Tuesday, March 29, 2011

Virus bla bla bla..

Bila pernah dikecewakan teruk, seseorang akan bertukar menjadi satu macam. Bukan satu macam maksudnya pelik or weirdo, tapi hati dia akan jadi satu macam. Dalam hati akan ada macam satu rintangan. Hati akan jadi sedikit lain dari hati asal yg innocent. Hati berkemungkinan untuk dilanda 'virus' takut, benci, dendam, dan bla bla  bla. Hati aku? Dilanda virus bla bla bla iaitu x reti macam mana nak cakap hati aku nih da jadi macam mana. Ahaha. 

Kerjaan sungguh banyak lewat kebelakangan nih, tapi aku buat macam x ada. Bukak buku tapi x rasa apa. Bukak lappy pon x rasa apa. Tgk Fb pon x rasa apa. Apatah lagi tengok blog. Hoho yg ini tipu sikit. Sebenarnya tengok blog macam kesian sbb da lama x sentuh atau pon update. :P Arini macam terpanggil pulak untuk update sbb rindu. Rindu sapa? xde sapa-sapa. lalalalalalala~ :P

Sms Encik Sweet pada 26 Mac 2011, 4.35pm - "Baru check in flight. Ready for boarding..Bye2 dear. :)"
My reply : "Have a nice & safe journey. :)"
*Mode : NOT HAPPY *sob**sob**

Sms pada 29 Mac 2011, 2.51pm - "Dear, Dah dalam flight nih."
My reply : "Have a safe journey. Welcome back! :)"
Encik Sweet : "Hehe, Welcome back 2 u? Nope?"
My reply : "Yes. LOL"
*Mode : HAPPY!  (^__^)*

Sudah sudah..sambung buat kerja. Fuhhh.

Thursday, March 24, 2011

Tak teratur.

Hidup da jadi x berapa nak teratur dua tiga ari kebelakangan nih. Ikut suka aku je nak makan ke xnak makan ke..nak tido ke xnak tido ke..nak keluar ke..nak berkurung dalam bilik ke..semuanya ikut suka aku. Pendek kata, hidup x mengikut rutin yg sepatutnya. Kira kalau satu malam nih aku tido awal, selamba rock kapak je aku tido dengan langsung x fikir apa-apa. x fikir langsung lesson plan da buat ke belom..baju da iron ke..buku da kemas ke..Malam esoknya pulak, sibuk pulak nak kemas buku laa..nak buat lesson plan laa.. sampai tulat punya lesson plan pon sekali harung aku buat. Lepas tuh sibuk pulak laa nak kemas bilik, and buat benda-benda yg kalau nak diikutkan, x payah buat pon xpe. pelik..pelik..what happened to me eh???

And lagi satu, punya laa banyak assignment aku nak kena submit, tapi aku relax je...macam langsung xde keje aje kan..padahal berlambak-lambak keje aku. Alasannya no mood. Eh sukahati aje ek mood aku nih nak jadi chipsmore, kejap ada kejap tade. apa kes??

And dear someone di luar sana yg da diulit mimpi skrg nih, kenapa laa awk bersikap begitu sweet ???? Awk agak mengganggu kehidupan sy sebenarnya tau x...No, bukan agak, tapi SANGAT. Sangat sangat sangat..Pls laa jangan jadi sweet sangat boleh? I'm not ready to fall for you yet!


Monday, March 21, 2011

Suara hati.

Keep listening to this song over and over again... *sigh*

Since I don't Have You - Gnr

I don't have plans and schemes,
And I don't have hopes and dreams.
I don't have anything,
Since I don't have you.
And I don't have fond desires,
and I don't have happy hours.
I don't have anything,
Since I don't have you.

Happiness, and I guess,
I never will again.
When you walked out on me,
In walked ol' misery,
And he's been here since then.

I don't have love to share,
And I don't have one who cares.
I don't have anything,
Since I don't have you.
You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh, oh!
You, you, you, oh yeah!





Sunday, March 20, 2011

Friday, March 18, 2011

Kau yg 'membunuh' ku.

Image

Image

PDRM = Penyebab Derita Rintihan Melarat

Tapi aku x mampu membenci dia. *sigh*


Thursday, March 17, 2011

Benci.

Aku sememangnya x boleh lari dari lelaki kacukan Cina atau muka macam cina ek.... Funny, actually. LOL.

Dan tolong take note yg aku benci lagu-lagu macam "Suratan Takdir" (Gersang), "Tak Bisa Memilihmu" (Sixth Sense) dan lain-lain yg sama waktu dengannya. Sumanya pasal curang, yer CURANG. So, i hate it. Sekian, tima kasih (hemo hemo! haha)

Wednesday, March 16, 2011

Kau buat ku tersenyum.

Kepala sakit. Yer, kepala sakit, kepala berat, kepala rasa nak baring atas bantal busuk *tapi wangi eh* tapi sayangnya x boleh. Kerja banyak. Banyak nak study, banyak nak kaji, banyak nak dalami, x boleh main hentam cromox. Lusa presentation KBKK. Ah KBKK bikin Kepalaku Berpusing Kedepan Kebelakang. KBKK gak tuh kan?? Owh indahnya bila sekali sekala dapat merunguuuuut. (Eh sekali sekala kah??)

Tadi siang aku riang walaupon seorang. Yer, tadi siang keluar menonton wayang secara berseorang. Ah x ada yg pelik aih,. Mmg slalu pon macam tuh, apa ada hal. Yg menjadi hal ialah uwang ringgit terbang melayang sbb aku pi tengok 2 movie sekaligus. Ahahah. Giler. Yer, mmg giler. Selain giler perfume, aku jugak giler bayang..eh wayang. Cuma giler wayang nih dia datang mengikut musim, iaitu bila tengah banyak citer besh saja. Lain-lain musim aku x de laa giler wayang sangat. Nih pon sbb teruja nak tengok BIG MOMMA'S HOUSE 3. Baru aritu aku ulangtayang tengok Big Momma 2, then in my mind dok tertanya-tanya bila laa nak kuar sambungan dia..tengok-tengok bulan nih da ada kat wayang! Hmmm.. instinct aku pasal wayang pon boleh pakai jugak rupanya ek. haha. Yg pasti, citer tuh mmg superb! lawak tahap wali-wali! x kering gusi aku dok gelak.

Selain tengok Big Momma 3, aku tertengok jugak HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM). Yer, TERtengok. x ada laa mengidam sangat nak tengok pon. Cuma entah kenapa tiba-tiba rasa nak tengok. Mungkin sbb Adam cakap besh. So, aku pon tengok after tengok Big Momma 3. Keluar pawagam sana masuk pawagam sini. gagagagagalak *kata adik pemotong tiket, barangkali* Citer ini jugak besh. Terpegun tengok Stephen Rahman Hughes padahal selama nih x pernah amik tau pon pasal dia. Even di kala org dok bising pasal citer PGL dulu. huhhuhu. Pelik aku nih. Entah laa, xde nafsu langsung nak tengok PGL tuh dulu. Dun ask me 'cos i have no idea why! =p Kesimpulannya, STPEHEN IS A HOTTIE! ehehehehehehehehe. x semenggah jek aku nih ek..org komen tang filem aku komen tang hero lak. :p anyway, citer tuh mmg besh. Sedey jugak bila melayu sesama bangsa berpecah belah sbb rebutkan kuasa. Nampak macam kuasa luar (China & Rom) pulak baik dalam citer nih. Alahai...Dan yg paling x besh, kenapa hero perlu mati????? Apa punya soalan laa ek..da mmg sejarahnya begitu. Tapi still sedey wooo hero mati! Kuar jugak ayaq mata setitis dua tadi. Sebaik x kantoi dengan mamat hensem kat sebelah. Mamat hensem yg x habis-habis tersiku lengan aku jek. ahahahah. Dan, Dato' Rahim Razali da macam rupa Dumbledore da aku tengok dengan rambut putih gitu. nama pulak daun KESUM. gugugugugugu

Mengenang kisah wayang mmg membuatku tersenyum tapi sayangnya kerja belom siap..harus menyambung kerjaan sekarang..*sigh* =(

Owh yer sebelum terlupa, 'sapa bilang black guy x menawan, x menarik hati, tiada memikat..' tengok laa Brandon T Jackson ni(he plays Trent in Big Momma's) ..Sweeeeeeetttt like chocolate! i loike!!

Image

Image

Tuesday, March 15, 2011

A guy that I love.

Image
*A Student in Volcano High*

Image
*As HAN CHEE TAI in The Successful Story of Young Bright Girl*

Image
*A true lover in Windstruck*

Image
*Pls teach me English*

Image
*As a doctor in Thank You*

Image
*A playboy in Robber*

Image
*Kiss of the dragon*

Gambar-gambar yg paling aku suka :

Image

Image

Image

Dear Jang Hyuk oppa,


Sy suka awak tapi awak da kawin pulak..Melepas sy. *sob* *sob* (~___~)

Minta petunjuk dari DIA..

Kenapa ek..lewat kebelakangan nih banyak orang asyik tanya aku, "Da berpunya ke?" dan "Awak da berumahtangga ke?" Adakah muka aku nih ada cop muka orang da kawin ek?? Lepas tuh aku citer laa kat mak aku. Mak aku cakap, "Mmg laa orang tanya macam tuh. Sbb tengok laa umur awk tuh da brapa." Alamak..terkesima sekejap sy. Yer x yer jugak ek...perasan muda rupanya aku nih. kwang kwang kwang..

Ingin berkongsi satu citer gembira.  Ada sorang kawan masa kat IPTI dulu akhirnya berjaya mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya yg ditunggu-tunggu selama 4 tahun. Dan jejaka tersebut pon kawan aku jugak. Pon budak IPTI. hehe. Tu laa kan..kalau da jodoh..kona tang sana kona tang sini pon da Allah kata si dia tuh jodoh kita, dia laa jugak yg kita jumpa. Agak sweet jugak citer depa dua nih benarnya.. Mula-mula tuh kawan..lepas tuh akak F nih jatuh hati plak kat brader S tuh..tapi brader S tuh wat tatau jek. Kira macam akak F nih bertepuk sebelah tangan laa sbb brader S tuh kata "Kita kawan jelah k".

Then, depa pon kawan jelah bertahun-tahun. Tapi at the same time diam-diam akak F dok tunggu jugak brader S nih. Kira dia tahan telinga laa dengar brader S nih berkenalan / mengorat awek sana, awek sini..suma cun-cun pulak. Kira akak F tutup mata jelah.. then bulan januari aritu, brader S tanya kat akak F nih .. "You pernah buat istikharah x?"  Akak F kata laa pernah. Then brader S cakap dia buat istikharah dan yg dia nampak ialah akak F. pastu dia cakap padan laa dia susah sangat nak buat pilihan selama nih..buat istikharah baru laa dia nampak..So, kesimpulannya, MINTA PETUNJUK DARI ALLAH. Itu laa moral of the storynya..


Monday, March 14, 2011

I hate this song!

Tak Bisa memilihmu - Sixth Sense.


Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya
Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu, Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Ku cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya...

(Terhanyut jiwa ini, terjatuh dihatinya)


Petai kalau nyanyi lagu nih kat aku mmg sgt sesuai kan?? I HATE THIS SONG! Big time!

Saya gilerkan kamu!

Yeyeyeye..bil maxis sudah setel dibayar. Bukan oleh aku tapi oleh abah tersayang. ('Abah' yer, not 'abg'!) Tima kasih abah. Tanpa abah, sapa laa anak abah ini. Tanpa anak abah ini, siapa laa maxis. kahkahkah. *booooo*

Semalam pegi Muar lagi. Amik baju kurung, tempah baju kurung lagi, beli tudung, shawl dan minyak wangi lagi. Eh apa kaitan?? kejap lagi kita story. 

Tempat baru Baitulmal masih belom dibuka sepenuhnya. Just satu dua kedai saja yg ada. Ah tensen sungguh sy. Nasib baik Makcik Aisyah bukak kedai sendri dekat-dekat tenpat baru tuh jugak. Begitu jugak kedai adik yg slalu aku beli shawl kat dia tuh. Tuh jelah tempat tuju kalau ke Muar. Plus satu kedai makan yg menjual mee bandung besh tahap wali-wali. Tapi semalam aku lahap sikit, x sempat snap gambar mee bandung tuh terus ngap. Ahahaha. Anyway, sempat amik gambar other food. Termasuk teh tarik giant abah. lagi sekali tergelak macam nak tersembur ayaq liur! har har har..Adik hensem datang lagi..sbb dia yg tukang bancuh air. "Nih teh tarik pakcik punya favourite." Ahahah sungguh comel laa adik nih tau. =P

Image
*sy punya*

Image
*Emak sy punya*

Image
*bapa sy punya*

Balik dari Muar, pegi Mahkota Parade lagi. Since the last time went there, aku penah cakap nak kiv bel i perfume, this time aku mengotakan janji. Asalnya nak beli perfume untuk bday my beloved kazen aje..then TERbeli untuk diri sendri pulak. TERSENGAJA BELI. ahahahaha. Kopak $#%^ ratus. uhuuuuuuu..xpe xpe..skali skala. (*___*)

Image
*Anna Sui's Rock Me for my kazen*

Image
*Escada's Absolutely Me. Really really really really lurrrrveeeeeeeeee the smell!!*

Image
*Anna Sui's Forbidden Affair. Bau Grape. Pon sgt sedap*

Pegi Mahkota Parade semata-mata untuk beli ini. Giler. Yer, mmg giler. Sy giler perfume. Yer,Itu laa sy. =P I just couldn't choose between Absolutely Me or Forbidden Affair. Sungguh sabar Amoy perfume shop tuh melayan aku. Finally i decided to buy both. waaaaaa kopak duit. xpe xpe..bukan everyday pon beli perfume. Mungkin setahun sekali. Mungkin setahun dua kali, mungkin jugak setahun empat lima kali. Bergantung kepada ketebalan duit poket. eheheheheheheheh.  Anyway, since aku beli dua x dapat laa nak beli dua-dua 75ml punya. Beli satu 50ml, satu lagi 30ml cukup. Jimat, tapi dua-dua dapat. *Ehh..Jimat kerrrr???*

Lepas beli perfume, time to balik. Balik (iaitu malam tadi) yg ingatkan nak update tentang ini tapi no maxis kena bar. x boleh pindah pics guna fb2 mobile. Kenapa x guna bluetooth? Sudah rosak. Cable? Pon sama. So, terima kasih fb2mobile kerana sudi berkhidmat untuk sy walaupon semalam hp sy kena bar sekejap. (~___~)



Moving on for real?

Someone says, "Moving on, don't let the memories keep u from moving on. You deserve much better."


I WILL. This time I WILL. =)

Apakah faedah mengingati orang yg x mengingati kita? TAKDE FAEDAH. Apakah faedah menunggu yg x pasti? Pun TAKDE FAEDAH. Apakah faedah menanti yg da x sudi? Lagi laa TAKDE FAEDAH. So the answer is MOVE ON. Apakah ini susah? YER. Apakah ini membawa kebaikan? YER juga. Apakah ini penyelesaian yg terbaik untuk menjaga hati sendiri? Mmg YER. So, move on. Jangan tunggu lagi. YES I WILL. I've wasted too many years for nothing. What i got were sorrows, lies, and nothing. Tidak ada apa yg perlu dirisaukan kerana aku tidak kehilangan apa-apa. Cuma kehilangan CINTA PERTAMA. Tapi x apa laa. Macam kata ustaz, cinta x semestinya berakhir dengan perkahwinan. Moga cinta yg datang selepas ini akan mengatasi cinta pertama itu. AMIN.


Sebenarnya nak update pasal lain tapi terupdate pasal lain. Ah..maxis mmg pendengki. Di saat aku ingin memindah gambar via fb2 mobile, dan-dan tuh laa dia nak bar hp aku..padahal baru jek bayar bil aritu..Maxis mmg pendengki. *sigh*

Saturday, March 12, 2011

Manusia mmg berubah..



Hati terubat dengar ceramah Ustaz Kazim pasal Cinta nih. =) Cinta = dua hati menjadi satu. Tp mesti bersih, mesti murni, jangan dicemari dengan perbuatan cemar dan dosa. Cinta x semestinya berakhir dengan perkahwinan. Sbb tuh orang cakap cinta tuh kena ada pengorbanan ek..sbb bila kita cintakan orang tuh, kita xnak hidup dia jadi teruk sbb kita. Bila ibu bapak x redha, x payah laa teruskan..mak x redha takut rumahtangga x bahagia. sbb cinta yg tenang datang dari keredhaan mak bapak. Cinta yg sebenar nak bagi selesa pasangan kita hidup, kata ustaz. Jadi bila mak x redha, lupakan laa. Itu baru anak yg soleh/ solehah. Cari laa orang yg mak bapak kita suka dan redha dengan dia..Aduhai...nak berjurai pulak air mata dengar. uhuu.. rasa banyak lak dosa dengan mak bapak. *sob* *sob*

Dulu mak aku sangat suka dengan si petai. Tapi bila terlampau banyak sangat masalah dan dia pon x da menunjukkan kesungguhan nak kawin dengan aku, mak aku pon jadi x suka. Tapi bila da terlampau sayangkan sangat kat sesorang tuh, biasa laa kan kita nih..x dengar cakap mak bapak..pertahankan cinta laa konon ek..aduhai rasa macam kena batang idung sendri pon iyer. Kadang-kadang aku rasa aku nih terlampau lurus. Betol macam kata ustaz, ada orang fikir, cinta mesti berakhir dengan rumahtangga. Tuh laa yg aku fikir. Dan aku jugak fikir cinta tuh mesti dipertahankan walau apa pon jadi sbb terlampau sayang. Dan rupanya silap fahaman ek..

Kelmarin baru aku dapat kekuatan cerita kat mak pasal dia mintak pinjam duit aku tuh..mak aku terkejut jugak. Tapi mak aku pelik. Kenapa dia boleh jadi sampai tahap macam tuh, ada kerja elok, tapi kenapa boleh sampai jadi tahap gitu. Tapi mak aku xda pulak marah-marah dia. Aku cakap kat mak, aku x jawab apa pon pasal dia nak pinjam duit tuh. Mak aku diam jek. Entah laa ek..yg sebenarnya selama nih aku x dapat terima hakikat yg aku dengan dia sebenarnya x da jodoh kot..sbb tuh aku dok teringat kisah kami. Kisah yg da basi benarnya. Kisah sejak 10 tahun dulu. Waktu aku dengan dia sama-sama muda remaja lagi. 18 tahun. Yg banyak kenangan yg manis belaka. Sampai menutup yg pahit-pahit. Biasa laa kan,..kata orang , bila da sayang tuh, yg pahit tuh sanggup ditelan aje..Walhal hakikat sekarang da lain. Da berubah.

Manusia berubah tuh mmg betul. Manusia mmg berubah. Dulu dia sayang aku sorang. Dulu dia x boleh nak hidup bila xda aku dalam hidup dia. itu dia yg cakap, bukan aku cakap. Tapi manusia berubah. Dan dia manusia, maka dia pon berubah. Dulu dia sayang aku, sekarang dia da x sayang. Dulu dia pandang aku paling baik, sekarang mungkin dia pandang budak baru nak ambik SPM tuh yg baik. Tadi aku tengok drama Ako Mustapa berlakon - Chempaka Alesya. Ada pengajaran jugak citer tuh. Mula-mula si Ako dok kejar ex-gf dia yg rugged, bergaya, moden. Then bila pompuan tuh malukan dia dan keluarga, putuskan pertunangan depa, minah tuh lari pi oversea kawin orang lain, Ako jadi hancur hati laa gak. Still dok tunggu minah tuh. Then Ako kenal lak dengan Alesya tuh, nurse kat klinik dia. Ako ni doktor. Alesya nih cam budak kg, x moden, x seksi cam ex Ako tapi baik, molek perangai. Then bawak jumpa mak dia, mak dia berkenan. Tapi tibe-tibe minah ex-gf balik Malaysia nak balik kat Ako, Ako pon terima balik. Hangin laa mak dia and mak dia x restu. Mak dia berkenan nak Alesya jadi menantu. Ako degil mula-mula, nak gak ex dia.

Then last-last minah tuh nak lari lagi..si Ako nih baru laa nyesal rupanya di Alesya tuh yg terbaik. Baru dia cakap, "betol laa cakap mak". berkat restu mak bapak. huhu. Yg lawok tuh si ex tuh leh cakap "awk nih patut bersyukur sy nak balik kat awk.Sy nih cantik, bergaya awk tuh kan tergila-gilakan sy, sy da pilih awk balik, awk patut bersyukur laa." Giler perasan ek pompuan gini.. Then Ako jawab "Taste aku da berubah sekarang. Aku da berubah. Dulu aku bodoh dok tunggu engkau walaupon kau hancurkan hati aku. Sekarang kau boleh berambus, blah." hahahahahaha . lawok tapi ada betol gak tindakan Ako tuh.

Manusia mmg berubah. Pengajaran aku dapat dr citer nih. Macam Ako tuh mula-mula gilakan pompuan yg cnatik, seksi, moden, bergaya (ex-gf dia) then akhirnya hati dia berubah dapat terima pompuan yg kampung, x bergaya, x moden tapi baik. Sama jugak dengan petai tuh kot.Cuma kisahnya berlawanan laa. Dulu dia kejar pompuan macam aku nih, yg x moden pon, x pandai nak bergaya mana, apatah lagi nak dikatakan cantik dan body macam model. Skang da x, skang dia kejar budak baru nak amik SPM tuh, yg muda, cantik, pandai bergaya, rambut panjang siap perangkan lagi, kurus ramping macam model lagi. jauh benor bezanya dengan aku yg biasa nih. Tuh laa kan, manusia berubah. Sbb aku pon manusia, aku pon perlu berubah jugak kot. Aku x boleh nak dok kat takuk lama lagi, aku x boleh laa dok nak kenang kisah lama lagi. Sbb dulu lain, sekarang dia x macam dia yg dulu lagi. Semua da x sama, dunia pon da berubah, apatah lagi usia. Dulu 18 tahun skang da nak masuk 29 tahun. x boleh laa nak harap dapat jumpa orang yg sama macam dia. Mmg x kan jumpa yg sama. Mungkin orang lain lebey baik, cuma aku yg x pandai nak bagi peluang. Selalu bagi peluang pon, mesti dapat orang yg silap, sbb aku terlampau berhati-hati sangat sampaikan tersilap pilihan. Sbb tuh jumpa penipu suma tuh. Ada yg betol-betol baik nak kat aku, aku pi tolak..slalu pon macam tuh. Baru-baru nih aku tolak jugak lagi..padahal aku tau dia baik..tapi tuh laa..hati aku x dapat terima..macam mana?

Kat UKM pulak..kengkawan dok sibuk menggosip aku dengan Mr A nih.. Aduhai..senak perut aku. Setiap kali kelas mesti telinga kena tahan sabar depa dok galak mengenen aku dengan dia. huhuhu. Ok laa mmg x dapat nafikan Mr A nih segak orang dia..baik. Sopan. pendek kata mmg Mr Perfect. Dan dia bukan orang malaysia tapi orang dari seberang. Lawok laa depa nih..xkan laa aku nak kawin dengan orang Indonesia pulak. Then depa kata nih bukan Indon biasa-biasa pon tapi Indon educated, indon bandar, indon hensem. huhuhuhuhu hampeh. Semalam lagi laa teruk aku kena masa kelas Dr Sakinah. Yg Mr A nih sampai-sampai jek teros dok kat seat sebelah aku. Depa siap pertikaikan kenapa banyak lg tempat kosong, Mr A pilih dok sebelah aku siap borak-borak dengan aku lagi, napa x borak dengan depa tapi borak dengan aku. Aduhai...mana laa aku tau! Pastu kebetulan this week turn Mr A present masa kelas Dr Effendi. Galak laa depa dok sakat aku kusyuk dengar laa apa. Ahhahahaha lawok laa depa nih. Sabo aje laa ek..

Apa-apapon, after this, mudah-mudahan hati aku nih jadi lembut sikit. Mudah-mudahan x jumpa orang yg salah/ penipu lagi..Mudah-mudahan lepas nih aku x menolak orang yg mmg baik lagi..AMIN.

Tuesday, March 8, 2011

Nasib org pompuan..




Besh dengar ceramah Ustaz Kazim nih. hehe

Monday, March 7, 2011

Tepuk dada tanya hati.

Tahu x macam mana rasanya bila cuba nak benci sesorang tuh tapi x dapat jugak nak benci? Buat laa apa saja pon still jugak x boleh nak benci. Even bila kita cuba sedaya upaya mengingatkan diri kita betapa dalamnya kelukaan yg kita rasai disebabkan orang tuh. Mmg ajaib.

Aku x suka lelaki bermulut manis. Jugak x suka yg berlagak poyo macam kononnya minat sangat kat sorang pompuan, tapi dalam masa yg sama melayan pompuan lain. Mmg orang cakap berkawan biar ramai, berkasih biar satu. Mungkin lelaki macam nih nampak macam memegang prinsip tuh tapi sebenarnya tidak bagi aku. Bagi aku , kalau betul laa seseorang memegang prinsip itu, dia xkan menabur harapan kepada SEMUA orang sekaligus. Istilah berkawan bagi aku ialah BERKAWAN bukan memberi harapan. Berniat memilih tidak sama dengan berniat merambang mata. Kalau nak berkawan, buat cara nak berkawan. Kalau nak memilih, pilih yg betul-betul lepas tu baru bagi harapan.

Sorry to say laa, aku x boleh nak bagi harapan kepada banyak orang dalam satu masa. Ada pompuan boleh macam tuh. Dia kawan dengan lelaki 1, bagi harapan, berbunga-bunga sampai lelaki tuh pon tangkap cintan sama dia..Lepas tuh dalam masa yg sama dia pon buat benda yg serupa dengan lelaki 2, 3, 4, 5 (bla bla bla). Boleh plak gitu ek? Masalahnya kalau kelima-lima (atau lebih) tuh pon semua skali jatuh hati dengan kau macam mana?? Lepas tuh mula merungut macam mana nih..Mana satu nak pilih nih. Sendri buat diri sendri pening kepala, lepas tuh nak bising kat orang lain. har har har.. Sorry to say, aku x dapat nak ikut rentak macam nih.

Ada kawan aku marah, why x buat macam tuh. Kan belom kawin, boleh buat pilihan lagi. Aku cakap, kalau nak buat macam tuh mmg boleh, tapi aku x nak. Aku bukan jenis pompuan yg suka bagi harapan. Sbb aku sendri x suka lelaki yg suka bagi harapan then blah macam tuh jek. Bila buat macam tuh, bukan saja sengaja mencari pasal, tapi sengaja menyakitkan hati orang lain jugak. Dan lagi satu, LOVE AIN'T CHEAP. Kalau dengan orang nih kau cakap kau sayang/cinta, lepas tuh dengan orang tuh pon kau cakap benda yg sama, kemana pergi harga sebuah love tuh? Macam aku cakap tadi laa, kalau berniat memilih, pilih yg betul-betul kita suka, then baru bagi harapan. x salah berkawan ramai-ramai, tapi jangan laa sekali semua kau bagi harapan sampai kemudiannya bila kau pilih satu, yg lain-lain tuh menjeruk rasa, makan hati berulam air mata. Cuba bila orang buat macam tuh kat kau, kau x rasa ke macam kau dipermainkan? Jadi kira da terjawab laa persoalan kawan aku tadi kan.

Lebih x faham dengan orang yg da berkahwin, tapi masih suka flirt dengan anak dara/ orang bujang lagi. Bila sudah berkahwin, bukan bermakna x boleh berkawan dengan orang lain. Berkawan mmg boleh, kita manusia mesti laa berkawan dengan manusia xkan nak berkawan dengan beruk. Tapi yelah, berkawan mengikut istilah berkawan jelah, bukan dengan niat tersirat yg lain. Tapi tu laa kan..yg x faham tuh, kalau da berkahwin, kenapa masih berani bergayut di telefon/ main sms dengan anak dara / orang bujang. Alasan, hubby/ wife x kisah kalau nak berkawan, tapi tu laa..aku still confused..x faham. Bergayut/ main sms suka-suka untuk apa?? Alasan sorang kawan yg da berkawin nih, 'kadang-kadang boring laa..hubby jenis x banyak cakap. nak jugak kawan-kawan dengan lelaki lain.' Ekk..boleh pulak gitu ek?? Bila hubby kau kawan dengan pompuan lain boleh x? 'Jangan harap aku nak bagi.' Owh gitu pulak ek..kau kawan dengan lelaki lain boleh pulak? Yg hubby orang pon sama jugak..kau kawan dengan anak dara bukan main ramai boleh pulak. Bila wife kau nak kawan dengan orang bujang, menyirap pulak darah kau.

Yg da ada boyfren/ girlfren pulak, tau diri da ada bf, boleh pulak melayan jiwang dengan lelaki lain. Lepas tuh x mengaku diri da ada bf. Sama jugak laa dengan yg ada gf pon. Bila pasangan buat hal yg sama, tau pulak marah. Macam mana nak harap pasangan tuh setia, padahal diri sendiri x setia. Tapi ada jugak laa jenis yg da dapat pasnagan setia tapi dia sendri yg perangai macam hampeh hidung belang. Aduhai....duniawi, duniawi. Lawak arr bila fikir.. har har har.

Friday, March 4, 2011

Dengarlah bebelanku..

Orang pompuan mmg x dapat lari dari sifat suka membebel atau berleter. Kalau x membebel secara direct pon, bebel dalam hati. x bebel dalam hati, bebel dalam blog macam skang. ahahhahah. Well, aku pompuan kan? =p Tapi ada jugak pompuan yg x kuat bebel kot. Suka diam aje. Marah pon diam. Org buli pon diam. Tapi dalam diam-diam tuh dalam hati dia sapa tau kan?? Kalau mmg betul sungguh laa ada pompuan yg mmg x suka membebel, aku mmg salute habis laa sama dia. Bertabah sungguh kamu. x dapek den nak nolong do.

Tekak aku sangat sakit arini. Geram dengan budak, geram dengan satu driver nih, geram dengan printer. See..dengan printer pon jadi. Mana x geram. Pagi-pagi time kita nak print benda penting tuh laa dia nak habis ink. Udah laa kita nak cepat. Sekali print tengok ink habis. Owh sungguh geramnya beta. Lepas tuh kat skolah tadi plak, budak 4 I tuh ramai pulak x siap exercise aku bagi. Bukan banyak benor pon soalannya. Takat 6 soalan tuh aje. Lagipon depa kelas yg da hujung-hujung, bagi banyak sangat kang x terbuat pulak. Tapi 6 soalan pon malas nak buat. Bukan kata x reti buat sbb bila aku suh buat kat papan hitam, eh pandai laa pulak buat. Saja malas nak buat kat umah! Gggggrrrrrrrrrr.

Tuh kelas hujung-hujung. Lepas tuh masuk kelas aku sendri pon, iaitu kelas yg paling pandai laa kira, pon ada jugak yg penyakit M dia tuh menebal tahap diameter kayu balak! Yg paling aku hangin tuh alasan 'sy x sempat buat teacher, saya malam tadi tuisyen.' Wahh wahhh..kau pi tuisyen kau ingat homework cikgu kat skolah bagi x payah buat laa ek.. Kau besarkan sangat kelas tuisyen kau yg sampingan tuh, padahal benda wajib skolah punya kau main sukahati je nak buat xnak ek..Betul punya besar kau punya kepala. Kalau macam tuh baik kau berhenti aje skolah, bagi komitmen kat tuisyen tuh aje. Kena laa skali das bebelan berbisa dari aku tadi. Tau pulak terdiam dia tatau nak jawab. Yg budak pompuan pon sama jugak. Bila tanya kenapa x buat, bagi alasan x masuk akal. Pon kena laa jugak. Nak kata budak lelaki aje malas zaman skang nih da x boleh da. Yg pompuan pon sama. Main facebook bukan main rajin lagi. Sebok dok nak add kami yg cikgu-cikgu nih. Mengadap facebook rajin plak, buat kerja skolah malas. So, BOLAYAN.

Aku penat betol dua tiga ari kebelakangan nih. Bz dengan hal skolah. Kelmarin pon aku balik rumah da dekat pukul 6.00pm. Malam tuh aku pengsan! Sedar-sedar da pukul 5.00am! Tuh pon terjaga sbb terkejut bunyi petir kuat sangat! Malam tadi plak, letih. Balik dari kelas kat UKM je sampai umah da 7.30. Malam siapkan analisa exam budak-budak nih. Lepas tuh ingat nak sambung laa assignment. Malangnya aku terpengsan jugak! bangun pagi tengok-tengok da pukul 6.00! Dengan lappy still on. Da 2 malam aku tertido dengan lappy ter'on'! So kepada sapa-sapa yg menegur aku di YM/ Fb tapi aku x jawab-jawab tuh mintak maaf laa yer. Bukan sengaja x jawab tapi aku tertido! huhuhuhuhu.

Petang nih ke UKM lagi. Penat betol rasanya. Tapi apa nak buat..redha aje laa kan..






Wednesday, March 2, 2011

Memory (2006)

Surat x jadi..

Image

Image

Secebis memori...terlalu sakit bila dikenang. Nak buang, rasa macam sayang. Aduhai...