Wanita-wanita di Sebalik Hijrah

September 20, 2018

bunga

Melangkah ke tahun baru hijrah, kita pasti mengimbau kisah-kisah hebat perjalanan hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Ia suatu peristiwa yang besar buat seluruh umat Islam kerana ia merupakan langkah utama ke arah pembinaan sebuah masyarakat muslim yang pertama, hidup di bawah kemakmuran pemerintahan Islam. Padanya kita pelajari erti pengorbanan, usaha tanpa lelah, perancangan strategi dan tawakkal hanya kepada Allah.

Ummu ‘Ammarah dan Ummu Mani’      

hijrah

Dalam beribu kisah hebat hijrah, wanita Islam tidak ketinggalan dalam menyahut seruan hijrah, malah ada yang menyumbang peranan besar dalam menjayakan peristiwa hijrah tersebut. Antara penyumbang wanita terawal adalah 2 wanita Ansar yang turut serta dalam Bai’ah Aqabah kedua iaitu Nusaibah binti Kaab (Ummu ‘Ammarah) dan Asma’ binti Amr (Ummu Mani’). Penyertaan kedua wanita hebat ini merupakan bukti bahawa Islam tidak pernah mengabaikan peranan dan penglibatan wanita dalam peristiwa penting sebegini, malah tugas wanita tidak terhad terhadap perkara-perkara yang remeh, sebaliknya pandangan dan sumbangan mereka terhadap perkara-perkara besar dan rumit juga diperlukan.

Baiah Aqabah 2 berlaku dalam suasana yang penuh rahsia dan berhati-hati, dilakukan di pertengahan malam ketika para delegasi haji tenggelam dibuai mimpi. Hasil kesepakatan Ansar dalam Bai’ah Aqabah kedua ini untuk berjihad dan berkorban membela Islam dan melindungi Rasulullah SAW dan para sahabat muhajirin, akhirnya membawa kepada penghijrahan Rasulullah dan para muslimin ke Madinah. Meskipun hanya 2 orang wanita yang terlibat atas unsur keselamatan, ia adalah suatu pencapaian yang besar di saat wanita-wanita selain Islam di waktu itu dipandang sebagai beban yang hina, kotor dan menyusahkan. Selain itu, peristiwa ini menyangkal dakwaan negatif bahawa  wanita makhluk yang lemah, suka memikirkan perkara remeh atau simple minded. Sebaliknya mereka  boleh diberi tanggung jawab untuk untuk memikirkan perkara serumit hal ehwal kenegaraan.

Asma’ Binti Abu Bakr

               asma'

Penceritaan detik penghijrahan Rasulullah SAW bersama sahabatnya Abu Bakr RA ke Madinah juga tidak lengkap tanpa menceritakan tentang sosok wanita  seteguh gunung, Asma’ Binti Abu Bakr. Asma’ RA bukan sahaja diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Abu Bakr RA, malah dalam keadaan yang sarat mengandung turut menghantar bekalan makanan buat kedua sahabat baik itu. Keberanian Asma’ tidak hanya terlihat pada ketika beliau menghantar makanan di kegelapan malam bagi mengelak diketahui Quraisy, malah turut tergambar pada teguhnya beliau ketika berhadapan dengan Abu Jahal yang ingin mencari tahu tentang keberadaan ayahnya Abu Bakr RA dan Rasulullah SAW. Si kasar yang kejam itu tidak mampu menggoyahkan dirinya walaupun digertak dan ditampar kerana keengganan Asma’ menceritakan tentang ayahnya.

Ummu Salamah

ummu salamah

Bagaimana pula dengan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh Ummu Salamah RA ketika beliau dipisahkan dari suami dan anaknya saat ingin bertolak melaksanakan hijrah? Ummu Salamah dan suaminya Abu Salamah sebelumnya telah menyertai hijrah beberapa golongan sahabat ke Habsyah. Apabila mendapat perintah hijrah kedua ke Madinah, mereka bergegas menyahut seruan ini. Walaubagaimanapun, di Abtah keluarga Ummu Salamah merampasnya dari Abu salamah, manakala anaknya Salamah pula direbut oleh keluarga Abu Salamah. Abu Salamah terpaksa berhijrah berseorangan manakala Ummu Salamah terpaksa tinggal di Mekah kerana anaknya juga dirampas darinya.Selama setahun, wanita cekal ini berulang dari pagi hingga senja ke tempat mereka dipisahkan menangisi perpisahan dan merindui hijrah dan pertemuan. Akhirnya, kecekalan Ummu Salamah menimbulkan rasa kasihan di kalangan keluarga Abu Salamah, dan anaknya Salamah dipulangkan kepadanya.

Sebaik sahaja anaknya dipulangkan kepadanya, Ummu Salamah RA tanpa tangguh dan teragak bergegas menuju Madinah. Allah datangkan pertolongan melalui Uthman bin Talhah seorang pemuda berkarisma yang ketika itu masih belum menerima Islam. Uthman mengiringi Ummu Salamah dan anaknya sehingga tiba dengan selamat di Madinah. Pengorbanan Ummu Salamah untuk  berhijrah bukan sahaja melibatkan pengorbanan harta dan tenaga, malah pengorbanan perasaan yang tidak tertahan peritnya. Meskipun terpaksa ditinggalkan suami setahun lamanya, namun keazaman hijrah tidak pernah padam dari dirinya, jasadnya di mekah namun jiwanya terlebih dahulu telah sampai di Madinah. Keperitan Ummu Salamah akhirnya dibalas bukan sahaja dengan kemanisan pertemuan semula, malah akhirnya setelah suaminya meninggal dunia akibat luka parah Peperangan Uhud, Allah mentakdirkan Ummu Salamah menjadi isteri kepada sebaik-baik manusia, Muhammad SAW. Kesetiaan adalah suatu sifat istimewa wanita, dengannya seorang wanita bukan sahaja setia kepada pasangannya tetapi hijrah Ummu Salamah ini membuktikan kesetiaan seorang wanita dengan janji setia menyahut perintah Allah dan rasul-Nya.

Hijrah Wanita Hari Ini

hijrah wanita

Terlalu banyak kisah-kisah wanita hebat yang boleh dicontohi terutamanya dalam memperingati peristiwa terbesar dalam sejarah Islam ini. Wanita-wanita ini seharusnya memberi inspirasi kepada wanita hari ini bahawa kita mampu memainkan peranan yang besar sesuai dengan ciri istimewa yang Allah fitrahkan kita dengannya. Ciri-ciri ini boleh dianggap sebagai suatu kelemahan oleh orang yang lemah tanpa iman dan kefahaman, namun sebenarnya ia merupakan kekuatan dan keistimewaaan yang menjadikan wanita Islam hebat dalam peranannya dan bermanfaat untuk ummah. Hijrah wanita hari ini menuntut kita merenung keistimewaan fitrah kita untuk dimanfaatkan kepada diri, keluarga, ummah dan agama kita. Selain itu, wanita hari ini perlu berhijrah dari memesongkan fitrah ke arah maksiat kepada Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Orang-orang yang berhijrah adalah mereka yang meninggalkan segala apa yang dilarang Allah SWT.” (HR Imam al-Bukhari).


Kembali beraksi

Mac 22, 2017

Assalamualaikum

Setelah berehat dalam tempoh yang agak lama…(Bayangkan ketika berhenti menulis 7 tahun yang lalu..saya baru mempunyai dua orang anak, kini dah upgrade jadi lima😂) saya dengan ini kembali ingin meneruskan perjuangan pena insyaAllah. Saya sentiasa sedar peri pentingnya jihad penulisan ini, namun atas pelbagai kekangan, tanggung jawab sebagai pelajar sarjana yang bekerja sepenuh masa, ibu dan isteri ketika itu. Cita-cita ini terpaksa ditangguhkan. Semoga Allah bantu saya atas jalan ini, bimbing diri saya supaya sentiasa menulis dengan petunjuk ilmu dan iman.73fb4807e010646d82f1607897de477d.jpg


Sabar dan Syukur

Jun 15, 2010

خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا

وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا

من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ

ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ..

( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)


Seminar 60thn Pasca Tragedi Natrah

April 7, 2010

Image


Saya yang kini..

Februari 11, 2010

Image

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..sudah hampir sebulan saya pulang ke tanah air,tempat tumpah darah ibubapaku (sebab tak lahir kat malaysia jua tak melahirkan kat malaysia).Bukanlah ada idea sangat nak menulis, tapi nak kena tulis supaya yang jauh tahu saya masih di SINI, dan yang dekat tahu saya ADA di sini. Baca baki entri ini »


Design a site like this with WordPress.com
Mulakan