Sunday, January 25, 2015

Al kisah viva voce

Image

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Tanggal 19 Januari 2015 bertempat di Bilik Pandang Dengar, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Skudai menyaksikan sesi viva voce selama 3 jam! Alhamdulillah. 

Setelah selesai pembentangan, sesi soal jawab dan kemudian sesi menyemak thesis sehelai demi sehelai beserta bermacam-macam soalan, saya dan supervisor diminta keluar sebentar. Saya agak berdebar.

"Dr agak-agak lepas tak" (Sebab bertubi-tubi soalan..huhu)

Dr membalas dengan senyuman, "Lepas..."...

Senyuman Dr membuatkan saya sedikit lega kerana diri tahu beliau sudah berpengalaman menjadi panel viva. 

Kemudian kami dipanggil masuk. Dengan senyum ala kambing saya masuk, duduk, tunduk dan senyum. Kelihatan panel senyum manis begitu juga dengan chairman. Adehhh..

Kemudian Dr Khalida selaku chairman berkata..."Tahniah Siti Fatimah, you have 3 months correction, Tahniah.."

MashaAllah, syukur syukur syukur, selepas bermacam-macam dugaan yang saya tempuhi dan ini merupakan salah satu nikmat yang wajib saya syukuri. Terima kasih suami, mak abah, keluarga mertua dan adik beradik atas segala sokongan dan dokongan. Tolong jaga anak dan sebagainya. Alhamdulillah.

Sejujurnya selepas menghantar thesis untuk sesi viva, saya telah membayangkan baju warna apa yang akan saya pakai semasa sesi viva voce, membayangkan muka para panel dan supervisor serta membayangkan gaya saya membuat pembentangan. Alhamdulillah hari kejadian saya memakai baju yang sama. Itu semua doa di luar solat.

Dan paling saya suka nasihat dari seorang rakan Indonesia.

"Yang penting doa suami, orang tua, solat tahajjud dan well prepared inshaAllah you can do it"

SOLAT TAHAJJUD. Benar sekali! Bukan sebab nak viva! Allah Allah, diri ini semakin kurang istiqamah dengan tahajjud, sedangkan anak sudah ada untuk menjadi alarm semulajadi. Sang suami kena "tarik" sang isteri selalu la nampaknya!

Ok. Tiba masa untuk thesis correction. Jangan bertangguh, perangai syaitan tahu! Nasihat untuk diri sendiri yang dilanda kemalasan saat ini. 

Sebelum viva, kecut peruttt. Agaknya bagaimana agaknya keadaan kita sewaktu menunggu di Padang Masyar? Tidak boleh bayangkan. Menunggu beberapa jam sebelum viva sahaja sudah kecut perut!

Sunday, November 30, 2014

Fasa pertama

Image


Alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Rabb.

5 November 2014 saya mampu menarik sedikit nafas lega setelah menghantar thesis Master untuk sesi viva voce yang dijangka pada bulan Disember ini. Ya, memang sedikit sahaja nafas lega kerana belum tiba masa viva. 

Setiap kali peperiksaan setiap semester pasti sahaja kita wajib bandingkan dengan persediaan kita berhadapan dengan mati. Allah Allah. Lemahnya diri ini. Sebagaimana bersungguh-sungguhnya diri menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang peperiksaan atau pembentangan begitu juga MATI! Entah bila datang menjemput, bisa sahaja usai menulis entri ini. 

Tuhan, semoga secebis iman ini mampu membawa diri dekat dengan-Mu. Semoga mati nanti dalam keadaan husnul khatimah. T_T

Menyiapkan thesis ini di samping melayan kerenah anak merupakan satu cabaran! Namun, itu tidak mustahil. Yakin Allah bantu. Perbetulkan niat. Syukur ramai tangan-tangan yang membantu menjaga si kecil. Perasaan malas kadang  menerpa tanpa dipinta, namun kalau dilayan memang malaslah jadinya bukan? Heh, sebenarnya kuncinya fokus sahaja.

Mohon sahabat yang membaca entri ini mendoakan agar sesi viva nanti berjalan dengan lancar dan semoga ilmu ini untuk ummat. InshaAllah.

Wednesday, May 21, 2014

Ini kalilah!

Image


Allah..Allah..Sudah menghampiri penghujung Mei. How time flies! Sampaikan tidak sempat berbuat apa-apa, masa dah berlalu begitu sahaja. Betapa pantas masa di akhir zaman ini! Allah, sedihnya sejauh mana saya dan kamu beriman dengan seruan Surah Al-'Asr? Tepuk dada tanya iman!

Mencuri masa sebentar mengemaskini blog. Boleh pula sedang menyiapkan writing chapter 4 terfikir nak mengemaskini teratak The Caliph. Sambil ditemani mineral coffee dengan campuran satu sudu vico memang lazat dan membakar semangat untuk menulis.Haha. Mineral coffee dengan kandungan garam buluh, no caffeine sebab kandungannya telah dineutralkan oleh garam buluh. Pencinta kopi tetapi yang selalu gastrik dan migrain, this coffee suits you! InshaAllah! Eh jadi promoter pula. 

Ingatlah yang menyembuhkan Allah jua, makanlah apa pun kalau doa dan tawakal zero, sia-sia apa yang kita makan atau minum. Sihat untuk ibadah yang berkualiti bukan ibadah tonggang terbalik, macam patukan ayam. Khusyuk itu idaman kita semua dan moga Allah redha! Kita bimbang solat kita di akhirat kelak dicampak semula kepada kita dek kerana solat sekadar memenuhi waktu solat. 

Kita nak berjumpa dengan-Nya dalam keadaan sopan, dalam keadaan meminta-minta. Paling dinantikan sujud terakhir dalam solat dan selepas solat. You may ask Him everything, yes everything. Doalah yang baik-baik dan mintalah banyak-banyak dan pastikan relevan dan spesifik! Sebab Allah Maha Kaya, Maha Pemurah dan Penyayang pula tu!

Psssst. Lepas solat rajin-rajin sedekah Al-Fatihah untuk suami kita, isteri, anak-anak, mak ayah dan semua kaum muslimin dan muslimat.

Ayah is away. Went to Gombak for meeting, and ummi is happily writing with Humaira yang tengah tidur tapi dah bangun sambil suruh ummi berhenti menulis. Anak oh anak. Amanah Allah yang cukup indah, cukup buat kita risau kerana salah satu amanah yang akan disoal di akhirat kelak. Pasti. Dan didikan kita yang membuatkan anak ini membesar dengan baik. Semoga Khadijah Humaira jadi anak solehah, anak yang taat perintah Allah dan Rasul, perintah ummi ayah dan berbakti untuk agama. Doa yang acap kali dilafaz sepanjang mengandungkannya. Moga Allah makbulkan! Ameen!

Ok, back to my writing, am now in Chapter 4. I can say about 50% towards the end of chapter 4 before I proceed with Chapter 5! Allah semoga dipermudahkan. Doakan saya kawan-kawan. Biarlah dengan ilmu ini asbab untuk saya terus berbakti untuk agama, untuk ummat. Mudah-mudahan semuanya kerana Dia. Kena perbaharui niat selalu. InshaAllah. Doakan saya sahabat-sahabat.


Image

Ok lah, Humaira si kecil ni dah nak masuk 5 bulan. Anak ummi ni dah suka membebel-bebel comel gitu. Haih anak, memang sesuai Allah sebut dalam Al-Quran yang kamu ni ujian. Hurm, jom sama-sama didik anak ikut sunnah sejak kecil. Perlu bermula dengan ummi dan ayahnya. Bak kata Ustaz Was Asrul sampai nanti anak akan tanya mak ayahnya, "Kalau buat macam ni sunnah tak?"...MashaAllah tabarakallah!!!

Pesanan seorang ustaz, usah salahkan mak ayah kita kenapa tidak didik kita begini dan begitu, kerana mereka didik kita berdasarkan pengalaman yang mereka ada. Dan untuk kita pula, usah malas mencari. Carilah dan cipta peluang dengan keluarga baru anda, inshaAllah jom sama-sama. For things to change you must change yourself first.


MashaALlah! Anak sey dah lahir!

Image
Khadijah Humaira binti Muhammad Mu'izzuddin diazankan dan ditahnik oleh ayahnya