Pedih




Image

Bila aku ceritakan sesuatu pada kamu,
aku mahu kamu mendengar dengan sepenuh hati kamu..
aku mahu kamu mendengar dengan sepenuh jiwa kamu..
aku mahu kamu rasai apa yang aku rasa..
aku mahu semangat dari kamu…
aku mahu kamu ada bersamaku dengan masalahku..
aku mahu itu saja…

BUKAN
kata-kata yang bisa buatkan aku bertambah sedih.
kata-kata yang bisa merobek hatiku.
kata-kata seperti kamu sedikit pon tidak endah kepadaku.

Nahhh..Terima kasih dengan semua ini.
Pedih.

Jingga Si Matahari



Image


Jingga si matahari
Ku tatap indahnya cahayamu
Warnamu hadirkan keindahan di sana

Jingga si matahari
Kau wakilkan perasaanku melalui senja
Meskipun membisu tetap saja indah

Jingga si matahari
Kau sentuh aku dengan kehangatanmu
Sedarkan mataku daripada silaunya dunia

Jingga si matahari
Walaupun sinarmu hanya seketika
Ianya akan tetap terpahat dihati..

Writing in the skies..


Image


setiap yang bernyawa itu
yang bergelar dirinya manusia 
pasti akan ada naluri untuk disayangi tuk dicintai.
setiap manusia itu mempunyai hak untuk bahagia ..
maka oleh itu,
carilah kebahagian itu sementara masih ada peluang ..
jangan dikenang pada cinta yang tak kesampaian ..
biarkan ianya terbang bebas bersama angin malam ..
atau hanyutkan saja ke lautan berombak deras .. 

Memori


Kenapa kamu harus mengeluarkan kata kata amarahmu seperti orang tidak keharuan?
Bukankah kamu jugak yang berkata kamu sudah ada penganti aku?
Dulu pada masa aku melawat kamu?
Puas hati kerana sakit kan hati aku? Cemburukan aku?
Jelas sekali muka kebahagiaan kamu di saat itu..muka kepuasan kamu di tika itu.
Puas hati kamu ketika itu bukan?
Tika kamu berkata begitu, maka lenyap lah aku dalam dunia kamu.
Ku maniskan juga senyuman terakhirku buatmu. Terakhir!

Tolong pandang ke hadapan, jangan sesekali kamu toleh kebelakang lagi.
Ayuh gerakkan kaki mu. Aku tahu kamu bisa lakukan nya!
Tiada apa yang istimewanya hidup aku ni berbanding gadis-gadis Dorayaki kamu.

Maafkan aku. Hidup aku memang aneh. Kamu tidak akan dapat fahami jiwa aku.

Kali Kedua



oh indahnya rasa..
rasa seperti jatuh cinta buat kali kedua
cinta tak kesampaian mu dulu
 kini buat aku rasa kehangatan nya kembali..

ouch ouch ouch ...

Cinta Platonik

Image


hai sapa yang tengok nona tadi mesti taw apa cinta platonik ni...sound interesting but i guess tak semudah yang disangka kot.

pada yang tak tahu apa itu cinta platonik meh nak bagitaw, yang taw eheemm xpe sila abaikan..cinta platonik atau hubungan platonik ni adalah satu hubungan persahabatan antara perempuan dengan lelaki yang sangat akrab tanpa wujudnya perasaan cinta yang berlandaskan nafsu seks. pasangan ini selalunya berkongsi rahsia sesama sendiri tak kira rahsia apa apa pon mereka akan tetap berkongsi.

it sound interesting right tapi tapi..haa ada banyak tapinya..

okay maybe jika dilihat pada sudut yang positif memang menyeronokkan...yela bila kita ada kawan yang berlainan jantina ..mereka ni kadang kala lebih memahami apa yang kita nak..berbanding dengan kaum wanita itu sendiri yang kadang kala punyai sifat mazmumah..oh ini mesti kes silap cari kawan ni..abaikan jika anda punyai bff yang memahami anda..bukan apa tapi kadang kadang rasa lebih seronok berkawan dengan lelaki sebab mereka punyai sikap tak kesah dengan perbuatan kita tetapi still caring to each other..boleh bertarik rambut boleh bergurau kasar boleh sepak menyepak boleh kutuk mengutuk boleh macam macam la..okay berbalik pada topik tadi bila lelaki dan perempuan ni berkawan rapat mulalah timbul anggapan negetif dari rakan rakan bersikap mazmumah ni tadi..mula la menyampai sana sini mengumpat memfitnah..yela mungkin jeles la tu..haaa part ni yang tak syok ni.. dah tu bila pasangan ni dah start kapel si gf lelaki ni akan mula jeless, si bf perempuan ni pulak rasa gf dia curang..so payah situ..

selain itu jugak...ewah macam ayat karangan..bila kita dh terlalu rapat and everything about perempuan dan lelaki tu kita tahu..kabarangkalian mungkin juga akan timbul satu perasaan lain..lumrah alam katakan..hubungan antara dua manusia yang berlainan jantina ni memang akan saling tertarik dan menarik antara satu sama lain..tapi tak semua depends jugak pada pendirian individu yang menjalinkan cinta tersebut.

for me hubungan ni semuanya bergantung pada niat dan pendirian individu tersebut..kadang kala bila dah terlalu rapat tak kan la tade langsung sekelumit perasaan halus itu timbul di dalam diri masing masing kan..takut takut tiba tiba cinta/hubungan platonik ni bertukar menjadi cinta cintun, cinta tiga segi atau hubungan skandal pulak..bahaya tu.. so its depand pada diri masing masing macam mana nak value kan hubungan tersebut dan jika hubungan ini berpanjangan sampai masing masing sudah berkahwin memang ia satu cerita yang happy ending lah.

so lets find our platonic love..
kbai.

Kena Tahu.

 
PEREMPUAN KENA TAHU
::seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi , tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun::

LELAKI KENA TAHU
::seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda utk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanye walaupun anda telah menyakiti hatinya::
 
Image
 

Donut Kecik

Salam..
Hari ni tetiba rindu budak kecik ni.
Rindu nak dengar tangisan dia..
Alesya Imani :)

Image

Oh mata saya rabak. Hodohnye eye bag. Actually pic ni lepas exam yang tak tidor semalaman.
Sexy kan? krroohhh..kroohh..
Btw mata kami sama sepet..lagi bertambah sexy. Oh tolong jangan benci saya..HAHAHA


Toy Museum


Salam yaww.
Hey semua..

Nuna bosan so nuna nak review pasal toy museum yang nuna pegi minggu lepas. Actually ni first time nuna jejak kaki kat muzium ni setelah berkurun lamanya tinggal kat penang..hahah..

Ok ok cukup untuk mentertawakan diri sendiri. balik pada cerita asal.

Kalau korang nak tawu toy museum ni adalah muzium yang terbesar di Malaysia dan pertama terbesar di Asia. Haa siap masuk Malaysia Book of Records lagi taw.. jangan main-main kaw! Muzium ni bukak seminggu = 7 hari dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Muzium ni betul-betul sebelah hotel..hotel apa tak ingat..hehe

Banyak sangatttt koleksi toy kat sini..ada yang comel-comel ada yang cantek-cantek, ada yang sexy-sexy, ada yang seram-seram,sampai naik seram berdiri bulu roma..tiba-tiba terbayang camne kalau semua patung kat situ hidupp! eee..

Haa..tapi nak cakap tempat ni best jugak la..selain tengok-tengok boleh tangkap gambar ngan toys kat situ. Pegi la pegi la kalau korang yang belom penah pegi..tiket pon tak ada mahal sangat.. RM10 untuk dewasa dan RM 6 kot untuk kanak-kanak.

Kalau pegi muzium ni time tak ramai orang lagggii bestttt taw :D



Image
Macam-macam ada.
Image
Barbiee








Kalau ada rezeki korang masa mai sini boleh la beli Barbie doll ni..Harga dia memang membuatkan anda tersenyum rasa nak beli semua :) 
Nuna borong sampai 3 ekoq taw nanti nak bagi kat anak-anak sedara :)

Okay till then..muaah!


Tak tau nak letak title apa.

arghh..

bosan jugak cuti-cuti ni bila ibu ayah bz dgn kerja..orang-orang tersayang dah jauh la plak..aish..

bila nak masuk sem ni..lambatnye..tak sabau nak pegang duit *duit ptptn je ponnnnn*

jadi lah daripada tade langsungg..HAHAHA...
nak beli apa eh sem ni..sem lepas macam tak nampak beli apa pon..tiba tiba je dah habis!
ishhh ish duit tak dapat lagi dah pikior macam-macam..ini la rupenye penyalahgunaan duit ptptn :D
tak ape nanti aku jugak yang nak kena bayar..biar sekarang ni rasa heavan2 dulu nanti dah kerja buat2 la lupaa..hahahaha...tak boleh tak boleh nanti tak boleh nak honeymoon obersea!
alaaaaaaaaaa...nanti kerja bayar la..*ayat cliche* :D

ehemm..nak beli apa eh eh?
meh pasang papan wawasan meh..

1. Samsung Galaxy Tab
--> kesian baru nak beli ke?? *orang cakap bukan aku cakap*




2. Samsung Galaxy W
--> suka camera dia.


Image


3. Instant camera
--> nanti boleh tampal-tampal gambar kat dinding..eeeee


Image


dah ini je setakat ini yang teringin bebenorr rasenyeee..entah dapat ke idokk..tapi tak pe bior berangan nanti jadi kenyataan..
dann BIOOR ADA DARI TAK ADOO LANGSUUNGGG  :)

arggghhh boosaann balikk..!!!

2012- New Beginning.

hey hey

HAPPY NEW YEAR 2012.

Final exam pun dah mula.. so GOOD LUCK to all of you..
Takut, nerves,stress semua ada...sebab apa sebab study last minit..oh belum belajar dari kesilapan masa dip lagi lani.. hahaha...2012 dah ni..cepat la berubah nadia!

Apa azam tahun baru? Hope azam tahun lepas dah tercapai sebelum buat azam baru..hahaha

Azam aku tahun ni nak belajar betul-betul tak nak main-main lagi. Nak gembirakan hati my parents ini sangat penting. Nak dapat dekan and nak jadi budak baik..tak nak nakal-nakal lagi macam dulu.. ;)

Hahaha... k la chow dulu..nak study ada paper ahad ni.
TKbai.

# ooh lupa ritu new year i pegi cameron you..sejuk..!! nanti i update ye :)

Image
Image Image Image