February 05, 2017

Resipi Asam Jambu umealong

Bahan-bahan :

Image

Asam kulit limau 100g (angaran sahaja)

Image

Gula halus(gula castor) - 200g gula pasir yang telah dimesin. Gula lebih banyak kerana asam limau rasanya masam masin. 
* Tambah gula halus kerana untuk memberikan rasa masam, masin , manis ke dalam asam jambu. 


Cara-cara membuatnya : -


Image

Mesin ( kisarkan ) asam kulit limau guna mesin pengisar makanan kering. Pastikan bekas pengisar dan alat pengisar kering. 

Selesai kisar asam limau, masukkan asam limau yang telah dikisar ke dalam bekas. 

Campurkan gula halus(gula castor), ke dalam bekas asam limau yang telah dikisar.

Gaul sebati gula halus dan asam limau yang telah dikisar tadi. *Tambahkan gula halus lagi jika kurang rasa. Berpada-pada , jangan manis sangat. 

Siap, boleh dimakan bersama jambu batu, epal, tembikai susu atau buah pilihan sendiri.

Image

Asam jambu bersama potongan nipis buah jambu. Selamat mencuba!

Sekian, Terima kasih.