleh Muslim mahupun Non-Muslim. Hukumnya juga sudah diulas panjang lebar oleh mereka yang ‘Alim dalam agama. Anda boleh baca sebahagiannya dengan click pada link-link berikut :
1. Dosa-dosa & Facebook
2. Status “Jahili” Renungan di balik layar Facebook
3. Kerana Kau yang Bernama Facebook
4. Facebook We’ve Got Issues
Selebihnya, sila gunakan kemahiran komunikasi anda dengan Mr.Google…
Jadi, kemana sebenarnya hala tuju persahabatan melalui facebook ni? Jawapannya barangkali sangat mudah dengan berkata; “itu terpulang pada diri masing-masing”. Betul, persahabatan kita terpulang kepada cara kita mengolahnya, mendorongnya dan membentuknya samaada kearah keimanan dan ketaqwaan mahupun sebaliknya. Aku sebelum ini memiliki Friendster, namun setelah setahun aku delete account itu sebab terpengaruh dengan tulisan seorang sensei yang berkempen menjauhi Friendster dan yang sewaktu dengannya. Tulisannya itu ada benarnya, boleh baca disini Kempen Menjauhi Friendster 1 . Lebih kurang setahun selepas itu aku membuka akaun Facebook. Namun kali ini, aku ada prinsip tersendiri, teknologi harus dimanfaatkan sebaik mungkin yang mencorakkan cara penggunaannya adalah diri kita sendiri. Facebook aku, hanya untuk kenalan yang sudah aku kenali di alam reality, pernah suka-duka bersama, pernah bersua muka dan juga untuk mereka yang aku rasa perlu dijadikan kawan kerana mampu membimbing diriku yang penuh noda dan dosa ini kearah ketaqwaan.
Bagi mereka yang tidak mengenali aku didunia reality semestinya tahu bagaimana respon aku bila mereka request to be friend. Tapi ada juga mereka yang aku request untuk menjadi kawan dan bagi aku setentunya mereka itu layak untuk dijadikan kawan. Kalau cakap aku ni stalker, ada benarnya sebab aku takkan add seseorang melainkan aku ketahui dulu serba sedikit latar belakang mereka, kecuali lah mereka itu public figure yang memang tak perlu disiasat lagi. Ada sesetengah orang mereka add orang lain semata-mata untuk menambahkan jumlah kawan facebook mereka, ada juga untuk mencari jodoh (aku ada kenangan tersendiri dalam hal ini..hahaha), sungguh tak disangka. Ada juga add orang kerana Facebook suggest untuk add orang tu sebagai kawan. Macam-macam ada. Berfikirkah kita apa nilainya kawan seperti ini? Except diaorang betul-betul ingin berkenalan dengan kita selepas add. Yang hanya suka-suka nak tambah jumlah kawan tu memang tak ada nilainya. Islam telah mengajar kita supaya berhati-hati memilih kawan seperti hadis berikut :
عن أبي هريرة عن النبي صلى اللهم عليه وسلم قال
المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah/bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.”– [Riwayat Ahmad]
Kalau mula-mula hari itu niatku membuka akaun facebook untuk suka-suka, Alhamdulillah setelah difikirkan kembali dan diubah niat itu untuk ukhuwwah dan ilmu maka banyak manfaat yang aku dapat. Apabila niat kita elok, insha Allah segala yang baik akan seiring dengan niat kita. Kalau mula-mula kenal facebook memang aku try every quizzes , macam2 kuiz dijawab & dipublish dan juga dikomen oleh para pengomen yang ketagih keyboard, kalau disumbat keyboard kedalam mulut pun mahu saja ditelannya..haha. Sekarang, bila niat sudah diperbetulkan, hati menjadi tawar, tak berselera untuk menekan button play untuk game & kuiz. Wallahul musta’an.
Sepanjang berfacebook, aku dianugerahkan Allah 4 orang kawan yang sangat bermakna dalam kehidupanku khususnya ketika berkawan melalui facebook. Mereka adalah Aziz Marwan, Mohd Hanis, Mohd Zul Amin dan Khalifah Ali. Permulaan bagi perkenalan/persahabatan kami adalah facebook dan bagi aku yang menjadikan ukhuwwah ini hebat apabila kami bertemu di dunia yang reality, face to face bukannya face to book. Yang paling aku hargai apabila perkenalan kami ini atas dasar ilmu.
Aziz Marwan seorang doctor perubatan yang tidak kosong dari ilmu agama dengan pelbagai nasihat dan kata-kata hikmahnya (sampai ada student USIM takut dgn dia hahaha) juga seorang stalker, hati-hati..hehe.
Mohd Hanis pula seorang yang telah khatam menghafaz al-Quran (kalau aku kata hafiz kan mulalah nak merendah diri..hehe), seorang yang baik walaupun dia sendiri kata dirinya teruk..haha,
Mohd Zul Amin pula memang seorang remaja yang hebat, mempunyai blog yang penuh info, membina idea untuk membentuk generasi Salahuddin Al-Ayyubi, seorang yang berilmu, bercita-cita tinggi dan kukuh pegangannya. Masih single siapa yang nak booking boleh la ni.
Manakala Khalifah Ali seorang graduan ijazah dalam bidang ekonomi & perhutanan yang menghambakan dirinya pada Sang Pencipta dengan ilmu, minatnya terhadap ilmu agama sangat tinggi, kecintaannya pada Bahasa Arab begitu terserlah apatah lagi minatnya pada Al-Quran. Aku add beliau setelah aku membaca artikelnya bertajuk Bagaimana Cara Berinteraksi Dengan Al-Quran, bagiku amatlah rugi sekiranya beliau tidak dijadikan kawan dan sahabat.

Sebenarnya tulisan ini lebih kepada sebuah tribute untuk 4 orang kawan yang aku hargai. Bagi aku jika kita suka berkawan dengan individu tertentu maka luahkanlah padanya betapa kita menghargai persahabatan dengan mereka. Mereka ini hebat bagi kategori kawan yang aku kenal dari facebook. Namun, ramai lagi mereka yang hebat tapi Allah belum menentukan pertemuan kami.
Kalau kawan yang mula-mula aku kenal didunia reality, pernah berkongsi suka-duka, bersekolah disekolah yang sama kemudian add sebagai kawan facebook- mereka semua hebat-hebat, result examnya memang meletup, kepala dan dada mereka diisi dengan Al-Quran. Setakat ini tak kurang dari 30 orang kawan-kawan ini telah khatam menghafaz al-Quran. Samaada senior, sama bacth mahupun junior. Janganlah korang terasa plak, jasa korang & kenangan bersama tetap abadi dalam memori, tersemat di kepala (anggota manusia yang paling bernilai). Sebenarnya ini juga satu masalah berfacebook, bila kita tag seseorang, bercakap tentang individu tertentu maka individu lain yang tidak disentuh akan terasa (bagi yang jenis sensitive la).
Tujuan perkongsian ini adalah sebagai muhasabah kepada diri dan kawan-kawan. Supaya setiap ruang hidup kita dimanfaatkan sebaiknya untuk mendapat mardhotillah (keredhoaan Allah), jangan memandang rendah kepada kemampuan teknologi untuk menggugat akidah dan jangan pula terpesong dengan ‘keindahan’ teknologi. Apa yang aku nukilkan disini harap dapat diambil teladan dalam menjadikan facebook sebagai ruang social yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Wujudkan bi’ah solehah atau suasana yang baik dan harmoni untuk iman dan taqwa. Jika kita tidak dapat membimbing kawan kita kearah kebaikan dan ketaqwaan maka kita lah yang harus mencari kawan yang mampu membimbing atau setidak-tidaknya mendorong kita kearah kebaikan, keimanan dan ketaqwaan. Ingatlah pesanan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS:
“ Manusia yang tidak memikirkan akan kehidupannya diakhirat adalah manusia yang celaka!”
Waspadalah pada kawan yang mampu mengheret kita ke lubang-lubang neraka, walaupun hanya dengan TAG kita pada foto atau video yang tidak senonoh. Sesungguhnya cara mereka menggunakan facebook melambang peribadi mereka samaada rosak bernanah atau soleh serta memberi manfaat pada orang lain. Semuanya sudah termaktub dalam Al-Quran sebagaimana berikut :

27. Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang Yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau Aku (di dunia dahulu) mengambil jalan Yang benar bersama-sama Rasul?
28. “Wahai celakanya aku, Alangkah baiknya kalau Aku tidak mengambil si Dia itu menjadi sahabat karib!
29. “Sesungguhnya Dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaKu. dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan Dia sahabat karibnya)”. – Surah Al-Furqaan: 27-29
Maka, hendaklah persahabatan itu hanya semata-mata kerana Allah tidak kerana kepentingan diri. Sekalipun persahabatan itu bermula dari networking untuk tujuan tertentu, maka olahlah ia kearah keredhoaan Allah. Segalanya belum terlambat selagi ajal belum muncul. Dalam satu hadis riwayat Muslim ada menceritakan : Ada seorang lelaki menziarahi saudaranya di sebuah kampong, Allah menempatkan di tengah jalan seorang Malaikat yang menunggunya. Apabila orang itu bertemu Malaikat tersebut, Malaikat pun bertanya: “Apakah pemergian engkau kerumah sahabat itu kerana engkau ingin mendapatkan sesuatu habuan?”. Orang berkenaan menjawab : “Tidak! Saya pergi disebabkan rasa kasih saya padanya kerana Allah”. Itu lah hakikat persahabatan yang sebenar dan ikhlas hanya kerana ALLAH.

Aku ketika menziarahi Bro.Khalifah Ali dirumahnya, Lampriet, Aceh.
Pilih lah kawan atau sahabat yang soleh supaya dia mampu membimbing kita kearah kebaikan sekaligus menjadi benteng diri kita dari terjebak dengan maksiat pada Allah. Sebagai kesimpulan, sama-sama kita renungi hadis berikut:
عن أنس قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم
«…. ومثل الجليس الصالح كمثل صاحب المسك إن لم يصبك منه شيء
أصابك من ريحه ومثل جليس السوء كمثل صاحب الكير
إن لم يصبك من سواده أصابك من دخانه »
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi samada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” – [Riwayat Abu Daud]
ini hanyalah pendapat peribadiku dan ini jugalah apa yang aku belajar dari kehidupan – Life is the best school!