Da lama betul aku mengidam nak makan kek red velvet nih akhirnya dapat jugak. Tapi sayang betul laa..rasa dia agak pelik. Kejap-kejap manis giler, kejap-kejap rasa cam pahit! Ala-ala pahit kek tiramisu secret recipe tuh. tp tu logik laa pasal ingredientnya coffee. Yg nih apa pulak yg menyebabkan dia pahit?? Pewarna merah terlebih kot? Tapi pewarna leh jadi penyebab pahit ke?? Entah! Aku pon x tau. Yg pasti memang rasa dia x brapa nak besh dan serius, aku x teringin langsung nak makan lagi buat kali kedua. Ahahaha.
Pejam celik pejam celik, sat aje da 8 Januari 2012. Begitu pantas masa berlalu. Selesai sudah seminggu sesi baru persekolahan walaupon baru skolah 3 ari aje. ehehe. Yg besh untuk tahun nih ialah, bila aku dapat pegang kelas yg murid-muridnya semua penyenyap. Giler baik dan innocent sampaikan aku pon turut sama menjadi innocent. haha..Bayangkan laa betapa amannya bila masuk ke kelas sendiri..Senyap sunyi x payah sebut BE QUIET. Masuk kelas sebelah, ada sikit bising tapi x sebising kelas-kelas tahun lepas. Aku ajar 4 kelas tahun nih. 4 Cerdik (kelas yg aku pegang), 4 Bijak, 4 Pintar dan 4 Tekun. Dalam 4 Pintar ada 2, 3 orang yg da nampak ciri-ciri 'hero' tapi aku da gertak sikit aritu sampaikan yg sorang tuh ada menunjukkan ciri-ciri nak nangis. kahkahkah.
Owh yer, tahun nih aku belum cakap lagi pasal azam aku ek? Sebenarnya aku malas nak fikir pasal azam sebab dikhuatiri tidak kesampaian macam beberapa azam di tahun-tahun yg lepas. Tapi sebagai manusia yg berfikiran jauh (eceh!), ada satu azam yg aku dok fikir 100 juta kali nih yg aku kena tanam jugak untuk tahun 2012 nih iaitu BERTEMU JODOH yg baik dan BERKAHWIN. berat sungguh mulut nak menyebut azam yg kedengaran begitu suci murni nih egegegeeegeegge :P Mudah-mudahan tercapai laa hendaknya.. Amin.
Buat 'kisah-kisah pahit' yg lepas, sudah kubuang ke laut semuanya. Harap lepas nih aku xda teringat nak cakap lagi berkenaan hal tersebut. Bukan apa, sudah terlampau penat ah. Cakap banyak pon xda guna pasal semuanya da berlalu. Manusia kena pandang ke depan, ke arah yg lebih menampakkan masa depan, x payah lagi nak menoleh ke belakang melihat masa lepas yg bukan laa besh mana pon kalau nak diikutkan..cuma yelah, orang kata, MEMORI kadang-kadang mmg sweet bila diingat. Sebab tuh orang panggil dia sweet memory. Tapi sweet sangat pon x bagus jugak, nanti kena diebetes melitus. So, biar laa ia berlalu. Mungkin di masa akan datang kita akan mencipta memori yg lebih indah, sapa tahu kan? Wahh pandai betul aku berfalsampah. =P