TEACHER HAS . . . ?

Bagi sesiapa yang mengenali empunya diri ini, teruskan menerokai catatan dan coretan ini....cukuplah sekadar koreksi diri dalam dunia fana ini...kerana hidup kita ini pasti ada penghujungnya nanti....Ya ALlah, andai ini mampu kupersembahkan sebagai usaha-usaha untuk mendaulatkan agamaMu, Kau terimalah ....

Saturday, November 16, 2013

Air Kasih Sayang & Doa Perpisahan

Image
Inovasi 1 : Air Kasih Sayang
Image
Inovasi 2 : Pelbagai Kegunaan
Dan......tiba juga akhirnya tarikh akhir persekolahan sesi 2013 ini. Semoga setiap selakan kenangan itu mendamaikan. Terlalu banyak pos yang tertinggal.....akibat kesibukan sehingga tanggungjawab menulis ini dikemudiankan. Tekad malam ini, ini sebagai Pemangkin semula semangat yang telah lama diam. Insya Allah dengan keizinanNya, akan muncul lagi yang lain-lain....Tragedi Oktober, Ukhuwwah Sampai Syurga dan lain-lain....

DOA PERPISAHAN : BROTHERS

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

Image
Specially done for all of you, 5AK 2013.

Image

Monday, January 28, 2013

Terpenjara di Daerah ini....


Setelah sekian lama, jemari ini berhenti tarinya....... Sejenak perbualan dengan 'amanah' dari Tuhanku yang semakin meningkat remajanya, membuat hatiku terdetik untuk membariskan kata2 ini.......

TERPENJARA DI   DAERAH INI.....

Apa yang membuatkan terkeluar kata-kata penuh makna itu - biarlah Allah sahaja yang mengetahui..... 'Amanah' dari Tuhanku berkata hanya dia sahaja yang tidak dapat menerima RM100 tadi, disebabkan 2 perkara :

i) tiada ibu atau bapa yang hadir
ii) tidak membawa salinan i.c ibu dan ayah

Maka, bersoal jawablah kami untuk mengungkai apakah puncanya sehingga menjadikan begitu keadaannya. Dalam bersoal jawb itu - terlihat juga kedewasaan bicaranya.....suatu yang boleh dipermudahkan, usahlah pula disukarkan.... Soalnya, sama ada kita hendak memudahkan sesuatu atau menjadikan ia tidak mudah....

Sempat aku menasihati, sabar adalah ubat segalanya. Berdoa kepada Allah, dengan doa ini : YA ALLAH, KAU TUNJUKKANLAH YANG HAQ ITU SEBAGAI HAQ dan YANG BATHIL ITU SEBAGAI YANG BATHIL.

Image


Memang kekadang jiwa kita meronta kerisauan dengan ketetapan dan syarat terma dunia dan aturan manusia yang berjiwa duniawi. Kita tak boleh nak lari dari kehendak manusia yang rata-ratanya berkehendakkan kepada dunia, kekayaan, kemewahan, kesenangan, kejayaan dan apa jua yang menyeronokkan. Kita lupa kekadang itu seuatu yang kita tak suka, kita benci atau kita takuti - itulah sebenarnya penawar yang tersembunyi dari Illahi..... Itulah sifat dan kelemahan kita sebagai hambaNya yang lemah, sering memilih sesuatu yang hanya nampak mudah, tetapi sebenarnya di situlah punca segala padah.

Amat sukar untuk nak menegakkan suatu yang BENAR pada jalan KEBENARAN. Seringlah berdoa kepada Allah, agar diberi keyakinan yang benar-benar mantap terhadap agama suci yang kita anuti sejak datuk nenek moyang kita dahulu. Usahlah kita digelar hanya Islam Genetik!(Islam Keturunan) semata-mata.

Image

Betul juga kata-kata yang didengari dalam sesi perhimpunan pagi tadi, BIARLAH KITA DUDUK DI BAWAH, ASALKAN KITA DALAM KEADAAN BENAR, jangan kita mengejar untuk berada di atas, tetapi penuh dengan jalan penipuan, pembohongan dan permainan kata-kata semata-mata, kerana di situ akan akan penilaian yang lebih hakiki iaitulah dari Tuhan sekalian alam ini, Rabbul Izzati....

Kekadang bicara alam sekeliling kita umpama memberi peringatan kepada diri yang sering lupa tadi. Kedamaian yang sememangnya mententeramkan jiwa kekadang boleh terus bertukar menjadi ganas, kekadang itu sebagai petanda amaran dari Allah, cuma setiap kali itu jugalah kita menjadi mereka yang alpa.....

Image
Mendamaikan....
Image
Kembali yakin!
Image
Alam yang berbicara
Maka, terus-terusanlah berdoa kepadaNya, agar Islam kan disanjung tinggi walaupun kita semua berada salam zon umat akhir zaman....Semoga kita semua nanti, akan dikenali oleh Muhammad s.a.w, sebagai umatnya yang disayangi, amalkanlah segal Sunnah nabi tercinta, sedapat yang mungkin. Cari dan perdalamkanlah lagi ilmu yang ada agar kita menjadi hambaNya yang bukan setakat bernama Islam tetapi boleh berbicara tentang Islam, insya Allah.... Jangan kita menjadi seperti segelintir manusia yang boleh dijual beli, diperkotak katik, waimah soal keturunan dan agamanya..... Nau'zubillah....

Image

Image

Image

 Jadilah kamu sebaik-baik manusia di muka bumi Allah ini.....sesuai dengan maksud ayat Al-Quran ini :


Image
‘Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)’.


Sunday, July 22, 2012

Doa Ramadhan....ini

Image

"Ya Allah, 
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun 
lagi Maha Mulia, 
yang suka memberi pengampunan, 
maka ampunkanlah kami....."

Ku Berlari

Ku Berlari
Image


Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..


Sunday, June 17, 2012

Muhasabah sejenak

Peristiwa Isra' Mikraj yang setiap ahun diingati - apakah impaknya dalam kehidupan kita sehari-hari....
Semoga hidup yang berbaki di muka bumi Allah ini akan lebih diberikan suatu nafas baru sebagai seorang Muslim yang mukmin, insya Allah..

Peristiwa Isra' Mikraj
[klik sini untuk perkongsian teks mengenainya]

Image
Ingatlah selalu akan pesanan ini :

"Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam yang kita telah tinggalkan"

Sunday, April 29, 2012

Kongsi Kisah Nabi dengan Buah Oren

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Image
Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. (^__^)

Friday, April 27, 2012

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara

Situasi 1

Image


Keinginan menjadi seorang dermawan(bersifat mulia - bersedekah). Seorang kanak-kanak yang mempunyai sifat ini amatlah terpuji. Namun seandainya tiada kemampuan, maka memadailah sekadar nilai yang ada sahaja untuk bersedekah. Walaupun begitu, kekadang nafsu dan keinginan menunjuk kepada kawan atau orang sekeliling, menyebabkan mungkin si kanak-kanak ini tadi boleh sampai ke tahap mencuri / mengambil hak orang lain(contoh : mengambil wang kawan yang lain) demi melakukan suatu perkara kebaikan baginya(iaitu bersedekah tadi). Mungkin sikap si kanak-kanak itu tadi, perlu dibetulkan, walaupun BERSEDEKAH itu sifat yang mulia tetapi, MENCURI itu adalah berdosa dan HARAM hukumnya. Maka, perbuatan mencuri itu tidak akan jadi halal demi suatu perbuatan baik, iaitu bersedekah.

Situasi 2

Image


Menyampaikan dakwah pelbagai cara dan kaedah. Metodologi dakwah ini, secara paling mudah - lihat sahaja akhlak Rasulullah. Namun, mungkin ramai antara kita yang tersilap faham cara bagaimana untuk melunaskan tuntutan Sunnah Rasulullah s.a.w itu. Sebagai contoh; mesej-mesej dakwah melalui lirik-lirik lagu dakwah masa kini dengan arus nasyid kontemporari semakin diminati dan boleh dijadikan daya tarikan atau alternatif kepada mereka yang ingin mula menjinakkan diri kepada suatu hijrah dalam diri. Namun, seandainya bagi kaum wanita, rasanya ia adalah suatu yang perlu difikirkan semula akan hukum sebenarnya, sama ada boleh atau pun sememangnya tidak boleh.... Penerangan yang jelas boleh diperolehi dari tulisan ini  klik sini atau pun penerangan lebih terperinci di sini : klik Amat malanglah sekiranya ada di kalangan kita menjadikan AURAT yang sudah jelas HARAM didengari oleh merek ayang tidak muhrim kepada kita sebagai medan DAKWAH. Apatah lagi jika seandainya, tujuan dakwah itu dikemudiankan daripada tujuan-tujuan lain seperti tujuan dipertandingkan atau pun dipersembahkan. Wanau'zubillah....

Banyak lagi situasi lain yang boleh dibicarakan. Akal fimiran nan waras dikurniakan Tuhan seharusnya digunakan untuk merenung peluang demi peluang yang diberi Nya untuk kita semua memperbaiki diri bukan saling menyalahi sesama sendiri. Sesungguhnya, setiap yang kita rancang itu biarlah di atas landasan Islam....dan jika sekiranya ada di antara perancangan yang kita lakukan itu bercampur aduk antara yang benar dan yang bathil; antara yang boleh dan tidak boleh; antara yang harus dan juga yang haram - maka nantikanlah sahaja balasan dan percaturan Allah yang mengatasi segalanya... Wallahua'lam...

Image

Image
 
Lagi tulisan / artikel tentang Matlamat Tidak Menghalalkan Cara :

Monday, April 2, 2012

Ingatan-ingatan penyejuk jiwa.....

Image
"Jika ada orang berbicara mengenai kita di belakang, itu tanda bahawa kita sudah ada di hadapan."
Maka, senyum dan jangan susah hati.
Ingatlah, Allah bersama hambaNya yang bersabar keranaNya..
(Ust Zahazan Mohamed)

"Dakwah bukan bebanan, dakwah adalah kemuliaan. Setiap kali ruang dakwah itu terbuka utk kita, bererti Allah membuka pintu kemuliaan utk kita. "
(Ustazah Norhafizah Musa)

"Jangan terlalu resah & gundah dengan turun naiknya prestasi kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah ibarat lakaran dengupan jantung yang turun naik. Ia perkara tabi'i yang normal bertepatan dengan firman Allah yang mengarahkan kita terus berusaha, bermuhasabah & tawakkal."
(Ustaz Zaharuddin)

"Semakin banyak kelebihan kita, hakikatnya semakin banyak 'hutang' kita kepada Allah. Bukankah semua itu kurniaan Allah?
Justeru, sudah sewajarnya semakin tinggi ilmu, harta dan kuasa yang kita miliki, maka semakin malu kita kepada Allah. Kita hanya peminjam..."
(Ust Pahrol Mohd Juoi)

"Kebahagiaan yang sejati adalah datangnya dari 'DALAM' diri...tidak akan terkesan dengan faktor 'LUARAN'...maka,carilah bahagia dengan menyuburkan HATI untuk tunduk kepada Pencipta Kehidupan...."...www.fitrahperkasa.net

Sunday, March 25, 2012

Buat yang bergelar P.E.R.E.M.P.U.A.N.....

Wahai perempuanku,

Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Perempuanku, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

ImagePerempuanku,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Perempuanku janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

ImageWahai Perempuanku,

Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

ImagePerempuanku,

Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi Perempuanku,


Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Image
Related Posts with Thumbnails