S.I.M.S
Syirfan Indra Mitra Surya b. Hussin- S.I.M.S. Berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lui Timur. Kemudiaannya ke Tuanku Muhammad School (TMS). Bergraduat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000 dalam bidang Linguistik Melayu dan Penulisan Kewartawanan. Memperoleh Sarjana Penulisan Kreatif dari Aswara pada 2015.
Mula terlibat dalam industri penyiaran sejak tahun 2000. Bermula di RTM selaku penulis skrip dan kemudiannya penerbit rancangan. Menjelajah dari stesen TV dan Production House- Menerokai daerah kecil dan negara-negara besar- Memahami gaya hidup dan pelbagai ras budaya. Menulis lebih dari 1000 buah skrip untuk dokumentari atau bual bicara. Menghasilkan dokumetari-dokumentari pelbagai jurnal. Antara yang terbesar seperti Ginseng Untuk Dunia dan Subuh Berdarah Di Kuala Krau.
2006, mula bertugas di FM Production Sdn. Bhd, terlibat dalam penerbitan Expose, Expose Mistik, Atlas Nusantara, Epik dan sebaginya. Jawatan terakhir di FM Producton sebagai Manager (Editorial / Content).
2007, berjaya mencatat nama sebagai wartawan Malaysia pertama menjejak kaki ke wilayah bergolak Dagestan, Rusia. Kejayaan ini terakam dalam program Ziarah 2- Rusia.
Turut terlibat dalam penerbitan dokumentari Khas Kisah Ina: Balada Gadis HIV sebagai pengarah dan penerbit. Dokumentari ini berjaya menimbulkan kontroversi berkaitan dengan isu pelacur yang dibawa.
Dalam tahun 2007 dokumentari “Keris” untuk National Geographic juga berjaya dihasilkan selepas bertindak sebagai penulis skrip dan penerbit.
Mengembara sekitar Russia, Greece, Mesir, Yamen, Iran, dan India serta bertindak sebagai penerbit dan penulis skrip untuk projek mega dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnaian”.
Menunaikan tugas sebagai Penerbit / Penulis skrip dan Pengarah untuk “Madrasah Salasilah Rasullulah” di Mesir, Yaman dan Syria,
2010 mula berkhidmat di Alhijrah Media Corporation. Jawatan terkini (2017) adalah Pengurus Ehwal Semasa TV. Beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan program ehwal semasa (bual bicara dan Berita).
Oktober 9, 2008 pada 4:41 am
Tahniah… Usaha dan kesungguhan anda dalam kerja-kerja anda ini memberi manfaat kepada semua dan diberi kerberkatan olehNya. Teruskanlah berkarya dan teruskan perjuangan anda. Daripada sahabatmu anak felda/TMS in memori. Ape email kau ha.
Oktober 10, 2008 pada 5:23 pm
Salam…
Lama tak dgr berita dari ko…nasib baik ko sms raya,kalau tak mmg hilang terus ko dari phonebook aku.hehehe… apa pun semoga berjaya bro..sekurang²nya ko dah buktikan pada member² lain kejayaan ko sekarang ni.Insyaallah senang² kita jumpa.
Oktober 12, 2008 pada 4:36 am
Bro,
gua juga boleh dihubungi di [email protected]
November 28, 2008 pada 3:09 pm
woow..impressed and amazed.
..u did good job…anyway abangsyirfan ingat saya lagi ke..satu angkatan kelab Jentayu KKD dulu..
please contact by email
November 28, 2008 pada 3:09 pm
sorry not KKD but KK6
November 29, 2008 pada 11:23 am
Azizah…
Mana mungkin saya terlupa saat penting dalam kehidupan saya. Mustahil juga saya lupakan semua yang hadir dalam hidup pada tika itu. Selamat kembali bertemu. Sudi-sudilah melayari blog ini.
Disember 9, 2008 pada 2:02 am
Alhamdulillah…besar kejayaan yg abg kecapi..dan rasanye besar lg pengorbanan yg abg lalui kan..sy doa’kan yg terbaik utk abg sekeluarga…
Disember 9, 2008 pada 11:33 am
Terima kasih Annazs…
Doa saya juga mengiringi keluarga tuan…
Januari 8, 2009 pada 3:59 pm
Kita pernah berada dalam satu daerah, Bahau.
Dunia kecil jika kita tidak cuba menggeledahnya. Kagum dengan jauhnya perjalanan saudara.
Semoga apa yang dipaparkan bermanfaat jua kepada semua. InsyaAllah.
*Sedang menanti “Alexander Bukan Zulkarnaian” esok.
Januari 8, 2009 pada 4:18 pm
Bayan, terima kasih kerana sudi singgah. Bahau? suatu masa dahulu banyak burung bayan di sana. Lama juga nak cari burung-burung bayan itu. Tak sangka jumpa disini. hehehe. Salam perkenalan…
Sudi-sudilah menonton “Alexander Bukan Zulkarnain – The Making” 9 Jan. Terima kasih sekali lagi.
Januari 17, 2009 pada 10:04 pm
Salam…
Sebolehnya saya mahu ikuti rancangan Alexander Bukan Zulkarnain itu setiap Jumaat di Astro Oasis. Tapi memandangkan sekarang saya sibuk bekerja, nampaknya saya tak dapat ikuti rancangan itu diawal episod.
Walau apapun saya memang suka menonton rancangan travelog seperti program Ziarah2. Semoga usaha anda ini sentiasa diberkati dari Allah…
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya…
Januari 19, 2009 pada 1:30 am
Areefah,
Terima kasih atas sokongan. Kami berusaha untuk menerbitkan program ini dalam bentuk DVD. Moga ia membawa kesan besar kepada semua.
terima kasih
Januari 21, 2009 pada 11:45 am
Tuan Syirfan,
Saya ucapkan tahniah atas pencapaian tuan dalam bidang penyiaran khususnya dokumentari. Individu seperti tuan tentu dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya dalam memastikan ilmu dan maklumat segar disalurkan melalui wahana media. Media tidak lagi menjadi instrumen yang sering dilihat merosakkan sebaliknya ia menjadi satu instrumen yang membina, mengembangkan minda, menggugah pemikiran dan mencipta kesedaran.
Usaha tuan ini besar. Moga mendapat bantuan Yang Maha Esa. Jika ada ruang kita bekerjasama, saya amat-amat berbesar hati dan mengalu-alukannya.
Semoga kita semua ada sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat.
Terima kasih.
Januari 21, 2009 pada 4:11 pm
Salam, saya minta izin untuk masukkan blog tuan ke dalam blog saya ye
Januari 22, 2009 pada 12:39 am
Ikram…
Segalanya untuk agama dan bangsa. Moga pertemuan nanti bawa kebaikan.
Januari 22, 2009 pada 12:43 am
Tiada masalah arrefah…
Mac 27, 2009 pada 8:48 pm
Sekalung tahniah buat mu saudara syirfan!!! Aku bangga kerana aku pernah mengenali insan kreatif sepertimu…
teruskan kecemrlangan mu…
JAmal (ex tms)
Tq, tq. keep in touch. [email protected]
April 13, 2009 pada 2:11 pm
salam,
Apapun tahniah diucapkan kepada org sekampung yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. teruskan usaha yang baik demi agama bangsa dan negara.
terima kasih orang kampung… hehehe
April 15, 2009 pada 3:28 pm
Syirfan, seperti yang i kenal u dulu….kreatif dan penuh dengan semangat baru yan berkobar-kobar. tahniah atas usaha gigih dan membanggakan. Semoga kita bakal menjadi pasukan yang sama-sama memartabatkan bahasa, budaya dan agama di mata dunia. Insya-Allah.
Selamat maju jaya dalam segala lapangan yang diceburi.
April 15, 2009 pada 3:29 pm
Syirfan, one more thing….bangga juga bila ramai graduan macam kita akhirnya berjaya dalam bidang yang tak siapa pernah sangka! Teruskan usaha ya! All the best!
Julai 20, 2009 pada 9:54 pm
woww…
tak sangka kawan aku nie betul-betul meminati bidang penulisan.Setelah aku bca blog nie aku rasa kau memang layak.Aku nak beri satu cadangan setelah kau membuat kaji selidik ke negara orang apa kata kau cuba mengkaji pulak tentang MELAYU…. see yaa
Ogos 20, 2009 pada 8:56 am
salam ramadan…saya difahamkan 20 ogos khamis dokumentari madrasah saya akan keudara…adakah ia benar?kerana saya ingin maklumkan kepada keluarga saya…..sekian
September 10, 2009 pada 3:04 am
Assalamualaikum, saya minat & tertarik menonton dokumentari Rosli Dhoby & Madrasah Salasilah Rasulullah yang diterbitkan oleh saudara. Tahniah! Dokumentari2 sejarah sebegini memang bagus & bermanfaat.
Boleh saya minta emel saudara? Saya ada sebuah permintaan, cadangan & kerjasama dengan saudara. Sebenarnya saya telah lama menyimpan hasrat ini. Saya berhasrat hendak membuat & mengacarakan sebuah dokumentari sejarah. Kalau boleh kita bekerjasama dalam hal ini.
Sebenarnya saya berhasrat hendak buat & mengacarakan dokumentari mengenai kehidupan ulama2 seluruh dunia. Kira macam jejak ulamalah. Kita jejak tempat2 yang ada kaitan dgn kehidupan ulama itu. Kalau saudara mahu tahu saya seorang penulis buku. Lebih kepada yang berkaitan mengenai biografi2 ulama. Saya masih penulis baru lagi.
Judul buku saya ialah Lembaran Hidup Ulama’ terbitan Hijjaz Records Publishing. Buku tersebut masih baru lagi. Kita boleh buat dokumentari tersebut berdasarkan buku saya tersebut. Penggambaran dokumentari tersebut saya bercadang hendak buat mula awal tahun depan. Kita mula mengembara ke seluruh dunia di tempat2 yang ada kaitan dengan kehidupan ulama. Terutama Syria, Jordan, Madinah & Indonesia.
Harap kita dapat bekerjasama dalam merealisasikan hasrat & impian saya ini. Ataupun saudara boleh emel kepada saya. [email protected]
Sekian,
M.A.Uswah,
Penulis buku Lembaran Hidup Ulama’
http://tamanulama.blogspot.com
Januari 8, 2010 pada 11:58 pm
salam….
“tiada bicara selain mengharap agar ikatan rasa buat kesekian lama kembali segar. adikmu ini amat mengimpikan saat saat mengenal apa itu bicara akal dan nilai budi yang sama-sama kita lalui segar dalam ruang masa. Ingat!!! Dalam setiap gerak tari itu, akarnya dilupa jangan. ” 0132080349
Februari 25, 2010 pada 1:48 pm
Assalamualaikum….
Saya berminat untuk menyertai aktiviti sosial di lorong haji taib. Bagaimana boleh saya berhubung dengan saudara? tolong respon ke email saya.
Terima kasih
Jun 14, 2010 pada 11:10 am
Assalamualaikum…
saya baru belajar buat blog dan saya terjumpa blog nie,
mmg best, sy ske baca entry2 yg ade…bila baca psl penulisnye, ternyata seorang yang berjaya…tahniah dan teruskan usaha anda…kami semua menyokong… =)
Yana,
Terima kasih. Saya juga telah berkunjung ke blog saudari. Moga terus sukses ya…
Julai 5, 2010 pada 8:42 am
3 julai, 2010 8.00 mlm baru-baru ni satu pentomen dipersembahkan di hadapan YB Menteri Dalam Negeri sempena mengenang pejuang negara. Pentomen itu bertajuk “Subuh Berdarah Di Kuala Krau”. Ramai yang menangis menghayati persembahan tersebut. Dato’ Rais Yatim pun turut menonton.
Julai 5, 2010 pada 8:51 am
3 julai, 2010, 8.00 mlm baru-baru ni di Dewan Merdeka PWTC, satu pentomen bertajuk “SUBUH BERDARAH DI KUALA KRAU” dipersembahkan di hadapan YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Hishamudin Husin dan YB Menteri Penerangan, Dato’ Sri Rais Yatim sempena program mengenang pejuang negara. Ia adalah anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia. Cukup hebat persembahan tersebut. Ramai penonton yang menangis menghayati persembahan tersebut.
Julai 5, 2010 pada 10:54 am
Saudara Zainal
HArap karyanya memberi kesan besar kepada sejarah dan perspektif. TAjuknya pun sama dengan karya saya sebelum ini. hehehe. kebetulan mungkin
Julai 5, 2010 pada 11:00 am
Izyan,
Nampaknya karya saya yang dulu-dulu masih ada kesinambungannnya.. hahahaha. moga bawa kebaikan
Julai 5, 2010 pada 8:15 pm
salam.tuan sy amat berminat utk mdptkn karya tuan-subuh bdarah d kuala krau.juga ingin sgt mengetahui pensejarahan sbnar subuh bdrah d k krau kerna sb ank jati phg sy ingn mngetahui lbh lanjut pjuang2 yg terlibat waktu itu,o ye kopral wok tu berasal dr mane?tkasih
Ogos 6, 2010 pada 12:16 pm
bagaimana sy blh hubungi encik Syirfan Indra Mitra Surya b. Hussin?
Ogos 9, 2010 pada 9:49 am
Nadia,
tinggalkan no telefon. Saya akan hubungi nadia.
September 2, 2010 pada 9:58 am
salam.
saya taip perkataan ‘belasungkawa’ utk mengetahui maknanya dan yahoo memberikan laman saudara sebagai cadangan. lain yg dicari, lain pula yg berjumpa.
terjumpa laman ‘travelogue’ yg menarik ni.
seronok baca catatan pengalaman disamping sejarah2 yg diberikan sekali.
insyaAllah, akan jadi pengikut laman saudara ni.
wassalam …
(terus ‘bookmark’ laman ni )
November 22, 2010 pada 11:32 pm
Assalammualaikum. Syukur Alhamdulillah.Sungguh bertuah saudara dpt menjadi warga kerja Hijrah TV. satu peluang besar menjalankan kerja anda sebagai seorang khalifah. Mohon bertanhya bagaimanakah boleh saya atau bekas-bekas wartawan dpt mencari pekerjaan ataupun menyumbangkan apa-apa bahan ke stesyen TV Al-Hijrah. Bolehkah saya dpt emel saudara SIMS. Terima Kasih. Salam Jazakumullahu khayran minha