Tuesday, December 28, 2010

Aku ibarat Zombie.

Sesetengah lelaki mmg pelik ek..terlalu mudah sangat memanggil org SAYANG. Bertambah pelik bila x sampai 24 jam kenal pun sudah boleh mengucap 'saya sayangkan awk'. Kot mengucap 2 kalimah syahadah tuh xpe laa jugak kan.. ehehehhehehe...So what causes such thing? Love at the first sight, or what? Hmmm..Boleh jadi jugak laa kot ..Mana laa tau kan..kot sekali pandang dengan mata, terus membawa ke hati..lepas tuh dag dig dug bunyik jantung jadi laju satu macam. Pastu terus terpinga-pinga 'who's that girl?' Lepas tuh rasa membuak-buak nak tengok dia lagi..nak jumpa lagi. Kalau boleh every second nak remind how does she look like supaya x lupa muka dia macam mana. Lepas tuh membuak-buak pulak nak tau nama dia apa, org mana, bla bla yadda yadda ahahahha aku nih da lari tajuk pulak..padahal tadi just  nak cakap pelik napa lelaki senang sangat nak ucap sayang kat org aje. huhuhuhuhuhu nasib laa yer labi...aku mmg begini. =p =p =p =p

Sebenarnya mental x brapa nak ok sangat arini..since last night aku belum tido-tido lagi! Padahal aku x online langsung malam tadi dengan harapan, supaya mataku terlelap cepat. Bila terlelap cepat, bangun pun cepat.  Lagipun pagi tadi aku ada meeting dengan GPK 1 berkenaan organisasi n aktiviti PSS (Pusat Sumber Sekolah) kat sekolah. Aku dilantik menjadi  AJK PSS untuk tahun depan..iaitu merupakan satu tugas baru dan cabaran baru jugak laa buat aku since selama 3 tahun mengajar kat sekolah tuh, aku belum pernah lagi dibagi jawatan bawah PSS. Balik-balik under SBPT & kelab guru aje..So tahun nih ada kelainan. Tapi aku x kisah pon. Sbb kali nih yg dilantik jadi Penyelaras ialah Hawa. Kak Zuraini da awal-awal surrender turun takhta. Bagi can kat org baru pulak katanya.. huhuhu..masak ar Hawa tahun depan. =p

Masa meeting, dua tiga kali aku rasa kepala aku weng tapi buat-buat gagah jugak. Sekali sekala terkebil-kebil jugak tahan mata jangan bagi layu. Mmg mata x layu, tapi otak cam lesu laa. entah kemana melayang fikiran aku. x tido malam nih mmg ada effect kat badan & otak laa..badan pon rasa weak satu macam. Macam org x makna 8 ari! x suka laa macam nih sebenarnya..tapi da nak jadi macam nih, what can i do?? Member cakap aku nih macam x cukup vitamin. Siap suggest aku amik supplement. Bagi restore energy..tapi kalau makan vitamin pon tapi asyik x boleh nak lelap mata waktu malam apa gunanya kan? Hmmm...nasib nasib...kot berpanjangan macam nih mau aku jadi jerangkung. x pon hantu kak limah! har har haruuuuuuuu

Sebut pasal Hantu kak limah..akhirnya aku dapat jugak tengok citer tuh kat wayang minggu lepas! Tuh pon x plan benarnya. sbb aku plan nak tengok Tron 3d. Tapi tu laa org kata, apa yg kita rancang kadang-kadang x menjadi n lain pulak yg jadinya. Ajimah tiba-tiba jek call tanya aku nak tengok x citer Hantu Kak Limah tuh..aku pon hape lagi..of cos laa nak kan! Masa tuh kebetulan mmg da janji nak went out dengan Ajimah with her hubby. Jumpa, makan-makan McD (prosperity burger! yummyyyyyy), borak-borak then tengok wayang. Kebetulan Ajimah bawak jugak adik ipar beliau & kazen, so aku tade laa segan sangat. Kot bertiga jek tuh segan laa jugak. Macam mengacau suami isteri nak dating aje. hehehe..

Histeria berlaku sebaik sahaja tayangan wayang bermula. Mengada x pasal-pasal bila nampak Ahmad Azhar Othman muncul di skrin wayang yg besar gedabak. Awwiiiiiiiiiiiiiiiiieeeeeeeeee! Waaaaaaaa Sukanya! Sukanya! Begitu laa sikit lebey kurang aksi jakun aku. Bukan kah lagi besh jika Awie pulak membalas Awwweeeeeeeeen! Suka awk jugak! Suka awk jugak! Awie & Aween serasi bersama. keh keh keh..nasib baik mamat kerusi depan x sound minah gedik. ahahaha..eleh..kalau dia sound pon, ada aku kisah??? =p TAK! =p

Image
*AH- WIE! Snap dalam wayang. Sebaik x kantoi. hihihihi*

Brapa bintang mau bagi film nih ek...hmmm..3 bintang aje kot. Lawak mmg lawak..but lawaknya not as good as film yg made by Afdlin..Aku still rasa Baik Punya Cilok is the best ever. If nak banding dengan filem-filem lawak lain zaman skang nih aje laa. Lawan citer P. Ramlee, cannot laa. Citer P.Ramlee, 8 juta kali tengok pon aku masih boleh gelak lagi. Cuma yg citer lawak zaman moden nih, aku sangta-sangat suka Baik Punya Cilok. Aku tengok kat wayang citer tuh 3x hokay! Yg penting ada Awie. Sbb Awie besh. =P Sapa suka Awie angkat tangan. Sapa x suka Awie x payah angkat tangan sbb aku x kisah pon! har har har..

Lusa meeting lagi..sangat x besh! *sob* *sob*






Sunday, December 26, 2010

Opocot!

There's this guy suddenly giving me his number and i almost choked on my own saliva! No, bukan because of that guy membagi number beliau kepada aku tapi because of the number itself!

01*-***8592. And I was like "Whaaat??? 8592???!"

Those numbers are nombor plat kete Chee Tai! Jugak merupakan 4 number terakhir of his hp number!

Kebetulan macam nih mmg very rare ek?? LOL

Tadi dalam kete Sinar pulak pegi main lagu nih..

Lahar Cinta

Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelumpur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali


Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan kutelani segala kata indahmu
Kerana kusangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu


Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku
Masih kuterasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi kusayangi


Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya kukenang dan pahitnya dah kutelan
Begitu kasihku kepadamu


Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan


Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Adakah engkaupun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah


Aduh...sakit dada gue..

Friday, December 24, 2010

Kisah Hari Selasa.

Hari ini dalam sejarah..Macam x percaya aje aku buleh bangun pagi-pagi buta tanpa tido balik and then bersiap segera ke UKM untuk attend Seminar kat fakulti. Pukul 7.00am aku keluar rumah, pukul 7.50am da sampai kat fak. Macam x percaya aje kan?? Kan..kan..kannn?? Tapi itu laa hakikatnya. hee hee hee harap-bersabar-dengan-kenyataan-comel-seperti-ini-yer. =p

Seminar nih sebenarnya Seminar Pendidikan Matematik Realistik (RME) anjuran Kumpulan Pembudayaan Sains & Pembinaan Jati Diri Kebangsaan dengan kerjasama UNESA (Universiti Surabaya)  yg bertempat di Fakulti Pendidikan UKM from 8.00am until 4.40pm. Hah...hambik kau skali detail haku bagi. Sapa-sapa yg agak-agak nafas pendek tuh sila laa baca dalam hati yer! =p Anyway, secara kesimpulannya seminar nih memang bagus ah. Lebey-lebey lagi bagi budak master newbie macam aku nih. Belajar-belajar laa attend seminar dari sekarang, tengok orang bentang tesis/projek/prosiding depa macam mana..at least dapat laa gambaran sikit untuk dibuat panduan di kemudian ari. Tade laa otak aku nih zero semata-mata. At least buleh jugak aku buat rujukan untuk diri sendri 'cos final sem nanti aku pun kena buat benda yg sama. So, adalah lebey baik kita mula blaja kecut perut dari sekarang agar kelak nanti kurang laa sikit kadar pengecutannya. hahahaha.

Image

Baik laa anak-anak..cakap pasal RME nih..apakah itu RME? What? Tatau? Ah kau nih..sebut SMS & SRK tau pulak kau ek Sheikh Muzafar Shukor & Shah Rukh Khan..tapi RME kau cakap tatau. Tuh laa dulu cikgu bilang, suruh baca buku Matematik kau baca komik Doraemon. Now kan da susah.hakhakhak. Main-main saja yerrr..jangan marah nanti kena jual! Ada sapa-sapa marah?? Sila pergi hambik wuduk sekarang yer.. =P Eh?? Buku Matematik pun kena baca ke cikgu??? ahahah..saja bikin kompius kan cikgu nih. :P

Ok laa..toksah merepek meraban banyak sangat, x baik untuk otak. :P RME tuh sebenarnya satu teori belajar untuk mengajar Matematik. Kira macam cikgu ajar matematik pada budak dengan mengaitkan dengan aktiviti & kehidupan. Bukan semata-mata berpandukan buku teks jelah kira..so masa seminar tuh..those participants present masing-masing punya projek. Ada sorang Prof from Surabaya. Prof Siti apatah..aku lupa lak. hohhooh..bahasa yg beliau guna masa present sejebon bunyinya macam orang jawa cakap melayu. bunyinya tebbbaaaal gitu. Ada jugak certain terms yg beliau guna aku x pernah dengar sebelum nih but now da tau. Thanks to Prof Siti, aku blaja vocab baru macam kelereng, dosen, & letuk.  Baru aku tau kelereng tuh guli, dosen tuh pensyarah & letuk tuh cam memberontak ah. =p 

This is Prof Siti..talking about penerapan RME dalam konteks pendidikan kat Indonesia..

Image

Image
 *Ujicoba? Ujikaji ah tuh..=P*

Image

There were others yg from Indon jugak tapi student PHD under Dr Effendi macam Encik Zulkarnain & Puan Putri.. 

Image
*En Zulkarnain..present action research beliau tentang pembelajaran math melalui soalan berayat berbentuk kontekstual. adajgk beliau tunjuk vid yg beliau amik masa sorang cikgu kat Riau tengah ngajar students kelas ketiga.*

Image
 *Puan Putri*

Image
*Presentation Pn Putri*

There were a few others but ada 2 presentation yg aku suka macam presentation yg dibuat oleh lecturer from IPG kota bahru, Dr Zunariah. Aku sempat sembang kejap dengan beliau saja nak tau tentang experience beliau buat kajian eksperimental tentang penggunaan kalkulator grafik dalam kalangan student sekolah menengah. Mmg laa ramai orang buat kajian pasal kalkulator grafik nih tapi beza yg Dr Zunariah punya nih beliau punya ada modul skali..how to use it easily. Beliau cakap dalam setahun gak beliau buat modul tuh guna powerpoint jek. Tapi masa present tuh beliau x cakap banyak sangat pasal modul tuh sbb UKM lum release lg..sbb beliau pun baru jek dapat title Dr tuh Ogos lepas..since beliau pun PHD graduate from UKM. Tapi aku sempat gak ah mintak powepoint presentation beliau. hihihi. saja buat rujukan. kot laa aku pun nak buat kajian eksperimental ke nanti kan..

Image
*Dr Zunariah, presenting her phd research. Quite interesting*

Satu lagi presentation yg aku suka ialah from guru cemerlang SM Sains Seremban, iaitu Puan Noraini. Beliau nih pemenang Anugerah Inovasi peringkat kebangsaan tahun nih. Disebabkan projek beliau menggunakan Teknik RoCo (Row & Column) dalam penyelesaian pendaraban matriks. Very easy & simple tapi sangat menarik bagi aku. Beliau tunjuk guna ICT di samping hasilkan bentuk maujud jugak iaitu berupa 2M board. Macam kad. Tengok pic kat bawah..

Image
*Pn Noraini presenting*

Image
*This is the 2M board*

Menurut pengalaman Puan Noraini, students beliau senang faham teknik roco nih..kira mmg berjaya laa idea beliau. Oleh sbb tuh, beliau menang anugerah inovasi tuh. Sebenarnya simple aje pun...camna laa beliau leh terfikir idea gitu ek..kalau nak diikutkan, suma orang pun leh buat benda tuh cuma idea tuh timbul dalam kepala otak Puan Noraini dulu..rezeki..rezeki. uhuhuhuh..So tahniah buat Puan Noraini. Kata beliau, guru mesti proaktif. Tiba-tiba aku bersemangat pulak bila dengar beliau cakap gitu. hakhakhak. =p

Owh yer, nih antara yg hadir masa seminar nih..

Image
 *Cikgu yg bertanya soalan..x ingat beliau tanya kat sapa. huhu*

Image
*Kusyuk..kusyuk..ahaha*

Dan ini ialah orang kuat Fak.. Prof Dr Subhan yg sangat softspoken & baik orangnya. ;)

Image

Seminar habis pukul 4.00pm. Minum petang dulu, yg Fak sediakan..bihun goreng & kuih cok keria..tapi aku just makan kuih jek sbb da kenyang...giler laa..pagi, depa bagi makan soto...tengahari nasik berlauk lak..then petang bihun & kuih...arrk...sungguh perutku tidak dapat menampung lagi. Aku macam kehilangan selera makan lewat kebelakangan nih..tatau pasai pa..ih ih ih...

Lepas setel hambik sijil kat kaunter, ku memecut buah hatiku balik ke PD semula..Sempat singgah ke The Store sat beli nugget & koktel ayam...tapi x goreng pun. saja penuhkan fridge..ahahaha..membuang duit mmg besh kan kan kan? =P

Sunday, December 19, 2010

Moh kahwin!

Coti-coti Malaysiaku bakal berakhir lebey kurang 2 minggu lagi. Owh sungguh x besh..tapi ada bagusnya jugak ekk?? Haku da boring yg amat sebenarnya nih. Cuti mmg arr besh..tapi bila da terlalu lama sangat cuti mcm nih terus jadi kurang besh. Tiba-tiba rindu skolah. ngeh ngeh ngeh..=p

Oleh sbb cuti hujung tahun adalah begitu panjang, maka ramai anak teruna dara mengambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang masing-masing. Dari seorang, becomes dua orang. Itu tandanya jodoh da sampai. Termasuk laa orang-orang yg aku kenal. which include kawan-kawan dan sedara mara.. Seronok pi tengok orang kawin nih..selain menumpang gumbira..buleh jugak mengambik berkat. hihihihih..

So, di kesempatan ini, aku nak ucap Selamat Pengantin Baru buat sahabat-sahabat baik seperti di bawah,


*NAWAL & SHAH (2 Oct 2010)*

Image

*MIZI & FARAHDILLA (16 Oct 2010)*

Image
**Ehsan dari Fb farahdilla..

*ELLYA & AZLAN (20 Nov 2010)*

Image
**Ehsan dari fb Ellya.

*LIZA & AZLAN (5 Dis 2010)*

Image

Cantik kan baju kawin depa? Paling suka baju kurung Ya (Ellya) sebenarnya since it was simple but nice. Sebenarnya aku bukan suka sangat kaler putih tapi since ada coklat kat kaler putih tuh..aku rasa cam nice lak. ehehe..

Semalam ke Batu Caves pulak, anak sepupu my mom menikah dengan pasangannya, orang Pahang. The reception is actually today, tapi my mom decided to go a day earlier which is hari nikah. So, semalam kami pi ke Pinggiran Batu Caves, rumah Maksu aku. Actually my maksu nih Penang mari. Sbb sepupu mak yg belah arwah nenek. Since my mom's side is kacukan Pakistan + Penang + Terengganu, so, you can imagine how my maksu looks like. Mami mari. eheheh..

Gambar pengantin x sempat hambik since aku adalah malu. Lagipun x brapa rapat dengan pengantin..lagipun tengok ramai sedara belah lelaki dok kerumun depa..but one that's for sure, pengantin lelaki adalah 'jambu'. sepadan dengan my 2 pupu yg kecik molek tersebut. (^__^).

Image
*CANDID: My maksu 3 dari kanan. Yg kanan sekali is her hubby, paksu man*

Since yesterday jugak merupakan maksu's birthday, depa sambut skali petang tuh..dapat kami makan ramai2 ciskek blueberry Secret Recipe..tapi aku makan sikit saja sbb segan. kahkahkah. Happy Birthday, Maksu. Moga panjang umur & lebey murah rezeki. AMIN. (^__^)

Later, alligator!


Thursday, December 16, 2010

High school sweethearts

Di saat semua gadis tergila-gilakan Justin Timberlake and JC Chasez...mahupun Nick Carter or Brian Littrell, jejaka pojaan hatiku ialah Chris Kirkpatrick & AJ Mclean...'cos i always have a thing for bad boys! har har har.. (having a bad boy image doesn't mean they are truly bad kan..it's just an image.)

Akan tetapi...cuba laa tengok apa sudah jadi dengan pojaan hatiku yg dua org nih. hu hu hu...

Image
*Chris Kirkpatrick THEN*

Image
*Chris Kirkpatrick NOW*

Image
*AJ McLean THEN*

Image
*AJ McLean NOW*

Owhhh my Chris & AJ , what happened to you?? huhuhuhuhuhuh..

Wednesday, December 15, 2010

Tukar wajah.

Oleh sbb aku rasa macam rupa blog yg before this seems x brapa besh... aku mengambik keputusan untuk menukar lagi ke rupa yg lebey aku suka. no more blue because i actually hate it so much! kohkohkoh. Apa laa salah kaler blue tuh ek..=p

Anyway, last Saturday, i went to my kazen's house in Shah Alam with my emak and abah. Since my emak wanted to go to her uncle's house in Klang the next day, kami singgah lepak umah my Pak Ngah jelah Sabtu tuh. Then petang tuh, after my Mak Ngah habis pi marhaban, kami pi jalan makan-makan kat Pizza Hut kat seksyen 20 ke apatah tuh sbb aku da lama teringin yg amat nak makan pizza yg extreme cheesy lava 6 tuh..lagi pulak my kazen yg 2 org tuh on aje..so hape lagi kan...let's pizzaaaaaaaaa.


Image

Image

Image

Image

Image

Oleh sbb aku adalah manusia TAMAK secara haloba pada petang tersebut, aku pi order tambah lagi satu pizza yg regular iaitu yg hawaiian chicken. Dan sebagai akibat, makan yg extreme cheesy lava tuh one slice aje da kenyang! Hohhhh padan muka. =p Tiba-tiba jadi muak giler terus x lalu nak makan lagi. ahahhaha.

Well, at least x kempunan laa kan..kan..kan..=p

Sarawak Getaway Day 5 (3/12/10)

Day 5...

Eh? Kenapa terus ke Day 5? Mana Day 4?? Jawapan : Day 4 enggak ado sbb kami hanya melepak di rumah buat muka seposen. Motor da kena pos beb! ahahahha.

Day 5 was our last day there. So, ianya merupakan 'Hari air mata'.Cuma bukan air mata kami laa yg aku maksudkan.. Tapi air mata langit! Mcm kata Slam, kusangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang! Tiba-tiba aje. Hangin x ada ribut x ada, hujan turun. Nasib baik ah sempat pi beli kiriman ibu bapak masing-masing iaitu ikan terubuk masin di pasar Sibu. Tuh pon da pukul 6.00pm baru kami pi ke pasar Sibu nu...sebaik laa ada lagi jual ikan terubuk tuh. Cuma aku heran bin ajaib laa jugak kan.. Buleh pulak pasar bukak lagi taim petang-petang buta gitu ek..kalo kat sini, telan liur laa nak dapat ikan kalau pukul 6.00pm baru nak pi pasar. har har har..

Anyway, oleh sbb kami tumpang kete Kak Khatijah masa nak balik tuh..sempat laa jugak beliau dan Kak Yanti bawak kami jalan-jalan dulu kat bandar Sibu tuh sebelum pi ke Airport. Mula-mula singgah pi Durin dulu beli souvenir sikit untuk bawak balik ke Semenanjung..Sebaik aku x beli Sumpit sekali. ahahah. Oleh sbb aku terlebey sengal pada ari tersebut, aku terlupa lagi nak hambik gambar kedai cenderahati kat Durin tuh..Tapi sebaik laa ada pokcik google...so...this is Durin..

Image
*Ehsan pokcik google*

From Durin, kami bertolak ke Sibu.. dalam perjalanan, sempat jugak aku snap pic satu rumah panjang..rumah panjang skang da moden jugak..da diperbuat daripada batu..

Image
*yg sebelah tuh nampak cam skolah..ntah aku pon lupo..*

Sampai di Sibu...singgah ke Parkson sat..

Image

Image

Image

Image

Image


Oleh sbb perut lapar, maka hati x senang. Jadi, moh makan KFC idamanku selalu dulu. Akhirnyaaaaaaaaaaa..dapat jugak aku makan ayam kep c.ahahhahah. Kat Sibu baru berkesempatan nak makan Kfc hokay! Kat Bintangor nan ado! =p 

Lepas makan-makan perut kenyang senang hati, kami pi ronda-ronda laa dalam parkson tuh.. singgah jugak ke kedai buku.. al maklum laa da nama pon cikgu..buku dan cikgu x dapat nak dipisahkan..jangan marahhhhhh. hihihih..

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Keluar dari Parkson, kami jalan kaki ke Pasar Sibu..Kak Khatijah park kete kat parking lot kat Parkson tuh aje. Senang..sbb kalau dalam bandar payah nak parking..

Image
 *luar Parkson..*

Image
 *luar Parkson gak..get ready to cross the road.*

Image
 *Jalan Kg NYABOR. Agak-agak orgnya penyabor x? har har har*

Image
 *buleh tahan sesak gak ek..*

Image
 *The only cinema in Sibu. No TGV, no GSC, pawagam star pon bolehhhhh. =P*

Image
 *Jumpa satu restoran Melayu..*

Image
*kedai-kedai..*

Image
 *tatau apa motif aku snap pic nih huhuhu*

Image
 *See the sky..langit mendung nak hujan..*

Image
 *J untuk word JALAN da hilang. huhuhu sian.datuk bandar sibu sila hambik perhatian.=p*

Image
*Lorong haji taib...hakhakhak..acah aje. =p*

Jalan punya jalan...lalu kat tapak pasar malam Sibu..lalu saja, x beli apa-apa.. ehehehehhe..

Image
*siap ada board lagi tuh...ehehehhe*

Image

Image

Image

Image
*masa snap pic yg nih aku terkejut sbb ada satu apek nih tegor.."Tangkap gambar ka?" ahahah*

Akhirnya da nampak Pasar.. yay yay yay! Ikan terubuk masin, i'm coming to uuuuu! 

Image
 *habis dengan gambar kepala org pon aku hambik. hakhakhak*

Image
*luar pasar. kete banyak..*

Image
 *Finally! Ikan Terubuk Masin! (^__^)*

Image
 * Again..*

Image
 *kek lapis pelbagai corak..*

Image
 *Dik Geda membeli sebanyak 10 ekor..*

Image
 *Mokcik kat pasar..gambar gegar lak..*

Image
*gambar gegar again..mokcik pakai ilmu kah? huhuhu*

Selesai membeli ikan terubuk masin, kami berjalan balik ke kete.. and then Kak Khatijah terus anta kami ke Airport..tunggu sampai check in.. Before that...singgah minum sat.Di restoren airport yg Milo Ais nya berharga RM3.50 satu gelas. ahahahahah.. Lepas tuh..

Image
*Tataaa Sibu!*

Image
 *Flight kami pukul 8.20pm*

Image

Sampai kat Airport Senai pukul 9.50pm..lepas tuh balik semula ke Batu Pahat. Aku stay kat rumah Dik Geda until tomorrow afternoon. Then petang balik semula ke PD..

Sekian, WASSALAM. hehehe...tahun depan kita pi ke Kuching pulak hokay! ngeh ngeh ngeh....=p

OK TAMAT.