Thursday, December 31, 2009

Busy bee.

RM 92.80 - Kehabisan wang yg tidak sampai satu ratus pun untuk aktiviti pembelian arini. Waaahhhh..satu kemajuan yg amat nyata laa! Kira aku berjaya dalam berjimat laa nih?? WOW! Sungguh aku berbangga. wahaha..terima kasih Popular card! :P :P Kalau x ada Popular card, jangan harap laa nak dapat harga bawah seratus. Punya berlambak barang aku beli. huhuhu.

Makin nak naik sekolah nih, makin banyak aku berfikir sampai rasa kepala nak botak. Nasib baik barang keperluan nak ngaja aku da beli sesikit. Ada laa beli buku-buku sikit. Fail-fail, dan lelain. Tahun 2010 nih nak lebey sistematik sikit. Suma benda masuk fail. Tamo sepah-sepah. Sepah-sepah bikin mata juling. huhhuhu. Sabtu nih kena pi skolah pulak. Urusan kutipan yuran. Tahun 2010 aku kena jadi guru kelas lagik.Standard laa tuh..jangan harap nak lepas daripada jadi guru kelas. Tapi kali nih Bonda Tijah kasik kelas 2 Elit. Arrr masak...mau senak perut den tahun depan! Bebudak kelas depan nih depa aktif terlebey sikit. Wuuuuu kepala pusing laa gamak eh den tahun depan. Lagik pulak untuk sesi petang aku kena jadi Ketua Rumah Sukan Biru. Owh man...why laa dapat kaler yg aku x suka?? (~_~) Dan apasal laa minor aku PJ??? Tahun nih Helmi yg jadi. Tapi oleh sbb beliau da pindah ke Muar, aku yg kena hambik alih tugas beliau mengikut tahap kelayakan (sbb minor PJ). Huwaaaaa tang sukan nih aku maleh betui laa. Leceh. Sebaik sukan skolah sekali setahun. kikikiki :P

Nasib aku dalam Kelab Kebajikan Guru untuk tahun depan belum dapat diramal. Menurut kata GB kusayang yg manis lagi rupawan ( :P ) itu aritu, beliau nak kekalkan AJK tahun 2009. Arrr senak perut dengar! (~_~) xkan aku kena jadi Bendahari sesi petang untuk kali ketiga?? Tamoooooooooo! Penat wey! Kasik can orang lain lak pegang laa.. Tapi belum kompem lagi pun. Tunggu meeting..tengok apa keputusan GB. Harap-harap tukar orang laa gamaknya..Maleh da nak jadi AJK. Ponek den!

Lepas nih sebok nak kemas barang nak bawak pindah ke rumah abah plak. Huwaaaaa makin bz nampaknya start tahun baru nih. (@_@)


Wednesday, December 30, 2009

Bila hati dah x tercuit (Part 1)

Image

Diary lama. :) (Salah satu daripadanya laa. LOL)

Tatau kenapa, aku da x rasa apa walaupun helaian yg bertahun-tahun tersimpan elok di laci, sudah pun menjadi cebisan-cebisan kecil yg telah selamat masuk tong sampah. Sumanya da x ada makna dan aku pun x rasa nak simpan lagi. Lagi dua hari, genap 9 tahun usia diari nih. Suprisingly, aku sikit pun x rasa sedey.. Aku rasa...damai?

Di tengah malam syahdu..

Penyakit lama kembali melanda. Aku susah tido malam balik skang nih!

Aduhai...entah apahal jadi macam nih. Kalau dulu sikit punya besh pukul 12 mata da overweight. Sat katup sat katup..La nih asyik nak membuntang aje kejenya..Isy..isy..what happened to you hah, mata?? Ini laa namanya bahana..bahana suka berfikir sebaik saja kepala diletak ke bantal. Berfikir itu bagus cuma x kena taim. Bila da x kena taim, mata pun da x kena taim..ikut sukati dia jek tamo lelap. Sapa yg susah?? Aku jugak yg susah. Sampaikan tengok muka Si Bulat dan rakan beruangnya pun x jalan jugak nak buat mata aku nih lelap ikut taim yg sepatutnya. wuuuu...payah. Mmg payah! (~_~)

Tadi siang pi skolah kejap. Hambik jadual waktu tahun depan.. Aku ingat tade orang sangat kat skolah, rupanya ramai jugak yg ada. Dengan Incik GPK suma pun ada. Malas nak beramah mesra sangat sbb tade mood. So, hambik jadual & pay slip pastu singgah The Store beli nugget. Lama betul aku x makan nugget. Lepas beli terus balik dan goreng. Lepas tuh makan sambil cicah sos. Wuiysshh mmg besh! Err diet?? Apa tuh?? lalalalaalla~ :P

Kata orang, kalau kita sayang kat orang tuh, even small things yg orang tuh cakap pun kita buleh ingat..setiap tutur kata, setiap baris ayat..yg sememangnya x penting langsung pun, kita ingat. Ajaib kan? Kata sorang teman baik, x payah terburu sangat nak lupakan orang.. kadang-kadang, makin kita nak lupa tuh laa makin buat kita teringat. Nanti lagi kita 'sakit'. Betul jugak ek...(@_@)

Lagi beberapa ari, tahun 2009 akan berlalu. Datang pulak 2010. Dan umur jugak akan meningkat lagi satu anak tangga. Dan 6 bulan selepas tarikh pertama 2010, aku akan bergelar Sweet 18 buat kali ke sepuluh. Sweet 18 + 10. Kira buleh laa tuh..asalkan ada 18 tuh da cukup sweet da. Sweet macam popcorn. eheheheheheh. Atau dalam ertikata lain. Aku semakin AUT. Bukan OUT ek..tolong sikit. Belum out lagi. :P AUT baca dari kanan. huhuhuhu. Macam x percaya lagi 2 tahun angka 2 depan umur tuh nak jadi 3 da! Waaarrghhhhh rasa nak sawan tiba-tiba! Relax...relax..lambat lagi. Biar umur meningkat asal muka maintain muda. ngeh ngeh. :P Thank You Allah for this look! Biar tidak cantik asal x nampak tua. Tima kasih abah atas gen yg turun menurun ini. kikikiki :P (SYUKUR)

Skolah terchenta jugak akan dibukak secara official 4 Jan nanti. Bermula laa sesi persekolahan yg baru dan macam x percaya da nak masuk tahun ke 3 aku ngajar kat SKTK.. Tapi agak sedey jugak sbb ramai teman seguru yg sama posting da bertukar ke negeri lain..Mamu Jeruk da balik mengajar di Penang tanah tumpah kuah karinya..Helmi da bertukar ke Muar, dekat dengan isteri terchenta yg sedang mengandung.. Kak Elisa pulak dapat tukar mengajar di skolah yg dekat dengan umah beliau iaitu SK Chuah. And Kak Ayu pulak mungkin masuk ke PPD dan x jadi cikgu da.. Sedey..*sob* (~_~) Aku bila nak tukar skolah nih?? Entah laa labu..tunggu matlamat terakhir tercapai baru mintak tukar kot. Lagipun GB skang baik..kot dapat tukar ke skolah yg GB nya x besh..haru biru wey!

Apa-apapun, semoga 2010 akan membawa beribu-ribu lemon hikmah dalam kehidupan kita masing-masing. Amin! Azam? Itu lain kali citer kalau rajin. (@_@)

Monday, December 28, 2009

Habit lama.

Waahhh lama benor x menyemakkan blog nampaknya..huahaha..bz betul aku kebelakangan nih. Bz melayan jiwang. kikikiki..acah aje. Bz melayan citer korea arr..Lama betul aku x amal habit lama nih. eehehe :p

Citer pilihan kali nih ialah..jeng jeng jeng...x lain x bukan, citer peberet kazen aku - Boys Over Flowers aka Meteor garden versi korea. huhuhu..Aku mmg macam nih..citer da nak basi baru aku nak tengok. Mmg standard aku laa tuh.. Biar lambat asal sedap. ngeh ngeh.. :p

Oleh sbb suma orang pun tau pasal Meteor Garden, x payah bebel banyak. Maleh..citer nih sama jek ngan Meteor Garden. Jalan citer sama. Cuma ada laa babak yg different sikit..Kalau sama benor kang..x besh laa pulak kan.. Cuma Meteor Garden heronya HOT tahap Jerry Yan (the real F4) ahahaha mmg Jerry Yan pun hero dia. :P :p Dalam meteor garden, si hero kaya yg kerek giler namanya Dao Ming Si..tapi dalam Boys Over Flowers si kerek tersebut bernama Gu Jun Pyo. Dao Ming Si si rambut nanas. Gu Jun Pyo plak si rambut kerinting. Ahaha dua-dua pun sengal! Apsal laa hero berambut pelik??? Sebaik hensem. Cuma Jerry Yan (Dao Ming Si) extra hensem laa kan..:P

Image
*Jerry Yan si hensem :P*

Image
*Jerry Yan as Dao Ming Si (si rambut nanas :P)*

Image
*Gu Jun Pyo si rambut kerinting :P*

Kalau dari segi lakonan, aku prefer Gu Jun Pyo lagi sbb lebey fun untuk ditonton. Lagipun, beliau mengingatkan aku dengan watak Rain dalam Full House. Kerek tapi sebenarnya baik hati. Pastu nampak cam bengis padahal romantik dan penyayang cuma x reti nak tunjuk sayang sangat kat awek padahal sayang giler. Dao Ming Si pun okay gak cuma beliau cam kalut sikit..pastu lakonan Jerry cam kasar sikit. Apa-apa pun, Jerry tetap lebey hensem. muahahahahah. :p

Seterusnya nak cakap pasal watak Lei si mat jiwang. Dalam Boys Over Flowers, nama watak dia Yoon Ji Hoo. Dua-dua pun mat jiwang. Sudah laa jiwang, muka masam jek..pastu kuat tido. Ahahah. Tapi dua-dua pun pandai main violin. Watak Lei/Ji Hoo nih paling rapat dengan heroin and banyak tolong heroin. Kira macam a shoulder to cry on laa. Si heroin pun mula-mula cam suka kat Lei/Ji Hoo. Tapi last-last jatuh hati gak kat si rambut nanas/si rambut kerinting. Tapi still rapat gak dengan Lei/Ji Hoo. Si Lei/Ji Hoo pun benornya tangkap cintan gak dengan heroin tapi mengalah sbb awek member baik sendri. Tapi jiwang tetap jiwang gak arr sampai ending. huhuhu. x kira watak lei ke..Ji Hoo ke..dua-dua pun hensem tahap jambu air. Peberet character aku. :p

Image
*Hua Ce lei @ Lei Mat Jiwang :P*

Image
*Yoon Ji Hoo, pun Mat Jiwang.. Sweet giler muka dia cam watak kartun hensem dalam komik (^_^)*

Next...Ximen/Yi Jeong - si playboy. Juga pembuat tembikar terhandal. Aku prefer Yi Jeong sbb comel. ahahah x aci kira comel. :p Tapi lakonan Ximen lagi okay kot. Tapi oleh sbb Yi Jeong lagi comel, aku bubuh gambar Yi jeong aje. gagagagagateyyy. Yi Jeong nih tangkap cintan dengan kawan baik heroin, Ga Eul.

Image
*Yi Jeong - budak nih kalau senyum comel giler cam wabbit!! (^_^)*

Dan mamat F4 Meteor Garden yg keempat ialah Mei Cuo atau Woo Bin dalam Boys Over Flowers. Mamat nih pewaris kepada family kongsi gelap yg power. Aku prefer Woo Bin. Sbb? Tade sbb..aku just suka Woo Bin berbanding mamat yg jadik Mei Cuo tuh..huhuhu. Lagipun beliau stylish. Ekceli x banyak leh citer pasal watak Woo Bin nih sbb watak dia cam x menonjol sangat berbanding yg lelain. Sian..(*_*) Tapi aku rasa mamat nih kat luar citer pun mmg pandai speaking English..sbb English dia okay. Slalu kalau korean dalam citer korea speaking akan dengar cam pelik sikit tapi mamat Woo Bin nih lancar aje..Beliau jugak ahli kumpulan T-Max. Depa nyanyi salah satu lagu dalam soundtrack citer nih..

Image
*Woo Bin si segak (^_^)*

Last but not least, watak heroin iaitu San Chai (Meteor garden) atau Geum Jan Di (Boys Over Flowers). Aku suka Jan Di!! Suka lakonan minah nih..sbb lebey kurang cam Jang nara! (^_^) Pastu beliau cam sweet sangat. Yg San Chai aku x brapa suka sangat..Mungkin sbb cam overacting sikit kot..berbanding Jan Di yg cool.

Image
*Jan Di yg kiut (^_^)*

Image
*San Chai si kurus. huhuhuhu*

Kesimpulannya, dua-dua citer pun aku suka. Cuma Boys Over Flowers lebey fun sikit sbb lebey lawak. Sapa-sapa nak tengok, sila dapatkan di kedai Speedy berdekatan anda. ehehehe


Tuesday, December 22, 2009

Satu.


8.05pm, Dec 22, 2009.

Kejamnya awk kerana membunuh perasaan itu dalam hati aku...Bukan sesuatu yg mudah untuk aku lupakan, bukan juga sesuatu yg mudah untuk aku benci.. Andainya seseorang manusia itu tahu sesuatu yg bermula dengan keindahan akan berakhir dengan kedukaan yg amat dalam, sudah pasti manusia itu tidak ingin langsung mencuba untuk memulakan...Tetapi manusia mmg x akan tahu apa yg akan berlalu pada masa akan datang..Mahu atau tidak, manusia perlu menghadapi apa yg ada di depan mata.. Manusia perlu mengambil risiko..Dan seterusnya menghadapi akibat walaupun akibat itu amat menyakitkan..


Az ?

The last time orang panggil aku AZ secara kerap was a long time ago. Sonia Haridas, she was the first person who called me by that name. Entah mana hilang minah malayalam tuh. windu tetiba. huhuhu.

Now bila orang panggil aku AZ, aku rasa cam pelik giler. Cam x sesuwei gitu. huhuhuhu sabar jelah. :p

Monday, December 21, 2009

Mati.

'Tai' is dead. Sad but true. :( :(

Aku tau ramai x faham apa yg aku merepek. Bukan merepek, ekceli. Sapa tau citer Clueless (zaman 90an punya movie), dia tau laa sapa Tai yg aku maksudkan iaitu Brittany Murphy. Beliau da mati semalam. Menurut sumber, beliau tetiba collapse dalam bathroom. Probably disebabkan natural cause atau dalam ertikata lain, ajal da sampai laa tuh..

Image
*The late Brittany Murphy.Died at the age of of 32.*

Aduhai...makin ramai orang mati kan..mana-mana pun ada orang mati. x kira arr negara mana pun, everyday mesti ada orang mati. Ajal, xkan cepat atau lambat walau seminit. x kira umur jugak. 20an ke 30an ke..ajal tetap ajal. Bukan kata da umur 70an baru mati. No, jangan sesekali berfikiran cenggini. Aku da lama set mind aku about this thing. Ajal x kira kau sapa. Sampai ajal kau, kau mati. Enuff said.

Kematian mmg buleh menimbulkan keinsafan. x kira pada sapapun, kematian at least akan buat kita teringat akan ajal. Sbb tuh beringat tentang mati adalah sunat. Tatau bila kita akan mati tapi x salah jugak beringat. Hmm..tipu kalau cakap x takut. (@_@)

Anyway, tertarik dengan pengakuan saudara nih (tade kena mengena dengan citer kat atas laa)..


Cuba usha yg nih plak...



Amazing kan? (^_^)
Undergoing MyBlogLog Verification

Sunday, December 20, 2009

Mari tengok wayang lagi..

Tadi pi tengok Avatar. Ekceli x rancang pun sbb asalnya aku nak tengok Rain oppa (Ninja Assassin).Apa buleh buat..sudah suratan takdir. :P :P xpe xpe..avatar ke minyak atar ke..Rain tetap di hati. eehehehe

Avatar nih not bad arr citer dia. Standard laa..berkisarkan hal kemanusiaan jugak..manusia tamak, nak cekup sumber asli (ntah batu apa ntah) kat Pandora tuh pastu sanggup kacau habitat makhluk & penduduk asli kat situ. Tapi dalam yg jahat, ada gak yg baiknya iaitu main character Jake Scully, mamat lumpuh yg jugak merupakan bekas askar marine. Jarhead clan kata dia. ahahah. Bila connect dengan avatar dia, tetiba leh jalan gitu. Standard arr..citer omputih. :P Lain-lain hal tamo citer. Nak tau pi tengok sendrik. hak hak..

Aku tatau laa mana lagik 'sakit'. Bila kita cakap 'I dun love you anymore' atau 'You are not in my heart'. Mana satu eh??

Aku rasa the second one is more bitter. Yup.

Saturday, December 19, 2009

Hidup kembali normal.

Fuh. Penat arr jadi robot sepanjang minggu. Akhirnya kembali menjadi manusia normal start from tomorrow. Besh besh. ehehe..

Majlis kawin Annetot & Apek mmg besh. Cuma perjalanan nak ke Dewan Merak Kayangan tuh yg x brapa nak besh. Aku dengan Enander got stuck in traffic jam kat area Pusrawi. Uhuuu sadis betoi. (~_~) Jam punya pasal, kami sampai kat Dewan tuh dalam pukul 9.40pm. Ninder & Hafiz da lama da sampai. Ntah brapa kali ntah Ninder call aku, tanya bila nak sampai. Akhirnya 9.40pm tuh baru kami selamat sampai. Syukur sangat. Ada laa rejeki nak tengok Annetot sanding walaupun sekejap sbb pengantin sampai dulu dari kami. eheheheh. Apa-apapun, Annetot caaaanntttiiiikkkk sangat that night! Pakai baju gold + coklat. Apek pun hensem. Macam pinang dibelah pedang samurai (sbb Apek kacukan Cina, kena guna istilah macam nih. haha)

Gambar aku upload kemudian.

Today, pergi ke majlis kawin Dor & Hazly kat Dewan Tun Syed Naser kat DBP KL. Walaupun hujan, majlis tetap meriah. Ramai orang datang, siap berpayung bagai. Semangat mengalahkan pengantin. Sama jelah dengan orang yg tengah menaip nih. (@_@) Ingatkan ramai laa jugak bebudak IPTI datang. Tapi sayang hanya aku, Widya & Kak Farrah. Abg Saufe patutnya join kami tapi oleh sbb adik pompuan beliau bertunang arini, so beliau kirim hadiah aje. Dalam dewan, makan ssatu meja dengan Abang Faizal KH. Beliau pun datang alone jugak sbb wife beliau ada hal. So, campur tolak darab bahagi, hanya kami berempat. Sempat laa bergambar dengan Dor & Hazly before depa bersanding tuh. Tapi guna kamera Kak Farrah. Tunggu beliau email kat aku those pics, baru leh upload. Ada gak pics dari kamera xpress music 5800 aku nih tapi arrr sungguh hampeh. Blur & x cun. Kualiti gambar mmg hampeh kelapa sawit. Kuciwa aku dengan hp tersebut. Nasib baik sound sedap. Huh..(~_~)

Now nak pergi sambung tengok Night After Night. Lawak giler! Aku gelak sorang-sorang tengah-tengah malam tapi aku x giler ek. :P

Image


Jatuh suka gedebak gedebuk dengan hero dia. Apsal comel sangat??? (@_@)




Thursday, December 17, 2009

Journey to the South

Muar. Batu Pahat. JB. Kluang. Buat hati rasa tenang, lapang, damai dan bahagia.

Sekarang da balik PD (walaupun hati belum betul-betul rela (~_~) ). Esok ke KL untuk attend Annetot's wedding, lepas tuh ke Shah Alam pulak. Da macam robot da aku nih. REHAT? Apa tuh? (@_@)

Layan Daughtry kejap..

OVER YOU

Now that it's all said and done,
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down,
Like an old abandoned house.
What you said when you left
Just left me cold and out of breath.
I fell too far, was in way too deep.
Guess I let you get the best of me.

Well, I never saw it coming.
I should've started running
A long, long time ago.
And I never thought I'd doubt you,
I'm better off without you
More than you, more than you know.
I'm slowly getting closure.
I guess it's really over.
I'm finally getting better.
And now I'm picking up the pieces.
I'm spending all of these years
Putting my heart back together.
'Cause the day I thought I'd never get through,
I got over you.

You took a hammer to these walls,
Dragged the memories down the hall,
Packed your bags and walked away.
There was nothing I could say.
And when you slammed the front door shut,
A lot of others opened up,
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me.


Terima kasih Johor kerana 'membuka mata' saya. :)

Sunday, December 13, 2009

Johor.



I will be in JOHOR for 3 days. Rabu balik sini, Khamis ke KL pulak.

Blog, jangan rindu aku! :p


Saturday, December 12, 2009

Yg aku suka.


Barisan aktor yg aku paling suka since aku kecik sampai aku besar masih sama. Cuma ada laa bertambah sorang dua.. Yg sejak kecik aku suka tuh mmg remain the same laa, x ada perubahan apa-apa.

Yg aku suka :

1. Mel Gibson. Since Hamlet. Aku suka giler citer nih after tengok yg Mel Gibson berlakon. Sejak dari tuh terus suka Mel Gibson. Suka tengok beliau berlakon dalam Braveheart gak.

2. Sean Penn. He is undoubtedly talented. Senang cakap, Sean Penn mmg terbaek. Tengok I AM SAM aje da cukup, x payah cakap banyak lagik. My favourite actor of all time!

3. Michael J Fox yg super cute (skang mungkin da kureng cute sbb da tua :P). Sapa x suka Michael J Fox, sila fikir tujuh lapan kali balik. Are you sure? Mmg sah kau x layan Back To The Future! Eh rhyme arr plak. Ahahah.

4. Tom Hanks. Simply because he is such a sweetheart! Err macam pelik pulak cakap macam nih. (@_@) How old am I? Forty?? Nevermind laa. Tom Hanks mmg lelaki talented yg begitu manis dipandang. Tengok aje citer You've got mail, The Green Mile atau Forest gump. Da 53 tahun da umur pakcik nih skang. x sangka aku meminati lelaki begitu tua. har har har.

5. Heath Legder. Nih mmg sudah sedia maklum sbb da banyak kali aku cakap aku minat Heath. Walaupun sudah meninggal dunia tahun lepas, beliau tetap akan menjadi one of my favourite actors. Sbb tuh aku x jemu tengok lakonan beliau dalam 10 Things I Hate About You & Batman the Dark Knight. Brokeback Mountain segan sikit nak tengok banyak kali. Sbb? Faham sendri sudah. gagaga

Tambahan :

6. Hugh Jackman. Since X MEN. Aku suka Wolverine.

7. Patrick Demspey. Since Greys Anatomy. Hottie alert! :P

8. Simon Baker. Since The Mentalist. Giler kacak lelaki nih! First tengok da jatuh cinta. ahahaha (nih patut masuk under kategori lelaki kesukaan, bukan aktor. :p)

9. Horatio Cane (David Caruso). Sbb beliau ada style tersendiri. Mmg TERBAEK. Bos CSI yg paling aku suka.

Okeh, itu saja. Sebenarnya ada lagik tapi oleh sbb yg lelain nih disukai disebabkan rupa paras, baik x payah masuk list. Tade maknanyaaaaaaaa. ehehehheheheheh.

Sapa pernah tengok I Am Sam? x pernah tengok, aku suggest pergi laa tengok. Beli laa dvd dia ke apa. x pun download (keskeskes). Cerita dia pasal kasih sayang antara father-daughter laa, bukan love story jiwang mat bunga. x kan asyik nak layan kisah cinta pakwe-makwe aje kan? :P Aku rasa Afdlin maybe ada dapat sikit inspiration dari citer nih kot. (MAYBE) Cuma Sam nih mental handicap & Saadom normal. Mmg jalan citer dia x sama, tapi dua-dua berkisar pasal kasih syg antara anak ngan bapak. Mmg bagus. Cerita-cerita yg buleh buat ayaq mata aku meleleh 5,6 baldi mmg buleh dikira bagus. :P

Meh layan klip you tube nih kejap...


Owh yer, budak kecit yg jadik Lucy tersebut adalah Dakota Fanning. Skang da anak dara da pun. Beliau ada berlakon dalam New Moon jugak as Jane Volturi. Muka sama jek dari kecik sampai besar budak nih. KIUT! (^_^)

Image
*I AM SAM*

Image
*NEW MOON*

Friday, December 11, 2009

Jiwang Mat Bunga

Bukak Sinar fm tengah malam buta, terus Sixth Sense cuba perli aku.

"Kini benar-benar kurasakan dalam benuk hatiku tanpamu..aku tak mengerti.
Takut. Takut jauh dari kamu. Kan kau tinggalkan aku sendiri. Tanpamu kumati.."

Helehh x heran lerrrrr..(*_~)

Bahana tengok New Moon buat kali ketiga laa nih. Tiba-tiba mode happy bertukar jadik mode JIWANG MAT BUNGA. Habis suma orang pun nak jadik mat bunga malam nih. Mat bunga, minah bunga. Suma pun bunga. Dengan Brader Jamal Jamaludin skali pun bunga. (@_@)

'Ketahuilah sayangku Senah (nama contoh) di Paroi Jaya, abg amat mencintaimu.' - Abu (nama contoh) di Senawang.

'Buat kekasihku Minah (nama contoh) di Batu pahat. Abg amat menyayangi dirimu. Semoga impian indah kita untuk hidup bersama akan terlaksana.' - Meon (nama contoh) di Kluang.

'Untuk Sidik (nama contoh) di Klang, ayang cintakan abang sangat-sangat.' dari Jenab (nama contoh) di Umbai.

Bla bla bla yadda yadda yadda. 'Muah ganda 23.' (Apsal kena ganda 23??)

Tiap-tiap malam pun macam nih rupanya. Dedikasi jiwang. Baru aku tau. Padahal puas Faizal Tahir dok iklankan tetiap ari tapi aku x pernah hambik kisah pun. huhuhuhu. Maklum laa selama nih dengar Sinar fm waktu nak pi skolah aje. Waktu dalam kereta. Luar kereta jangan harap laa aku nak dengar segala jenis radio pun. Dua tiga malam nih tiba-tiba pulak rasa nak dengar kat handphone. Buang tebiat kadang-kadang aku nih. Besa laa tuh kan? Sila blame Edward Cullen. Ini suma dia punya pasal. ngeh ngeh :P

x cukup dengan Sinar fm, Encik Baik Hati pun nak jadi mat bunga jugak rupanya malam nih..Awak jadik laa mat bunga sorang-sorang eh Encik. Aku tamo jadik minah bunga..kang jatuh plak martabat gangster. Helehh gangster laa sangat. Yg dengar dedikasi jiwang tuh apahal?? Errr..itu Edward yg suruh! lalalalala~ :P

Hmmm. Kenapa payah sangat nak fahamkan orang kadang-kadang eh? Kan besh kalau orang faham apa kita cakap sekali aje, x payah kita nak berbuih mulut ulang suara. Naik rimas laa kalau nak kena ulang banyak kali nih. Contoh bila orang tanya "Apa perasaan awak kat saya sekarang ni?" And kita jawab, "Ok aje. Selesa." which means kita suka laa kawan dengan orang tuh kan. So tuh jelah. x payah laa sebok nak tanya "Awak x sudi ke dengan saya?" ke apa kan. Terlampau direct pun kadang-kadang x bagus sangat. Buat orang jadik rimas and akan anggap kau x faham bahasa. Jangan laa jadikan benda yg sempoi dan selesa jadik payah kan.. Suma benda pun kena take time. xkan setiap kali kau rasa nak cliff diving, walaupun hujan tengah lebat giler atau kilat tengah sabung menyabung kau nak pi jugak cliff diving kan? Kau bukan Bella. Nak nampak Edward punya pasal, x pepasal jek pi cliff diving. Kau bukan werewolf. Eh tetiba lak masuk babak citer New Moon apahal? huhuhuhuhuhu obses sungguh. :P ;P

Yg pasti, cintaku tertinggal di Forks, Washington. Dear Edward, i love you! ecececec. :P Dik Geda tanya, "Kenapa you suka Edward eh? Dia kan kurus kering. You kan suka yg badan tegap or chubby? Napa x suka Jacob?" Aisey..mengalahkan payah soklan STPM lak soklan nih. Tatau nak jawab arr..aku sebenarnya suka character dia (Edward). Tetiba lak suka lelaki perangai cenggitu. Baik...caring..softspoken, sikit pun x meninggi suara, pastu sayang giler kat awek dia. Besh kalau ada boipren camni..Sebenarnya before this aku x suka pun Robert Pattinson. Kalau suka, since beliau dalam Harry Potter lagik da suka kan.. Tapi since beliau bawak watak Edward tuh, aku jadik suka laa plak. TIBA-TIBA jek. Benda-benda gini mmg unpredictable kan..huhuhu. Sekian, itu laa jawapan saya. Dapat full mark x? :P Owh btw, Jacob Black (Taylor Lautner) mmg super HOT. x dapat disangkal lagik. Prefer watak Edward dari Jacob dalam Twilight Saga tapi kat luar lagik suka tengok Taylor. Aci dak gitu?? hehehehhehehee.....See..kepala otak aku lak da jadik carca marba! :P


Thursday, December 10, 2009

Third time is a charm. haha.

I am TOTALLY OBSESSED with NEW MOON. Without a doubt! Malam nih, for the THIRD time, aku akan pergi menonton movie tersebut dengan member-member aerobik. Ini suma Kak Kay punya pasal. Remember the AUNTY CINA that i used to talk about in some of my previous posts??? Beliau adalah Kak Kay. Kak Kay yg before this aku sangkakan CINA padahal MELAYU seratus peratus. And she is SINGLE! Membuatkan aku rasa lebey serba salah sbb mewujudkan watak UNCLE CINA yg kononnya hubby beliau tuh. huhuhu. Mmg sengal aku nih. Kalau aku citer balik kat Kak Kay nih mesti beliau kecit hati kaw kaw punya. Mana x nya, anak dara disangka AUNTY. ekekekek. (Ya Ampun!!) Tapi serious cakap laa, walaupun da agak berusia, beliau still mengancam kauuu. Kan aku pernah cakap yg beliau nih kira cam IDOLA aku kat kelas aerobik kan? Sampai skang pun. Aku pun tatau laa. Beliau nih cam ada aura of happiness which is a good thing sbb suma orang pun happy bila beliau ada. (^_^)

And tonight, for the very first time, aku dengan Kak Adrina akan keluar berjimba-jimba together with her! YAY!! (^_^)


Image
P/S : EDWARD, I LOVE YOU! (ANGAU KEJAP)

Wednesday, December 9, 2009

Falsampah Sdn. Bhd.

Hidup mmg x mungkin selalunya bahagia. Kalau bahagia pun, kadang-kadang akan ditimpa musibah jugak. Cuma kena laa pandai-pandai handle supaya musibah tuh x sampai ke tahap mengganggu perjalanan hidup. Apa guna jadik makhluk Allah kalau x minta petunjuk dan pertolongan dari Dia? Kena laa rajin berdoa. Bukan laa makna waktu susah aje nak berdoa. Waktu senang x payah. Tapi jangan laa memanjang berdoa aje tapi usaha x ada..

Ini nasihat untuk diri sendri jugak sebenarnya. Manusia mmg macam nih. Memanjang merungut hati sakit, jiwa sakit, kepala sakit. Macam-macam laa sakit. Tapi x nak pulak fikir apa penyebab sakit tuh. Kalau kau x banyak tido siang, tade laa pipi kau tembam macam kuih apam. Macam tuh laa lebey kurang perumpamaannya. Kena fikir laa apa sbb kau sakit hati. Apa sbb kepala kau serabut, apa sbb hati kau x sedap. Mmg kena fikir. Bukan duduk termenung sambil merungut kata hati sakit, kepala serabut aje. Kalau dok merungut aje, sampai bilapun hati dok sakit lagu tuh aje. x akan terubat pun! Again, ini nasihat untuk diri sendri jugak. (Yg sebenarnya mmg tengah fokus kat diri sendri pun!)

Mengaku secara berani mati, aku mmg grumpy. Mood aku jugak bermusim. Tapi x bermakna orang buleh judge aku ikut sukati mak pak dia. Sama jugak laa aku pun. Orang lain mungkin mood nya bermusim macam aku gak. So, x perlu laa aku nak judge depa ikut kepala otak aku aje. Suma orang x sama. Contoh, macam aku pernah cakap aritu..kau mungkin suka blog yg penuh dengan kisah gembira. Atau kau mungkin suka blog yg penuh hiburan. Atau berinformasi, atau membuatkan kau rasa 'hidup'.Tapi bukan suma orang sama macam kau. Dan kau x buleh laa nak desak atau paksa orang ikut apa yg kau suka. Kau, kau punya suka laa.. Orang lain nak suka apa sekalipun, tuh hak depa. Apa salahnya. Contoh lagi, ikut sukati orang tuh laa depa nak baca mana-mana blog pun. Selagi x dicop sebagai penceroboh dan tuan empunya blog pun merelakan, biar laa. And kalau depa da tamo baca blog tuh pun, sukati depa gak laa. x payah laa nak sebok tanya kenapa ke apa. Kalau orang tuh jenis yg nak jawab, kira okeh laa. Tapi kalau jenis yg 'apahal kau nak jadi busy body lak nih?' camna? x pepasal jek kau kena cop 'busy body'.So, kesimpulannya, biarkan aje laa depa. For sure laa masing-masing ada reason yg tersendri. Apa salahnya hormati antara satu sama lain. Ini contoh aje.

Dalam bersahabat pun sama. Da x leh pakai lagik da ayat 'kekasih datang dan pergi, tapi sahabat akan kekal sampai mati'. NO. Sahabat pun datang dan pergi jugak skang nih. Arini kau mungkin berkawan dengan si Ahmad. Esok lusa mungkin kau akan lupakan si Ahmad bila kau jumpa si Abu. Bukan laa kata kau ada bergaduh ke apa dengan si Ahmad. Cuma da mmg nak terjadi macam tuh. Itu sahabat in real life, belum cakap pasal sahabat maya lagi.Sahabat chatting, sahabat email, sahabat blog. Mungkin ada yg kekal. Tapi banyak jugak yg tidak. Arini mungkin depa selalu tanya khabar kau, tapi esok lusa tulat, belum tentu lagik. Mungkin jugak depa x akan datang dan tanya khabar kau lagik. Mungkin depa da lupakan kau terus. Macam-macam leh jadik. Dan benda macam nih jugak selalu terjadi secara tiba-tiba. Tiba-tiba aje. Angin tadak ribut tadak, tiba-tiba hujan turun. Dan kau pun eniii angkat kain jemurannnn. Hujan da turunnn. See...jenaka P. Ramlee tiba-tiba. Jangan laa serious sangat. Takut aku. eheheheh.

Motivasi diri sendri mmg x akan habis. x berkesudahan sampai bila-bila. Tapi blog aku bukan blog motivasi ek. Ini blog nama dia CARCA MARBA. (@_@) Ikut sukati aku nak tulis apa, nak bebel apa. Orang lain suka ke x suka, aku pedulik apa. Blog aku, life aku, sukati aku. Blog kau, life kau, sukati kau. Blog aku hitam sbb aku suka hitam. Blog kau pink or kaler apa sekalipun, sbb kau suka pink or kaler apa sekalipun. x perlu mencaci sesama blog. x baik untuk hati. Caci laa orang yg layak dicaci. Contoh, lelaki giler seks ataupun penyamar di internet aka La Usurpadora. ahahahah gurau, gurau. x payah laa mencaci. Mencaci x bagus. Tapi kadang-kadang TERcaci jugak. Apa nak buat..nama pun manusia. Kadang-kadang tershashul jugak bila hangin kus-kus tiba-tiba naik syeh. ekekekekek. Ampun dipinta laa sesama kita. Maaf zahir batin. 'Bukan hari raya wey!' kata si Minah. 'Apa kau ingat time hari raya je ke baru nak cakap camtu??' balas si Bedah pulak. 'Kau mmg poyo arr Bedah' kata si Wiween.(@_@)

Sudah. Nak tido. Semoga esok masih ada. Kerana esok aku harus jaga exam STPM. Last day! YAY!! (^_^)


Tuesday, December 8, 2009

Disgusting!

Chatrooms kat YM serious creepy skang nih..Trend 'asl' sejak zaman berzaman tuh aku leh gak terima lagi walaupun kadang-kadang aku rasa cam nak jek cakap "kau tade benda lain ke nak tanya. balik-balik asl." Dari umur aku 14 tahun orang dalam chatroom asyik mulakan conversation tanya benda tuh. Giler bosan wey!

Punya laa lama aku x masuk room, skali masuk aje, mak aih..punya laa ramai orang giler seks rupanya. YM da x sesuci dulu. x sesuci MIRC (ye ke??) Giler punya disgusting YM skang nih. Penuh dengan makhluk giler seks..x kira tua muda..Macam pantang nampak nick perempuan, terus tegur. Kalau tegur takat nak borak xpe..nih tegur sbb nak menggatal. Bukan menggatal nak mengorat, tapi menggatal nak mengajak orang buat maksiat. BO to the DOH. Ada yg lagi disgusting sampai buat aku rasa nak termuntah katak hijau - "Hye. I am married a man. You sudi x?" Konon betul punya JUJUR laa tuh mengaku diri tuh da kawin. Uweeeeeeeeeek. Of course laa aku x sudi, bedul! Kalau takat borak besa besa jek orait lagi. Nih borak ada niat busuk. Mengajak orang buat kerja busuk x senonoh. x kira laa takat borak ke apa..still mengajak orang buat maksiat. Again, BO to the DOH! Zaman skang nih buleh dikira umat-umat kat YM yg mmg sincere nak buat kita kawan..Kebanyakannya hampeh nyioq. NaK ngambik kesempatan aje keje nya. Membuatkan aku makin tawar hati nak masuk chatrooms YM tuh. (*_*)

Duniawi. Macam-macam hal..


Monday, December 7, 2009

I am grumpy, so what?

Aku benci orang mungkir janji. Kalau rasa xleh nak tepati janji, jangan berjanji dengan aku. Pergi berjanji dengan orang lain sbb aku x suka. This kind of thing is really pissing me off!

Yes, I can get so grumpy sometimes. So what?? Can't deal with it? Leh pi main jauh-jauh! My mom hates this. My mom slalu cakap aku nih grumpy. Aku xleh hidup dengan perangai nih sampai tua. I need to at least TRY to change. Fine, I know this is not a good behaviour. Tapi kadang-kadang mmg xleh nak elak dari sifat ini esp. when i am so pissed off at certain things!

Mmg x besh langsung bila hati rasa sakit. Baik. Aku akan cuba bawak bertenang skang. x payah cakap banyak.


Sunday, December 6, 2009

Kawin kawin (part 3) - Thank God for GPS!

Bagaikan membanting padi di sawah bendang, begitu laa dapat diibaratkan usaha gigih aku dan Nani mencari rumah doktor hati si Acha untuk makan kenduri sebelah lelaki! Giler punya sesat barat. Konon da sampai area Tmn Sri Muda, da buleh tunjuk terer arr..Berlagak macam tau jalan sangat..Sekali entah ke mana-mana kami tersesat! huhuhu.

Thank God for GPS! Aku rasa thankful giler! x rugi aku install software GPS kat henpon masa pi Plaza Alam Sentral after majlis pernikahan Annetot bulan October aritu! Huuu. Buleh plak ingat lagik bilamasanya pi install gps ek?? Terbukti bahawa ingatan aku mmg kuat harimau. huehehehe angkat bakul masuk sendri kejap. But that's not the point. The point is, technology mmg besh! Mmg membantu di saat tersedak. Eh..terdesak. Padahal menginstall software tuh tade laa mahal pun. 30 hinggit saja! Murah, tetapi AMAT berjasa. I lebiu GPS! As much as i love Manchester United! ecece..tetiba plak. :P Aku tau, ada gak umat-umat yg x puas hati atas kemenangan Man U semalam. Tapi nevermind. Ada aku kisah? hee hee hee :P

Oleh sbb maleh nak bebel banyak akibat penat tahap wali-wali...moh layan gambar saja kalau nak layan. Tamo layan sudah. Pi main jauh-jauh okeh? *wink* *wink*

Dr Syaheerah (Acha) & Dr Mohd Ridzuan


Image

Image

Eh apsal ada dua jek gambar nih?? Sbb gambar lain suma blur tahap hampeh nyioq! Termasuk laa gambar aku ngan Nani with pengantin! Gambar yg dua nih pun nak ke arah blur jugak nih. Huuuuuuuuuu tensen bangettt gue sih. x dapek eden nak enteperem! (>_<)

Apa-apapun, tetap bersyukur sbb ada jugak rejeki kami nak jumpa Acha after about a year x berjumpa. Last jumpa beliau pun masa kematian arwah Charlie. Then x jumpa-jumpa until today. Syukur. Rejeki ada di mana-mana. Walaupun dengan bantuan GPS. Thank you Allah. Thank you for technology! (^_^)

Now aku nak tido! Daaaaaaaaaaa....