Penulis: Shueqry
Asalamualaikum dan salam sejahtera.. apa khabar anda? Shueqry di sini.
Kali ini saya berkata tentang mengelak sikap bertangguh. Bertangguh ni, merupakan satu sikap yang tak berapa positif dan tak berapa bermotivasi. Saya dulu pernah ‘melekat’ dengan sikap sebegini, tapi akhirnya membawa padah pada diri sendiri.
Teringat lagi sewaktu berada di Astro dulu sebagai Customer Service Officer, bertangguh merupakan sebahagian dari diri saya. Saya menangguhkan bil-bil Astro yang bermasalah dan mendahulukan penyambungan semula, penambahan pekej Astro, penukaran pekej dan pembayaran bil di kaunter, dalam kepala saya rancang nak buat esok saja.
Akibatnya, bila kerja sudah selesai untuk hari itu, ada lagi banyak yang bertimbun, pelanggan Astro yang mahu menukar alamat, bil-bil yang masih bermasalah, claim overtime yang belum di isi dan email-email penting di Inbox yang belum dibaca. Saya pula menangguhkan kerja-kerja ini pada keesokan harinya.
Things getting worse bila kerja esok hari bercampur dengan yang kelmarinnya lalu beban kerja bertambah dua kali ganda! Saya jadi sungguh menyesal kerana mengamalkan tabiat suka bertangguh.
Lalu, saya berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk menguruskan senarai semua kerja-kerja saya dan dalam masa yang sama mengurangkan sikap bertangguh step by step. Di bawah ni saya senaraikan apa yang saya lakukan:
1. Ubah Mindset, Disiplinkan Diri
Segalanya bermula di minda. Ubah mindset anda.
Jika sekarang anda suka bertangguh, tanamkan keazaman tinggi mahu mengubah diri dan sebab apa anda mahu berubah, misalnya mahu mencapai prestasi sebagai pekerja cemerlang dan tunjukkan pada kawan-kawan lain anda juga seorang pekerja yang cekap.
Bayangkan diri anda seorang yang sangat berdisiplin di dalam minda, bayangkan seperti ada skrin di depan mata anda sekarang ini dan anda melihat diri anda sedang bekerja dengan penuh disiplin. Imaginasikan ada 2 skrin di depan anda, satu diri anda yang bertangguh dan satu lagi diri gambar anda yang berdisiplin.
Bayangkan skrin diri anda yang bertangguh tu semakin mengecil, makin kecil dan terus mengecil. Kemudian, anda ambil lalu lemparkan skrin gambar tu sekuat-kuatnya, sejauh-jauhnya lalu semakin menghilang. Apa yang anda rasa selepas itu, feel better?
Kemudian, anda melihat skrin diri gambar diri anda seorang yang rajin tadi semakin membesar, membesar dan terus membesar. Anda melihat diri anda seorang yang berdisiplin dan tidak ada perkataan “bertangguh” lagi dalam diri anda.
Paling penting, buat sekarang. Bertangguh hanya merugikan diri sendiri.
2. Buat Senarai Keutamaan
Sediakan pen dan buku nota kecil. Catat segala kerja-kerja anda. Buat mana yang penting terlebih dahulu.
Memori kita tak dapat mengingat semua benda sekaligus, jadi pen dan buku nota memainkan peranan penting di sini. Lagipun, ia murah dan kecil.
Bagi anda yang mempunyai PDA ataupun reminder di dalam telefoin bimbit, gunakan ia sebaiknya. Buat kerja yang datang dulu pada anda dan yang berada di senarai teratas.
Bila dah siap baru berpindah pada kerja yang lain, buat sampai siap. Anggap kerja lain sebagai “gangguan”. Di tempat kerja, biasakan diri untuk mencatat semua senarai kerja yang perlu disiapkan hari ini.
Saya menggunakan perisian Mozilla Sunbird, saya merekod semua ‘job task’ di dalamnya. Mozilla Sunbird ni free saja.
Boleh download di http://www.mozilla.org/projects/calendar/sunbird/screenshot.html , klik pada ikon Mozilla Sunbird dan muat turun (download) tak sampai 30 minit, bergantung pada kelajuan Internet. Screen Shot Mozilla Sunbird dari PC saya
Pilihan lain, boleh gunakan Microsoft Outlook. Fungsinya dengan Mozilla Sunbird lebih kurang tapi saya lebih selesa menggunakan Mozilla Sunbird kerana lebih mesra pengguna. Tambahan pula, ketika waktu kerja depan PC saya aplikasikan konsep “paperless”.
3. Akhir Sekali, Beri Hadiah Pada Diri Sendiri
Selepas penat bekerja seharian, gembirakan diri sendiri. Ini penting untuk mengelakkan diri dari dilanda stress, tekanan, kemurungan dan sakit mental. Sama juga dengan fizikal kita, bila dah bekerja, perlukan rehat.
Buat apa saja yang menggembirakan anda, sama ada berbual-bual dengan rakan serumah, bergurau dengan yang tersayang mahupun bermain games di komputer anda. Bagi diri saya, lepas bekerja saya suka pergi berenang.
Terapkan Total Happines dalam hidup Anda. Bila semua senarai kerja dah selesai, ucapkan syabas pada diri Anda sendiri.
Puji diri anda kerana berjaya menyiapkan kerja hari itu dan berjaya mengelak sikap bertangguh. Maknanya, anda sudah boleh mendisiplinkan diri untuk hari-hari yang mendatang, bila-bila masa di mana jua. Yey!!
Lama kelamaan jika anda mengamalkan 3 teknik ni, sikap bertangguh dapat dikurangkan langkah demi langkah lalu semakin menghilang. Untuk esok hari, mula buat senarai kerja pada hari ini, di waktu petang ataupun sebelum Anda tidur dalam 10 minit .
Set di dalam minda anda mahu jadi seorang yang berdisiplin bila anda bangun keesokan harinya. Mula ubah sikap bertangguh tu hari ini juga.
Doa saya, moga Anda cemerlang hendaknya.
http://www.imotivasi.com/elak-sikap-bertangguh/
Filed under: Motivasi | 1 Comment »